23 – A Bad Year

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pertama2 sekalinya mohon maaf kepada para pelawat Leokid’s Life. Sudah terlalu lama aku membiarkan kalian bertamu tanpa juadah. Apakan daya, hatta tuan laman sendiri juga kebuluran idea. Emm…mungkin idea itu ada, namun hilang passion dan selera untuk menyajikannya.

Hari ini, 15 Ogos. Juga bermakna, umat Islam sudah berada di separuh bulan kemuliaan, bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan. This month supposed to be meaningful to me.. Used to be, at least. Melihat kepada entri-entriku yang lalu, Ramadhan merupakan bulan yang cukup aku tunggu sepanjang tahun kehidupanku. Tidak keterlaluan, aku meletakkan Ramadhan sebagai bulan “point of change” saban tahun. Ramadhan, for the new me, The New Kid.

Dukacitanya, tidak bulan ini. Sungguhpun kemeriahan itu dirasai. Facebook sentiasa, sepanjang masa, dihiasi dengan pengisian Ramadhan 24/7 oleh teman-teman Facebook yang setia. Setiap kuliah yang didengari, menceritakan mengenai Ramadhan. Rancangan-rancangan televisyen, mengutarakan mengenai Ramadhan.

Aku rasa, jika diminta, aku dah boleh syarahkan dan tazkirahkah pun mengenai ayat ini, kerana acapnya mendengar dan membaca ulasan mengenainya.

Tetapi kemeriahan itu tidak kurasa di dalam. Ramadhan kusambut dengan rasa kekosongan. Mungkin kekosongan jiwa, walhal masa yang ku punyai sudah cukup untuk ku manfaatkan sebaiknya, memandangkan aku sudahpun menamatkan latihan praktikal minggu lepas.

Kekosongan, bagaikan tanah yang kering tidak disirami air. Tetapi aku tidak pula rasa dahaga, aku tahu aku kekurangan sesuatu tetapi aku tidak rasa keperluan yang mendesak. Sesuatu yang kurasakan, seolah-olah separuh jiwaku telah runtun dan hilang dariku.

Dan natijahnya, Ramadhan yang kosong dan sepi. Kosong. Sepi.

Tak seperti restoran KFC Autocity tempatku berada sekarang, meskipun sudah mencecah jam 1205 pagi hari yang baru, tetap dipenuhi hingar bingar pelawat dan pelangan. Ada yang berdua-duaan. Ada melayan kerenah anak kecil kegembiraan. Ada yang menyambut ulangtahun kelahiran.

Menyebut mengenai kelahiran, ya, aku menyambut ulangtahun kelahiranku yang ke 23 beberapa hari lalu.. Aku jangkakan sepatutnya ianya menjadi satu sambutan yang bermakna, apatah lagi menyambutnya di bulan Ramadhan yang mulia.

Namun, seperti Ramadhan yang mulia, ulangtahun kelahiran ke dua puluh empatku terasa kekosongannya jua. Aku ambil kesempatan berbuka dengan juadah yang ringkas, sebelum berkunjung ke restoran terkenal berhampiran rumahku, Victoria Station. Dan ya, seperti biasa, keseorangan, walaupun ibubapaku mengajakku untuk menikmati makan malam istimewa, aku menolaknya. Sudah 10 tahun aku menyambutnya keseorangan, tiada sebab aku mahu mengubahnya.

Berkunjung ke Victoria Station adalah ijtihadku sendiri. Tiada bukti dan sebab yang kukuh menunjukkan ke arah keharamannya. Usahlah juga membawa sentimen keMelayuan dan keBumiputeraan, aku sudah lama menyedari semua itu tiada maknanya tanpa itqan para peniaga Muslim Melayu itu sendiri.

Terhibur sebentar melihat anak kucing di tepi tingkap, bermain-main dengan ibunya. Juga dek keayuan petugas restoran menghantar makanan di meja sebelah.

Balik ke VS. Victoria Station ya, bukannya Victoria Secret. Aku sudah tahu awal lagi, belanjanya tentu bukan murah. Namun sememangnya aku jenis yang tidak kisah berbelanja mahal, kerana aku tahu, ianya berbaloi. Seperti laptop Macbook ku, atau iphone ku, atau ipad ku. Mahal, tidak aku nafikan, tetapi dibandingkan dengan kepuasan pengalaman menggunakannya, aku tidak menyesal langsung.

Kenapa Kid asyik lari topik ini?

Appetizer, sir? Entree, sir? Pelayan VS berpakaian ala konduktor keretapi tersebut meminta pesanan. Aku bulat mata melihat menu di tangan. Escargot? Caviar? Poulet? Akhirnya ku memesan Potato Skin. Kulit kentang yang biasa ku siat-siat dan kupas dan buang sebelum kentang itu dimasukkn ke dalam kari. Tak sangka menjadi juadah eksklusif di sini. Dan aku pilihnya kerana itulah yang termurah, RM9.90 sepinggan. Hee.

Melihat kepada senarai steak yang ada. Sekali lagi aku rambang mata. Aku memilih satunya, wild mushroom, cendawan memang selalu menjadi kegemaranku. Nasi goreng cendawan, mushroom soup, menu biasa yang dipesan setiap kali makan di luar. Terkenang keseronokan membeli cendawan goreng di pasar malam seksyen 18, ketika kehidupanku di Shah Alam beberapa tahun lalu.

“How would you like your steak, sir?” Aku tak tahu nak menjawab apa. Patutkah aku menjawab “On a plate.”? Atau “As soon as possible,”? Melihat aku ke-blur-an, pelayan tersebut menambah – “Rare, or medium rare perhaps?”

“Err….as usual, cooked,” aku menjawab. “Well done?” “Thank you” (aku sangkakan pelayan itu memujiku!)

Pengalaman yang berbeza, di sana. Menghayati pemandangan di luar, dengan hiasan dalaman ala gerabak keretapi, benar-benar membangkitkan suasana dan mood yang tersendiri. Gambar Billy The Kid mengacukan Colt.45 ke arahku, agak ironi, seolah-olahnya Kid yang itu bertanya kepada kid yang ini.

“What have you done, Kid?”

23 tahun hidup, what have I done? What have I accomplished?

Can I be proud of myself?

Sambut birthday pun alone, pathetic kid. Aku saja meng-off wall Facebook ku dan menyembunyikan tarikh lahirku. And guess berapa kerat je yang aware of myself?

Here I am, alone in the carriage, with no one to care, no one notices. Guess thats must be how it’ll be when I’m in the other ‘carriage’ in the future.

And how naive would i be last year, thinking that this year would be perfect. Smooth. And i thought it would be okay, dun worry kid u can make it, u’re much better now, u’re doing the right thing, u’re on the right track yada yada.

And here I am, a year after that, feeling like a complete loser. I’ve been nothing but a bad student, a bad son, a bad friend, a bad brother, a bad fiancee, and worse of all, a bad servant of Him.

Gimme a break!

5 thoughts on “23 – A Bad Year

  1. Nikmat hidup…masih bernyawa…menghirup udara tuhan…satu anugerah yang paling besar. Satu tanda…Allah masih memberi peluang dan ruang untuk kita memperbaiki diri, Insyallah…Manusia mungkin akan lupa kepada kita tapi Allah tak pernak lupa untuk ‘menjaga’ kita sepanjang masa, setiap detik.

  2. “engkau takkan kecapi ketenangan dan kebahagiaan sampai bila-bila..sudah nasibmu disurat Tuhan..”

    mungkin kadang kadang kebahagiaan datang when we least expect it. InsyaAllah, everyone will have their own happy ending, sama ada kat dunia ni atau akhirat nanti (:

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s