Kaedah-Kaedah Melakukan Dosa

Trend-trend Dosa

Saya jarang pulang ke Malaysia, paling kerap pun setahun dua kali. Dan justeru itulah, tiap kali pulang saya dapat melihat perubahan yang bersifat “mikro” dalam kalangan masyarakat. Tahun ini contohnya, terkejut saya apabila melihat banyak “bonggol-bonggol unta” padahal tahun lepas saya tidak perasan pun. Begitu cepat perubahan yang ada. Tahun ini juga, saya menjadi tidak berminat untuk ke pasar malam dan bazar ramadhan, dek kerana “gangguan mata” yang tidak saya perasan pun wujud sebelum ini. Begitu juga, saya menjadi kurang gemar berjalan-jalan di pusat membeli belah terutamanya di hujung minggu, kerana peningkatan kuantiti belangkas yang ada.

Begitu juga dengan berita-berita di dada-dada akhbar. Setiap hari, ada sahaja kes buang bayi. Kes khalwat, dan kes rogol bawah umur. Saya tertanya-tanya, “sejak bila ia menjadi se-serius itu”. Semakin banyak membaca dan berbual dengan rakan-rakan di Malaysia, saya ditemukan lagi dengan statistik-statistik dan realiti-realiti yang menakutkan. Kurangnya ibadah solat fardu dilakukan. Wujudnya fenomena “mendedahkan dosa di facebook”. Malah ada yang sudah berani terang-terangan mengisytiharkan kemurtadan.

Saya juga remaja. Dan saya juga terasa panasnya telinga apabila remaja kita sering menjadi tumpuannya. Masalah gejala sosial, dalangnya remaja. Hiburan melampau, dalangnya remaja. Tidak menutup aurat, remaja. Tidak bersolat, remaja. Saya merasakan tanggungjawabnya untuk berusaha membetulkan keadaan ini, namun melihat kepada perkembangan kadar kerosakan akhlak yang ada, cukup membimbangkan saya.

Sepanjang pengamatan saya, umat sekarang terutamanya pada generasi saya para remaja, wujudnya trend-trend dalam melakukan dosa. Mungkin ia sebahagian dari tipudaya syaitan, dalam usaha menyesatkan manusian, namun selaku remaja jua, saya tidak dapat menafikan bahawa trend-trend ini memainkan peranan yang cukup penting ke arah peningkatan dan menularnya gejala kemungkaran dan kemaksiatan dalam generasi remaja tanah air.

Dari sebesar-besar dosa meninggalkan solat, sehinggalah kepada besarnya dosa zina dan membunuh anak yang dilahirkan, dihiasi lagi dengan budaya hedonisma serta hilang tujuan hidup, bagi saya sangat-sangat berkait rapat dengan trend-trend ini. Justeru saya percaya, membasmi trend-trend ini merupakan antara langkah awal dan vital yang perlu diambil!

Apakah trend dosa yang saya maksudkan itu?

1. Trend “menebus dosa”.

Menebus dosa, merupakan satu trend yang amat kabur untuk didefinisikan. Bagi menjelaskannya, mari saya bawakan beberapa contoh. Yang saya maksudkan dengan “menebus dosa” adalah seperti seorang yang tidak solat, namun rajin melakukan amalan-amalan lain seperti bersedekah dan sebagainya. Dengan harapan, kebaikan yang dilakukan tersebut memadamkan dosa yang dilakukan. Ya, inilah “trend” yang saya maksudkan, iaitu trend “mempositifkan dosa”.

Dari sisi Islam, sebenarnya tidak ada yang salah pun. Sememangnya kebajikan itu menghapuskan kemungkaran sebagaimana yang dinyatakan dalam Surah Hud ayat 114,

“Sesungguhnya amal-amal kebajikan itu menghapuskan kejahatan (dosa).”

Namun yang dimaksudkan dengan “sayyi’at” (kejahatan) dalam ayat diatas tersebut adalah dosa-dosa kecil yang dilakukan diluar kesedaran @ tanpa sengaja, adapun dosa-dosa lain mestilah diiringi dengan taubat. Pendek kata, trend menebus dosa itu hanya ada disisi Islam dengan syarat pelakunya BERTAUBAT dari dosa tersebut terlebih dahulu.

Contohnya, trend ini wujud dalam kalangan sesetengah muslimah yang enggan mengenakan tudung. Mereka beralasan dengan berkata, bahawa “walaupun kami tidak bertudung, tapi hati kami baik, kami pun solat, dsb” Seolah-olah 1001 perbuatan baik mereka itu dapat memadamkan dosa keengganan mereka bertudung, dan tentulah ayat “don’t judge a book by its cover” menjadi hujah pembela mereka.

Trend ini merupakan trend bersifat defensive, iaitu tanpa usaha sebenar untuk bertaubat sebaliknya yang ada hanyalah usaha-usaha “simtomatik” untuk menyedapkan hatinya. Trend dosa ini amat berbahaya, kerana ia membuatkan para pelakunya berasa seolah-olah dalam “comfort zone”, “tidak apa”, justeru berlarutanlah ia dalam kemaksiatan dan dosa tersebut tanpa adanya usaha untuk bertaubat.

Allah telah awal-awal lagi memberi peringatan mengenai kewujudan trend ini, dalam firmanNya:

“Dan (ingatlah) ketika Syaitan memperhiaskan kepada mereka perbuatan mereka (yang salah itu, untuk dipandang elok dan diteruskan), serta menghasut mereka dengan berkata: Pada hari ini tidak ada sesiapa pun dari umat manusia yang dapat mengalahkan kamu dan sesungguhnya aku adalah pelindung dan penolong kamu.” [8:48]

2. Trend “mengecilkan dosa”

Ini juga satu trend yang berbahaya, timbul atas kesedaran untuk “menyedapkan hati” juga sepertimana trend yang pertama tadi. Dalam istilah lainnya, suka saya definisikan sebagai – “bersikap optimis dengan dosa”. Pelaku dosa tersebut cuba mengecilkan dosa yang dilakukan, dengan membandingkannya dengan dosa-dosa lain yang lebih besar dan serius. Bersikap optimis, sepertimana seorang pelajar yang mendapat C dalam peperiksaannya lantas berkata – “Ala, nasib baik tidak gagal” – dilihat agak biasa, namun apabila trend yang sama digunakan bagi menjustifikasikan dosa, akibatnya amat membencanakan.

Sebagai contoh, trend ini cukup banyak digunakan oleh para remaja yang bergelumang dengan kapel @ melakukan perkara terlarang dengan pasangan masing-masing. Kapel yang berpegangan tangan, contohnya, menyedapkan hati sendiri dengan berkata – “Ala pegang tangan je pun, bukan cium-cium”. Pasangan yang berciuman pula membandingkannya dengan dosa yang lebih serius, seperti – “Ala cium-cium je, bukan zina-zina pun”, sehinggalah ke peringkat yang lebih serius.

Peranan trend ini dalam membawa para remaja ke arah perzinaan amat hebat dan penting sekali. Natijahnya, sehinggakan dari sekecil-kecil dosa menunjukkan aurat kepada pasangan, membawa kepada zina, dan kini yang terbaru, membawa kepada pembunuhan bayi yang tidak berdosa. Kerana apa? Kerana adanya trend “mengecilkan dosa” ini.

Atas sebab itulah, Allah telah awal-awal lagi memberi amaran mengenai trend ini dengan menggunakan kalimat “laa taqrabu” (jangan kamu menghampiri) zina dalam surah Al-Isra ayat 32. Allah tidak berkata “jangan berzina”, tetapi kalimat “jangan mendekati” membawa konotasi bahawa perbuatan zina itu bukannya perbuatan yang berlaku secara tiba-tiba dan segera, sebaliknya didahului oleh beberapa siri perbuatan “tak apa” yang lebih kecil. Siri perbuatan inilah yang saya maksudkan dengan trend “mengecilkan dosa”.

Selain dari contoh mengenai zina, banyak juga situasi lainnya yang turut mengaplikasikan trend ini. Contohnya, seseorang yang asalnya bertudung labuh, mula menyingkatkan tudung dan mendedahkan dada, dengan alasan “ala takpe, tetap menutup rambut”. Kemudiannya semakin serius sehingga menampakkan leher, berlengan pendek hinggalah akhirnya terus ditanggalkan tudungnya.

3. Trend “membiasakan dosa”

Trend ini juga tidak kurang hebatnya. Jika saya mendefinisikan trend sebelum ini sebagai “bersikap optimis dengan dosa”, maka trend “membiasakan dosa” ini pula saya definisikan sebagai “berdosa secara berjemaah”. Apabila sesuatu dosa diterima umum sebagai “tak apa”, maka beramai-ramailah umat Islam menjebakkan diri kedalamnya.

Mungkin akibat dari kefahaman yang telah diterapkan dalam minda sedari kecil bahawa “majoriti itu benar”, sesetengah pelaku dosa cuba menempatkan diri mereka dalam kelompok yang dianggap majoriti bagi menyedapkan hati mereka. Dosa-dosa ini terdiri daripada dosa-dosa yang tersebar umum sehingga ke tahap sukar untuk dielakkan.

Sebagai contoh, dosa menghadiri ke konsert yang bercirikan kemaksiatan. Demi menyedapkan hati, pelaku dosa ini akan berkata kepada dirinya – “ala, ramai lagi yang join konsert tu”. Akibatnya pelaku dosa jenis ini sukar untuk dinasihati, kerana bagi mereka alasan itu sudah cukup kukuh. Malah ada yang berani pula mengatakan – “tak apa, at least tak masuk neraka sorang-sorang.”

Contoh satu lagi yang kian menampak dalam masyarakat terutamanya dalam kalangan muslimah, adalah fesyen tudung bersanggul. Sungguhpun telah disampaikan teguran, namun alasan yang diberi “ramai lagi yang pakai macam ni”, merupakan satu contoh pengaplikasian trend ini bagi membenarkan perbuatan tersebut.

Sukar untuk membasmi trend dosa ini, kerana perlunya kepada usaha gigih para pendakwah untuk mengubah bukan sekadar kualiti, tapi KUANTITI pelaku dosa tersebut. Tambahan pula apabila para pendakwah ini yang berada di pihak yang minoriti, kerana suara minoriti itu sering dianggap suara kedua (underdog) yang tidak perlu didengari apatah lagi diterima. Benarlah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud,

“Islam itu bermula dalam keadaan asing (ghareeb) dan akan kembali asing sebagaimana permulaannya. Maka beruntunglah orang-orang yang asing itu (ghuraba’).” (Hadis Riwayat Muslim, Shohih Muslim, Kitabul Iman, 1/350, no. 208 (Dari Abu Hurairah). Ibnu Majah, Sunan Ibni Majah, Kitabul Fitan, 11/485, no. 3976 (Dari Abu Harairah). Hadis Riwayat Ahmad, Musnad Ahmad, 34/25, no. 16094 (Dari ‘Abdurrahman B. Sannah))

Disebut Nabi dengan perkataan “ghuraba”, menunjukkan bahawa umat Islam yang mengamalkan Islam dengan baik dan betul serta menjauhi dosa-dosa itu merupakan pihak yang minoriti, dan sering dipandang serong oleh masyarakat. Contohnya, apabila seseorang enggan berkapel kerana ingin menjaga diri dari kemaksiatan, maka orang itu dianggap tidak mengikut perkembangan terkini, tidak laku, dan sebagainya. Apabila seorang muslimah enggan berjabat tangan dengan seorang muslimin, maka muslimah itu dianggap sombong. Apabila seorang muslimin enggan bertukar nombor telefon dengan muslimah kerana enggan berhubungan, maka muslimin itu dianggap jumud.

Mengikuti “kebiasaan orang ramai” tidak menyelamatkan seseorang itu daripada diazab berikutan dosa yang dilakukannya, kerana Allah itu Maha Adil dan tidaklah seseorang itu melakukan dosa melainkan akan dipertanggungjawabkan, hatta sebesar zarah, dan tiadalah dosa seseorang itu akan dipikul oleh orang lain sebagaimana firmanNya:

Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja (6:164)

4. Trend “membandingkan dosa”

Dan trend yang keempat ini juga merupakan sebuah trend yang cukup luas menular dalam kalangan masyarakat, remaja terutamanya. Jika trend sebelum ini menunjukkan kebiasaan membandingkan satu dosa dengan dosa lain, trend membandingkan dosa ini pula memfokus kepada kebiasaan membandingkan individu dengan individu yang lain.

Sebagai contoh, trend ini banyak digunakan oleh muslimah yang enggan bertudung, lantas membandingkan dirinya dengan perbuatan buruk muslimah yang bertudung. “Ala orang yang bertudung pun bukan bagus sangat, tengok suratkhabar, ada je kes ustazah berzina”, “orang bertudung kuat mengumpat” dan sebagainya adalah contoh ayat-ayat yang jahat yang menjadi ciri-ciri kepada trend melakukan dosa jenis ini.

Dari pengamatan saya, trend dosa ini merupakan trend yang paling jahat dan buruk, kerana bukan sahaja pelaku dosa itu melakukan dosa, malah mereka juga cuba memburuk-burukkan orang lain dan menimbulkan fitnah ke atas umat Islam keseluruhannya. Tindakan mereka ini seolah-olah untuk menepis dan mengalihkan perhatian terhadap dosa yang mereka lakukan, dengan “menolaknya” kepada orang lain agar kecacatan diri mereka dapat disembunyikan.

Begitulah juga contohnya perokok, apabila ia cuba menjustifikasikan tindakan merokoknya itu dengan berkata – “Ala, tok imam kat masjid pun merokok”. Malah kadang-kadang tanpa ada asas dosa pun, sesetengah golongan yang jahat niatnya mengambil kesempatan dengan trend ini untuk menjatuhkan dan melemahkan usaha yang dilakukan para pendakwah.

Contohnya, ayat-ayat seperti – “Nak guna dinar emas konon, riba pun tak terbanteras lagi.” “Sebelum ko nasihat aku, elok la ko nasihat roomate engko dulu” serta pelbagai lagi.

Trend jenis ini, cukup sukar untuk ditangkis dan dijawab oleh para pendakwah. Ini kerana, ia berkait rapat dengan kelemahan golongan pendakwah sendiri. Bahkan, ia mampu melemahkan semangat para pendakwah yang lembut jiwanya. Jika trend-trend dosa sebelum ini bersifat defensif, maka tidak salah kalau saya katakan trend ini adalah trend yang “offensif” iaitu bersifat menyerang.

Allah memberi amaran dengan panjang lebar kepada mereka yang gemar menggunakan taktik ini, sepertimana dalam surah al-Hujurat ayat 11 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman!
Janganlah sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka

dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk.

(Larangan-larangan yang tersebut menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang-orang yang zalim.

Namun harus diingatkan, bahawa trend ini wujud atas dasar kelemahan pada diri pendakwah. Oleh itu haruslah setiap pendakwah sentiasa bermuhasabah dan menjaga dirinya daripada menjadi fitnah ke atas nama Islam itu sendiri. Ya, manusia tidak sempurna, namun cubalah mengikuti sunnah dan akhlak Rasulullah, dan serahkanlah kepada Allah untuk menjaga diri kita dari keaiban.

Kesimpulannya, empat jenis Alasan untuk kekal melakukan dosa adalah,

1. Menebus dosa – melakukan kebajikan dan amalan-amalan kebaikan untuk menyedapkan hati bahawa sekurang-kurangnya kebaikannya itu membawa pahala kepadanya.

2. Mengecilkan dosa – membandingkan dosa yang dilakukan dengan dosa-dosa lain yang lebih besar dan serius yang mungkin terjadi, sekaligus membawakan tanggapan dirinya “masih selamat” dan masih “tidak apa”.

3. Membiasakan dosa – Meletakkan dirinya dalam kelompok majoriti yang turut melakukan dosa yang sama, agar membuatkannya berasa sedap hati bahawa dirinya tidak keseorangan dalam melakukan dosa tersebut.

4. Membandingkan dosa – Menyatakan kelemahan dalam diri golongan yang tidak melakukan dosa tersebut, agar membawakan perasaan bahawa dirinya tidak inferior dan perasaan bahawa adalah sama sahaja sama antara yang melakukan dosa itu mahupun yang tidak melakukan dosa itu.

Sengaja saya menggunakan perkataan “kaedah” dan “trend” bagi menarik perhatian, namun tentulah yang paling tepat, empat perkara tersebut merupakan ALASAN kepada diri sendiri yang sering digunakan oleh kita.

Keempat-empat alasan di atas merupakan perangkap syaitan yang mempermainkan akal dan fikiran kita, agar kita menjustifikasikan dosa-dosa yang dilakukan sebagai “tidak apa” dan untuk berlepas diri dari dosa tersebut. Namun ingatlah, dosa-dosa itu tetap merupakan dosa, dan HANYA TAUBAT SEBENAR-BENAR PENGHAPUS DOSA. Walau sepandai manapun kita beralasan, namun ALLAH itu lebih pandai, dan hanya oleh Allah lah dosa kita akan dihitung.

Kenapa saya katakan, membasmi alasan-alasan ini merupakan antara langkah awal dan vital yang perlu diambil? Ini kerana, alasan-alasan di atas merupakan benteng pertama yang menghalang seseorang pelaku dosa dari bertaubat. Benteng ini membuatkan pelaku dosa tersebut merasakan bahawa mereka tidak melakukan dosa. Sedangkan syarat pertama taubat, adalah mengakui dosa yang dilakukan!

Di dalam bidang psikologi, langkah pertama menyelesaikan masalah adalah mengakui kewujudan masalah tersebut. Individu yang gagal menerima hakikat dan enggan mengakui kewujudan masalah, merupakan individu yang digelar “delusional”.

Justeru itulah, individu yang gagal menerima hakikat dosa yang dilakukan, masih beralasan dan cuba membela diri sendiri, dan enggan mengakui bahawa perbuatan yang dilakukan itu adalah satu dosa, merupakan individu yang delusional terhadap agama masing-masing. Apabila ini gagal, maka adalah mustahil individu tersebut untuk memulakan langkah taubat.

Pendek kata, seseorang itu perlu berhenti beralasan dengan kaedah-kaedah di atas ataupun apa jua alasan yang ada, barulah akan terbuka pintu hatinya untuk bertaubat!

Buat para pendakwah pula, keempat-empat alasan untuk kekal dalam dosa ini merupakan fenomena yang menjadi cabaran dalam amalan nahi mungkar di negara kita. Rata-rata jika kita tengok, kebanyakan para pendakwah mengambil jalan mudah memfokus kepada amar makruf semata, tanpa cuba melakukan nahi mungkar. Ini mungkin kerana jalan amar makruf itu disambut dengan paluan kompang, didalam bilik berhawa dingin, dipandang mulia oleh masyarakat dan sebagainya. Manakala jalan nahi mungkar pasti akan ditentang, disambut dengan kejian dan makian serta tohmahan dan fitnah.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menyebarkan fitnah mahupun mendedahkan keaiban, namun cukuplah dianggap ia sebagai mendedahkan realiti yang ada dalam diri remaja kita agar kita sama-sama dapat memahami dan mencari solusi mengenainya. Sesungguhnya saya juga remaja, dan saya juga tidak terhindar daripada terperangkap dalam alasan-alasan di atas dari masa ke semasa. Mungkin apabila memahami alasan-alasan kekal dalam dosa di atas, kita akan lebih bersedia menghadapi cabaran dan tentangan dalam usaha mencegah kemungkaran yang semakin membarah ini.

Wallahua’lam.

Artikel ini sesuai menjadi artikel susulan pada penulisan saya ini – http://bit.ly/taubat

61 thoughts on “Kaedah-Kaedah Melakukan Dosa

    • sy nk cakap pasal buang bayi…
      ade x kita perasan yg sekang ni ramai sgt org buang bayi..
      pada pendapat sy la, ni maybe dikalangan pelajar yg telah bercuti dalam bulan 11 ujung taun lalu..
      kalau dikira semula cukup 9 bulan jika dikira dari bulan 11 ke bln 8..
      cuti semester pelajar IPT pula kebetulan jatuh pada tiap ujung taun bulan 11 atau awal bln 12..
      sy xtahu la andaian sy ni ada benarnya atau pon x..
      tapi fikir2 kan lah..

      Ya, saya juga ada memikirkan mengenai kemungkinan tersebut.

      Dalam bidang demography pun, faktor ini cukup penting hingga dinamakan sebagai “baby boom”. Walaupun baby boom memfokus kepada peningkatan secara umum (bukan anak zina sahaja) dan pada skala yang lebih besar (years, not months) namun ia menjadi indikator yang signifikan menandakan kestabilan ekonomi, politik dsb. Maka saya berpandangan jika digunakan secara mikro memfokus kepada fenomena bunuh bayi ini, ia juga boleh menjadi indikator kepada satu punca yang agak signifikan.

      Dan yang sebagaimana kita sedia tahu, mengenalpasti “punca” adalah antara langkah terawal dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

      Cuma yang menjadi persoalan saya adalah, benarkah ada peningkatan dari segi statistik, atau isu yang ada sekarang ini cuma diperbesar-besarkan oleh media sahaja?

  1. Hmm…amat menarik dan terperinci pandangan ini..Ini merupakan pengolahan saudara sendiri atau merujuk artikel lain.? Walau bagaimanapun, Syabas, saya agak bersetuju dgn pandangan anda. Mungkin tajuk boleh diubah kepada alasan, bukannya kaedah/trend kerana ini merupakan 4 ciri alasan utama yg diberikan org utk melakukan dosa..

    Thanks, jazlan. Pengolahan sendiri, berdasarkan pemerhatian sendiri. Sengaja dipilih “Kaedah” dan “Trend” kerana beranggapan ianya lebih catchy dan menarik perhatian. Memang sebenarnya perkataan yang lebih tepat adalah “Alasan” =)

  2. salam…..
    smua yg dinyatakan mmg blaku d skeliling kita, cuma x rmai yg sedar dan akui.
    mmg btul, skrg, hnya amar ma’ruf yg dkejar manakala tlalu ckit yg mmilih nahi munkar. mgkn kberanian blom ada atau takut dserang oleh glongan spt yg dnyatakan di atas…
    pnyelesaiannya??

  3. Assalam mu alaikum wr wbt
    Selamat berpuasa dan tentunya berhariraya
    Semua perkara yang dibincangkan di atas adalah merupakan BALA yang ditimpakan oleh Allah SWT kerana umat Melayu Islam ini tak mahu ikut kaedah dan peraturan Allah SWT.
    Pertamanya, ramai remaja dan malah orang tua juga tak mahu belajar agama lebih suka berhibur…
    Kedua, sebahagian pemimpin masyarakat memberikan tumpuan dan keutamaan kepada perkara lain selain dari mendidik masyarakat kepada kebaikan dengan hujah ekonomi dahulu. Ini berlaku semenjak lama dahulu.
    Ketiga, Institusi agama seolah-olah diperkecikan, dimomok dan mungkin dibuli. Lihat sahaja kepada polisi tidak membantu Sekolah Agama Rakyat (SAR) menyebabkan rata-rata masyarakat melihat SAR sebagai unsur negatif..
    Keempat, Pemimpin negara melihat dan menghembur kata, bahawa amalan-amalan agama seperti berQiam mu lail sebagai sindrom dan cara mendidik pengganas terutama selepas peristiwa 11 Sept 2001.
    Sebenarnya banyak lagi…. Sekian TK

  4. Saya bersetuju dengan pandangan saudara.

    Saya pernah berlaku kes di mana saya tak mahu keluar dengan teman lelaki secara berdua-duaan dengan alasan berdosa. Terus dikatakan “poyo” oleh sahabat-sahabat saya. Rasa macam saya pulak yang bersalah.

    saya ada satu kemusykilan. Off topik dari entry saudara. Apakah hukum mendengar lgu/muzik selain dari nasyid?

    Tahniah kerana bertegas. Saya menggesa agar dipercepatkan pernikahan kerana pernikahan itu membebaskan diri anda dari fitnah dan memberi ruang untuk anda berhubung dengan teman lelaki.

    Mengenai muzik, kaedah asas yang perlu difahami adalah – muzik adalah harus, selagi mana tidak ada perkara-perkara yang menyebabkan ia menjadi haram. Apa perkara2 itu? Boleh ketahui lebih lanjut dalam artikel saya yang ini:

    Hukum Muzik Disisi Islam

  5. teruskan!!ak ttp doakan stiap manusia akan sedar yang musuh utama kita adalah syaitan bukan manusia!!!insyaALLAH…no war!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  6. salam.

    ya Allah. sy kat uk bru 3 thun lbih, dr 2007 smpai skarang x blik2 lg ke malaysia 2..T.T nnt ntah2, smpai airport trus pengsan..T.T

    nauzubillah. thxx 4 writing this. :) jazakallah hu khoiron khasiron. :)

    moga kite mnjd di kalangan yg gigih berusaha dan tidak akn brputus asa dlm perjuangan. including studies! :) InsyaAllah. :)

    Syukran~!

  7. artikel menarik.trend mengecilkan dose tu memang sangat2 tepat.teringat bile saye ternampak couple2 yg aweknye berlengan panjang dan lelakinye pulak memegang tangan aweknye berlapikkan lengan baju.mgkn mereke fikir”ala,pegang baju je bukan pegang tangan”.tapi dalam hati saye kate”ape bezenye pegang tangan wanita pade lengan baju dengan pegang buah dadenye yg bercoli atau kemaluannye yg berseluar dalam?tempat aje yg laen kan?”fikir2kanlah..

  8. Subhanallah, sebuah tulisan buah pandang yang sangat baik.
    Terima kasih perkongsiannya. Mudahan bertambah barokah Allah atas saudara dan semoga Allah menguatkan langkah-langkah kita di jalan ini.

    Syukran!

  9. remaja kita lahir dari pelbagai latar belakang. Yang dr keluarga berprinsipkan agama mungkin pendekatannya berbeza dengan yang tiada asas agama atau kurang asas agama.

    sewaktu zaman remaja saya hidup dlm suasana tarbiah islam, bila nak buat dosa, kita sedar itu adalah salah = dosa. bila mula ke alam pekerjaan, mula bercampur dengan manusia pelbagai latar belakang, maka muncullah trend2 yang saudara utarakan. Kenapa? persekitaran yangmempengaruhi. sekuat mana hati kita ingin mempertahankan cara hidup islam sebenar, sesekali tewas juga.

    andainya kita inginkan remaja2 ini sedar bahawa islam is the way of life, dasar kenegaraan, prinsip kemasyarakatan, kekeluargaan, institusi pendidikan MESTI menyokong sebagai asasnya.

    kerana remaja mempunyai keinginan mengetahui, mencari, mencuba dan menikmati kelainan2 yang ada disekeliling mereka. mereka suka didekati tapi pendekatannya mesti ikut kehendak mereka, mereka suka disokong tapi mesti sokong tindakan mereka. yang pasti mereka akan jengkel jika sesuatu yang diutarakan bertentangan dengan apa yang difikir, dibuat atau tindakan mereka.

    untuk itu tidak semua ibubapa mampu mengawal anak2 dgn baik tanpa ilmu keibubapaan yang baik.

    semua ini adalah pandangn individu.

  10. Jazaumullah Khairul jaza’ atas perkongsian dakwah amat berguna. Salam Ukuwah Islamiah dan Salam Ramadhan Karim dari saya.

  11. Sindiran Allah SWT dalam Surah Ibrahim ayat :30. kepada mereka yang sentiasa berlumuran dengan dosa-dosa siang dan malam…
    ” Orang-orang kafir itu telah menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah supaya mereka menyesatkan (manusia) dari jalan-Nya. Katakanlah: “Bersenang-senanglah kamu, karena sesungguhnya tempat kembalimu ialah neraka “.

  12. Yea this phenomena brings me eyesore too.
    i’m a medical student in egypt and fly home once a year so far.
    The change is quite drastic.
    Masyarakat dgn trends mereka.
    Nice entry.
    (soalan menyelit:ade kakak ke kat egypt?)
    and nk mntk izin to link yr blog in mine.
    for good,insyaAllah.

  13. Amat bagus coretan yang dibuat….”Sesungguhnya ISLAM agamaku….Al-Quran peganganku….Nabi Muhammad Ikutanku…”

  14. Pingback: Top Posts — WordPress.com

  15. Alhamdulillah.. artikel yg sgt bgs dbaca di waktu2 pg.. Quite refreshing. Sememangnya agak sukar utk mmbanteras amalan dosa di kalangan masyarakat kini. Sikap ‘meghalalkan yg haram’ sdh menjadi kebiasaan. Apabila perasaan malu sudah hilang, it becomes quiet impossible to neutralize what is wrong..

    Ana minta opinion nta..apa lg usaha yg boleh ana buat utk mengajak housemate yg liat solat fardhu? Ana dh cuba bnyk cara: qudwah hasanah, doa, artikel, oral invitation, teguran sinis dsb.. but none came out positive.. All being ignored..ana dah buntu..

    Btw, syukran jazillan utk artikel ini. Moga sentiasa dikurniakan ilham dan idea yg bernas utk penulisan seterusnya..

  16. kesimpulannya, kalau kau x solat, sedekah ke, zikir ke apa ke? kau ingat sampai? tuhan tak pandang pun sebab solat tu penghubung kau dengan tuhan, jd marilah kita solat dengan sebenar-benarnya…solat tu mencegah perbutan keji dan mungkar..selagi kita solat masih dok buat benda keji dan mungkar….check la balik solat tu mesti ada banyak yang cacat..ayuh ramadhan ini marilah kita sempurnakan solat kita

  17. salam.. really agree! kwn2 sy yg berada di luar negara pon berckp perkara yg sme..mgkin sbb sy berad di m’sia..so, sy sudah lali melihat ini semua..ape2 pon..sme2 kite amal maaruf nahi mungkar…selamat beramal…

  18. Jazakallah.
    Artikel yang sgt menarik.
    Sgt tepat dengan keadaan semasa sekarang.
    Tajuk yang memang menarik perhatian ana untuk baca, dan ana rasa mampu menarik mereka di luar sana untuk klik link artikel ini.

  19. salam…elis dah baca…sangat bagus…sekurang2 nya org yg tak perasaan akan sedar bila baca blog ni…terima kasih…=)

  20. Apa pula kaedah terpantas dan tercekap untuk mengatasi trend neh? any ideas? hahahaha kesimpulan nya trend neh telah disemai dan dibiak kan oleh pemimpin2 kita, so cara terbaik untuk mendakwah ialah dengan memastikan pemimpin kita terdakwah kalau pemimpin2 kita gagal melaksanakan islam sepenuhnya dalam kehidupan mereka bukan salah rakyat kalau terikut dengan perangai buruk pemimpin2 kita, sebab tue kita dipesan kuat untuk memilih pemimpin yang adil dan melaksanakan dasar2 islam. Ianya bukan main2. Allah swt tak cipta ISLAM untuk dipermain2kan oleh umat islam.

  21. Lupa nak cakap, saya amat berminat dengan artikel neh so saya akan copy dan pastekan dalam group di facebook saya, Kami benci saiful bukhari. thanks

  22. Alhamdulillah,Penulisan yang cukup kreatif.bagi sy ianya satu khazanah @ harta agama yang amat bernilai dan mengikut trend terkini.teruskan usaha dakwah anda,

  23. artikel ni mmg realistik…
    sy prnah menasihati seorg pmpuan degil xbertudung yg selalu mmberi alasan sperti dlm artikel ini dgn brkata,
    ” ko rupa pn xde, rmbut pn kusut..xde ape nk ditonjolkn pd dunia..bek sgt la klu pkai tdung..”
    sy tau bahasa ni kasar dn sy mnyesal brkata demikian..
    artikel ni plg sesuai utk beliau..
    semoga terbuka hatiny utk berubh sterusny brtaubat…..

  24. sy setuju sgt dgn artikel ni. remaja skrg mmg byk alasan untuk membenarkan mereka buat sesuatu yang berdosa dan anggap dosa yg diorg buat tu bnda kecik je.harap mereka dpt baca article ni dan insaf dgn dosa yg diorg dah buat.dan harap diorg dpt berubah dan bertaubat.

  25. aq setuju dgn penulisanmu ini….memg benar ini lah penyakit muslimat malaysia sekrg,pkai tudung ikut trend belit2 ….kdg2 aq tgk cntik jgk pkai mcm ni tp buat ape nk tunjuk kcntikan kita pd org yg bkn septutnya lihat kcntikan kite….entahlh tmpt blaja aq pon byk yg mcm tu….

  26. Pingback: Tweets that mention Kaedah-Kaedah Melakukan Dosa « Leokid's Life -- Topsy.com

  27. Terbaik aa artikel nih..

    Ternyata dlm usaha kerajaan ntk mencapai negara maju, kita akan terus menghadapi masalah2 yg dilanda oleh hampir semua negara maju khususnya masalah zina.. berbeza dgn negara maju yg lain, isu zina x ubah seperti isu kecil, tapi mujur rakyat Malaysia masih x memandang rendah isu zina nih,, Walaupon media bertungkus-lumus mengutarakan gejala sosial di kalangan remaja, isu nih masih gagal ntk dibendung~

    Nak mengharapkan campur tangan kerajaan @ pihak luar sehingga kini jelas x menunjukkan tanda2 kekurangan, ini sekaligus membuktikan bahawa perubahan itu perlu ada di dalam diri individu itu sendiri baru lah sedikit-sebanyak mempengaruhi masyarakat sekeliling..

    p/s semoga artikel nih boleh membantu mengurangkan gejala sosial di kalangan masyarakat di Malaysia.. insya-Allah!

  28. anda brada jaoh dr msia pn dpt rse beban memandang dosa2 x b’penghujung ni..sakit hati+kesal y amat sbb kte xmampu nk take action kt bangsa kte sndri..

    sy lg la, adik sy sndri pun xbley nk bimbing..hari2 dgr pbuatan y mnyakitkan hati die dr mak sy..ape sy bley buat? mrh dah pkul dah ckp baik2 pn dah tp lg die buat ade la.adk bradik sy pn da xtau nk buat..penat sian kt mak bpk sy. ape pndapat anda? ape tndakan y bley kami buat spy die pegang agama dgn kukuh smula?

  29. Saya setuju bebenor ngan artikel ni. Kealpaan masyarakat kita tak kira agama (Islam,Cristian , Budha etc) tentang dosa ni dah jadi semcm trend.Semua agama menyeru penganutnya utk membuat kebaikan dan meninggalkan kejahatan tetapi ada segelintir or sebilangan besar dari pengikut2 ini melihat dosa2 kecil dgn sebelah mata jer kerana mengagung2kan budaya luar.Saya terbaca di akhbar baru2 mengenai satu bantahan utk mebina Gereja bagi kaum Gay di Malaysia.Jika ini menjadi kenyataan,adakah negara kita akan menjadi sama seperti negara2 barat e.g Amsterdam,France etc yg mengagung2kan budaya gay sehingga membenarkan perkahwinan sesama jantina.Subhanallah…mintak2lah negara kita ni tidak sampai ketahap tu, Semoga semua usaha kita dirahmati dan diberkatiNya…Amiiin

  30. salam..

    artikel yang menarik berhubung psikologi si pembuat dosa..

    saya terfikir untuk memuatkan idea ini dalam satu kolum dalam majalah yang sedang diusahakan oleh rakan-rakan saya, mungkin petikan ini akan dipendekkan supaya dapat muat dalam majalah tersebut.

    jadi, saya mohon kebenaran untuk menyebarkan idea ini dalam majalah rakan-rakan saya, insya-Allah idea asal akan saya pelihara supaya dapat dimanfaatkan kepada semua.

    jadi, saya mohon untuk “add” saya dalam Yahoo Messenger supaya perihal lanjut dapat kita berbincang.

    Minta maaf jika saya ada kesilapan.
    sekian, terima kasih.
    desudesu_rules@yahoo.com

    InshaAllah, boleh. Jika mengekalkan dengan ayat asalnya, maka saya pohon disertakan sekali bersama sumbernya (Leokid’s Life, https://leokid.wordpress.com) agar sebarang pembetulan mahupun rujukan, ulasan dsb boleh dibuat terus disini.

    Namun jika sekadar menceduk idea dan diolah dengan ayat sendiri, maka ceduklah sesuka hati, kerana idea yang datang kepada saya ini berasal dari Allah jua. Saya tidak ada apa-apa halangan.

  31. ari ni, org mmg suka crritakan keburukan org laen melalui fb, blog dll..
    tp, kerja utama umat ni, depa xbuat…
    suka komplain kompolain komplain…
    dan org tinggal dakwah xrasa satu dosa besar…
    dok sibuk tulis blog mcm aku…
    konon2, ini medium dakwah…
    sama2 kte istigfar sbb tinggal dakwah…

    • Berdakwah ini ada berbagai cara termasuklah melalui blog dan sebagainya.Jika tidak silap saya pada zaman Rasululah atau sahabat pernah mengutuskan surat utk menyampaikan Islam.

  32. masalah sosial ni susah diselesaikan selagi remaja tidak dididik dgn baik.
    pendidikan memainkan peranan yg penting utk menbentukkan personaliti seseorang.
    bukan tanggungjawab ibubapa dn guru saja, tapi tanggungjawab semua orang=)

    • Salam sahabat, jika anakx dididik dngan ajaran islam yg sebenarnya tetapi masih terjebak dengan gejalan sosial apa pula pandangan saudara bagi menyelesaikan masalah ini.

  33. salam..
    hmm..dah akhir zaman dah kita ni ye.. memang memeningkan. Benar sabda Rasulullah yg kita akan ikut jejak yahudi/nasrani sampai ke lubang biawak sekali pun.. hmm..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s