Ulangtahun Ramadhan

Assalamualaikum.

Alhamdulillah, bermula hari ini umat Islam di Malaysia sudah menjalani ibadah puasa. Sehubungan dengan puasa, suka saya bawakan penulisan saya mengenai Ramadhan dari blog ini bertarikh dua tahun lepas.

Ramadhan

It comes again. Another year has passed since my last Ramadhan. While all of us Muslim carries our responsibility to Allah by fasting, most of us still missing the whole big picture of ibadah Ramadhan. Many of us think of Ramadhan as the month of fasting, and fasting means to abstain from foods or drinks. No eating, no smoking, no gossiping, no sexual things. Most of us view Ramadhan as the month of restraining.

I prefer to think Ramadhan as the month of training, instead. We train to manage our finance during this month. We train to be a healthier person. We train to be a more pious servant. We train our nafs, we train our temper. We train our mouth from saying anything unnecessary. We train our ears to hear Quranic recitations more, and to avoid slanders. We train our eyes from seeing obscene views, and we train our lust so that we have total mind control of our body.

And more importantly, we train our heart. Of humble and gratefulness.

If the training goes smoothly, by the end of Ramadhan, a Muslim should be like a soldier! A Muslim soldier! Like a soldier with a month’s intensive training! A soldier with a heart of steel. By the end of Ramadhan, we should have everything we need as a perfect Muslim. The 10 Muwasofat Muslim!

And with such preparation, a well-trained Muslim from the “Academy of Ramadhan” should have what it takes to struggle in his life for another year.

That’s why, I believe Ramadhan is a chance given by Allah, to start over a new leaf. A month with such suitable conditions to restart your life, or at least, to set it back on the right path. It is a month full of forgiveness. It is a month full of mercy from Him. People change, during this month. As in history, the point of change in Arabic World occurred during Ramadhan, with the descending of the 1st Quranic verse. Ramadhan is not just a month of abstaining. It is a gift, a chance. And regrettably, many of us let that chance away.

Kebetulan juga, ulangtahun kelahiran saya jatuh pada 1 Ramadhan pada tahun ini. Bercakap mengenai ulangtahun kelahiran, biasanya saya akan membuat ucapan khusus untuk diri saya, sepertimana yang saya lakukan pada tahun-tahun sebelumnya.

Tahun ini, inshaAllah post tersebut akan menyusul nanti. Cuma yang ingin saya ungkapkan bersempena ulangtahun kelahiran saya kali ini adalah,

INZAR

Jangan doakan agar aku panjang umur,
Tapi doalah agar aku mati tidak kufur.
Jangan ucapkan padaku tahniah,
Sebaliknya sampaikanlah padaku tazkirah.

Ulangtahun kelahiran,
Bagiku satu peringatan,
Satu amaran.
22 tahun usia dikurnia Tuhan, kemana aku manfaatkan?

Dan nikmat Tuhan yang manakah yang telah aku dustakan?

Tahun ke-21 merupakan tahun yang cukup signifikan dalam hidup saya. Di tahun inilah saya mengambil langkah terbesar yang menentukan kebahagiaan masa depan saya. Di tahun inilah saya melangkah ke titik yang dipanggil “point of no return” dalam bidang perubatan. Di tahun inilah, saya sudah layak mengundi. Err..

Melangkah ke tahun ke 22 dalam hidup saya, sudah terasa keseriusannya. Terimbau kehidupan diri sendiri 10 tahun yang lalu. 10 tahun yang lalu, kepala abah masih belum beruban pun lagi. 10 tahun yang lalu, abang sulung saya baru menamatkan sekolah menengah. 10 tahun yang lalu, saya masih berkejaran dengan datuk di bendang menghambat lembu.

10 tahun. Kepala abah sudah beruban, rambutnya sudah nipis. 10 tahun, abang sudah ada anak perempuan yang comel, abah sudah bergelar datuk. (Dan saya, pakcik). 10 tahun, datuk sudah menyahut panggilan Ilahi.

Saya menjadi sedih takut memikirkan apa akan jadi 10 tahun akan datang.

Abah akan menggantikan peranan datuk, berkejaran dengan cucunya pula. Abang saya pula akan menjadi seperti abah saya. Dan saya, menjadi seperti abang saya, sudah berkeluarga dan punya anak.

Dan tak lama, kitaran itu akan bermula kembali. Kitaran yang mematuhi sunnatullah.

Jika 63 tahun itu umur purata manusia, sedar tak sedar sudah 1/3 umur saya dihabiskan. Saya telahpun memasuki fasa 2/3 umur saya. Masihkah saya mampu duduk selesa?

Itu pun kalau umur saya 63. Allah Yang Maha Kuasa lebih mengetahui, mungkinkah saya cuma tinggal esok sahaja hayat saya?

Persoalan-persoalan sebegini, tidak pernah merungsingkan fikiran saya 10 tahun lepas, tatkala saya masih seronok bermain polis sentri dengan rakan-rakan sekampung. Persoalan-persoalan sebegini, tidak pernah merungsingkan fikiran saya 5 tahun lepas, tatkala kepala serabut memikirkan bagaimana untuk cemerlang dalam peperiksaan.

Dan kini, di dekad ketiga kehidupan, persoalan-persoalan itulah yang membebankan jiwa saban hari. Saya menjadi takut untuk hidup. Memeluk mushaf alquran dengan erat, saya amat berharap saya tidak terlalu terlambat mencari jawapannya…

Dan Allah yang menciptakan kamu,
kemudian Dia menyempurnakan umur kamu,
dan ada pula di antara kamu yang dikembalikannya kepada peringkat umur yang lemah,
sehingga menjadilah dia tidak ingat akan sesuatu yang telah diketahuinya

Sesungguhnya, Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa

[16:70]

Wahai umat manusia
Sekiranya kamu menaruh syak (ragu-ragu) tentang kebangkitan semula
(Iaitu di hari kiamat)
Maka (perhatilah kepada tingkatan kejadian manusia)

Kerana sebenarnya Kami telah
Menciptakan kamu dari tanah
Kemudian dari setitik air benih
Kemudian dari sebuku darah beku
Kemudian dari seketul daging
Yang disempurnakan kejadiannya
Dan yang tidak disempurnakan

Kerana Kami hendak menerangkan kepada kamu (akan kekuasaan kami)
Dan Kami pula menetapkan dalam kandungan rahim (ibu yang mengandung)
Apa yang kami rancangkan, hingga ke suatu masa yang ditentukan lahirnya

Kemudian Kami mengeluarkan kamu berupa kanak-kanak
Kemudian (kamu dipelihara) sehingga sampai ke peringkat umur dewasa
(Dan dalam ketika itu), ada diantara kamu yang dimatikan
Dan ada pula yang dilanjutkan umurnya
Ke peringkat tua nyanyuk
Sehingga dia tidak mengetahui lagi akan sesuatu yang telah diketahuinya dahulu.

[22:6]

Selamat hari lahir, Mohd Syamirulah Rahim.

11 thoughts on “Ulangtahun Ramadhan

  1. Selamat Ulang tahun…..
    Semoga hidup adik akan diberkati oleh Allah serta dilindungi olehNYA sepanjang di perantauan.
    amin………

    • Ni kak Da..Kola Nerang..skang di Putrajaya..nanti raya blk kg tak?..kalu tak balik mgkn skang Mak Teh dah poskan kueh tat jem kegemaran Syam kan..hehe..Slamat bebuka..bye

      Ooo…ya kaa.. Saya ada kat Juru la ni, cuti tapi tak dan raya. Mak tanya, raya ni balik kampung tak? Hehe.

      • Ooo..duk Juru ka..nanti kem salam kat mak teh n pak teh na..Mesti lani mak teh duk tgh wat kue raya yg sdap2 dgn Mira kan..paling kak Da xleh lupa masa kecik2 dulu Syam mengamuk nak mkn kueh “Siang dan Malam” mcm dlm majalah..Lawak gileer.. :)
        raya nih..Kak Da lah org yg paling pulun nak blk kg..sb sini xtahan JEM….kalu bole terbang kan bes..xyah guna jalanraya..hehe..Bila Syam nak balik Moscow?..

        Hehe. Mak tak start buat kuih lagi pun, tak dak masa la ni, balik kerja pun dah lewat petang nak masak berbuka apa lagi. Balik Russia hujung bulan ni.

  2. Salam adik leo,

    Happy belated birthday.

    I’m so glad to find this blog of yours (thru facebook ustaz hasrizal). Alhamdulillah.so happy to know a such young man like you having such a great Islamic fikrah.

    Mudah2n dapat terus berkarya dan menjadi ‘a great muslim doctor’ . insya Allah.

  3. salam, saudara. kakak ucapkan masyaallah ke atas saudara kerana dalam usia sebegini saudara mampu menjadi seorang belia ygn educated dan berfikrah islami..barakallahu fik..jarang benar dapat kita lihat pemikiran serupa ini di malaysia. secara suratan atau kebetulan, kakak telah membaca blog saudara dan dengan ikhlas kakak katakan apa yg saudara tulis adalah apa yg sering berlegar dalam fikiran kakak setiap hari, dan kakak rasa gembira kerana dapat berkongsi pemikiran sebegini …

  4. Pingback: 23 – A Bad Year | Leokid's Life

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s