Memahami “Likes” dan “Comments” di Facebook

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Antara fungsi terbaru yang dikemukakan pihak Facebook tahun ini, adalah fungsi “Ticker” yang membangkitkan kekeliruan dan kebengangan (err) ramai pihak. Ini kerana segala aktiviti yang kita lakukan di Facebook, terpapar di situ dan dilihat oleh pelbagai pihak, termasuklah mereka yang bukan termasuk dalam friendlist kita. Saya cuba meluangkan masa memahami penjelasan yang diutarakan pihak Facebook di ruangan Help mereka, dan ini antara kesimpulan yang saya dapat dari kefahaman saya. Jika ianya tersilap, saya mohon diperbetulkan.

Pertama sekali, perlu difahami, persoalan siapa yang mengetahui/nampak aktiviti “like” dan “comment” anda bergantung kepada setting privasi POST/STATUS yang anda comment, bukannya setting privasi anda. Apabila seseorang mengepos sesuatu di laman profile/timeline Facebook mereka – status, gambar, link, question dsb – orang tersebut boleh meletakkan privasi setting terhadap post berkenaan. Selalunya kita menganggap privasi setting ini sebagai “siapa yang boleh melihat status/gambar/perkara” yang kita poskan tersebut, rupa-rupanya, ia memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada itu.

Kita boleh mengetahui setting privasi sesuatu post yang dibuat oleh seseorang, dengan menghalakan kursor tetikus ke ikon disebelah tanda masa post tersebut. Ikon tersebut kecil sahaja, biasanya berupa globe, orang, atau gear.

Saya ambil empat contoh dibawah:

PUBLIC

Dalam status ini, saudara Abu Hurairah meletakkan setting privasi kepada “Public”. Maksudnya status ini boleh dilihat oleh sesiapa sahaja, sama ada individu tersebut berada dalam friendlist Abu Hurairah atau tidak.

Jika saya like atau comment pada status ini, maka like dan comment saya boleh dipaparkan di Ticker seramai yang mungkin. Ini termasuklah rakan-rakan saya, rakan-rakan Abu Hurairah, kawan kepada rakan (Friends of friend : FoF) saya, dan FoF Abu Hurairah, sesiapa yang di-tag didalam komen dan sebagainya.

Begitu juga memandangkan status ini PUBLIC, maka FoF saya juga boleh menjumpai dan mengkomen/like status ini, meskipun FoF saya tidak termasuk dalam friendlist Abu Hurairah.

FRIENDS OF FRIENDS

Muhammad Faiz meletakkan setting post ini kepada “Friends of friends” (FoF). Maksudnya, post ini boleh dilihat dan dikomen oleh sesiapa sahaja yang berada didalam friendlist beliau, DAN sesiapa jua yang berada dalam friendlist mereka. Maksudnya, dua lapis.

Jika saya like atau comment pada status ini pula, like/comment saya boleh terpilih untuk dipaparkan di Ticker mana-mana friends atau FoF kepada Muhammad Faiz. Ini termasuklah semua friends saya (kerana semua friends saya adalah FoF kepada Muhammad Faiz), mutual friends diantara saya dengan beliau, serta termasuk juga rakan-rakan dan FoF beliau meskipun TIDAK tersenarai sebagai friends saya.

FRIENDS

Dalam status ini, Nurul Syahirah menghadkan setting privasinya kepada “Friends” sahaja. Ini satu setting yang baik, bukan sahaja untuk Nurul Syahirah, tetapi untuk rakan-rakan Nurul Syahirah.

Jika saya like atau comment pada status ini, maka like/comment saya tersebut boleh terpilih untuk dipaparkan di Ticker mana-mana friends kepada Nurul Syahirah, termasuklah mutual friends diantara kami. Ia tidak boleh dilihat oleh sesiapa yang tidak termasuk dalam  friendlist Nurul Syahirah, meskipun individu tersebut berada dalam friendlist saya (maksudnya bukan mutual friends).

CUSTOM @ TAGGED POST

Sepertimana yang kita sedia maklum, kita boleh tag sesiapa sahaja didalam status, gambar, link dsb yang kita pos-kan. Walaupun kadang-kadang kita menggunakan fungsi ini hanya untuk suka-suka, tetapi tag juga memainkan peranan yang penting dalam privasi.

Contohnya, didalam status ini, saudara E. Cantru ada meng-tag dua rakan beliau. Maksudnya, post ini boleh dilihat oleh Cantru dan rakan-rakan cantru, Vishnu dan rakan-rakan Vishnu, serta Thiagarajan dan rakan-rakan Thiagarajan. Jika saya like/comment pada status ini, like/comment saya boleh muncul dalam Ticker milik kesemua mereka sama ada ada dalam Friendlist saya atau tidak, dan termasuklah mana-mana mutual friends antara saya dan kesemua mereka.

PENJELASAN FACEBOOK

Berikut adalah teks penjelasan Facebook berkenaan hal ini:

Who can see stories about my comments and likes in ticker?

To control stories about your commenting activity in ticker and News Feed, always check who can see the privacy of the posts you’re commenting on. Learn more about sharing privacy. If you aren’t comfortable with who can see the post, please don’t comment on it or like it. If you do, a story about your activity will be eligible to appear on Facebook, including on your timeline (profile), in News Feed and in ticker.

Remember, your comments and likes are only visible to people who can see the original post. For example, you might comment on a photo one of your family members posts just to family. A friend of yours who cannot already view the photo will not see a story in ticker about your comment.

Please note that unsubscribing from a friend’s ‘comments and likes’ in your News Feed, does not have any impact on whether your friends see it when you comment on or like their posts.

Ada banyak perkara boleh kita kupas dari penjelasan ini. Facebook seperti biasa, meletakkan tanggungjawab menjaga privasi kepada pertama-tama sekali, atas bahu para pengguna sendiri. Pertama sekali yang digesa oleh pihak Facebook adalah, sentiasa SEMAK privasi setting sesuatu post, sebelum kita like atau comment kepadanya. Sebagai contoh, kita lihat ada kawan kita mengepos suatu status yang bersifat peribadi, namun meletakkan setting “Public”. Jika kita komen/like pada status tersebut, maka ramai Friends kita dan Friends beliau dapat melihatnya, dan jika mereka pula menglike/komen status berkenaan, Friends mereka pula akan dapat melihat status berkenaan di Newsfeed dan Ticker. Memang ianya salah rakan kita itu sendiri yang meletakkan setting Public, tetapi kita secara tidak langsung dan tidak sengaja telah menyebarkan perkara peribadi tersebut.

Kedua, Facebook menyuruh kita untuk belajar lebih lanjut mengenai Sharing Privacy. Facebook telah menyediakan manual yang cukup extensive dan mendalam di ruangan Help mereka. Tetapi berapa ramai diantara kita yang rajin untuk skrol ke bahagian paling bawah dan klik pada “Help” tersebut? Berapa ramai pula antara kita yang ada masa nak mencari, memahaminya? Sepatutnya, kita perlu takut kerana sememangnya fitrah manusia itu takut kepada sesuatu yang tidak kita ketahui. Menyedari hakikat kita tidak benar-benar memahami aspek Privacy pada perubahan Facebook ini, sepatutnya membuatkan kita takut atau ragu-ragu sebelum mengepos sesuatu.

Dan akhirnya, Facebook memberi kata ultimatum, pemutus – “If you aren’t comfortable with who can see the post, please don’t comment on it or like it.” Bahasa kasarnya, “Lu tak suka orang usha lu like/komen2, lu tak payah like/komen!” Tapi memang itulah hakikatnya pun. Jika kita tak mahu orang lain tahu aktiviti kita, maka jangan buat terus. Nampak seperti agak kasar, tapi sepertimana yang Facebook nyatakan, pilihan adalah di tangan pengguna.

Mass Message

Sejak perubahan ini berlaku, ada berkeliaran mesej melalui Facebook iaitu:

Please do me a favor and move your mouse over my name here, wait for the box to load and then move your mouse over the “Subscribe” link. Then un-check the “Comments and Likes”. I would really rather that my comments on friends and family’s posts not be made public, thank you! Then re-post this if you don’t want your every single move posted on the right side in the “Ticker Box” for everyone to see. Click the “like” and I will do the same for you!!

Mesej ini ada disebarkan dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu, malah kadang-kadang ayatnya mendayu-dayu kerana ingin memujuk. Hehe. Facebook menyebut langkah ini sebagai “Please note that unsubscribing from a friend’s ‘comments and likes’ in your News Feed, does not have any impact on whether your friends see it when you comment on or like their posts.” Saya sebenarnya kurang jelas dengan apa yang dimaksudkan di sini, tetapi setelah memahami bagaimana fungsi Ticker, ianya agak boleh difahami.

Langkah ini adalah kurang efektif kerana, walaupun kita unsubsribe dari aktiviti like/comment seseorang, ia tetap akan boleh dilihat oleh orang lain yang tertakluk dalam privasi setting post berkenaan. Tambah-tambah jika setting privasi post berkenaan adalah “Public” atau “Friends of friends”, walaupun seseorang itu tidak subscribed kepada kita, dia tetap masih boleh nampak komen kita kerana setting post berkenaan. Tetapi ia mungkin juga memberi sedikit manfaat, sepertimana yang dijelaskan di sini:

Also, the hide and unsubscribe settings you use to control what you see in your News Feed will impact what shows in ticker. For example, if you hide someone from your News Feed entirely by unsubscribing from them, they won’t show up in ticker. This includes people you’ve already hidden. You might choose to only see “Important Only” or “Most Updates” from someone in your News Feed, but don’t want to unsubscribe from them entirely. In this case, ticker will show more from them than your News Feed.

 

MALAYSIA dan Ancaman Privasi

Sebenarnya, ancaman privasi terbaru ini bukanlah sesuatu ancaman kepada sebahagian besar pengguna Facebook. Ini kerana, kebanyakan pengguna Facebook mempunyai kawalan ketat ke atas senarai rakan (friendlist) mereka. Seperti yang dilaporkan di berita BBC ini, pengguna Malaysia adalah pengguna yang paling banyak mempunyai “Friends” secara purata. Kalau boleh, kita nak approve semua request yang ada. Sesetengahnya berbangga dengan senarai friends yang ramai. Siap berlumba-lumba mengejar friends pula. Saya sendiri, sehingga hari ini, mempunyai 1000 lebih friends, walaupun dulu berazam tidak mahu memiliki lebih dari seribu. Berita tersebut adalah bertarikh setahun lepas, pastinya sekarang peningkatannya lebih tinggi dan ketara.

Sedangkan bagi pengguna-pengguna negara lain, US khususnya, mereka cukup prihatin akan hal ini. Hanya request dari individu yang benar-benar dikenali atau yang pernah berjumpa di alam realiti sahaja, akan diluluskan. Justeru itu, “circle of friends” mereka lebih kecil, dan sesuatu post yang mereka buat di Facebook tidak terdedah dengan luas dan banyak kepada orang yang tidak dikenali. Ancaman privasi tetap ada, tetapi tidak se-serius yang kita hadapi. Sepatutnya, kita perlu lebih concern mengenai perubahan-perubahan dan pembaharuan-pembaharuan ini, kerana ancaman ini mengenai kita dengan magnitud yang lebih besar!

Jika seseorang senang-senang approve kita menjadi rakan dalam Facebook nya, maka ketahuilah dia juga senang-senang meng-approve orang lain yang boleh menjadi ancaman privasi kita. Orang lain yang boleh mengetahui aktiviti-aktiviti kita, boleh menjadi “stalker” kita di Ticker. Akhirnya, kita perlu mempraktiskan ciri-ciri “pemilihan kawan” dari alam realiti ke alam maya di Facebook. Apabila kita meng-approve seseorang, maka kita memberinya hak untuk melihat komen-komen kita, dan kita boleh pula memberikan kawan-kawannya hak untuk melihat komen-komen kita juga.

Ianya sama lah seperti kita di alam realiti. Apabila kita menceritakan sesuatu kepada seseorang, maka seseorang itu mungkin pula menceritakannya kepada orang lain yang kita tidak suka. Rakan sekelas kita nampak kita jatuh tangga, dia mungkin menceritakannya kepada rakan kelas sebelah, yang menceritakannya kepada rakan-rakan yang lain. Kerana itulah, pemilihan “siapa kawan kita” itu adalah penting.

Berdakwah? Ya, ramai yang menggunakan Facebook untuk berdakwah. Menyebarkan manfaat, kata kita. Peluang sasaran yang besar (marketgroup), ianya boleh difahami. Namun yang perlu kita fahami, adalah menggunakan facebook untuk tujuan dakwah, atau untuk tujuan peribadi. Jika kita lebih concern akan privasi peribadi kita, maka itu limitasi kepada niat berdakwah kita. Dan jika kita lebih menghargai niat dakwah kita, maka harganya adalah privasi kita. Pendek kata, sedar-sedarlah diri, kalau nak guna untuk tujuan dakwah, maka usahlah dedahkan terlalu banyak mengenai hal peribadi.

Facebook menyediakan pelbagai platform yang bagus untuk kita berdakwah. Semua orang boleh membuka PAGE apa sahaja, malah bukalah PAGE diri sendiri jika ingin berdakwah. Tidak perlu malu atau risau orang mengumpat – “Bajet famous je nak buka page segala bagai” – ini kerana dalam PAGE, maklumat dan butir peribadi kita lebih terselamat. Sudah ramai ustaz-ustaz yang terkenal, menggunakan dua fungsi Facebook ini  – akaun facebook mereka untuk urusan peribadi, dan dalam masa yang sama, mereka juga mempunyai page khusus untuk tujuan dakwah. Antaranya termasuklah seperti Ustaz Hasrizal, Ustaz Maszlee, Ustaz Zaharuddin dsb. Ini suatu langkah yang baik untuk kita ikuti dan turuti. Tidak semestinya perlu menjadi seorang ustaz atau selebriti, dan tidak perlu berasa malu kalau hatta hanya 10 orang yang “follow” page kita tersebut.

Begitu juga dengan perkembangan fungsi Group, fungsi yang cukup banyak manfaatnya – bagi mereka yang berfikir. Sama ada group yang tertutup mahupun terbuka, memberikan kita fleksibiliti untuk memilih mengikut keselesaan kita. Tak suka jadi perhatian bila post kepada Public? Maka post lah di Group yang tertutup. Berkongsi gambar-gambar, dokumen-dokumen, perbincangan-perbincangan, semuanya boleh dilakukan tanpa perlu rasa risau atau gusar.

TELITI DAN PRIHATIN

Justeru itu, bermula hari ini, khusus kepada para pengguna Facebook, saya menyeru kepada kita semua agar menjadi lebih teliti dan prihatin. Pertama sekali, pilih Privacy Setting anda dengan baik sebelum anda post sesuatu. Jika sekadar ingin post “Saya sedang makan”, cukuplah sekadar Friends sahaja. Ah, cukuplah sekadar “Only Me”, hehe, takde orang berminat nak tahu pun pasal perkara tersebut! Serabutkan Facebook orang lain sahaja. =p

Keduanya, teliti jika hendak mengkomen/like. Sentiasa semak setting privasi bagi post yang kita ingin komen/like tersebut. Elakkan komen pada post yang “Public” kerana ini bermaksud, like/komen kita boleh dilihat sesiapa sahaja. Contohnya, seorang rakan kita post satu status yang mengumpat seorang pensyarah, tetapi dengan kebodohannya dia meletakkan “Public” kerana beranggapan “Tak apa, aku tak add pensyarah tu”. Kita pula dengan kebodohannya join sama mengumpat dan komen dan like, dan pensyarah tersebut pula ada dalam friendlist kita. Maka, pensyarah tersebut boleh nampak status berkenaan.

Tentulah, dalam hal ini, lebih baik adalah tidak mengumpat sama sekali. Heee.

Terutamanya gambar. Photo. Sekarang ini musim graduasi, dan banyak orang mengupload gambar graduasi mereka, tetapi tidak meletakkan setting privacy yang betul. Apabila kita meng-komen atau like sekeping gambar, maka secara automatik semua rakan-rakan kita boleh lihat apa yang kita komen/like, dan gambar itu sendiri. Ini mengundang bahaya, terutamanya kepada para muslimah kita, meskipun gambar berkenaan menutup aurat.

Lokasi pun, sama. Meletakkan privasi setting kepada post berbentuk “check-in” adalah sangat penting. Kerana apabila kita check-in ke sesuatu tempat, ia secara tidak langsung memberitahu semua orang yang kita tidak ada di rumah. Mungkin tak apa jika yang tahu itu hanya rakan-rakan kita, tetapi jika setting itu FoF atau Public, maka ianya sangat berbahaya.

Dan yang terakhir, tentulah, prihatin. Sentiasa prihatin dengan siapa yang menjadi kawan kita. Dan sentiasa prihatin dengan perubahan-perubahan yang dilakukan pihak Facebook ini. Saya sering kata, kekurangan ilmu menyebabkan kita sering menjadi mangsa, justeru hanya dengan ilmu lah kita boleh melindungi diri kita.

TAQWA

Ubay bin Kaab, ketika ditanyakan mengenai maksud taqwa, menjawab dengan analogi yang cukup cantik. “Apa yang engkau lakukan tatkala melalui sebuah jalan yang berduri?” Maka jawab Umar al-Khattab, “Aku mengangkat kainku dan melangkah dengan berhati-hati.” Itulah taqwa.

Begitulah juga yang perlu diamalkan kita dalam dunia Facebook ini. Taqwa bukan hanya mencakupi perkara-perkara ibadah dan agama. Taqwa bukan hanya terletak pada puasa, solat, pergi ke masjid, usrah, kuliah sahaja. Ianya satu bentuk disiplin diri.

Kita tahu, Facebook merupakan satu benda yang boleh dimanfaatkan, dan boleh juga merugikan dan menyebabkan malapetaka. Maka perlulah kita berhati-hati menggunakannya. Kita tidak sekadar berhati-hati dalam urusan privasi, urusan peribadi, tetapi yang kita perlu lebih berhati-hati adalah pada urusan agama. Disebut dalam hadis sahih, bahawa Muslim yang paling afdhal itu adalah yang orang lain selamat dari lisan dan tangannya. Kita bukan sekadar hendak menyelamatkan diri kita sahaja, tetapi kita juga risau takut-takut kita menzalimi orang lain.

Semoga dengan post ini, membuatkan kita lebih berhati-hati dan berwaspada. Tentulah tak salah, memanfaatkan Facebook dengan penuh enjoy dan riang, namun dalam enjoy dan riang itu selalulah beringat bahawa “sa’ah wa sa’ah”. Ada masa untuk ini, dan ada masa untuk itu, bak kata Rasulullah kepada Hanzalah.

Wallahua’lam, wassalam.

2 thoughts on “Memahami “Likes” dan “Comments” di Facebook

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s