Hari Wanita

Assalamualaikum. Lama benar saya tidak mengemaskini Leokid’s Life mengenai kehidupan saya di sini.

Alhamdulillah, hari ini 8hb Mac merupakan cuti umum bagi negara Russia, bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia. Russia sememangnya cukup menghargai sambutan hari wanita ini. Ianya disambut cukup meriah, wanita dihadiahkan dengan bunga dan cokelat. Apabila saya mencari-cari mengenai sejarah sambutan Hari Wanita, baru saya tahu kenapa.

Pada awalnya saya mencari-cari sejarah Hari Wanita, kerana khuatir sekiranya asal usul dan amalan sambutan ini bercanggahan dengan Islam. Kita sendiri pun sedia maklum, bahawa didalam Islam kita dilarang meraikan sambutan khusus yang menjadi identiti agama lain, terutamanya yang membawakan motif syirik dan khurafat. Risau juga saya sekiranya Hari Wanita ini berasal dari sambutan dewa-dewa tertentu atau ada amalan-amalan tertentu yang berlawanan dengan syariat Islam.

Setelah membaca lebih lanjut, rupa-rupanya asal sambutan Hari Wanita ini mempunyai sejarah tersendiri di Russia rupanya. Patutlah ianya begitu rapat dengan identiti negara ini. Ianya boleh dijejak kembali ke tahun 1917, iaitu sebagai peristiwa pertama yang menandakan permulaan Revolusi Russia 1917. Revolusi ini menyaksikan bagaimana pemerintahan Russia sebelum itu yang berada dibawah sistem monarki melalui penguasaan Tsar digulingkan dan digantikan dengan pembentukan kerajaan Soviet Union.

Sesiapa yang berminat, boleh membaca ulasan ini yang cukup menarik oleh fifthinternational.org : http://www.fifthinternational.org/content/when-women-set-russia-ablaze

Mungkin ada yang tertanya-tanya, tiadakah Hari Lelaki pula? Di Russia, Hari Lelaki disambut pada 23hb Februari setiap tahun, juga merupakan cuti umum. Walaupun begitu, ianya telah dijenamakan pula sebagai “Defender of the Fatherland Day”, lebih kurang maksudnya “Hari Pejuang”.

Masih teringat lagi pada malam 23hb Februari yang lalu, saya berbual-bual dengan jiran saya yang merupakan seorang pemuda Russia. Beliau menceritakan kepada saya mengenai sambutan Hari Pejuang ini. Sungguh menarik, menurut beliau pejuang tidak semestinya dikhususkan kepada para askar dan tentera sahaja. Dan meskipun cuti itu disambut oleh Russia, tidak semestinya orang lain tidak boleh menyambutnya. Setiap daripada kita ada tanah air masing-masing, dan setiap daripada kita ada peranan masing-masing terhadap tanah airnya. Sebagai doktor, merawat pesakit juga merupakan satu tanggungjawab dan peranan yang kita laksanakan kepada negara masing-masing. Hari Pejuang adalah hari meraikan setiap tanggungjawab dan peranan yang kita laksanakan tersebut.

Kemudian pemuda Russia tersebut mengajak saya keluar menyambut sambutan Hari Pejuang itu. Saya tanyakan kepadanya, bagaimana warga Russia menyambut Hari Pejuang? Beliau mengisyaratkan dengan menjentik-jentik pangkal lehernya, sebagai simbol untuk “meminum arak”. Saya lantas seraya menolak pelawaan tersebut. Maka selepas itu bermulalah sebuah perbualan yang panjang lebar berkisar persoalan “Kenapa orang Islam tidak boleh minum arak”, hehe. Beliau terkejut dan tidak mempercayai apabila saya katakan kepadanya, selama saya hidup 23 tahun saya tidak pernah meneguk arak. Dunia yang berbeza, saya kira.

Berbalik kepada sambutan Hari Wanita. Kebetulan saya dan rakan-rakan sekelas sekarang ini sedang menjalani cycle Ophtalmologi, belajar dengan dua orang pensyarah wanita. Ketika kelas terakhir minggu lepas, kami menghadiahkan mereka masing-masing dengan sekotak coklat dan kad ucapan. Riak wajah yang terpancar di muka mereka, sangat gembira! Pensyarah saya berkata, itulah kali pertama beliau mendapat hadiah Hari Wanita daripada pelajar-pelajarnya.

Akhir kata, saya tidaklah berhasrat hendak menulis sebuah artikel panjang lebar mengenai Wanita Dan Islam. Sudah banyak rujukannya di internet yang boleh kita dapati. Saya mengesyurkan tulisan jurnal ini,

Peranan Wanita Dalam Pengukuhan Akidah Umat Islam, Jurnal Usuluddin bil 23-24, 2006. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya, h. 36-40. (Che Zarrina Sa’ari dan Joni Tamkin Borhan)

Begitu juga sebuah artikel menarik oleh Ustaz Zaharuddin Abd Rahman : Wanita, Aurat, Kerjaya & Suami Nusyuz.

Selamat Hari Wanita saya ucapkan kepada wanita-wanita yang cukup berharga didalam hidup saya: Ibu saya, ibu saya, ibu saya, nenek dan saudara mara wanita saya yang lain, adik perempuan saya, tidak dilupakan kepada rakan kenalan wanita yang lain dan seluruh wanita di dunia ini.

Sesungguhnya isteri-isteri penduduk Syurga akan memanggil suami-suami mereka dengan suara yang merdu yang tidak pernah didengarkan oleh seorangpun. Di antara yang didendangkan oleh mereka : “Kami adalah wanita-wanita pilihan yang terbaik. Isteri-isteri kaum yang termulia.” Mereka memandang dengan mata yang menyejukkan. Dan mereka juga mendendangkan : “Kami adalah wanita-wanita yang kekal, tidak akan mati. Kami adalah wanita-wanita yang aman, tidak akan takut. Kami adalah wanita-wanita yang tinggal, tidak akan pergi.” (Shahih Al Jami’ nombor 1557)


3 thoughts on “Hari Wanita

  1. I am always impressed with you writing and sorts.

    Tapi yang paling impressivenya ialah your sources.. the ahadith, journal la bagai. hehe

    Macam mana nak keep ourselves up to date with such knowledge – because not everything is in the web, right-despite the fact that you are a medical doctor? in Russia plak tuh.

    Hope you will give some advise, insyaAllah. (haha, sorilah tulis bahasa rojak. Tak tahu what should I call you. Saya-awak geli plak :p)

    • Salam, syazwanadzhar.

      How to keep ourselves up to date? Saya rasa nak tak nak memang kena banyak membaca lah kot. Saya amalkan pembacaan dari pelbagai sumber, menggunakan teknologi RSS. Mana-mana blog dan laman web yang saya rasakan bermanfaat, yang saya berminat, maka saya langgan RSS nya. Jadi saya tidak perlu tiap-tiap hari semak blog @ laman web berkenaan, dan dapat continuous source of reading, non-stop setiap hari.

      To know where to find the source, important jugak tu. Always trace back to the original source. Cross-check jika perlu.

      Wallahua’lam, wassalam.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s