If Only Life’s That Easy

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Sedang berehat keseorangan di sebuah restoran, tengah bandar Nizhniy Novgorod. I really need some getaway from all this mess and hectic shrouded my life recently.

Ingat boleh tenang sekejap. Rupanya tidak, sakit kepala juga, memikirkan program Avicenna yang dijadualkan pada Sabtu 30hb ini. Huhu.

The Avicenna Project?

Ialah sebuah projek khas yang dikelolakan oleh sekumpulan pelajar di universiti aku. Dan alhamdulillah, aku salah seorang penganjurnya. Basically, project ini bertujuan mempersiapkan graduan-graduan perubatan di universiti aku sebelum pulang berkhidmat di negara kita selaku HO. Selalu sangat dengar orang komplen, HO Russia begini begitu, tak reti itu ini, lemah itu ini. Tapi semua pihak hanya tahu sembur kata-kata, tanpa sebarang usaha untuk menolong memperbaiki prestasi kami.

Maka kami2 disini kira, usaha itu kami sendiri yang perlu taburkan. The Avicenna Project merupakan salah satu usaha tersebut. Alhamdulillah.

Setidak-tidaknya, projek ini membuatkan aku sibuk dan busy.

Benarlah kata pepatah Arab,

“Air yang tidak mengalir (statik), akan merosakkan air tersebut. Pemuda yang banyak masa kosong (tidak dinamik), akan dibunuh oleh masa kosong itu”

Sepanjang bulan ini, banyak masalah menimpa aku dan banyak perkara yang aku lakukan, things which i’m not proud of.

Apabila orang berkunjung ke blog ini, rata-rata membayangkan penulisnya seorang yang hebat (kononnya). “Mantap lah brother ni, study oversea,” “Best giler ah blog ni”. “Eh ko pernah dengar tak blog Leokid’s Life?”

Ya, blog ini. Blog ini bermula sebagai blog peribadi. Pelawatnya dahulu terdiri daripada rakan-rakan Friendster aku. Mereka yang rapat denganku. Mereka yang mengenaliku secara peribadi. Mereka yang mengetahui, siapa Leokid sebenarnya.

Tapi itu dahulu, 7 tahun lalu. Blog ini semakin lama semakin terbuka. Semakin mendapat perhatian ramai. Aku tidak lagi selesa menceritakan perkara-perkara peribadi di sini, sebaliknya lebih banyak menceritakan perkara-perkara positif dan baik demi memanfaatkan pengunjung blog ini.

Hakikatnya, aku hanyalah budak biasa. Remaja biasa.

Peristiwa-peristiwa yang menimpaku bertubi-tubi sepanjang sebulan lalu, benar-benar menghempuk kepalaku. Menyedarkan aku, bahawa aku sekarang dengan aku tujuh tahun lalu, sudah banyak benar bezanya.

Life is hard, kid. Life is hard.

Aku tak tahu apa yang akan aku lalui selepas ini. The aftermath. Mungkinkah lebih memeritkan. Masa depan yang aku sendiri tidak pasti, cerah hujannya. Memikirkan masa depan, aku menjadi takut. Acapkali terlintas, alangkah baiknya jika masa depan itu tiada.

Namun hidup tidaklah semudah itu, kid.

Ketika muda-muda remaja dahulu, ketika kanak-kanak dahulu, seringkali kepingin mahu menjadi orang dewasa. Bebas, merdeka. Dapat gaji, dapat duit. Pergi ke mana sahaja aku suka. Merentas dunia, membelah samudera (chewahhh).

Tapi hakikatnya, tidaklah semudah itu.

Bezanya, tika ini. Di kedewasaan ini, segalanya yang dilakukan haruslah mematuhi satu prinsip. Cause and Effect. Setiap perbuatan, pasti akan ada kesannya. Setiap yang dilakukan, ada akibatnya

Nak buat memang senang. But to live through the consequences, it’s hard. That’s living. Life is about living through the consequences of your own doing.

Salah langkah, buruk akibatnya. Seberapa berat sekalipun, harus ditanggung. Biarpun sampai ke kubur. One bad judgment, satu penyesalan ke akhir hayat.

Rindukan zaman kanak-kanak. Zaman persekolahan, tatkala hidup hanyalah bertujuan mendapatkan markah peperiksaan yang baik dan membuatkan ibubapa dan guru gembira. If only life is that simple.

Tertekan. Adakah aku seorang yang menghadapi semua ini? Melihat kepada rakan-rakan sebaya yang tidak kukenali, tidakkah mereka turut merasa beban yang sama? Seronoknya enjoy dalam hidup, apakah hidup mereka tiada consequences nya?

Agaknya kerana itu orang meminum arak. Agaknya kerana itu orang menghisap dadah. Kerana secebis ketenangan dalam kemabukan itu, buat seketika, membebaskan mereka dari serabut kepala memikirkan consequences perbuatan mereka.

Hakikatnya consequences itu tetap ada. Sebaik sahaja sober, maka consequences akan menimpa bertalu-talu. Itu hakikatnya. Ketenangan kemabukan adalah ketenangan yang palsu, diiringi dengan penyesalan seumur hidup, tidak dilupakan hakikat balasan di akhirat sekiranya tidak diiringi dengan taubat.

Hakikatnya ketenanganlah yang aku perlukan di saat ini. Aku mahu berada di satu tempat, bebas dari segala keserabutan. Bebas dari segala perkara, segala masalah yang membelenggu fikiran. Tempat yang aku benar-benar boleh bersendiri, tempat yang tiada orang lain, yang ada hanya aku dan Tuhan.

Tempat yang ada hanya aku dan Tuhan.

If only life’s that easy, Kiddo.


5 thoughts on “If Only Life’s That Easy

  1. That is so true…
    If life is so easy, then you’ll not strengthen your immune system…
    Hardship is nothing but Allah’s way of training us to have strong and resilient physical, emotional, intellectual and spiritual muscle… :)
    May Allah ease your difficulties, amin.

  2. Allah did not promise that life would be easy.
    but He did promise to walk through with you.
    every step of your life, with Him by your side :))

    Thanks, cik Ika. =.=

  3. salam.

    verily in all difficulties, there’s relief =)
    never lose hope,cause Alalh is always by your sideeee..=)

    im one of the silent reader of this amazing blog. i love reading your post especially when you wrote about your life as medical student and a muslim in a big country like Russia. it is interesting indeed =)

    looking forward for the next post!
    chaiyyow! chaiyoow!

  4. ALLAH said: “If u nver felt pain or experienced probs, how would u know Im a “HELPER?” “If u nver made a mistake, how would u know Im a “FORGIVER?”
    “If u wre nver hurt, how would u know I can Comfort u?” “If ur life was perfect,
    then why would u need ME?”

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s