Family Day, Finally!

Alhamdulillah, semalam baru menghadiri sebuah program anjuran bersama Kelab UMNO Nizhniy Novgorod (KUNIZH) dan Persatuan Perubatan Islam Malaysia Nizhniy Novgorod (PPIMNN), iaitu Family Day!

Sejarah Family Day ini..boleh dikatakan agak lama rasanya. Since aku di tahun kedua lagi, kalau tidak silap. Tapi aku tak pernah join pun selama ini. Maklumlah, aktiviti outdoor is not really my thing. Huhu.

Kali pertama aku join pun, tahun lepas. Itu pun kerana aku merupakan sebahagian daripada penganjur ketika itu, selaku MT PPIM. Family Day tahun lepas, meskipun banyak kelemahan dan kekurangannya, mampu menggamit hatiku untuk menghadiri Family Day tahun ini.

Alhamdulillah, pertama kalinya aku join Family Day selaku seorang peserta. Sangat best, apabila dapat bergaul dengan rakan-rakan dari pelbagai batch, pelbagai hostel, pelbagai kerenah. Family Day memecahkan stereotaip yang selama ini certain-certain orang hanya bergaul dengan certain-certain “geng” tertentu sahaja. Masing-masing enjoy, bergembira bersama!

Dan oh ya, alhamdulillah, Family Day tahun ini masih lagi mengekalkan konsep pemisahan lelaki-wanita dalam aktivitinya. “Masih”? Well, bukan tak pernah ada, cadangan untuk campurkan lelaki dan wanita beraktiviti bersama, namun alhamdulillah peranan PPIM masih lagi istiqamah mencegah pergaulan ikhtilat berlaku.

Orang kata, kalau campur lelaki perempuan baru la best. Baru boleh seronok bergembira, baru la takde gender segregation, baru la 1Malaysia (chewaahh). Well, Family Day tahun ini (dan tahun-tahun lepas) membuktikan, yang still matlamatnya tetap boleh dicapai dan semua orang boleh bergembira bersama sambil mematuhi syariat Allah! =)

Family day semalam bermula dengan aktiviti senamrobik di depan hostel. Aku, macam biasa, skip aktiviti tersebut. Haha! Hanya setelah itu, barulah beramai-ramai bertolak ke Switzerland Park (Парк Швейцария) yang letaknya cuma 5 minit berjalan kaki dari hostel kami. Sesampai di sana, memilih port yang baik untuk memulakan unggun bara serta menghamparkan tikar menyusun makanan.

Aktiviti pertama yang dijadualkan, adalah ala-ala Amazing Race. Ngee. Sungguh memenatkan, kerana checkpoint yang disediakan terletak saling berjauhan antara satu sama lain, memerlukan para peserta untuk berlari-lari berkejaran. Aku, tentunya sangkut semput di tengah jalan! Haha. Padan muka, kes lama sangat tak pergi gym =p Alhamdulillah, meskipun sedemikian, group kami berjaya menduduki tempat kedua. =)


Seterusnya, dah tengahari dan perut pun lapar setelah penat berlari-lari. Apa lagi yang dicari, juadah makan tengahari mula menghantui! Aktiviti diteruskan dengan sesi BBQ. Alhamdulillah, group kami menyediakan menu yang lazat-lazat, dijamin menyebabkan kencing manis! Haha! Ayam dan Udang BBQ, berserta dengan kentang bakar a la Pan-Kartofan menggamit selera. Agar-agar yang menyejukkan, cucur “chewing gum” yang menyelerakan, tak dilupakan air Sirap yang menyegarkan. Hehe.

Makanan agak banyak pada hari tersebut, kenyang giler! Hoho. Tak lama lepas tu, disambung dengan aktiviti Dodgeball. Aku, macam biasa, jadi tukang sorak jelah. Ngee. Sungguh mengerikan sukan ini. Gulp! Alhamdulillah, group kami mendapat tempat kedua (lagi). =p

Kemudiannya, banyak rehat-rehat je. Petang sedikit, diteruskan dengan aktiviti yang dinamakan “Burning Rope”. Tak pasti sangat apa tujuan atau mekanisma games ni. Huhu. Yang pastinya, setelah aku di-trample bertubi-tubi didalam gelanggang itu, aku terus keluar. Hehe. Tapi tengok diorang main macam best je.

Dan aktiviti terakhir, ada kuiz. 5 soalan, dijawab secara berkumpulan. Hoho. Macam rilek je, tapi yang menakutkan, bila setiap soalan yang salah akan dikenakan denda – ala2 FearFactor punya cocktail tuh. Ngee. Ditakdirkan, group aku salah 2 soalan. So kena minum cocktail telur mentah + krim masam. Huiyo, hardcore! *gulp*

Secara keseluruhannya, Family Day adalah aktiviti yang agak kena pada masanya bagi aku. Tatkala dihurung ketensionan dan kesibukan dan pelbagai lagi, sometimes a change in perspective and view can be proven beneficial. Sayangnya spring masih terlalu awal, bunga2 pun belum habis memekar dan salji-salji masih belum habis mencair. Jika tidak, pasti bertambah menarik dihiasi dengan pemandangan yang indah.

Hidup sebagai medical student, adakalanya memang menghasilkan stress yang berpanjangan. Stress bagi kitorang, bukanlah stress yang mencanak-canak naiknnya, tapi biasanya ianya stress yang berkumpul sedikit demi sedikit. Dimarahi lecturer, dimarahi patient, dimaki-maki konduktor bas dan sebagainya, semua itu sedikit demi sedikit menjadi tekanan yang menghurungi diri dan perasaan.

Aktiviti-aktiviti rehlah yang diadakan sekali sekala sebegini, menjadi medium untuk kami “melepaskan tekanan” yang ada, biarpun cuma sesekali. Sekarang bulan Mei, para pelajar supersenior sudah mula bersiap sedia untuk menghadapi peperiksaan GOS (peperiksaan perubatan kerajaan russia), sebagai peperiksaan terakhir menandakan konklusi perjuangan enam tahun di bidang perubatan.

Para pelajar lain pula, sudah mula memasuki saat akhir semester. Di saat inilah, zachot (kelulusan) bagi setiap subjek diperlukan. Dalam tempoh sebulan, peperiksaan akhir semester akan menjelma.

Bagi aku sendiri, alhamdulillah semester ini aku mempunyai 5 peperiksaan – Psikiatri, Ophtalmologi, Internal Medicine, Infectious Disease dan Russian Language. Dua daripadanya telah aku duduki dan lulus dengan baik, alhamdulillah. InshaAllah, bulan hadapan, aku akan menduduki peperiksaan Int.Medicine, Russian language dan infectious disease.

Aku akui, tahun kelima ini tidaklah se-stress aku di tahun keempat, apatah lagi di tahun kedua. Tahun kelima, lebih kepada tahun memantapkan kefahaman kerana tahun hadapan aku boleh dianggap selangkah sahaja lagi untuk menjadi doktor. Rasa macam sekejap sahaja sudah tahun kelima, dan rasa sangat gugup apabila aku cuma tinggal setahun lebih sahaja lagi untuk bergelar doktor. Rasa macam dalam kepala tak tahu pape lagi. Haha!

Anywah, doakan aku ya, rakan-rakan. Semoga aku graduasi dengan cemerlang, dan menjadi doktor yang cemerlang. Ketika ayat ini aku ungkapkan 4 tahun lalu, rasa macam “lambat lagi nak grad”.

Sekarang adalah masa yang sesuai untuk ayat ini aku ungkapkan.

“Semoga aku graduasi dengan cemerlang, dan menjadi doktor yang cemerlang.”

The future, seems very near now.


8 thoughts on “Family Day, Finally!

  1. Salam, family day mmg xtvt yg menarik kn..insyaallah. next week sy juga akn join family day keluarga sy.. Nice writing. Best of luck to you..semoga mjadi seorang hamba Allah yg taat & Dr yg cemerlang…=)

  2. salam leokid, sy ade bace entry2 sebelum ni. leokid ni pelajar under mara yg buat medic di rusia kn? leokid ni dulu under pre-medical programme ke? umm, klu betul, kite mmg confirm fly or kne lepas pointer mase buat preparation di intec bru bole fly? maaf byk bertanya, jika ade kelapangan, feel free membalas soalan2 sy. terima kasih.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s