Rehat Sebentar!

Assalamualaikum.

Feww…alhamdulillah, baru selesai beberapa perkara hari ini. Siang tadi, selesai sudah aku menduduki peperiksaan bagi subjek Oftalmologi (penyakit mata). Meskipun tidaklah mendapat markah secemerlang mana, aku tetap merasa lega dan bersyukur.

Subjek Oftalmologi merupakan sebuah subjek yang menarik, aku tidak menafikan. Malah Dr. Belousova juga sangat bersemangat mengajar, dan aku tidak merasa tertekan pun sepanjang belajar dengan beliau.

Namun mungkin minat aku tidak terletak pada bidang ini agaknya. Terlalu banyak penyakit yang melibatkan sebuah organ yang begitu kecil! Tidak dinafikan, seorang pakar oftalmologi semestinya seorang yang jitu, sangat teliti dalam tugasnya.

Jam sekarang menunjukkan pukul 3.55 pagi.

Aku baru selesai menyiapkan presentation bagi mewakili Biro Informasi dan Penerbitan (BIP) naunganku untuk dibentangkan di Annual Grand Meeting (AGM) lewat petang ini.

Tak sangka, dalam sedar tidak sedar, sudah hampir 5 tahun aku berkecimpung dalam organisasi PPIM di bandar Nizhniy Novgorod ini. Penyertaan yang berupa “bidan terjun” tatkala aku di tahun pertama dahulu, tidak disangka akan membawa aku sehingga ke akhir tahun kelima ini.

Aku seronok bekerja dengan PPIM, kerana merasa kebebasannya. Tidak perlu terikat dengan manhaj-manhaj tertentu, tidak perlu terikat dengan cara-cara tertentu untuk bergerak melaluinya.

Aku boleh menjadi diriku sendiri.

Alhamdulillah, esok akan diadakan AGM, menandakan pencennya aku secara rasmi dari PPIM. Hehe. InshaAllah, boleh memfokus kepada projek-projek lain pula selepas ini. Mungkin Leokid’s Life dapat dikemaskini dengan lebih kerap? InshaAllah. =)

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amalan), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amalan yang lain). Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon. (94:7-8)

Wallahua’lam, wassalam.


One thought on “Rehat Sebentar!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s