Sultan Abdul Halim Muazzam Shah

Lama tidak mengemaskini blog ini. Sementara saya menceritakan mengenai kehidupan saya disini yang penuh dengan ups and downs, biarlah saya selitkan sebuah nota ringkas ini, mengenai baginda sultan negeri saya yang sangat saya kasihi.

Sultan Abdul Halim Muazzam Shah

Sultan Abdul Halim Muazzam Shah

Hari ini negeri Kedah menyambut cuti ulangtahun keputeraan Sultan Abdul Halim Muazzam Shah. Daulat Tuanku!

Tahukah anda, Sultan Abdul Halim Muazzam Shah merupakan pemerintah ketiga paling lama DI DUNIA, selepas Raja Bhumipol (Thailand) dan Queen Elizabeth (England).

Baginda memerintah Kedah sejak zaman setahun selepas kemerdekaan sehinggalah zaman sekarang, bermakna baginda pernah bekerja bersama semua keenam-enam Perdana Menteri Malaysia!

Tahukah anda, baginda juga pernah menjawat jawatan Yang Dipertuan Agung ketika tahun 1970 – 1975.

Ini bermakna, jika Sultan Abdul Halim panjang umur tahun ini, beliau akan menggantikan giliran Sultan Mizan Zainal Abidin sebagai YDPA dan menjadi satu-satunya Sultan negeri-negeri Melayu yang menjadi Yang Dipertuan Agung (YDPA) sebanyak 2 kali sepanjang hayat!

Tahukah anda juga, Sultan Abdul Halim juga merupakan anak saudara kepada Perdana Menteri Pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman.

Pada tahun 1970, Tunku Abdul Rahman ketika meletak jawatan sebagai Perdana Menteri, antaranya dikatakan kerana beliau merasakan adalah tidak sesuai beliau menjadi Perdana Menteri dibawah pemerintahan anak saudara beliau sendiri (Sultan Abdul Halim). Namun, kerana hormatkan anak saudaranya, Tunku Abdul Rahman meletak jawatan sehari selepas Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai YDPA.

Tunku Abdul Rahman meletak jawatan pada 22 September 1970, sedangkan Sultan Abdul Halim ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agung pada 21 September 1970!

Dan oh ya, tahukah anda, sebenarnya baginda diputerakan pada 28 November 1927. Namun 16 Januari diisytiharkan sebagai hari cuti ulangtahun keputeraan baginda untuk disambut sekalian rakyat jelata negeri.

Allah panjangkan umur Sultan Abdul Halim Muazzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah, limpahkanlah kurnia dan hidayah kepada baginda untuk terus memerintah Kedah dengan aman serta berkatilah sekalian rakyat di bawah jajahannya!

Daulat Tuanku!

4 thoughts on “Sultan Abdul Halim Muazzam Shah

  1. pernah duduk kedah 12 tahun. pertama kali jumpa baginda depan mata masa hari kecemerlangan sekolah di Keat Hwa High. wajahnya manis. ya, semoga Allah panjangkan umur baginda Sultan. Daulat Tuanku. :)

  2. leo,saya nak tumpang tanya berkaitan hackintosh.saya sangat mencari orang yg mampu merealisasikan impian saya untuk hackintosh..harap leo boleh membantu..

    • Assalamualaikum, syafiq.

      Sejujurnya, saya sudah lama tidak meng-hackintosh ini. Kali terakhir saya hackintosh pun, hampir 5 tahun lalu. Ketika itu, istilah hackintosh belum pun dipopularkan lagi.

      Berdasarkan pengalaman peribadi saya, hackintosh sangat-sangat banyak kerenahnya. Jujur, jika anda ingin merasai pengalaman menggunakan MacOS, maka hackintosh tidak memberikan anda pengalaman sedemikian.

      2 tahun lepas setelah laptop lama saya rosak, saya juga pada awalnya berhasrat untuk mendapatkan laptop bajet dan hackintosh untuk merasai penggunaan MacOS. Namun setelah fikir-fikir, saya kata apalah sangat buat pelaburan naikkan sedikit bajet untuk mendapatkan Macbook terus. Alhamdulillah, itu pelaburan terbaik pernah saya buat melibatkan IT dalam hidup saya.

      Apapun, saya tidak yakin yang saya mampu membantu saudara mengenai hackintosh. Dunia hackintosh pun sudah lama berubah berbanding 5 tahun saya mencubanya dahulu. Maaf, wassalam.

      • thanks leo..
        kalau macam tu tolong ajarkan saya pasal ubuntu, boleh?
        aritu dah try install, tapi tak boleh.
        saya gunakan install dari usb tu..
        harap leo boleh bantu..
        sekarang ni tengah impikan imac.hehe
        emel saya di syafiqroos@gmail.com
        saya di cheras, kalau berhampiran boleh jumpa,senang sikit nak belajar pasal ubuntu..
        salam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s