Unpredictable Spark

Terjaga aku dari tidur di pagi Selasa itu. Ketukan di pintu bilik bertubi-tubi mengejutkanku dari lamunan mimpi. Dilihat pada jam, baru pukul 6.30 pagi. Sedangkan subuh pun, pukul 8 baru masuk. Aku terpinga-pinga, mataku digosok-gosok. Pintu bilik dibuka.

“Abang Kid, abang Daus ada? Dia kata nak pergi Moscow kalau ada tempat kosong, ada satu tempat kosong ni!” Nasir bertanya kepadaku yang masih dalam keadaan mamai. Muizz pun ada sekali. Sebenarnya aku tidak pasti sama ada Muizz atau Nasir yang bertanya. Maklumlah blur di pagi hari. Daus pun terjaga dari tidurnya, dalam mamai juga menjawab, tidak.

“Daus kata dia tak mahu pergi, Muizz.”

Terngiang-ngiang hadis yang aku ucapkan kepada seseorang sebelum aku tidur malam tadi. Man salaka thoriqan yabtaghi fiihi ilmu, sahhalallahu lahu thoriqan ilal jannah. Berebut-rebut ke syurga, aku tidak mahu ketinggalan. Aku tahu aku perlukan ini.

“Abang jelah pergi, boleh?”

“Betul ni? Boleh, boleh, tapi kena bersiap cepat-cepat sedikit lah. Bas menunggu pukul 7 pagi.”

Aku mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air, bersiap-siap. Aku kurang mengambil port mengenai program Konvensyen Pelajar Muslim Malaysia anjuran organisasi Azam Russia tersebut. Ada aku lihat posternya berulangkali melalui newsfeed rakan-rakanku. Khabarnya seorang pakar perbidanan dan sakit puan, konsultan dari Hospital KPJ akan datang menyampaikan perkongsian. Mungkin seperti biasa, mengenai perihal kerjaya, bagaimana hidup seorang doktor, fiqh perubatan, etika perubatan, benda-benda yang sememangnya biasa disampaikan oleh speaker-speaker jemputan ke bumi Salju ini. Sebab itu aku kurang ambil port agaknya.

Aku memasukkan iPad ke dalam beg sandang, dan iPhone ke dalam poket. Mujurlah kedua-duanya telah di-cas sempurna. Aku diberitahu yang kami akan pulang sejurus selepas program berakhir, maksudnya bermalam didalam perjalanan sahaja. Alhamdulillah. Lantas bertolak keluar bersama Muizz dan Nasir, dua orang juniorku.

Didalam bas, setelah mengambil tempat duduk, Ezwan pula duduk di hadapan. “Eh Kid, join jugak engkau?” “Two things come unexpected – Opportunity, or trouble” selorohku. Kami berdua sahajalah pelajar tahun akhir yang menyertai rombongan tersebut. Bas sudah dipenuhi dengan para pelajar. Hampir 3/5 bas dipenuhi pelajar wanita. Penuh. Semenjak dua hari lepas sudah ada sebilangan pelajar yang bertolak sendiri ke bandaraya Moscow tersebut menaiki keretapi. Ada yang bercadang untuk bersiar-siar di bandaraya besar tersebut sebelum program bermula, dan ada juga yang kerana tiada lagi tempat duduk kosong didalam bas tersebut.

Aku boleh dikatakan langkah kanan. Seorang juniorku tidak dapat menyertai rombongan pada minit terakhir, kerana itu ada kekosongan. Alhamdulillah.

“Man salaka thoriqan yabtaghi fiihi ilmu, sahhalallahu lahu thoriqan ilal jannah. Biiznillah.” Bisikku perlahan tatkala bas memulakan perjalanannya, memecah kegelapan pagi Nizhniy di hari itu.

Perjalanan ke Moscow melalui bas, mengambil masa yang agak lama. Kami singgah di beberapa tempat/stesen minyak, terutamanya untuk urusan tandas lah. =.= Alhamdulillah, ada yang menyediakan makanan sarapan yang dikongsi beramai-ramai. Setidak-tidaknya tidaklah kebosanan dan kelaparan. Sekitar jam 4 petang, kami tiba di bandar Moscow, mencari-cari lokasi program dijalankan. Pemandu bas pula tidak arif dengan jalan-jalan di Moscow. Aku membuka Google Maps & GPS di iPad ku, membantu pemandu bas. Alhamdulillah, ada hikmahnya aku terjun last minute. Hee. Tak lama selepas itu, kami pun tiba di perkarangan Hotel University, tempat program bakal dilaksanakan.

Beberapa orang urusetia & petugas konvensyen sudah sedia menanti. Ada kelibat yang aku kenal. Hazwan Zharif, atau Mete, kelihatan dari jauh, lantas aku mendapatkannya, memeluk dan bersalam dengannya. Entah sudah berapa tahun tidak berjumpa. Sekarang sudah bergelar suami orang pun. Mungkin next time apabila berjumpa, dah bergelar bapak orang agaknya. Dari jauh juga kelihatan Ramdan, dari Volgograd. Sempat bertukar khabar dan cerita, teguhnya rakan-rakan dari Volgograd yang menghadiri, mengharungi perjalanan keretapi selama 24 jam untuk sampai ke Moscow! “Tan Sri” Azif, tahun lepas pernah menumpang di bilikku tatkala melawat Nizhniy, turut kutemui. Rasanya bagai semalam baru berlalu. MasyaAllah.

Tetapi sedikit sangat muka-muka yang aku kenal. Menyedari hakikat bahawa aku kini di tahun akhir, sudah “tua”, tentulah tidak ramai yang aku kenal di program yang rata-rata dianjurkan dan dihadiri oleh rakan-rakan junior. Setidak-tidaknya aku bersyukur, kerana sempat jua menyertai program sebegini, mungkin untuk kali terakhirku di bumi Russia ini.

Kali pertama dan kali terakhir. Kali pertama aku menyertai jaulah di Moscow, adalah ketika aku di tahun pertama, seingat aku. Aku mengenangnya sebagai satu peristiwa pahit, apabila ditimpa musibah sejurus ketibaanku di sini. Ada aku coretkan didalam Leokid’s Life, pandai-pandailah kalian cari kalau nak tahu. Dan semenjak itu, aku tidak lagi berkunjung ke jaulah-jaulah atau gathering-gathering musim sejuk yang dianjurkan. Mungkin peristiwa pahit itu hanyalah sebagai escapism, setidak-tidaknya dapat juga hatiku diketuk Allah untuk menyertai program kali ini, inshaAllah.

Program dijangka bermula selepas Maghrib, iaitu sekitar jam 5.30 petang. Sempatlah kami berehat-rehat sebentar di lobi dewan tersebut, termasuklah bersolat dan berbual-bual sesama sendiri. Hampir tiba waktu program bermula, kami pun memasuki dewan dan mengambil tempat. Slot pertama adalah perkongsian daripada Dr. Fauziah, pakar perbidanan & sakit puan tersebut.

Perkongsian beliau ada aku catatkan di sini: Evernote – Konvensyen Pelajar Muslim Malaysia

Ada dua slot, slot pertama disampaikan oleh Dr. Fauziah, seterusnya ada rehat selama setengah jam untuk makan, sebelum dimulakan slot kedua menampilkan Dr. Fauziah dan suaminya, Prof. Alauddin (Vice Director ANGKASA), dipertemukan dalam satu forum bersama moderator yang menghiburkan =^_^= Alhamdulillah, banyak juga pengisian yang bernas yang disampaikan oleh mereka.

Cuma aku sahaja yang tidak dapat menyalin sangat, kerana kurang fokus ketika itu. Dilanda gundah gulana yang menyesakkan dada. Huhu. Ka’annama yasso33adu fis samaa’, bak kata Al-Quran. T_T

Mujurlah, selepas itu ada sesi persembahan pentomin ringkas, serta persembahan nasyid yang antaranya menampilkan juniorku Azli. Aku tak tahu apa lagu nasyid berbahasa Inggeris yang mereka sampaikan, namun ianya menyegarkan dan syahdu dihatiku. Alhamdulillah..

Jam 11 malam, setelah program tamat, kami pun menaiki semula bas. Pihak penganjur menyediakan bekalan makanan tambahan untuk kami yang kelaparan di sepanjang perjalanan pulang. Tidurku yang tidak nyenyak, seringkali terjaga dan terlelap. Setelah 8 jam perjalanan, tibalah semula aku ke bumi Nizhniy jam 7 pagi, menandakan genapnya 24 jam permusafiranku yang tidak disangka-sangka ini.


Two things arrived unannounced – opportunity, and trouble”. Aku memetik kata-kata ini melalui dialog seorang watak didalam rancangan televisyen British, Hustle. Mungkin tidak berapa sesuai, tetapi konsepnya aku renungi jauh.

Kadang-kadang, Allah mengaturkan beberapa perkara dalam hidup kita, perkara yang tidak kita sangka-sangka. Perkara yang kita tahu, keputusan yang kita ambil akan merubah keseluruhan trek kehidupan kita.

Contohnya, that split second when we are first being offered a cigarette by a friend. Pilihan akan menentukan perjalanan kehidupan kita. Jika di kali pertama itu kita mengatakan ya, maka mungkin keputusan itu akan menentukan kita menjadi perokok sepanjang hayat kita. Dan jika kita kata tidak, maka alhamdulillah.

Ramai dalam kalangan kita, sebenarnya tidak menyedari kewujudan “split second moments” ini. Kerana ianya selalu terlepas pandang, kita sering mengabaikannya. Walhal ramai di luar sana, yang menanti-nantikan saat “split second moment” ini. Seorang yang selama ini tidak pernah bersolat, mungkin hanya memerlukan sekali ajakan “jom, solat” untuk berubah. Seorang yang selama ini tidak pernah menyertai solat jemaah, mungkin dengan hanya pelawaan yang menghangatkan “malam ni kita ada solat jemaah, datanglah ye”, melembutkan hatinya yang selama ini sengaja dikeraskan.

Hidayah Allah, sering datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. Orang menyangka, disebabkan dakwah itu berterusan non-stop, maka itu sudah cukup. Tidak, bagi saya jika dakwah itu diibaratkan seperti minyak yang mengalir, maka apa yang dinantikan oleh seseorang itu hanyalah satu spark – pancaran hidayah, untuk membuatkannya menyala-nyala menerangi kegelapan yang selama ini bersarang.

Dan banyak cara, Allah menurunkan hidayah kepada seseorang. Ramai yang beranggapan hidayah itu milik Allah, yang tidak ada pilihan dari kita mengenainya. Benar, memang benar, kerana disebut didalam satu hadis,

Man yahdihillahi, falaa mudhillalah. Wa man yudlil hu, falaa haadiyalah.”

Barangsiapa yang Allah memberi hidayah kepadanya, maka tidak ada yang dapat menyesatkannya. Dan barangsiapa yang Allah takdirkan kesesatan padanya, tiadalah apa yang boleh menjadi hidayah kepadanya.

Allah memilih-milih hambaNya untuk nikmat hidayah, dan hidayah yang kuat sepertimana spark-plug mampu menghidupkan jentera yang selama ini sudahpun dipenuhi minyak. Kita dapat saksikan, dalam sirah, betapa hanya satu spark hidayah yang membezakan Umar yang menentang Islam, kepada Umar yang tegar menyokong Islam. Hanyalah atas satu spark hidayah, that sweet split second moments!

Hidayah memang milik Allah, tetapi kita boleh menjadi sebahagian dari hidayah tersebut kepada seseorang. Nabi shalla Allahu alayhi wasallam menyebut didalam satu hadis,

فَوَاللَّهِ لأَنْ يُهْدَى بِكَ رَجُلٌ وَاحِدٌ خَيْرٌ لَكَ مِنْ حُمْرِ النَّعَمِ

“Demi Allah, sungguh satu orang saja diberi petunjuk (oleh Allah) melalui perantaraanmu, maka itu lebih baik dari unta merah.

Unta merah yang menjadi lambang kemewahan orang Arab ketika itu, mungkin sama ertinya di zaman ini dengan Ferrari merah atau tiara berlian. Namun yang lebih menarik didalam hadis ini – hidayah Allah itu disalurkan melalui seseorang. Maka beruntunglah seseorang itu yang menjadi asbab kepada “spark” hidayah yang selama ini dinanti-nantikan orang tersebut.

Dan atas sebab itu jugalah, melalui hadis-hadis dapat dilihat, Rasulullah sangat-sangat marah kepada orang yang menyebabkan orang lain jauh dari agama ini. Sahabat baginda yang terkenal, Muadz, dimarahi dengan kata-kata yang keras kerana memanjang-manjangkan solat dan tersilap memanggil seseorang sebagai “munafiq”. Disebut didalam hadis daripada Abu Mas’ud Al-Ansari;

Tidaklah aku melihat Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam marah dalam memberikan nasihat sama sekali yang lebih hebat dari kemarahan beliau pada hari itu. Lantas beliau bersabda, “Wahai manusia, sesungguhnya di antara kamu itu ada orang-orang yang membikin manusia lari (dari agama)!

Di zaman baginda juga, terdapat seorang muslim yang kerap sangat ditangkap atas kesalahan meminum arak. Sudah berkali-kali dihukum, dia tetap tidak dapat meninggalkan tabiat tersebut. Sehingga ada yang mencela beliau, mendoakan beliau dilaknat. Tetapi baginda larang! Baginda marah! “Sesungguhnya apa yang aku tahu, dia sangat cintakan Allah dan RasulNya!”

Memutuskan harapan seseorang kepada Allah adalah sebesar-besar dosa yang boleh dilakukan oleh seorang da’ie. Kerana ia bukan sahaja mengkhianati perjuangan yang dibawanya selama ini, tetapi ia juga mengambilalih tugas Allah selaku Al-Hakam!

Diceritakan didalam sebuah hadis yang panjang, mengenai kisah seorang pembunuh yang membunuh 99 orang. Ramai kita mengetahui akan kisah ini. Tetapi tidak ramai yang meneliti akannya secara detail. Tatkala pembunuh itu berjumpa seorang rahib, iaitu orang yang kuat beribadah, rahib itu MEMUTUSKAN HARAPAN beliau dan mengatakan beliau pasti akan memasuki neraka. Lantas dibunuh rahib itu, mencukupkan 100. Sedangkan apabila berjumpa dengan seorang aalim, iaitu orang yang berilmu, orang alim itu menjawab dengan jawapan yang cukup cantik:

منْ يحُولُ بيْنَهُ وبيْنَ التوْبة ؟

Siapa yang berdiri menghalang diantara engkau dengan taubat?

Signifikan disebutkan didalam hadis ini beza diantara rahib dan aalim menunjukkan bahawa ibadah-ibadah yang kita lakukan, boleh jadi menimbulkan perasaan “holier than thou” sebagaimana yang berlaku kepada rahib tersebut. Apabila kita merasakan diri kita sudahpun berada di tempat yang selamat, kerana kita banyak beribadah, banyak buat program, banyak join itu ini bertahun-tahun usrah dan sebagainya, ianya tidak membebaskan diri kita dari ego dan sifat judgemental yang boleh menghancurleburkan kebaikan yang selama ini kita kumpul.

Hal ini sering ditempuhi oleh seorang pendosa yang ingin bertaubat. Didalam usahanya melupakan sejarah lamanya, akan ada insan-insan yang akan mengungkit kembali kisah lama tersebut. Untuk apa? Jika Allah sendiri sudah berjanji orang yang bertaubat nasuha itu terhapus dosanya, maka apa hak kita selaku manusia untuk menjadikannya satu isu? Perihal dosa didalam Islam adalah urusan diantara Khaliq dan Makhluq, tidak pernah disuruh seorang hambaNya memperlihat-lihatkan bukti taubat dan dijaja kepada orang ramai. Cukup sekadar sedu tangis di malam hari yang menjadi pengharam tubuhnya dimamah api neraka, sebagaimana yang disebutkan didalam hadis, dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:

“Tidak akan masuk neraka seseorang yang menangis kerana ketakutannya kepada Allah, (laksana mustahilnya) air susu kembali dalam kantung susu.”

Haruslah kita berhati-hati dalam menyusuri jalan dakwah ini, kerana dirisaukan kita lebih banyak membinasakannya. Menyoroti hadis-hadis Nabi shalla Allahu alayhi wasallam, membuatkan saya gementar memikul nama “pendakwah”, mahu sahaja saya campaknya jauh-jauh. Kerana sesungguhnya seorang mukmin itu tidak perlu menggunakan apa-apa gelaran. Dialah da’ie, dialah mad’u. Dialah pendakwah, dialah yang didakwah. Mencontohi kehidupan baginda shalla Allahu alayhi wasallam adalah serealistik mungkin yang kita boleh dapat menjadi seorang muslim, mukmin, muttaqin.

Aku bersyukur kepada insan-insan yang mengetuk pintu bilik di pagi hari, mengajak kepada kebaikan, kerana ianya mungkin menjadi satu spark hidayah dalam diri tuan bilik tersebut. Aku bersyukur kepada insan yang membuang jauh-jauh segala persepsi dan sentiasa melihat yang positif dalam diri orang lain. Aku bersyukur adanya insan-insan yang istiqamah dalam mencontohi thariqah Rasulullah, cara hidup dan sikap baginda. Aku berbangga apabila insan-insan ini mengintegrasikan sepenuhnya apa yang Islam bawa, sama ada dari segi akidahnya, ibadahnya, sehinggalah kepada sikap dan akhlaknya, inshaAllah.

Moga Allah membahagiakan insan-insan seperti ini, dan meramaikannya sehingga tenggelam kegelapan (dzulumaat) itu dek terangnya cahaya “spark” yang mereka cetuskan!

4 thoughts on “Unpredictable Spark

  1. subhanallah, alhamdulillah, astaghfirullah, Allahuakbar!

    touched, enlightened and inspired by this writing

    jzkk kid!

    ” fa an maa bi ni’imati robbika, faHADDITH. ” [as-dhuha, ayat last]

    :)

  2. salam abg kid.. :) sy akan mlanjutkan pelajaran ke mocsow bulan 6 ni..namun sy tidak tahu bagaimana persiapan yg perlu disediakan sbgai contoh bpe helai bju sejuk yg perlu disediakan…?jenis2 baju sejuk?barang2 lain?? maaf yea jika menyusahkan abg kid..dan utk pengetahuan sy juga merupakan ex student mrsm pdrm :)

    • Waalaikumussalam.. Intake June, masuk ke MAI kan? Boleh contact saya via Facebook, nanti saya kenalkan dengan senior di sana inshaAllah. Rujuk link “Hubungi” di atas.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s