Siapa lagi, kalau bukan kita?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama pula tak update Leokid’s Life. Semalam pun terlupa untuk post satu gambar, bagi meraikan tema Wordless Wednesday, dan rasanya janggal kot kalau nak buat Wordless Friday hari ini. Hee.

Bermula semalam, saya memulakan rotation baru, iaitu bagi subjek Gynaecology. Di universiti saya, subjek Obstetric & Gynaecology (OnG) datang dalam satu pakej, tetapi diajar dalam dua tahun berasingan yang sengaja dipisahkan. Obstetric adalah merangkumi bidang perbidanan, yang mana kami pelajari di tahun keempat, manakala Gynaecology adalah bidang sakit wanita yang kami pelajari di tahun akhir, iaitu saya sekarang ini.

Habis, korang tengok ke ibu-ibu bersalin tu? Korang kena sambut bayi?” merupakan antara soalan lazim yang sering ditanyakan oleh sanak saudara dan rakan-rakan.

Tak kurang juga saya pernah engage dengan perbincangan yang cukup panas dan hangat melibatkan soal hukum hakam dalam bab ini. Bukan sekali dua, sudah beberapa kali pun sebenarnya. Ditelan mati emak, diluah mati bapak!

P

Saya sebenarnya kurang berminat dengan bidang ini. Tiada apa-apa sebab yang spesifik pun. Bidang OnG adalah satu bidang yang menakjubkan, pada pandangan saya. Menyambut kelahiran bayi bagaikan satu seni tarian, ada langkah-langkahnya, ada satu dua tiga empat, menyambut breech presentation perlu ubah langkahnya, menghadapi cephalopelvic disproportion ada step-step nya yang tersendiri, tidak boleh tergesa-gesa, tidak pula boleh berlengah-lengah. It’s like a music, has got its own rhythm and soul.

Dan sungguh, walaupun saya akui muka ibu yang dalam kesakitan nak bersalin itu muka paling horror saya pernah tengok, mengalahkan JuOn, Karak dan yang sewaktu dengannya, tetapi ketahuilah wajah seorang ibu tatkala anak yang masih berlumuran darah itu diletakkan di perutnya, itulah pemandangan paling indah pernah saya lihat dalam hidup saya. Senyuman itu, meskipun dalam kepenatan yang sangat dahsyat…itulah senyuman yang paling ikhlas yang tidak boleh diimitasi oleh sesiapa jua.

Dan begitu juga bidang Gynaecology, memahami tingkahlaku penyakit wanita yang banyak bergantung kepada perubahan hormon-hormon, seakan-akan menjadi satu jendela untuk kita memahami wanita itu sendiri. Eheh. Benarlah orang kata, kita tidak akan dapat memahami apa yang ada dalam diri seorang wanita =p

OnG mungkin fascinating, but not fascinating enough for me, i guess. Maybe for one spesific reason. Perhaps its because, adalah lebih baik kalian yang merawat sesama kalian sendiri.

Saya sebenarnya tertanya-tanya, kenapa ramai pelajar perubatan wanita sama ada dalam kalangan rakan-rakan saya disini mahupun secara umumnya, kurang berminat hendak menjadi seorang pakar perbidanan dan sakit puan. Tentulah kalian lebih memahami fisiologi kalian, lebih memahami jiwa dan hati seorang wanita. Kami sering diajar, bahawa dalam proses rawatan, kesihatan itu didefinisikan sebagaimana yang dinyatakan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai,

Justeru dapat dilihat, bahawa dalam proses rawatan, hendaklah seseorang doktor itu mengambilkira faktor mental dan sosial pesakit, bukan sekadar faktor fizikal semata-mata untuk menghilangkan penyakit. Merawat penyakit seorang wanita bukanlah semata-mata menjaga kesihatan fizikalnya, tetapi harus diambilkira bersama kesan-kesan mental dan sosial ke atas pesakit tersebut. Justeru siapalah yang lebih arif dalam hal ini, melainkan para wanita itu sendiri.

Dan kemusykilan saya ini ditambah lagi apabila mendapat tahu, kebanyakan pandangan umum menyatakan bahawa hatta para pesakit wanita sendiri selesa dan lebih gemar dirawat oleh doktor lelaki, khususnya dalam bidang perbidanan dan sakit puan! Menurut tanggapan tersebut, doktor lelaki lebih lemah lembut, lebih menumpukan perhatian, lebih prihatin dan pandai menjaga hati pesakit wanita.

Dua orang pensyarah lelaki OnG saya, merangkap doktor pakar dalam bidang ini. Di sebelah kiri, Dr. Gennadiy Olegovich dan kanan, Dr. Artyom Valerievich. Kedua-dua mereka mempunyai personaliti yang peramah, wajah yang tampan dan manis, serta mempunyai “charm” atau karisma yang tersendiri.

Wanita, ketika sarat mengandung tambah-tambah di saat kritikal hendak bersalin, tentulah sekali mudah terganggu emosinya. Hal ini saya saksikan sendiri didalam dewan bersalin di sini, rata-rata petugas wanita termasuklah doktor dan bidan wanita, cukup kasar layanan mereka terhadap pesakit wanita. Ada yang terjerit-jerit menjerkah. Cerita yang sama saya dengari di Malaysia. Ada jururawat-jururawat yang terang-terangan mengumpat mengenai pesakit dihadapan pesakit itu sendiri. “Beranak dah tiga kali pun nak mengada-ngada lagi“.

Mungkin ini hanya generalisasi umum, wallahua’lam. Saya percaya dalam apa jua tanggapan, pasti ada sisi pengecualiannya. The exception that proves the rule, bak kata orang kampung saya.

Dalam bidang kesihatan, secara umumnya kita tidak memisahkan divisyen lelaki dan perempuan. Ini kerana difahami bahawa kebanyakan penyakit dan kecelakaan itu menimpa kedua-dua lelaki dan perempuan sama rata, dan antara faktor terpenting dalam merawat adalah masa. Dalam kes-kes kecemasan, tentulah seorang doktor perlu bersedia merawat pesakitnya tanpa memikirkan soal jantina, dan untuk merawat, tentulah memerlukan ilmu dan skill yang mantap. Inilah yang sering digunakan oleh para pelajar perubatan, termasuklah saya, untuk menyedapkan hati tatkala sedar bahawa kami seharian bergelumang dalam apa yang orang awam anggap sebagai dosa. Fardu kifayah.

Namun saya juga sedar, selaku bakal pengamal perubatan kelak, saya tidak ada hak untuk menolak pesakit yang datang kepada saya meminta rawatan, regardless of gender, race, religion, dsb. Kami para pengamal perubatan hanyalah menjalankan tugas.

Teringat saya akan satu jawapan yang diutarakan oleh Dr. Nazatul Shiha tatkala saya mengajukan persoalan ini di sebuah perbincangan Facebook Ustaz Emran Ahmad:

Ianya satu dilema yang sukar, realiti yang sukar dihadapi selagi mana kita berada di bumi Malaysia ini. Apa solusi yang ada yang boleh kita lakukan?

Kerjasama dari semua pihak adalah amat-amat diperlukan buat masa ini. Hentikanlah saling tuding menuding, salah menyalahkan. “Doktor lelaki yang gatal dan miang, nak sentuh dan pegang!” “Ini semua salah sistem yang kita gunapakai dari dulu sampai sekarang.” “Ini semua taktik Freemason Illuminati Yahudi nak porak perandakan zuriat kita!”

Err boleh abaikan kot yang last tu. Heee. Ingin saya sampaikan dua pesanan, sebagai peringatan kepada kita semua untuk memainkan peranan dalam hal ini:

#1 Wahai pesakit wanita,

Dalam bidang kesihatan, kalian adalah the boss. Khususnya dalam bab nak bersalin ini, kerana subhanallah,nAllah bagi 9 bulan bayi kalian menumpang dalam perut kalian. Jika kalian boleh habiskan masa 9 bulan memikirkan nama bayi, siap beli katil cat bilik dan sebagainya, takkanlah tidak terdetik dalam hati kalian untuk membuat persediaan saat menyambut bayi kalian kelak, dihadapan siapakah kalian akan kangkangkan..

Ya, di Malaysia kita ada banyak pilihan, meskipun pilihan ini datang dengan harga yang tersendiri yang mahal. Hospital-hospital swasta, pusat-pusat perbidanan komersial dan sebagainya telahpun ada. Malah alhamdulillah, kerajaan mengumumkan didalam Belanjawan 2012,

100. Di samping itu, untuk menjamin kesihatan para ibu dan anak, maka sebuah hospital khusus untuk kaum wanita dan kanak-kanak akan dibina di Kuala Lumpur melalui perkongsian awam swasta dengan kos 700 juta ringgit.

Saya teringat akan sebuah kes yang saya terlibat bersama ketika praktikal di Malaysia beberapa bulan lalu. Waktu itu sudah tengah malam, pukul 2 pagi tatkala pusat ambulans menerima panggilan kecemasan dari seorang suami, mengadu isterinya lemah-lemah dan pengsan. Saya menyertai ambulans tersebut berkunjung ke rumah mereka, dan tatkala sang suami melihat petugas yang datang terdiri daripada lelaki, beliau menyuruh kami menunggu sebentar sementara beliau menutup aurat isterinya.

Dan begitulah sepanjang dalam ambulans, isterinya ditutupi dengan tuala di bahagian rambut, kain batik lebih dibawa bersama. Sepanjang rawatan di jabatan kecemasan, beliau langsung tidak meninggalkan sisi isterinya dan memastikan maruah isterinya terjaga. Adalah amat terkilan saya di waktu itu, mendengar adanya petugas-petugas yang mengumpat di belakang – “Tau la bini muda…sayang bini sangat aihhh…sampai takmau lepaiihhh”, walhal memang sepatutnya mana-mana pesakit wanita berhak mempunyai seorang chaperone untuk bersama menemaninya sepanjang masa. Keprihatinan sang suami menyentuh hati saya, hingga saya sendiri bertindak menarik tirai terdekat bagi menutup mereka.

Wanita itu didapati mengalami pendarahan kerana mengandung luar rahim (ectopic pregnancy), dan sejurus selepas beliau stabil, beliau dipindahkan ke wad OnG.

Begitulah juga di mana-mana hospital dalam apa-apa masa sekalipun. Adalah menjadi kewajipan pesakit untuk mengetahui hak-hak seorang pesakit. Seorang pesakit berhak meminta doktor berjantina anda, dan pihak hospital wajib menunaikan permintaan pesakit melainkan adanya kekangan yang nyata. Seorang pesakit berhak meminta adanya chaperone, sama ada dari pihak pesakit sendiri, atau mana-mana petugas wanita berdekatan. Seorang pesakit berhak meminta doktor yang perlu menyentuhnya, untuk memakai glove terlebih dahulu.

Begitu juga pilihan-pilihan yang ada. Klinik-klinik swasta sekarang, semuanya sudah meletakkan nama doktor yang bertugas di hadapan premis mereka. Bukannya nak berlagak sangat ada title doktor, tetapi tujuannya memudahkan kalian memilih. Pilihlah doktor wanita.

Hak ada di tangan anda, pilihan ada di tangan anda, ikhtiar juga ada di tangan anda. Siapa lagi nak menjaga maruah kalian, kalau kalian sendiri tidak prihatin dengannya.

#2 Wahai rakan seperjuanganku sekalian,

Tidaklah hanya menjadi kebetulan, kita dipilih Allah jalla wa a’la untuk meniti jalan yang penuh fitnah dan syubhah ini, melainkan ada yang Dia kehendaki dari kita dan ada yang kita perlu tunaikan untuk memenuhi hak kepadaNya. Tanamlah keazaman dalam diri kalian, untuk menyelamatkan maruah sesama saudara kalian sendiri. Berlemah lembutlah sesama kita, meskipun tatkala ditimpa tekanan dan depresi yang sangat mencengkam jiwa. Pesakit berhak menerima yang terbaik daripada kita, dalam apa jua keadaan kita berada.

Tatkala menjadi satu fardu kifayah ke atas seluruh umat Islam untuk melahirkan para petugas kesihatan, maka kefarduan yang sama tertimpa ke atas para wanita dalam bidang ini untuk berjihad melindungi sesama kalian. Dan janganlah pihak lelaki pula merasakan beban ini tertimpa kepada para wanita sahaja, sesungguhnya kita mempunyai peranan yang lebih besar dan berat untuk merubah suasana dan bi’ah yang ada agar generasi kita masa hadapan tidak perlu menghadapi dilema yang sama seperti kita.

Dan sedarlah walau apa jua alasan dan hujah yang kita gunakan bagi menyedapkan hati kita dan menjustifikasi tindakan kita sehari-hari melihat memyentuh yang bukan mahram, sama ada selaku seorang pelajar perubatan mahupun petugas kesihatan, kita senantiasa di bawah pandanganNya Yang Maha Esa, dan terjanji sudah olehNya bahawa mata, telinga dan hati kita itu menjadi saksi kepada kita di sana kelak, cuma tidaklah kita tahu sama ada saksi pendakwaraya atau saksi pembela kita. Setidak-tidak yang boleh kita lakukan adalah dengan sentiasa ada penyesalan, sentiasa bermuhasabah dan memohon keampunan dari Allah, dirisaukan dalam meniti “rukhsah” yang sempit ini pastilah ada masanya kita terlajak terlebih batas, sama ada kita sedar atau tidak..

Semoga apa yang kita tidak ingini berlaku kepada ahli keluarga kita, tidak juga berlaku kepada ahli keluarga orang lain inshaAllah. Kerna kalau bukan kita, kita sendiri yang mengubahnya dari dalam, maka siapa lagi?

Perubahan dari dalam dan luar

Ingatlah bahawanya Allah menyebut dalam kalam agung AlQuran Surah Ar-Ra’d,

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya. (Ayat Sebelas)

Ya, nampak cliche, bukan. Innallaha laa yughayyiru maa biqaumin hatta yughayyiru maa bianfusihim. Sudah selalu sangat kita mendengar ayat ini. Sudah selalu sangat, ustaz naqib murabbi mentazkirahkah potongan ayat ini.

Tapi kita jarang dengar orang kupas bahagian pertama ayat ini. Atau bahagian akhir potongan tersebut. Apatah lagi mengaitkannya. Kenapa Allah sebut pada bahagian awalnya mengenai malaikat dan sifat mengawasi mereka, serta meletakkan pada bahagian akhirnya mengenai ketentuanNya dan balaNya keatas hambaNya dengan keagunganNya.

Kenapa bahagian famous “Allah tidak mengubah nasib sesuatu kaum” itu diapit oleh dua aspek berlainan dalam satu ayat yang sama?

Menjawan persoalan ini, mufassir abad ini yang terkenal, Syeikh Sayyid Qutb dalam kitabnya Fi Dzilalil Quran menjelaskan, saya bawakan ke sini terjemahannya dalam bahasa Inggeris,

***

“Each has guardian angels before him and behind him, who watch him by God’s command.” (Verse 11) The guardians that follow every human being, recording every little detail, including thoughts, feelings and whims are not described or defined in any way here, except in so far as they fulfil this task ‘by God’s command’. Hence, further description is pointless. We cannot say who they are, or what they are like, or how they watch, or where they are placed. We do not want to take away any of the awesome effect that the verse generates. The description is meant to give a cryptic impression. Anyone who appreciates fine style would hesitate long before trying to spoil this ambiguity by trying to explain what is better left unexplained.

“Indeed God does not change a people’s conditions unless they first change what is in their hearts.” (Verse 11) He sends His angels to watch them all the time, monitoring any changes they may introduce within themselves or in their way of living, and determines what He does with them on that basis. He does not change any grace, luxury or position of respect, or indeed any hardship or position of humiliation or weakness, until people have changed their actions, feelings and conditions. The change then fits what they themselves have changed. But God knows what they do or change even before they do it themselves, but the consequences of their action take place after they have done it.

This lays a great responsibility on human beings. It is God’s will that makes what He does with them dependent on what they themselves do. His laws operate on the basis of how they tackle these laws through their actions. The statement here is very clear, allowing no other interpretation. But it also signifies the position of honour God grants human beings as He has made them and their actions the means to implement God’s will with regard to their own position, status and welfare.

Having established this principle, the sūrah highlights God’s changing the situation of any particular community for the worse. The gist of the first statement indicates that they have changed for the worse, and as a result God has willed them to suffer misfortune: “When God wills people to suffer some misfortune, none can avert it. Besides Him, they have none to protect them.” (Verse 11) The sūrah stresses this aspect rather than the opposite because it fits here with those who hasten evil rather than good. When that was mentioned forgiveness was stated first so that people’s lack of awareness of the truth was highlighted. Here, only the evil alternative is mentioned so as to serve as a warning. If, by their actions, they deserve God’s punishment, then it is inevitable; it will not be averted. No support will rescue them from it.

***

Justeru jom ambil ibrah dari tafsir ayaat ini, dan cuba aplikasikan dalam konteks yang kita perbincangkan ini. Jika kita tiada usaha mengubah situasi dan suasana yang ada ini, dan membiarkannya menjadi lebih teruk dan melarat, maka ketahuilah, nescaya, Allah akan menimpakan kita kemudaratan yang tidak boleh dihalang oleh sesiapa jua sekalipun.

Dan bahawa sesungguhnya setiap dari kita ada malaikat yang menunggu dan memerhatikan tindak tanduk kita. Adalah tidak boleh kita berpeluk tubuh mengharapkan orang lain melakukan perubahan. Setiap dari kita ada peranan masing-masing, dan sikap menuding dari kepada sesiapa sahaja sama ada dari masa lampau sehingga masa kini, dari atas hingga ke bawah, adalah sangat merugikan dan membuang masa.

Perubahan ini, bukan perubahan dalam masa yang singkat. Dan ianya tidak signifikan dalam skala yang kecil. Namun have faith my dear comrades, His promise shall prevail.

Allah dah kata, Dia takkan ubah nasib kita. Siapa lagi yang nak ubah nasib kita, kalau bukan kita?

5 thoughts on “Siapa lagi, kalau bukan kita?

  1. Bagai si mengantuk disorongkan bantal, bagai si lapar dihidangkan nasi =) Inilah isu yang bermain di kotak fikiran aku lewat ini.. tersepit antara hukum dan realiti sistem peruabatan kita. Aku kira ini kupasan terbaik dan neutral dari seseorang yang faham akan keduanya (aspek hukum dan bidang) Sedih sungguh, bila aku pernah terbaca satu komen di suatu laman sesawang, yang mendakwa dia diceraikan dengan talak 3 apabila kelahiran anaknya disambut oleh doktor lelaki!!

    http://fiqhmedic.wordpress.com/2008/12/02/dedah-aurat-ketika-bersalin/

    p/s: seruan kamu itu.. akan aku sambut, biiznillah =)

  2. Assalamualaikum Dr Syam,

    When I was a young mom, at 22 years of age, I wanted female doctors…Now that I’m almost 50, I don’t care anymore…hehe… However, male doctor is allowed to look where he is supposed to look only …the rest must be covered. And I prefer a practicing Muslim Male doctor than a blonde Malay Muslim female doctor in mini skirt or leggings

  3. salam..hopefully,ramai medical students yg perempuan ni..sedar akan fardu kifayah..pilihlah OnG..please help the other muslimah.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s