Fuh, kepenatan. Baru pulang daripada kampung halaman, di Pokok Sena, Kedah. Bulan ini, boleh dikatakan hampir setiap minggu terpaksa pulang ke kampung. Rumah di kampung sedang diubahsuai, justeru itu perlu diperiksa dan diikut perkembangan terkini agar tiada masalah yang timbul.

Sabtu tempoh hari, berkunjung ke rumah bakal mertua di Ipoh. Maklumlah, cuti setahun sekali, aku dan dia saling berbeza. Dia cuti hujung tahun, aku cuti di pertengahan tahun. Memang tidak bersua bertemu lah. Bila dia cuti, dia datang berkunjung ke rumahku. Bila aku bercuti, aku berkunjung ke rumahnya. Huhu. Itu sahajalah kesempatan yang ada untuk kami saling mengenali keluarga masing-masing.

Balik sahaja dari Ipoh petang tersebut, terus ke Alor Setar. Tiba di sana tatkala sudah agak lewat malam. Pagi Ahad, sempat menziarahi nenek dan sanak saudara, sebelum petangnya bertolak pulang ke Pulau Pinang.

Disebabkan hujung minggu ini banyak berperjalanan, kebetulan pula malam tadi merupakan malam pertengahan bulan Syaaban, bonda mengeluh kerana tidak dapat menyertai masjid/surau untuk ritual membaca yassin tiga kali. Katanya, seolah-olah sudah kerugian pahala nisfu syaaban, kerana tidak dapat menyertai.

Selalunya jika dalam keluargaku, aku lebih gemar mendiamkan diri dan berlapang dada. Maklumlah orang tuaku bukannya orang yang berpelajaran mengenai agama, hanya kuliah-kuliah di radio dan televisyen sahajalah yang menjadi sumber fardhu ain mereka. Tambahan pula sepanjang perjalanan semalam, DJ Radio berulang-ulang menyebut mengenai ritual sambutan Nisfu Syaaban yang entah siapa yang mula-mula mensyaratkannya.

Aku sendiri pun menjadi hairan. Kuasa apakah yang dipegang oleh para ustaz ulama’ ini, menetapkan bacaan yassin tiga kali di masjid. Itulah yang aku perjelaskan kepada bonda. Hadis mengenai nisfu syaaban adalah hadis umum. Tidak terdapat sebarang amalan khusus yang ditetapkan oleh Nabi shalla Allahu alayhi wa sallam. Beribadahlah seperti biasa, tingkatkanlah ibadah kerana terdapat hadis shahih riwayat Ibnu Hibban yang dishahihkan Syeikh Al-Albanii, menyebut bahawa Allah memandang kepada hamba-hambaNya di malam tersebut. 

Tetapi tidak ada, ritual jadi-jadian seperti membaca yassin tiga kali. Sungguh, insan yang menetapkan ritual tersebutlah yang sebenarnya menghadkan malam nisfu syaaban dan menghilangkan nilai malam ini yang sebenarnya.

Bagaimana dengan orang yang tidak dapat berkunjung ke masjid? Adakah mereka terlepas pahala malam nisfu syaaban? Bagaimana dengan wanita keuzuran yang tidak dapat membaca surah-surah alQuran? Adakah mereka terlepas pahala malam nisfu syaaban? Bagaimana dengan warga tua yang semput lenguh nak habiskan tiga kali bacaan yassin? Mereka juga, terlepas pahala nisfu syaaban?

Rosak dan alangkah buruk agama, ditangan mereka yang cuba mengekslusifkannya.

Ok, cukup membebel bab ini. Malam ini perlu tidur awal. Esok perlu kembali bertugas. Sudah dua minggu aku ditempatkan di Jabatan Kecemasan. Pelbagai kes-kes menarik yang aku lalui, namun belum sempat aku ceritakan. Tengoklah jika rajin, esok atau dalam minggu ini, aku cuba kemaskini lagi Leokid’s Life.

Oh ya, aku mula menggunakan nama berunsurkan Arab. “Abu Suhayl Muhammad An-Nawawi”. Abu Suhayl, kuniyahku. Muhammad, namaku. An-Nawawi, berdasarkan tempat kelahiranku, Kampung Nawa, Pokok Sena, Kedah. Semoga ianya menjadi satu usaha kearah mematangkan peribadi serta sedikit sebanyak menitip sunnah Rasulullah shalla Allahu alayhi wa sallam.

Wallahua’lam, wassalam.

One thought on “

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s