Snowboarding In Russia!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hampir genap 5 tahun dahulu, aku ada menulis buat kali pertama di blog ini (dahulunya di Friendster) mengenai pengalamanku meluncur ais (ice skating). Walaupun tidaklah di Russia, sekadar di Sunway Pyramid, pengalaman tersebut boleh dikatakan pengalaman yang baru juga lah bagi aku.

Aku suka bermain luncur ais, kerana secara ringkasnya, ianya jauh lebih mudah. Walaupun pengalaman awal menyaksikan aku tersembab ke dinding gelanggang ais tersebut berkali-kali, basah punggung dan sengal kaki, tetapi hanya setelah berbelas beberapa kali berlatih, alhamdulillah aku dapat menguasai skil-skil asas meluncur ais.

Tapi takdelah sampai terbang tinggi ke udara atau reverse skating atau crossover atau twizzle. Hoho.

Dan lebih 4 tahun lalu pula, setelah tiba ke bumi salji ini, aku menambah lagi pengalamanku dengan bermain ski untuk pertama kalinya pula. Ski, adalah satu pengalaman yang sangat berbeza berbanding meluncur ais. Dengan kaki terikat pada dua “papan” kayu, kedua-dua tangan sibuk memegang “tongkat”.

Ski satu pengalaman yang menyerikkan bagiku. Huhu. Cukup-cukuplah aku ski sekali sahaja. Ngee.

Snowboarding

Alhamdulillah, beberapa hari lepas, senior ku Hafiz Razak mengajakku untuk menemaninya bermain snowboarding. Meskipun hari itu hari khamis, terdapat kelas di pagi harinya dan kelas di keesokan harinya, aku menerima ajakan beliau tersebut. Apalah sangat, sangka aku, bukannya penat pun kan? Hehe.

Lagipun kalau pergi ketika hari weekdays, bayarannya lebih murah. Cuma 250 ruble (RM25) untuk tempoh 3 jam bermain. Passport diberikan sebagai cagaran papan snowboard. Huhu.

Maka bertolaklah aku ke lapangan salji tersebut, yang terletak di kawasan Verkhnie Pecheri, kira-kira 40 minit dari hostel aku. Lapangan ini biasanya tidak menjadi tumpuan para pelajar, para pelajar lebih senang ke lapangan Gorkava atau hutan di belakang hostel ini kerana lebih dekat. Namun lapangan-lapangan ini memerlukan bayaran cagaran mencecah 4000 ruble (RM400) untuk menyewa papan snowboard mereka.

Maka tibalah kami berdua di kawasan tersebut. Simple dan ringkas, impression pertama aku. Cuma sebuah rumah (hut) yang menjadi HQ, serta satu cerun bukit yang agak curam (hampir 30 ke 45 darjah), sejauh hampir 500 meter. Ngee.

Setelah bayaran diberi, aku dihulurkan sepasang kasut khusus untuk papan snowboard, serta sekeping papan snowboard yang agak cantik, aku rasa. Haha. Cantik tak cantik, kalau tak reti main tetap tak guna jugak kan. =p

Maka bermula lah pengalaman yang mendebarkan. Huhu. Aku bertanya kepada Hafiz, bagaimana untuk brek? Jawapan beliau ringkas sahaja – “Ala engkau turun je dulu, nanti tahu la tu camne nak brek!”

Aku akui, pada awalnya aku agak underestimate sukan snowboarding ini. Tanggapan aku, ala mesti macam bermain skateboard sahaja. Apalah sangat, setakat satu keping papan dikaki. Hehe. Namun tatkala papan tersebut mula bergerak menuruni cerun, aku kaget. Alamak! Camne ni.

Tak sampai 10 meter, aku tersungkur. Haha. Bukan setakat itu masalah aku. Apabila aku cuba berdiri semula, papan snowboard itu bergerak lagi. Tak sempat berdiri, aku terjatuh lagi.

Dan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Adoyai.

Sehinggalah tiba ke bawah cerun, kena mendaki balik bukit tersebut. Huhu. Penat!

Persembahan slaid ini memerlukan JavaScript.

Akhirnya sampai ke sudah, aku bermain selama sejam sahaja. Terus aku balik ke rumah pondok tersebut, memesan secawan teh panas dan seketul Snickers. Sambil menonton TV yang terpasang. Hehe.

Hampir sejam kemudian, kami pun bertolak pulang..

Secara peribadinya, bagiku aku lebih menggemari snowboard berbanding ski. Ski terlalu rumit dan kompleks, manakala snowboard, meskipun jatuh berguling-guling berulang-ulangkali, setidak-tidaknya aku masih dapat memahami konsep dan mekanisma asasnya.

Ski, aku langsung tiada klu!

InshaAllah, memandangkan musim sejuk tahun ini semakin berakhir, aku masih ada sekali lagi musim sejuk pada tahun hadapan sebelum aku graduasi. Akan aku manfaatkan untuk menguasai snowboarding sebaiknya! Yosh!

PS: Dah balik Malaysia, snowboarding dalam wad jelah agaknya nanti. Ngee.



4 thoughts on “Snowboarding In Russia!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s