Pasca Duabelas Bulan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlalu lama rasanya saya meninggalkan laman Leokid’s Life ini, sudah hampir mencecah genap setahun. Terlalu banyak perkara berkaitan kehidupan saya yang telah berlalu. Tamat pengajian dan bergraduasi, pulang ke tanah air dan membina rumahtangga, memasuki alam kerjaya, sehinggalah yang terbaru penglibatan dalam kegiatan politik negara.


Menyoroti perkembangan Leokid’s Life semenjak kewujudannya lapan tahun lalu, bermula dengan hanya sebuah kertas conteng seorang remaja calon SPM untuknya mencoretkan liku-liku kehidupannya, kini saya di persimpangan menentukan hala tuju Leokid’s Life. Perlukah saya terus mencoretkan mengenai kehidupan peribadi saya? Ups and downs in life, personal moments? Atau memfokuskan laman ini kepada fokus tertentu? Adakah ia akan menjadi sarat dengan perbincangan dan idea semata? Atau menjadi ensiklopedia perubatan mencoretkan pengalaman dan cabaran kerjaya seharian?


Sedangkan namanya pun sudah tidak relevan. Leokid, nama yang dikenali rakan-rakan maya, berasaskan panggilan sebenar saya di alam nyata – “Kid”. Tetapi itu dahulu. Sekarang, orang sudah tidak kenal siapa “Kid”. Orang hanya kenal “Dr. Syamirul”.


We’ll wait and see.


Hari ini, genap 7 bulan saya berkhidmat sebagai pegawai perubatan siswazah di sebuah hospital di utara tanah air. Alhamdulillah, saya telah menamatkan satu posting, dan inshaAllah dalam tempoh sebulan lagi tanpa aral melintang, saya bakal menamatkan posting saya yang kedua.


Pengalaman di posting perubatan sebelum ini merupakan pengalaman yang sangat berharga. “Aku rasa, aku belajar lebih banyak dalam tempoh 4 bulan di medical posting berbanding 6 tahun di medical school,” luah hati saya ketika berbual dengan seorang rakan. Proses perubahan antara kehidupan seorang pelajar perubatan dengan kehidupan seorang pengamal perubatan, adalah sangat drastik dan mematangkan.


Yang paling ketara, adalah peranan tanggungjawab. Dahulu ketika masih seorang pelajar, segalanya berkisah mengenai buku. Buku dan teori. Menghadam apa yang diberikan oleh pensyarah, amat berbeza dengan kehidupan sekarang mengaplikasikan apa yang diajar tersebut. “Dr. Syamirul, blood pressure patient bed 501 high, 180/120″. Ini bukan lagi soalan zachot ketika zaman sekolah dahulu. Apa yang ada sekarang, adalah bebanan tanggungjawab ke atas seorang pesakit yang berada di katil bernombor 501. Kalau mengikut buku, saya mengetahui, tekanan darah setinggi itu bermaksud pesakit sedang menghadapi hypertensive episodes. Cumanya, urgency atau emergency? Ubat apa perlu saya mulakan? Kalau mengikut buku, saya patut bermula dengan short-acting antihypertensive. Ok, perlu mula dengan apa. Cukupkah dengan Captopril? Atau nak bagi Nifedipine? Macam mana kalau tekanan darahnya turun mendadak pula? Ah, soalan terpenting, perlukah saya mula memberi ubat? Atau mungkin saya patut tunggu sejam dahulu dan ulang kembali bacaan tekanan darah, dengan harapan ia akan kembali normal? Macam mana kalau dalam tempoh saya menunggu tersebut, pesakit diserang sakit jantung? Atau angin ahmar? Apa perlu saya buat?


Di peringkat awal sebagai pegawai perubatan siswazah, saya cukup takut apabila dimaklumkan sesuatu oleh jururawat bertugas mengenai keadaan pesakit. “Dr, patient SOB (shortness of breath)”. “Dr, Dxt (dextrose level) patient low, 1.5”. “Dr, patient complaint of pain, pain score 7”. “Dr ini, dr itu…”
 
Up to the point that saya rasa macam nak menjerkah kembali. “SAYA BARU TAK SAMPAI SEBULAN JADI DOKTOR, MANA SAYA TAHU NAK BUAT APA!”. Tapi tak jerkah pun la, saja je nak gempak dalam hati. The truth is, bukannya tak tahu langsung. Hatta orang yang menghafal buku teks perubatan dari kulit ke kulit sekalipun, tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Namun, tekanan terbesar, adalah tanggungjawab ke atas kesihatan pesakit tersebut, ke atas nyawanya, hidup matinya. Itu stress terbesar saya ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bidang ini. Orang lain mengadu stress yang berbeza. Stress sibuk dan masa bekerja yang panjang, ah, itu klise kalau dah namanya doktor perubatan. Saya boleh cope with that kind of stress. Tapi yang ini, menatang nyawa pesakit di tangan saya, perubahan terbesar dari mentaliti seorang pelajar perubatan ke pengamal perubatan, inilah stress yang terbesar.


Di peringkat awal lah, chuak sebegitu. Sekarang sudah tidak sangat. Setidak-tidaknya saya dah tahu apa yang perlu dilakukan. “Dr, BP patient high.” Attended stat. Patient comfortable, no sign/symptoms of urgencies/emergencies. ECG done, normal. KIV to start/increase antihypertensive agents if BP persistently high.
 
Beban tugas dan masa kerja yang panjang, adalah rungutan tipikal pegawai perubatan. Bagi mereka yang ikhlas bekerja, ianya satu dilema sebenarnya. Tambah-tambah setelah sistem on-call ditamatkan diganti dengan sistem flexi hours. Empat bulan di sesebuah jabatan, wallahi, tidak cukup. Bermula dengan tagging yang ketika itu tak tahu apa-apa. Bulan pertama, baru dapat get the idea. Masuk bulan kedua, sudah perlu mengajar taggers baru pula. Before you realize it, you’re already left with another month in the department. Dah nak bye-bye, masuk jabatan baru.


Maka dilema yang ada, mudah. Kerja banyak banyak banyak sampai stress, tapi anda akan jadi pegawai perubatan yang cekap apabila tamat latihan nanti. Atau anda boleh bekerja dengan rileks seperti pegawai kerajaan lain,  in the end, becoming an under-par medical officer. We trade time of training with time of pleasure. Is it a good thing? I dont know. Ditambah dengan situasi lambakan pegawai perubatan latihan siswazah sekarang ini.


Ketika di perubatan dahulu, saya berpeluang ditugaskan menjaga wad seorang diri. Seorang diri menjaga wad periferi, menguruskan sehingga 32 orang pesakit serentak. Berlari-lari dari satu wad ke satu wad yang lain untuk memasang branulla, endorse medications, spike blood transfusion, insert CBD. Stress memang stress. Tapi at that time jelah. Sekarang, houseman sudah ramai. Hari minggu pun boleh ada up to 5 housemen per ward. Daripada 32 pesakit, sekarang, saya review patient seorang atau dua orang sahaja setiap pagi. Better for the patiet, at least he/she get the undivided (less-divided?) attention from the doctor, kan?
 
Orang kata, doktor kerja banyak tak apa sebab gaji banyak. Hmmmm… Well, it’s their opinion. Taktau nak kata juga. Banyak ke? Banyak la kot sebab at least saya sekarang sudah mampu menyewa sebuah rumah Semi-D seorang diri, meskipun most of the time saya ada di hospital. Membayar bulan-bulan untuk kereta sendiri, motosikal sendiri, tapi guna untuk pergi balik kerja sahaja. Atau membayar duit Astro dan TV tiap-tiap bulan, tapi tonton nya tidak. Internet ambil pakej yang kuota tinggi, tapi tak pernah habis guna. Tak apalah, setidak-tidaknya dapat makan sedap tiap-tiap hari, kalau sempat.


Gaji banyak, ya. Happy, belum tentu. Tapi macam mana pun, seperti yang mereka kata – money cannot buy happiness. Tapi dengan duit, saya boleh beli cheesecake di Secret Recipe, and that’s quite the same i guess.
 
(Badan makin tembun).


InshaAllah, saya akan cuba untuk update Leokid’s Life dari masa ke semasa.


“The greatest disease in the West today is not TB or leprosy; it is being unwanted, unloved, and uncared for. 
We can cure physical diseases with medicine, but the only cure for loneliness, despair, and hopelessness is love. 
There are many in the world who are dying for a piece of bread but there are many more dying for a little love. 
 
The poverty in the West is a different kind of poverty — it is not only a poverty of loneliness but also of spirituality. 
There’s a hunger for love, as there is a hunger for God.” 
 
– “I guess I can vouch the same too for the rest of the world, Mother Teresa.”

 

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s