Esok Result SPM Keluar~!!

Hatiku berdegup pantas. Peluh seakan mengalir di dahi (padahal takde la berpeluh pun). Aku berada didalam kereta ku menuju ke MRSM PDRM Kulim.

Keputusan SPM bagi kami pelajar-pelajar yang sedia menjalani program persediaan perubatan ke Russia di INTEC UiTM adalah sangat getir. Risau benar sekiranya keputusan yang diperolehi tidak melepasi syarat minimum MARA, maka kami akan ditendang keluar dari program berkenaan.

“Ala, rilek la tu, mesti result hang cemerlang punya..” Abahku berseloroh. Gulp, tak sporting langsung abah ni. Lagi la bertambah kerisauan aku, takut-takut mengecewakan jangkaan kedua ibu bapa!

Tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. “Cikgu Chempaka” tertera di caller ID. Guru aku. Kenapa awal-awal pagi dia menelefon aku? Lantas aku angkat.

“Tahniah Kid…tahniah…Cikgu bangga dengan kamu!”

Aku terpinga-pinga. “Err..kenapa cikgu?”

La…kamu tak tahu lagi ke, kamu dapat 10A1!”

Alhamdulillah, aku speechless. Padahal dalam hati – “Ala, spoiler la cikgu, orang nak tengok sendiri result!” Haha.

Tibanya aku ke perkarangan MRSM PDRM. Sepanjang perjalanan aku ke pejabat maktab, aku berselisih dengan 2,3 orang guru, staf dan rakan/junior, masing-masing mengucapkan tahniah kepadaku. Aku hanya sekadar tersenyum kelat.

Enggan nak percaya, melainkan ada di hadapan mata kepalaku sendiri. Hehe.

“Kak Mis, saya nak tengok result saya.” ujarku kepada Kak Miskiah, staf di pejabat MRSM PDRM yang cukup peramah denganku. Dia hanya senyum. “Bak mai kad pengenalan dengan bagitau nombor angka giliran,” sambil tersengih-sengih. Ala, buat-buat saspen lak. Ngee.

Akhirnya..


Hehe. Alhamdulillah, aku mengucapkan syukur yang tak terhingga. Aku mendapat keputusan 1A bagi subjek-subjek Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Moden, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Pendidikan Islam, Sejarah & English for Science & Technology.

Perasaan aku ketika itu? Tidak ada gambaran yang lebih tinggi melainkan “PUAS”, kerana ia adalah keputusan yang perfect. Segala kesusahan, penat lelah selama setahun sebelum itu, seakan-akan embun yang mengering tatkala muncul matahari menyinari pagi!

5 tahun kemudian..

Aku berada di hadapan Macbook ku. Alhamdulillah, siang tadi, selesai aku menamatkan cycle bagi subjek Infectious Disease. Esok, bermulanya cycle baru, bagi subjek Gynaecology (sakit puan).

Jiwa aku terkenangkan 5 tahun lepas, tatkala feed stream Facebook ku memaparkan rakan-rakan juniorku yang kerisauan menjelang pengumuman keputusan peperiksaan SPM 2010 esok hari. Tersenyum aku.

It has come to a long journey, between now and 5 years then. A lot has changed.

Ketika di zaman sekolah menengah, aku tidak pernah terfikir pun 5 tahun akan datang aku akan berada di bumi Russia ini. Aku tidak pernah terfikir pun yang aku akan menceburi bidang perubatan. Aku tidak pernah tahu, dan aku tidak pernah terbayang langsung.

Kegusaran-kegusaran yang ada sepanjang program persediaan di INTEC UiTM, membangkitkan kenangan aku. Bolehkah aku survive, 6 tahun di sini? Saat awal ketibaan di Bumi Salji ini, aku asyik benar mengira waktu. Sehari, seminggu. Aku tidak pernah terfikir pun, aku mampu bertahan sehingga kini.

Alhamdulillah, kini. Sudah lebih separuh jalan. Daripada seorang yang terkial-kial mencari dimanakah foramen rotundum pada tengkorak manusia, sehinggalah kini aku perlu mengetahui perbezaan antara syphillic skin lesion dengan siberian ulcer (cutaneous anthrax). Sudah jauh rupanya aku melangkah.

Walhal baru 5 tahun.

Mungkin begitulah manusia agaknya. Aku sendiri tidak terbayangkan apa agaknya akan terjadi kepada diriku 5 tahun kemudian. Setakat bercita-cita, mungkin. Mungkin ketika itu aku sedang tekun menjalankan kajian didalam makmal. Mungkin ketika itu aku sedang menaiki ambulans selaku pakar perubatan kecemasan. Mungkin dan mungkin lagi.

Dan mungkin juga, totally berlainan dengan apa yang aku jangkakan. Tidak mustahil, sedangkan aku 5 tahun dahulu pun tak pernah terbayangkan diriku sekarang. Apatah lagi 5 tahun akan datang.

Segalanya mungkin. Allah Maha Mengetahui.

Kita manusia, walau setinggi mana pun ilmu dalam sunnatullah kita ketahui. Kita tahu untuk meramal cuaca dengan menyukat pergerakan angin, menyukat tekanan udara, menyukat ketumpatan kelembapan, dan sebagainya.

Akhirnya yang mendatangkan cuaca itu tetaplah jua Allah.

Sunnatullah tidak akan lengkap tanpa syariatullah. Pakej syariatullah mengajak manusia agar bertawakal serta berdoa, walau sebanyak mana sekalipun perancangan yang dibuat, akhir perbicaraan maka hakimnya tetap Allah Yang Maha Kuasa.

Menyerahkan bulat-bulat kepada Allah akan keputusannya.

Siapat tahu, mungkin 5 tahun akan datang juga, aku telah tiada di dunia ini?

Tatkala itu, 10A1, INTEC, foramen rotundum, anthrax, semuanya sudah tidak bermakna lagi.

Kembalilah jua menghadap tuhan, membawa hanya satu-satunya bekalan yang bermakna – hati yang sejahtera, inshaAllah.

“Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun. Kecuali orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang sejahtera.”

(26:88-89)


One thought on “Esok Result SPM Keluar~!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s