The End of Something

20110904-021616.jpg

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Dah lama aku tidak mengemaskini Leokid’s Life dengan sesuatu yang bermanfaat. Asyik post berupa emo sahaja. Maaflah. Laman ini memang ruang peribadi aku. Sedia menemaniku sejak 7 tahun lalu. Mencatat butir-butir hidupku. Arus liku-liku kehidupanku. Suka duka, tangis tawa.

Dan melihat kepada postingku sejak akhir-akhir ini, aku sedar. Banyak yang dah berbeza. Antara aku sekarang, dan aku yang dulu. Aku pun tak tahu, berapa banyak bezanya. Yang pastinya, semakin negatif. Heee.

Hari ini hari terakhirku di Malaysia untuk tahun ini. Aku menghabiskan malam ini di restoran Victoria Station, seterusnya menuju ke RnR Bagan Ajam berdekatan Pantai Bersih. Ah! Malam ini malam minggu! Sungguh meriah suasana di sini. Ada pesta, berderetan kereta pelbagai jenis diparking lalu mereka show-off system audio masing2. Gerai-gerai menjual pelbagai tarikan. Kanak-kanak tak reti mengantuk, main bunga api dan mercun roket.

Kemeriahan yang cukup kontradiksi dengan keadaan hatiku saat ini.

Aku memilih seketul batu besar di pesisir pantai untuk diduduki. Sengaja menjejakkan kaki ke gigi air, aku mengambil sedikit air laut dan pasir lalu dimasukkan ke dalam botol yang dibawa. Aku sering merindui laut ketika berada di Russia. Aku rindukan deru ombaknya. Desir bayunya. Masin udaranya. Ketenangan melihat ke ufuk horizon, membuatkan duniaku yang sering sempit, kurasakan luas tanpa batasan.

Teringat, awal tahun lalu, aku sempat memberi sebiji botol kepada juniorku, cik Hijau. Ketika itu, dia bercadang menghabiskan cuti musim sejuk di bandar Iskandariah, Mesir. Sengaja aku minta pertolongannya, untuk membawa balik sebotol air laut Mediterranean. Air laut yang sama membasahi Pantai Gaza. Namun apakan daya, baru sahaja beliau sampai di sana, krisis di Mesir bermula. Mujurlah beliau selamat, meskipun hasratku mendapatkan air laut yang menjadi saksi kepada Gaza tidak kesampaian.

Bukanlah ada berkat apa pun. Macam lah ada keramat apa pun. Sekadar air laut biasa. Namun aku ingin menyimpannya sebagai peringatan terhadap janjiku kepada diriku sendiri. Gaza, takkan ku lupa.

Begitulah jua pada malam yang sepi ini. Aku mengambil sebotol air laut. Agar aku tidak akan melupai ketenangan ini. Deru ombak ini. Desir bayu ini. Masin udara ini. Bintang yang berkelipan. Bandar Georgetown yang bergemerlapan. Ufuk horizon yang jauh mata memandang.

Dan gatal kaki dibedal nyamuk. =.=

The end. Hari ini signifikan dengan pelbagai the end.

Tiga tahun lepas, aku meratapi pemergian insan yang cukup kusayang. Almarhum datukku, semoga Allah redha padanya.

Dan hari ni pula, aku mengenangi pemergian insan yang kusayang juga. Heh. Sayang. Sayang, tak bawa ke mana, kid.

Tiga tahun. Nampaknya dah sampai noktahnya.

Alhamdulillah, esok aku akan pulang ke bumi salju itu. Aku tak tahu apa yang patut aku rasakan. Menyampah kerana kembali ke neraka tersebut, dalam masa yang sama, bersyukur kerana ini kali terakhir aku akan kembali ke sana. Menghabiskan perjuanganku enam tahun.

Enam tahun, kid.

Aku nak habiskan. Kemudian aku nak balik, aku nak kerja. Aku nak mula hidup baru. Aku nak padam segalanya. Biar aku hilang di dunia, tiada siapa tahu kemana. Keserabutan yang aku pikul, kebencian yang aku tanggung, biarlah terkubur.

If I could change – I would,
Take back the pain – I would,
Retrace every wrong move that I made – I would,
If I could stand up and take the blame – I would,
I would take all my shame – to the grave.

I’m full of shame. Aku tahu aku bukan manusia yang mulia. Aku insan biasa, penuh dosa, penuh kelemahan. Ada orang, jijik dengan kelemahanku. Ada orang, merasa hina denganku.

Orang kenal aku dengan pelbagai cara. Ada yang tahu perangaiku siang malam. Ada yang tahu wajahku di Leokids Life. Ada yang mengenalku di Facebook. Ada yang mengenalku di laman-laman web. Ada yang mengenalku di hospital. Ada yang hanya mengenalku melalui suaraku.

Namun langsung tiada, yang mengenalku for who i am. Aku sangka aku dah jumpa. Rupanya macam biasa, pun sama sahaja. Bila sisi gelapku bercahaya. Rangka di almariku terdedah.

Aku dipandang tiada lagi hormatnya.

Manusia, manusia. Apalah ada pada mata kita. Apalah sangat pada tafsiran dan tanggapan? Hatta Musa pn tak mengerti Khidir? Kita cukup dengan mata, dengan telinga, menyalahgunakan akal yang Allah beri untuk berfikir dan hati yang Allah beri untuk memahami, menghukum sesuka hati?

Ya, aku manusia berdosa. Dan aku tidak rasa terhina dengan hakikat itu. Kerana dosaku mengingatkanku akan siapa diriku yang sebenarnya. Dosaku mengingatkan akan hakikat Tuhan dalam hidupku. Dosaku menjadi saksi kasih sayang Allah yang Maha Mengampuni aku. Pancarlah dosaku di akhirat kelak, aku tidak gusar kerana aku tahu, air mataku menjadi saksi betapa dosa itu aku tangisi!

Tetapi jika dengan dosa itu kalian memandang hina kepadaku, dengan dosa itu kalian hilang hormat kepadaku, jika dengan dosa itu membuatkanku jijik pada pandangan kalian yang mulia itu, maka ternyata – cukuplah Allah menjadi saksiku kelak.

Aku tahu aku bukanlah baik. Aku keluar bersiar-siar dengan memakai topi kep, bukan serban. Aku keluar tengah malam ke pesta di tepi pantai, bukan qiam di masjid madrasah. Aku menikmati makan malamku di Victoria Station, bukannya di HPA atau restoran2 Melayu. Orang lain bagi kuliah, aku dengar kuliah. Orang lain join usrah, aku tak selesa join jemaah.

But that doesnt make me less Muslim than you or anyone else! Ask Allah in the hereafter, for I’m not wrong.

And so does everyone else. Tahukah kalian di sebalik helaian rambut yang didedahkan wanita itu, terdapat redha Allah diatas kegigihannya menjaga tiga orang anak secara bersendirian? Tahukah kalian di sebalik hitam bibir si perokok dan sendawa alkoholnya itu, terdapat redha Allah pada helaian bulu mata yang dibasahi tangisan taubat di dinihari? Tahukah kalian di sebalik jijik kerjaya si penzina itu, terdapat redha Allah pada keikhlasannya memberi minum seekor anjing?

Kami semua ada takdir yang tersedia untuk kami. Memilih jalan yang keji pada pandangan manusia, kemungkinan itulah satu-satunya jalan yang diberkati pada pandanganNya. Dan kemungkinan adanya jalan lain keredhaan Allah sampai kepada kami. Allah tahu apa yang kita tidak tahu!

***

Fuh, laut bagaikan mengerti isi hatiku. Tiba-tiba, angin bertiup kencang, ombak menderu memercik, nyaris membasahkan iPadku.

***

Sudah-sudahlah, kid. You should know better. Yang dikesali sekarang, adalah engkau terpaksa menanggung segala kesannya. Perit dan pahit, eating me from inside. Tapi apa boleh buat. Inilah realiti, kid. Ini realiti.

Maaflah, kalian para pembaca Leokid’s Life terpaksa berpada dengan luahanku lagi. Aku perlu juga luahkan. Aku pohon kepada kalian, tolong doakan aku. Tiada doa yang pelik2, yang bunga2 aku pinta. Cuma kupinta, adalah hasanah. fiddunya, hasanah. Fil aakhirati, hasanah. Itu sahaja.

The end of everything, leokid. Is the beginning of something new.

= Offline at 1:11am, RnR Bagan Ajam (Pantai Bersih) =

5 thoughts on “The End of Something

  1. Andai tak mampu dimiliki, mampukah untuk melupakan?
    Andai tak bisa dikasihi, mampukah untuk membenci?

    Ruin is a gift. Ruin is the road to transformation.

    Siapa kita untuk menghakimi orang lain.. kan kid.. Semoga kid terus sukses dalam pengajian dan kerjaya. InsyaAllah akan selalu berada dijalanNYA :)

  2. Same goes here and we’re not alone. At least we still have hope. Without hope, life is meaningless. Without hope, life is meaning less and less.

    Chill!

  3. “If sometimes I feel a little mad
    Don’t you know no one alive can always be an angel
    When things go wrong I seem a little sad

    You know sometimes, I’m so carefree
    With a joy that’s hard to hide

    Sometimes seems that all I have is worry
    And then you’re bound to see my other side

    People, don’t you know I’m only human
    Don’t you know I have faults like any one

    But sometimes I find myself alone regretting
    Some little thing; some foolish thing
    that I have done,

    But I’m just a soul whose intentions are good
    Oh Lord, please don’t let me be misunderstood
    Don’t let me be misunderstood”

    -Don’t Let Me Be Misunderstood~

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s