Pasca SPM – Temuduga Biasiswa

Assalamualaikum,

(Entri ini ditujukan khusus kepada para pelajar yang menerima keputusan SPM 2010 baru-baru, serta umum kepada semua pembaca Leokid’s Life.)

Keputusan peperiksaan SPM 2010 baru sahaja diumumkan minggu ini. Pasti pelbagai jenis reaksi yang dialami oleh para pelajar calon SPM 2010 mengenai keputusan peperiksaan masing-masing. Ada yang biasa sahaja kerana sudah dijangka, ada yang terjelepuk menepuk dahi menahan kecewa.

Walau apa pun keputusannya, ingin saya kongsikan sepotong ayat alQuran yang cukup bermakna pada diri saya saat pasca SPM 5 tahun yang lalu:

Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.

(Al Baqarah 2:216)

Mengapa ayat ini begitu signifikan kepada saya? Kerana sejak dahulu ketika zaman sekolah menengah, saya cukup bercita-cita untuk melanjutkan pengajian dalam bidang kejuruteraan, khususnya bidang kejuruteraan petroleum dan gas.

(“Pelan” masa depan yang saya tampal di meja saya ketika Tingkatan Lima)

Keinginan saya tersebut begitu membara. Kerja kursus subjek Kerjaya saya, saya memilih topik berkenaan kejuruteraan. Di meja saya, saya letakkan plan masa depan melibatkan bidang kerjaya. Saya begitu minat dan “gila” dengan subjek Matematik Tambahan dan Fizik, kerana memang saya suka subjek-subjek tersebut!

(Kerja kursus Kerjaya saya bertajuk “Petroleum Engineer”. Klik untuk muat turun)

Tetapi Allah dah sebut, Allah Maha Mengetahui sedangkan saya tidak mengetahui. Dalam banyak-banyak permohonan biasiswa yang saya mohon, hanya biasiswa perubatan sahaja yang ditawarkan kepada saya. Saya tidaklah “tidak minat” terhadap bidang perubatan, jauh sekali benci. Cuma, bidang perubatan, adalah langsung tidak pernah terlintas dalam fikiran saya ketika itu.
Kekecewaan gagal menempatkan diri dalam bidang kejuruteraan, sirna dengan sinar ayat 2:216 tersebut. Kini, 5 tahun setelah peristiwa tersebut berlaku, saya katakan bahawa bidang perubatan adalah bidang yang cukup menarik dan membawa seribu satu kesyukuran kerana terpilih ke bidang ini. SubhanAllah, begitu cantik carakerja Allah yang penuh dengan hikmah dan perancanganNya.

(Surat tawaran yang mengubah perjalanan hidup saya)

Pasca SPM 2010

Untuk adik-adik SPM 2010, tidak kiralah jika keputusan yang anda perolehi adalah cemerlang dalam jangkaan, cemerlang diluar jangkaan, kurang memuaskan diluar jangkaan, atau memang dah expect pun kurang memuaskan (erk), saya kira ayat 2:216 itu tetaplah relevan untuk anda.

Mungkin keputusan yang cemerlang itu, sesuatu yang anda cukup bangga dan seronok (apa eh pepatah English yang selalu digunakan itu – flying with colours? cloud nine?). Namun kita tidak menjangkakan apa plan yang Allah hamparkan untuk kita. Mungkin dengan keputusan yang cemerlang itu, anda terpilih ke program International Baccalaurate (IB) yang terkenal dengan gila-gila susahnya itu? Siapa tahu, setahun dari sekarang, anda sedang merintih memohon kekuatan daripada Allah untuk meneruskan perjuangan anda di universiti luar negara kerana rindukan ibu dan ayah dan keluarga? Siapa tahu, dengan keputusan yang cemerlang tersebut, anda melanjutkan pelajaran ke luar negara, dan menangis tatkala tidak dapat pulang menziarahi jenazah ahli keluarga kesayangan?

Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Mungkin juga, dengan keputusan kurang memuaskan yang anda perolehi, membuatkan anda benar-benar pulun di matrikulasi seterusnya mencatatkan pointer 4 sepanjang semester dan memasuki mana-mana kursus pengajian pilihan anda di universiti kelak. Mungkin juga, dengan keputusan kurang memuaskan tersebut, anda menamatkan pengajian awal dan bekerja, dalam masa yang sama dapat berbakti sepuas-puasnya kepada ibubapa?

Allah Maha Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.

Walau apa pun keputusan yang kita perolehi, kita tetap akan menempuh jalan yang sama. Iaitu jalan yang penuh dengan ujian. Sama ada kepada pelajar paling cemerlang di Malaysia, mahupun kepada pelajar yang gagal SPM dsb – Kita sentiasa layak diuji!

Justeru janganlah kita membanding-bandingkan ujian sesama kita. Kita tidak tahu bagaimana bentuk ujian yang Allah berikan kepada kita. Peganglah erat-erat kepada isi dalam ayat 2:216 tersebut, bahawa kita sentiasa tidak tahu apa yang terbaik untuk diri kita, maka tetaplah bersyukur dan bertawakal kepada Allah.

Temuduga Biasiswa 2011

Seperti biasa, pasca keputusan SPM akan mengundang ramai calon-calon SPM 2010 ke blog saya untuk mendapatkan panduan bagi memohon biasiswa melanjutkan pengajian.

Sejak empat tahun yang lalu, entri di blog ini yang bertajuk “Interview” telah banyak menolong para calon lepasan SPM menjalani temuduga biasiswa mereka. Dan sepanjang empat tahun itulah, entri tersebut menjadi entri “penghulu” didalam statistik pelawat di blog ini.

(Entri “Interview” antara entri tertinggi Leokid’s Life, menyumbang 4% dari keseluruhan trafik disini)

Keberkesanannya? Alhamdulillah, dari respons yang saya terima, banyak manfaat yang diperolehi oleh para calon SPM daripada entri Interview tersebut. Terdapat para pembaca yang LULUS dalam temuduga mereka, menghubungi saya kembali untuk mengucapkan terima kasih kepada entri tersebut. Tidak kurang juga, terdapat pelajar-pelajar yang saya kenal melalui entri tersebut, yang sudahpun selamat terbang ke luar negara melanjutkan pengajian, masih berhubung bertukar khabar dengan saya.

Kini, sudah empat tahun usia entri tersebut yang tidak saya kemaskini, kerana saya sendiri tidak pasti mengenai format temuduga terbaru oleh para penaja di Malaysia. Ada yang saya dengar, temuduga sekarang hampir semuanya ada melibatkan komponen temuduga berkumpulan (group interview). Zaman saya, saya tidak pun menghadiri group interview! Ada yang saya dengar, kena lulus ujian personaliti dan psikologi terlebih dahulu. Ada sesi temuduga yang dijalankan berhari-hari, sehingga dijadikan “kem temuduga”!

Sedangkan saya pun baru tahu, rupanya gred SPM sudah berubah! Ada A+, A dan A- pula ya?

Semua ini menjadi petanda bahawa para pelajar kita semakin bijak, intelektual dan pandai. Untuk memilih yang terbaik dalam kalangan yang baik ini, seperti mencari permata di celahan taburan kaca.

Justeru itu kepada adik-adik yang mendapat keputusan cemerlang dalam SPM baru-baru ini. Tidak perlulah anda dibanggakan dengan keputusan peperiksaan tersebut. Semuanya itu kini sudah menjadi kebiasaan, menjadi satu standard dalam masyarakat.

Sebaliknya, apa yang paling penting, adalah penghayatan ilmu itu sendiri. Tidak guna mendapat straight A’s sekiranya sasaran anda untuk mencatat rekod peribadi atau untuk SPM semata-mata, sedangkan ilmu yang sama itulah yang benar-benar akan berguna dalam bidang pekerjaan kelak.

Begitu juga, nilai dan kualiti diri itu yang menjadi pembeza antara dua orang yang mendapat straight A’s. Sahsiah dan budi pekerti yang baik, selain tentulah, pegangan agama yang kuat menjadi nilai core yang membezakan antara dua calon yang cemerlang.

Tidak kiralah temuduga biasiswa 5 tahun lepas, sekarang, atau 5 tahun akan datang, ciri-ciri itulah yang menjadi nilai yang membezakan para calon.

Saya percaya, jika saya berada di tempat penaja, calon-calon sebeginilah yang akan saya pilih untuk mendapat biasiswa. Tonjolkanlah kualiti diri anda yang lain daripada orang lain. Jika anda berbangga sangat dengan keputusan 10 A+ anda dihadapan penemuduga, ketahuilah terdapat puluhan calon lain yang turut berbangga dengan 10 A+ tersebut. Sedangkan di alam universiti dalam dan luar negara, apatah lagi di alam kerjaya kelak, 10 A+ itu tidak membawa apa-apa pengertian langsung.

Tunjukkanlah budi pekerti yang tinggi, bahawa anak-anak moden juga masih mengekalkan budaya ketimuran yang menjunjung syariat, menyanjung adat, dan menghormati orang tua. Buktikan bahawa generasi Y kita ini adalah generasi yang berfikir, meletakkan fungsi akal dan hati di tempatnya. Serlahkanlah bahawa kita generasi moden adalah generasi yang celik agama, bukan taqlid buta semata-mata.

InshaAllah, itulah pakej lengkap seorang graduan SPM yang menjadi permata di celahan kaca, menanti masa untuk dicanai dan digilapkan!

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

“Sesiapa yang Allah inginkan kebaikan pada dirinya, maka diberikan kefahaman yang mendalam dalam agama”.

(Muttafaqun ‘Alaih)

Akhir kata, sebagai membantu para lepasan calon SPM dalam mencari peluang biasiswa, saya sertakan disini sebuah maklumat yang saya perolehi dari beberapa tempat lain (Facebook, blog dsb).

(Klik untuk paparan yang lebih besar)

Saya mendoakan kejayaan anda semua di masa hadapan, dalam apa jua bidang yang anda ceburi!


22 thoughts on “Pasca SPM – Temuduga Biasiswa

  1. assalamualaikum..
    boleh tak sy nak mintak tolong
    nak tau biasiswa mana yg ada taja pelajar untuk lepasan SPM 2010 untuk buat kursus pergigian selain JPA dan MARA

    dan boleh tak bagi pro n contra biasiswa JPA dan MARA untuk bidang pergigian yg mana 1 lebih wajar untuk dipohon.

    terima kasih =)

  2. ” Siapa tahu, setahun dari sekarang, anda sedang merintih memohon kekuatan daripada Allah untuk meneruskan perjuangan anda di universiti luar negara kerana rindukan ibu dan ayah dan keluarga?”..ini lah yg sy alami spnjg 7 bln blaja d jordan uni sc n tech skrg…nasib baik jordan cuti 2 @ 3 minggu stiap kali hbis sem..blh la balik msia 2 kali setahun,satu lg cuti sem g melancong

  3. salam .
    terima kasih .
    kata kata awak sgt sgt memberi perangsang kepada saya utk brusaha dgn lbih gigih .
    bangkit drpd kegagalan .
    thank u
    :)

  4. Assalamualaikum

    your story is almost like my daughter’s story. after two years in egypt, she wrote in her blog that she never wanted to be a doctor. since she likes add math and physics so much, she wanna follow her father’s footsteps, to be a chemical engineer. when she was in lower secondary school, she said she wanted to be a doctor…so, I assumed that she didn’t change her dream. when I filled the application form, I put medicine as the only choice.

    when I read her blog, I felt so sad and disappointed because we are not the kind of parents that force our children to do what we want. In her blog, she put the same verse of the Qur’an as you did.

    What I didn’t understand is, how come someone who memorize the whole Qur’an and understood fushah arabic so well does not like to learn about human being for human being is the most perfect creation of Allah and the open book of tauhid…How can we understand the beautiful attributes of Allah with awe and amazement if we do not know the intricate functions of each and every tiny parts of human being which could be built by all the most genius of human beings in this universe combined.

    For doctors, you should be thankful cuz you’re studying the most superior being in the universe and you’re examining the Creative, Intelligent, Powerful, etc attributes of Allah. Al-Ghazali says in his book, kimiya as-saadah, that studying anatomy is obligatory for Muslims in order to achieve happiness.

    Sorry, my comment is kinda off track than the main gist of your post

    • How can we understand the beautiful attributes of Allah with awe and amazement if we do not know the intricate functions of each and every tiny parts of human being which could be built by all the most genius of human beings in this universe combined.

      Alamak tertinggal “not after could”

      Should be which could not be built by

    • Waalaikumsalam, puan.

      Berat saya mahu membalas komen puan ini. Tidak sanggup dan tidak layak dan teramatlah zalim kiranya saya meletakkan diri dalam kasut seorang ibubapa, sedangkan saya sendiri masih terkial-kial melaksanakan tanggungjawab seorang anak.

      Pertama sekali, tahniah puan kerana dianugerahkan cahaya mata yang cukup taat dan patuh kepada kehendak ibubapa. Kesudian anak puan untuk menuruti kehendak puan, serta menyerahkan urusan masa depannya untuk puan adalah satu anugerah Allah yang cukup berharga, petanda anak solehah yang puan didik dengan baik sedari kecil lagi.

      Saya percaya isunya bukanlah “kehendak sendiri” vs “kehendak ibubapa”, sebaliknya ia hanyalah satu konflik komunikasi dan salah faham antara keduanya.

      Kadang-kadang, sebagai seorang anak, kita mengharapkan ibubapa adalah insan yang paling memahami diri kita. Begitulah juga, sebagai ibubapa, kita juga menganggap kitalah yang paling memahami anak-anak. Hakikatnya, ibubapa mahupun anak, kedua-dua pihak tetap merupakan manusia yang sering dihitung kelemahan.

      Sebagaimana yang puan katakan, ya memang benar, belajar perubatan, tidak keterlaluan saya katakan, adalah satu anugerah Allah yang cukup besar keatas diri saya.

      Saya tidak menghafal Al-Quran, jauh sekali memahami bahasa Arab. Malah, zaman persekolahan saya dahulu, tidaklah saya memahami fungsi alQuran melainkan hanya membacanya tanpa pernah terfikir pun akan terjemahannya.

      Kekaguman saya terhadap bidang perubatan adalah apabila saya melihat dengan sendirinya, belajar dengan sendirinya, betapa Allah menjadikan manusia sebagai sebaik-baik kejadian. Betapa setiap fungsi badan, organ, semuanya saling lengkap-melengkapi dalam keadaan yang sangat sempurna.

      Hanya setelah beberapa bulan belajar Anatomi, saya tunduk akur, benarlah, bidang ini merupakan satu bidang yang sangat menarik minat saya. Sebelum daripada itu, saya tidak pernah minat langsung akan perubatan, puan. Malah, saya juga pernah hampir berputus asa (https://leokid.wordpress.com/2007/01/18/medical-satu-penyesalan/)

      Meskipun anak puan fasih bahasa Arab serta menghafal alQuran, ianya tidaklah menjadi satu faktor yang mempengaruhi minat seseorang. Dari yang puan ceritakan, dapat dilihat pengaruh ayahnya sendiri seorang jurutera kimia, yang mempengaruhi minatnya. Betapa Allah Maha Bijaksana mengaturkan setiap daripada hambaNya mempunyai minat-minat yang berbeza, tidak hanya tertumpu kepada perubatan sahaja, kerana kemahiran yang pelbagai itu lebih diperlukan oleh kita manusia sebagai menjalani tugas kita selaku khalifah di muka bumi ini (http://saifulislam.com/495).

      As for puan dan anak puan, mungkin puan boleh bertanyakan dari hati ke hati dengan beliau, mengenai minat beliau dalam bidang perubatan.
      Mungkin berkat ketaatan beliau menerima kehendak puan dengan redha dan terbuka, Allah suburkan minat dan cambahkan semangat beliau untuk terus kekal dalam bidang ini.

      Mungkin juga minat beliau terhadap bidang kejuruteraan masih membara, namun beliau kekal dalam jurusan perubatan ini demi menggembirakan hati puan. Usahlah puan berasa sedih atau bersalah, sesungguhnya Allah mengurniakan anak sedemikian dengan ganjaran pahala yang cukup tinggi. SubhanAllah, beruntung puan.

      Namun tentulah, jika puan meredhai kehendaknya memilih bidang lain yang beliau ingini, itu satu hadiah yang cukup bernilai buat dirinya.

      Wallahua’lam, maafkan saya puan, sekiranya respons saya ini juga tersasar dari point puan. Mungkin saya juga akan menghadapi dilema yang sama apabila bergelar ibubapa kelak, wallahua’lam. Perkongsian puan benar-benar bermanfaat untuk saya dan para pembaca hayati.

      Terima kasih kerana berkunjung ke Leokid’s Life. Wassalam.

      • Thanks for the reply. Even though my daughter does not like doing medic but she always get very good and excellent grades. We’ve discussed and have given her permission if she wanted to come back home and study engineering but she refused and said that she will continue doing medicine.

        Sometimes I do wish students to have faith in Allah. Even though it looks like that parents or different circumstances that dictate what they should or should not do, but actually every thing is already written by Allah (The Pen has dried and The Book has already been closed). Where ever they are doing what ever they are doing, it is Allah who put them there. And Allah’s plan is the perfect plan cuz ever thing that Allah has created (tangible things, intangible things and human experiences) fits perfectly in the grand scheme of Allah’s creations…if we have wisdom, we will see that everything falls neatly into its own place, only the we realize The Wise who created everything with purpose.

        Thanks for reading…sorry cuz I’m not so good expressing in my own language [how sad :( ]

    • Just my opinion….

      “What I didn’t understand is, how come someone who memorize the whole Qur’an and understood fushah arabic so well does not like to learn about human being…”

      “How can we understand the beautiful attributes of Allah with awe and amazement if we do not know the intricate functions of each and every tiny parts of human being”

      In my opinion, there are other ways to understand the beautiful attributes of Allah. I’m sure most of us know the song Open Your Eyes by Maher Zain(my favourite song =D). Just by looking around us, we can appreciate and be awed by Allah’s power, as He is the only one who can do such feat. Remember the story of Ibrahim A.S? It involves the sun,the moon, the stars, which give us a clearer message the eternal power of Allah. Numerous scientist also embrace Islam after they did research about our nature and relate it with the Quran. I’m not a person who memorise the whole Quran, but for me, if the reason why to become a doctor is to understand the beautiful attributes of Allah, then it’s wise to say that by being an astronomist to know more about the space can also be counted in as well and by being an engineer, it doesn’t deprive your daughter from being ‘takwa’ to the Almighty Allah..

      just a humble opinion for me..if anything is wrong, please correct me..
      thx…
      [p/s:this is an amazing blog, MasyaAllah….do continue writing to inspire others. May Allah bless you for your deeds on this world and hereafter]

      • Thank you Siddiq

        There are two types of books-Words of Allah and Creations of Allah. The universe and all its content which are created by Allah are signs (ayat) which point towards the Beautiful Attributes of Allah. Sign functions as giver of information, reminder, warner, giver of directions (it points towards certain direction), etc. Sign never points toward itself but to things other than itself. If we and the universe are signs of Allah, the study of us and the universe should points towards Allah, should be the reminder about Allah, should give information about Allah’s Attributes, etc. That is why we found that many scientists become Muslims when they think using their contemplative intelligent…

        Engineering is an applied science…most probably much time is spent on making new invention and studying human invention…I have not heard many engineers who become Muslim….may be there are but not as many as scientists…but those who study engineering could have spiritual cognition especially if they contemplate on the scientific theories underlying certain engineering application…(still scientific theories are made from examining the universe or the natural phenomena)….

        This is to say that creations of Allah give detail of Allah’s Attributes but not inventions of human being…

        BUT then HIDAYAH ITU MILIK ALLAH
        Allah gives understanding and wisdom to whom He wishes

  5. Pingback: Interview~! | Leokid's Life

  6. Pingback: Interview~! | Leokid's Life

  7. Assalamualaikum, gagal merancang bermakna kita merancang untuk gagal.

    Namun setiap perancangan bukan hak kita bagi menentukan ianya berjaya atau tidak. Justeru, jika ia berjaya, alhamdulillah. Jika tidak selepas usaha yang wajar, maka Allah punya rencana yang lebih baik bagi diri kita.

    Kepada Allah, hanya yang selayaknya adalah husnu-zhan. :)

    • Ouh. Tidaklah special sangat pun, cuma di hari temuduga tersebut kebetulan saya berada di Kuala Lumpur kerana menghadiri kursus persediaan INTEL ISEF. Penemuduga tersebut bertanya, kenapa saya hadir di Kuala Lumpur sedangkan saya sepatutnya ditemuduga di MRSM Taiping, justeru bila saya bagitau saya ketika itu berpeluang mewakili Malaysia, beliau tertarik dan bertanya lebih lanjut mengenainya.

      Jadi, ya, penglibatan luar kurikulum sangat penting. =)

  8. Salam..
    Really glad that I read this page..
    kinda motivate me to never give up and believe in the Almighty.
    May Allah S.W.T. bless you!!
    Keep up your good work ok!!

  9. assalamualaikum..
    sye nk tanya.. time tahun abg, brpe patah pkataan kne bwat esei mara?
    thn ni dyer suruh tulis dalam 300 pp.. klau saye pnye 800 xpe ke?
    tq

  10. assalamualaikum
    sy pernah baca blog saudara sblm ni,yakni sblm sy mengahadiri interview..sy spm09..alhamdulilah,sy berjaya dlm interview tersebut..terima kasih sy ucpkn kerana tlh memberi tips2 yg bernas utk menghadapi interview :)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s