Sakit Perut!

(Apsal rajin benar Kid update Leokid’s Life ni ek?)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nak cerita lagi pasal situasi di kelas. Aku tahu, ramai yang menjadi pembaca tetap blog ini terdiri daripada mereka yang berminat dengan kehidupan pelajar perubatan. Kalau nak baca tazkirah, banyak blog-blog Islam yang ada, kan? Port kegemaran aku, termasuklah seperti blog Ustaz Hasrizal, kalau nak yang lebih teknikal boleh cuba lepak di blog Ustaz Zaharudin, atau kalau nak yang lebih menyentuh hati boleh cuba Genta Rasa Ustaz Pahrol, atau kalau nak yang lain dari yang lain, cubalah Minda Tajdid.

Eheh promote blog orang lain pulak. Heee. Kehidupan aku kat sini, sengaja aku coretkan, bukanlah untuk ditayang atau dimegah pun. Cumanya ianya hanyalah skadar menjadi satu nukilan, sisipan hidup aku untuk aku selak dan nilai kembali di masa akan datang, lantas diperah jus nilai-nilai pengajaran dan iktibar yang diperoleh darinya..

So hari ni, pergi kelas surgery lagi, macam biasa. Tiba agak lewat, tapi nasib baiklah hari ini Dr. Mironov tidak membawa kami menonton pembedahan. Justeru beliau masuk agak lewat, lantas memulakan kelas seperti biasa untuk tajuk hari ini, iaitu penyakit-penyakit kelenjar parathyroid.

Sekitar sejam lebih berlalu, kami membincangkan pelbagai aspek, dari segi keadaan normal (fisiology) dan struktur (anatomi) organ berkenaan, hinggalah ke bagaimana penyakit2 tertentu terjadi, bagaimana mengesannya (diagnos) serta bagaimana merawatnya.

Sesudah itu, kami berehat sebentar, sebelum Dr. Mironov membawa kami berjumpa pesakit, untuk latihan clerking (taking history – menemuramah pesakit) dan latihan praktikal asas.

Pesakit yang kami jumpai adalah seorang lelaki berusia hampir 40-an. Beliau datang ke hospital tiga hari lepas melalui ambulan, atas sebab perutnya yang sakit.

Kadang-kadang, bila menjadi pelajar perubatan, kita sering menjadi rujukan kawan-kawan yang segan nak berjumpa doktor untuk mengkonsultasi masalah kesihatan masing-masing.

Ini satu langkah yang tidak baik, sebenarnya. Kerana there’s so much in diagnosing a disease. Sekadar membaca di Facebook atau Yahoo Messenger, adalah tidak cukup bagi seseorang doktor untuk membuat diagnosis. Jika doktor yang pakar sekalipun tidak mampu, apatah lagi seorang pelajar perubatan yang cikai seperti aku ni. Hee.

Ambil contoh, sakit. Ada yang bertanya, mengenai sakit kepala. Ada yang datang, mengenai sakit pinggang. Tak kurang juga yang sakit di tempat2 yang tak sepatutnya.

Contohnya, sakit hati dihiris sembilu. Heee. Amende korang fikir pelik-pelik ni?

Seorang doktor, bila sebut pasal “sakit”, dia perlu tahu sekurang-kurangnya TUJUH perkara mengenai sakit.

1. Karakter – menyucuk, membakar, menghimpit, menghiris, berdenyut, dsb.
2. Tempoh masa – setiap masa, atau pada masa2 tertentu.
3. Permulaan – bila bermula? adakah tiba-tiba je, atau sikit demi sikit dsb.
4. Lokasi – biasa kot, semua faham kan. Hehe.
5. Iradiasi – adakah sakit tersebut merebak pergi tempat lain.
6. Perkara menambah sakit – adakah menggerakkan bahagian tersebut bertambah sakit, atau bila pakai kasut tambah sakit, dsb.
7. Perkara mengurangkan sakit – kalau makan panadol hilang sakit tak, atau kalau dituam ke, atau ada special posture baring ke, dsb.

Semua-semua itu membawa seribu satu kemungkinan yang boleh ada pada diri seseorang. Hee.

Jadi berbalik kepada pesakit tadi, beliau telah ada sakit berkenaan sejak 3 hari lalu, terletak di bahagian tengah perut, merebak ke belakang, makin sakit selepas makan. Dr. Mironov meneruskan perbualan dengan pesakit tersebut dalam Bahasa Russia, dan kami mendengarnya dengan teliti bagi memastikan setiap butir perbualan ditangkap dan diingat, sebelum dapat diformulasikan.

Berdasarkan maklumat yang diterima hasil perbualan tersebut, kami sudah boleh mengesyaki diagnosis yang ada. Kemudian dengan bantuan pemeriksaan fizikal, seterusnya analisis-analisis seperti darah, air kencing dsb, kami akan “narrow down” kemungkinan-kemungkinan yang ada, sebelum memulakan rawatan.

Tamat perbualan antara Dr. Mironov dengan pesakit berkenaan, kami diminta untuk memulakan pemeriksaan fizikal. Aku, meskipun ingat-ingat lupa, cuba untuk tampil menjadi sukarela. Pemeriksaan fizikal, biasanya terdiri daripada tiga – inspection, palpation, dan auscultation. Ada satu lagi, percussion, tapi rasanya tak berapa signifikan kot, sebab kalau dah buat tiga2 yang awal tu, tak perlu pun percussion sebenarnya. Jadi aku pun mula dengan inspection, iaitu hanya menggunakan deria, memerhati pada bahagian badan (abdomen) pesakit.

Dalam inspection sahaja pun, sudah ada baaaanyak perkara perlu diperhatikan. Mula2 kena tengok kalau ada parut, bekas pembedahan yang lama. Jika ada, banyak kemungkinan boleh kita saspek, contohnya parut di bahagian kanan bawah perut menandakan orang tersebut pernah dibuang appendiks, jadi mustahil lah pesakit ini menghidap appendicitis. Parut di bahagian usus, maka kita boleh fikir mengenai intestinal adhesion, atau obstruction, atau mungkin terjadi ventral hernia pada tempat berkenaan.

Selain parut, tengok juga pada warna kulit, kalau ada lebam atau bengkak. Kemudian ada tanda2 khas seperti caput medusa, atau spider nevi. Jika ada sebarang hernia (angin pasang), juga boleh dilihat. Jika dilihat berdenyut, mungkin boleh difikirkan Triple A (Abdominal Aorta Aneurysm), satu keadaan yang sangat berbahaya dan boleh membawa maut pada bila-bila masa.

Itu baru inspection. Kemudian, palpation pula. Palpation pun ada adabnya, kerana ia melibatkan sentuhan dengan pesakit. Telapak tangan doktor perlu digosok-gosok terlebih dahulu agar menjadi suam, tidak mengejutkan pesakit. Seluruh perut jari harus menyentuh kulit perut, supaya tidak ada yang ter-miss. Sentuhan harus bermula dari bahagian kiri perut pesakit, kecuali jika sakitnya terletak di situ. Gerakan jari harus berbentuk “sliding” bagi membolehkan tangan doktor mengenalpasti struktur-struktur dalam perut. Doktor juga harus melihat pada riak muka pesakit, kalau-kalau ada kesakitan yang pesakit tidak memberitahu kepada doktor.

Kemudian, auscultation. Doktor akan menggunakan stetoskop, untuk mendengar bunyi-bunyian pelik yang mungkin ada. Mungkin ada bruits, iaitu bunyi darah berdesing melalui salur darah, menandakan ada kesempitan pada salur tersebut. Mungkin boleh didengari bunyi peristalsis usus, menandakan usus berfungsi dengan baik. Mungkin ada borborygmus, menandakan pesakit tengah lapar. Hehe. Borborygmus ni, tak ada stetoskop pun boleh dengar =p

Selesai tiga itu, kami pun balik ke kelas. Dr. Mironov menyuruh kami mengeluarkan sehelai kertas kosong. Katanya, aku tidak melakukan pemeriksaan fizikal dengan betul, kerana aku terlupa untuk memeriksa tanda-tanda spesifik penyakit-penyakit tertentu. Justeru kami diminta menulis dan menyenaraikan tanda-tanda berkenaan didalam kelas. Tempoh masa 40 minit diberi, dan Dr, Mironov pun keluar.

Bukanlah aku tak tahu mengenainya, tetapi aku tidak ingat kerana banyak sangat. Contohnya, bagi penyakit Cholecystitis dan cholelithiasis (batu hempedu), ada Murphy Sign. Untuk check murphy sign ini, doktor akan menggunakan jari, menekan di bahagian bawah kanan rusuk terakhir, lalu meminta pesakit menarik nafas dengan dalam. jika nafas pesakit tersekat, atau pesakit mengadu sakit, maka ianya dikatakan “positif” dan menambah kemungkinan pesakit tersebut ada menghidap Cholecystitis.

Bagi cholecystitis, selain Murphy Sign, ada juga Phrenic Sign, Kocher Sign dan Ortner Sign. Manakala kalau Pancreatitis pula, ada Cullen Sign, Grunwald, Kamenchik, Korte dsb. Kalau appendicitis lagi la, tak silap ada 10 ha. adoi!

Kerana itulah, aku menggesa sangat2 kawan2 aku, kalau sakit tu, pergi jelah jumpa doktor. Bukan susah sangat pun. Kalau tanya-tanya biasa2 tu takpelah, tapi jangan la sebab dah tanya aku, terus rasa tak perlu pergi jumpa doktor. Kerana itu jugalah, setiap “konsultasi” yang aku berikan, pasti akhir sekali aku akan suruh pergi jumpa doktor. Kadang-kadang sengaja aku sebut kemungkinan-kemungkinan yang serius. “Ada hilang berat badan tak? Kalau ada, tu kemungkinan tanda-tanda kanser tu!” Heee. Biar chuak sikit, baru dia sanggup nak pergi hospital!

Pesakit tadi, kami merumuskan “clinical diagnosis” beliau adalah penyakit Acute Pancreatitis. Clinical Diagnosis ini dibuat berdasarkan dua perkara, iaitu history taking dan physical examination. Kedua-duanya konsisten, apabila kesemua ciri-ciri sakit berkenaan konsisten dengan acute pancreatitis, disertai dengan sejarah tabiat pesakit berkenaan yang gemar mengambil alkohol dengan kerap dan kuantiti berlebihan. Manakala melalui pemeriksaan fizikal pula, tanda positif Korte Sign adalah konsisten dengan diagnosis berkenaan.

Seterusnya, apa? Seterusnya, perlu mengesahkan diagnosis berkenaan. Maka untuk mengesahkan diagnosis tersebut, kita perlukan dua perkara lagi, iaitu analisis makmal dan pengesahan visual. Biasanya dalam kes ini, analisis makmal sahaja dah cukup. Kalau visualisasi, kena menggunakan fibroduodenogastroscopy (FGDS) atau endoscopic retrograde cholangiopancreatography (ERCP), yang memerlukan satu wayar tiub khas dijolok masuk melalui mulut ke perut dan usus, yang dilengkapi kamera untuk melihat sendiri keadaan pancreas pesakit. Sounds horror? Hehehe.

(and yet kid wonders kenapa orang takut nak pergi hospital!)

Wallahua’lam, wassalam. =)

7 thoughts on “Sakit Perut!

  1. Yang horror-nya adalah, bila memikir, mampukah aku nak menghafal segala jenis nama tu? Huwaaaa bro, kasi tips study untuk second year, third year. hehe =)

    • Pre-clinical years..sila la fahamkan elok-elok Physiology dan Biochemistry tu ye.. Nanti bila dah naik clinical years, dah takde masa dah nak ulang balik benda2 tu.

      Teringat pesanan rakan saya – kalau setakat nak baca ECG, tunjuk kat nurse atau MA pun boleh. Tapi yang membezakan kita para doktor dengan mereka, adalah kita boleh explain bagaimana ritma ECG tersebut terjadi, serta bagaimana membetulkannya!

  2. Bukan takut nak pergi hospital. Malaihhhh~ Dulu pernah kekurangan air dalam badan sampai nak jalan pun tak boleh, bahagian abdomen cramp. Masuk ER, doktor ke MA tu tanya, “Rasa apa?” Saya jawab, “Esophagus mengecut (rasa tertarik).” Dannnn.. dia gelakkkk~ Eee.. orang cakap betul2 tahu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s