My Two Cents – Isu JAIS & DUMC

Seorang sahabat mengajukan soalan kepada saya, berkenaan isu “serbuan” pihak JAIS ke atas sebuah program yang diadakan di Damansara Utama Methodist Church. Beliau turut menyertakan sebuah video YouTube menunjukkan rakaman “serbuan” berkenaan. Soalan yang beliau ajukan, saya ubahsuai sedikit namun InshaAllah masih mengekalkan maksud yang sama:

Menurut berita yang dikeluarkan sebelum ini, kononnya program ini cuma majlis kesyukuran, tetapi lihatlah pada video ini, apa pandangan anda? Saya cuma risau, penilaian yang kita buat adalah disebabkan pengaruh faktor politik, kerana bagi saya, apapun yang bertentangan dengan Islam, tidak kisahlah pro kerajaan mahupun pembangkang, kita sepatutnya menilai dari pandangan agama, bukan pandangan politik.

Ini maklumbalas saya secara ringkas,

Hmmm..sejujurnya, mengenai isu terbaru ini, saya cenderung untuk tidak berkata apa-apa dan mengambil pendirian “tunggu dan lihat”, memandangkan isu ini pun masih belum jelas sepenuhnya. Media masih memainkan peranan yang luas menentukan pandangan awam ke atas isu ini, dan ianya bukanlah satu pandangan yang menyeluruh dan teliti.

Namun yang saya cuba highlight kan secara umum adalah, bahawa kita selaku umat Islam, sepatutnya lebih terkehadapan dalam urusan membantu dan menolong sesama umat Islam sendiri, daripada membiarkan penganut agama lain semata-mata yang mengambilalih tugas dan tanggungjawab kita.

Mengenai isu murtad pula, saya lebih cenderung mengatakan bahawa kes-kes yang berlaku akhir-akhir ini adalah “presenting problem“, bukannya “real problem”. The tip of the iceberg, bak kata pepatah Inggeris. The real problem lies deeper, on the basis of understanding our own religion. Saya tidak menolak usaha membendung masalah murtad ini melalui penguatkuasaan dsb, namun saya percaya adalah lebih berkesan dan efisien sekiranya kita menumpukan pembaikpulihan keatas kekukuhan kefahaman Islam dalam masyarakat sendiri terlebih dahulu.

Kita boleh menggunakan peruntukan undang-undang, kita boleh menghalang orang menukar label “agama” didalam kad pengenalan, kita boleh halang mereka menggunakan kalimah “Allah”, tetapi semua tindakan ini hanyalah tindakan “simtomatik”, selagimana kita tidak merawat punca sebenar permasalahan ini. Sepatutnya tindakan-tindakan ini untuk memberi peluang dan masa kepada kita untuk mengukuhkan kefahaman Islam dalam masyarakat, namun sudah 50 tahun kita merdeka, dan kita tak nampak sangat keberkesanan program pengukuhan akidah sedia ada.

Apa-apapun, ini hanyalah pandangan peribadi saya sahaja.Mengenai isu politik tersebut, usahlah kita serabut memikirkannya, saya percaya semua pihak tidak kiralah pembangkang mahupun pemerintah, apabila mendapati sesuatu isu tersebut ada potensi untuk dijadikan modal politik, pastilah mereka akan merebutnya. Contohnya, isu bacaan alQuran menggunakan pembesar suara sebelum Subuh di Pulau Pinang, sedangkan Nabi telahpun melarangnya sejak 1400 tahun lampau, dan Imam Ibnu Jawzi telah menyebut mengenainya sejak tahun 600 hijrah lagi, lama sebelum kewujudan BN atau PAS atau DAP. Tiba-tiba bila isu ini timbul dalam masyarakat kita, ada pula yang suruh kaji balik, tarik balik, konspirasi pihak tertentu dan sebagainya. Masalah!

Wallahualam.

Respons yang saya berikan di atas adalah respons peribadi saya, ianya tidak semestinya sama dengan pandangan orang lain, jauh sekali dianggap setaraf fatwa. Sekian, wallahua’lam, wassalam.

One thought on “My Two Cents – Isu JAIS & DUMC

  1. mengenai aspek merawat punca sebenar permasalahan akidah, saya berpendapat sistem pendidikan perlu dikaji, terutamanya dalam menyalurkan kefahaman agama kepada para pelajar yang beragama islam. semakin lama semakin jelas isu keruntuhan akhlak ditambah lagi dgn isu akidah. sensitiviti umat islam di malaysia semakin tidak dihormati. kita sedia maklum banyak pihak tertentu yang mempertikaikan tentang agama islam, membuat tuntutan atas aspek hak asasi. oleh itu saya berpendapat bahawa tunggak pentadbiran negara merupakan agen utama dalam mempamerkan keindahan islam itu supaya ia menjadi contoh kepada akhlak muslim yg baik dan membolehkan org ramai menghormati agama rasmi malaysia. sesebuah pentadbiran islamik sepatutnya ditonjolkan melalui contoh tauladan yang baik

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s