About leokid

I'm a medical student, living in a peaceful city named Nizhny Novgorod - somewhere 500km east of Moscow. You can get to know me better by visiting my official website - http://leokid.my

“If only it is that easy to “get a life”, because if it is, I wouldn’t have to spend every minutes of every day wishing I could just, die.”

Advertisements

Mr. Brightside Revisited

Aside

Well..I was suggested to update this blog, with whatever things/events that happened to me once per day, which I thought was worthy enough for reasons to keep on living, or things/events that…let’s say..made my day.

Yesterday’s event (the Autism conversation at the cinema) was an easy one. Such events..occured, on a rarely basis to me.

Whereas..today, is just like any other day. Mundane, stereotypical, anhedonic. I just..couldn’t care at all for whatever’s going on around me. I was, lifeless.

So as I approached midnight, 2357H to be exact, there I was, sitting alone in my car. My Spotify, tuned to the playlist “Baling Belakang” (Throwback), suddenly played the song Mr Brightside.

So i grabbed my Ukulele that was sitting on the next seat, and instantly got into the rhythm.

There I was, the highlight of my day. Sitting alone in the car, parked at the front porch of my rented room, listening and strumming my Ukulele to the rhythm of Mr. Brightside.

So why Mr. Brightside?

It was a song i first heard 13 years ago, in 2005. It was an important year, because it was the year I sat for my SPM examination. It was the year of pride and glory because I’ve had so many achievements that year. I rocked my trial and SPM, scored the scholarship, emerged as the best student, and for the first time in my life I felt like I have made my parents proud of me.

https://leokid.wordpress.com/2006/03/13/victory-and-glory/

It was the year i literally thought I could become whatever I wanted to be.

But here I am, 13 years later, with no accomplishments and fulls of shits and disappointment.

“Destiny is calling me.”

Autistic People Are Not Broken

Imej

“The Wayang Kids, satu ticket.”

“Boleh, ada pukul 9.20 malam ni, encik nak pilih seat yang mana?”

Gadis penjual ticket di GSC Cinemas tersebut lincah menekan punat touchscreen dihadapannya. Ketat dan serius mukanya. Maklumlah, hujung minggu dipenuhi warga kota yang mencari peluang berhibur menonton wayang.

Aku turut melihat ke screen tersebut. Masih banyak tempat duduk kosong. Aku memilih satu seat, betul-betul di tengah.

“Boleh dapat redeem button Autism kan?” aku bertanya. Gadis berkenaan mengangkat mukanya melihat wajahku.

“Ya, boleh.” Jawabnya sambil menggapai satu button badge “Autistic People Are Not Broken”. Ianya sebuah promosi dari GSC bersama movie The Wayang Kids untuk meningkatkan kesedaran mengenai Autisma. Bagi setiap pembelian tiket The Wayang Kids, penonton boleh redeem satu button khas ini.

Aku pun baru tahu mengenai promosi ini, ketika iklan dalam movie sebelum itu. Ya, aku baru selesai menonton movie Beyond The Edge. Aku ternampak ada staf yang memakai button badge ini, lalu aku membuka laman web GSC dan menjumpai kempen awareness ini.

“Semuanya RM14.50.” ujar gadis berkenaan sambil menghulurkan button badge tersebut. Aku membalas dengan menghulurkan sekeping not RM20.

“Kenapa kecil sahaja..tak sama dengan yang awak pakai?” Aku bertanya sambil menunjuk ke button badge yang disemat di tudungnya.

“Oh ini untuk staf sahaja, kitorang dapat yang saiz besar!”

“Huish..mana aci macam tu, saya pun nak yang besar macam tu juga” ujarku berseloroh. Gadis berkenaan terlepas ketawa, mengubah wajahnya yang serius tadi, kepada manis.

Beliau menghulurkan duit baki, bersama tiket yang sudah dicetak. Aku mengambil duit baki, dan menolak tiket itu kearahnya semula.

“Sebenarnya, saya tak dapat tengok movie tu malam ni kerana ada kerja. Tapi saya nakkan button badge ni sahaja. So, tiket ini, saya belanja awak. Ataupun, awak simpan je kat kaunter ni, kalau ada orang nak beli tiket ni awak bagi saja percuma, kata saya belanja.”

Ok sekarang wajah manis tersebut kini berubah menjadi tercegat. Selama beberapa saat juga.

Gadis berkenaan membuka semula lacinya dan mengambil sebuah lagi button badge dan dihulurkan kepadaku.

“Ini, saya pula belanja.” sambil beliau tersenyum. Tiket yang aku beli, diambil lalu disemat di keyboard beliau.

Kami bertukar senyuman dan aku pun beredar dari kaunter berkenaan, menuju ke Sushi King.

#BreakTheStigma

Hellbound

Aside

When the days are cold
And the cards all fold
And the saints we see
Are all made of gold

When your dreams all fail
And the ones we hail
Are the worst of all
And the blood’s run stale

I wanna hide the truth
I wanna shelter you
But with the beast inside
There’s nowhere we can hide

No matter what we breed
We still are made of greed
This is my kingdom come

At the curtain’s call
It’s the last of all
When the lights fade out
All the sinners crawl

So they dug your grave
And the masquerade
Will come calling out
At the mess you made

Don’t wanna let you down
But I am hell bound
Though this is all for you
Don’t wanna hide the truth

No matter what we breed
We still are made of greed
This is my kingdom come

When you feel my heat
Look into my eyes
It’s where my demons hide

Don’t get too close
It’s dark inside
It’s where my demons hide

They say it’s what you make
I say it’s up to fate
It’s woven in my soul
I need to let you go

Your eyes, they shine so bright
I wanna save that light
I can’t escape this now
Unless you show me how..

Aside

Assalamualaikum.

Kemaskini terbaru saya boleh didapati di laman rasmi saya,

http://me.leokid.my

Laman web Leokid’s Life ini akan tetap dikemaskini sebagai laman simpanan (backup and archive).

Terima kasih atas sokongan anda. Kita jumpa di sana.

Pasca Duabelas Bulan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlalu lama rasanya saya meninggalkan laman Leokid’s Life ini, sudah hampir mencecah genap setahun. Terlalu banyak perkara berkaitan kehidupan saya yang telah berlalu. Tamat pengajian dan bergraduasi, pulang ke tanah air dan membina rumahtangga, memasuki alam kerjaya, sehinggalah yang terbaru penglibatan dalam kegiatan politik negara.


Menyoroti perkembangan Leokid’s Life semenjak kewujudannya lapan tahun lalu, bermula dengan hanya sebuah kertas conteng seorang remaja calon SPM untuknya mencoretkan liku-liku kehidupannya, kini saya di persimpangan menentukan hala tuju Leokid’s Life. Perlukah saya terus mencoretkan mengenai kehidupan peribadi saya? Ups and downs in life, personal moments? Atau memfokuskan laman ini kepada fokus tertentu? Adakah ia akan menjadi sarat dengan perbincangan dan idea semata? Atau menjadi ensiklopedia perubatan mencoretkan pengalaman dan cabaran kerjaya seharian?


Sedangkan namanya pun sudah tidak relevan. Leokid, nama yang dikenali rakan-rakan maya, berasaskan panggilan sebenar saya di alam nyata – “Kid”. Tetapi itu dahulu. Sekarang, orang sudah tidak kenal siapa “Kid”. Orang hanya kenal “Dr. Syamirul”.


We’ll wait and see.


Hari ini, genap 7 bulan saya berkhidmat sebagai pegawai perubatan siswazah di sebuah hospital di utara tanah air. Alhamdulillah, saya telah menamatkan satu posting, dan inshaAllah dalam tempoh sebulan lagi tanpa aral melintang, saya bakal menamatkan posting saya yang kedua.


Pengalaman di posting perubatan sebelum ini merupakan pengalaman yang sangat berharga. “Aku rasa, aku belajar lebih banyak dalam tempoh 4 bulan di medical posting berbanding 6 tahun di medical school,” luah hati saya ketika berbual dengan seorang rakan. Proses perubahan antara kehidupan seorang pelajar perubatan dengan kehidupan seorang pengamal perubatan, adalah sangat drastik dan mematangkan.


Yang paling ketara, adalah peranan tanggungjawab. Dahulu ketika masih seorang pelajar, segalanya berkisah mengenai buku. Buku dan teori. Menghadam apa yang diberikan oleh pensyarah, amat berbeza dengan kehidupan sekarang mengaplikasikan apa yang diajar tersebut. “Dr. Syamirul, blood pressure patient bed 501 high, 180/120″. Ini bukan lagi soalan zachot ketika zaman sekolah dahulu. Apa yang ada sekarang, adalah bebanan tanggungjawab ke atas seorang pesakit yang berada di katil bernombor 501. Kalau mengikut buku, saya mengetahui, tekanan darah setinggi itu bermaksud pesakit sedang menghadapi hypertensive episodes. Cumanya, urgency atau emergency? Ubat apa perlu saya mulakan? Kalau mengikut buku, saya patut bermula dengan short-acting antihypertensive. Ok, perlu mula dengan apa. Cukupkah dengan Captopril? Atau nak bagi Nifedipine? Macam mana kalau tekanan darahnya turun mendadak pula? Ah, soalan terpenting, perlukah saya mula memberi ubat? Atau mungkin saya patut tunggu sejam dahulu dan ulang kembali bacaan tekanan darah, dengan harapan ia akan kembali normal? Macam mana kalau dalam tempoh saya menunggu tersebut, pesakit diserang sakit jantung? Atau angin ahmar? Apa perlu saya buat?


Di peringkat awal sebagai pegawai perubatan siswazah, saya cukup takut apabila dimaklumkan sesuatu oleh jururawat bertugas mengenai keadaan pesakit. “Dr, patient SOB (shortness of breath)”. “Dr, Dxt (dextrose level) patient low, 1.5”. “Dr, patient complaint of pain, pain score 7”. “Dr ini, dr itu…”
 
Up to the point that saya rasa macam nak menjerkah kembali. “SAYA BARU TAK SAMPAI SEBULAN JADI DOKTOR, MANA SAYA TAHU NAK BUAT APA!”. Tapi tak jerkah pun la, saja je nak gempak dalam hati. The truth is, bukannya tak tahu langsung. Hatta orang yang menghafal buku teks perubatan dari kulit ke kulit sekalipun, tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Namun, tekanan terbesar, adalah tanggungjawab ke atas kesihatan pesakit tersebut, ke atas nyawanya, hidup matinya. Itu stress terbesar saya ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bidang ini. Orang lain mengadu stress yang berbeza. Stress sibuk dan masa bekerja yang panjang, ah, itu klise kalau dah namanya doktor perubatan. Saya boleh cope with that kind of stress. Tapi yang ini, menatang nyawa pesakit di tangan saya, perubahan terbesar dari mentaliti seorang pelajar perubatan ke pengamal perubatan, inilah stress yang terbesar.


Di peringkat awal lah, chuak sebegitu. Sekarang sudah tidak sangat. Setidak-tidaknya saya dah tahu apa yang perlu dilakukan. “Dr, BP patient high.” Attended stat. Patient comfortable, no sign/symptoms of urgencies/emergencies. ECG done, normal. KIV to start/increase antihypertensive agents if BP persistently high.
 
Beban tugas dan masa kerja yang panjang, adalah rungutan tipikal pegawai perubatan. Bagi mereka yang ikhlas bekerja, ianya satu dilema sebenarnya. Tambah-tambah setelah sistem on-call ditamatkan diganti dengan sistem flexi hours. Empat bulan di sesebuah jabatan, wallahi, tidak cukup. Bermula dengan tagging yang ketika itu tak tahu apa-apa. Bulan pertama, baru dapat get the idea. Masuk bulan kedua, sudah perlu mengajar taggers baru pula. Before you realize it, you’re already left with another month in the department. Dah nak bye-bye, masuk jabatan baru.


Maka dilema yang ada, mudah. Kerja banyak banyak banyak sampai stress, tapi anda akan jadi pegawai perubatan yang cekap apabila tamat latihan nanti. Atau anda boleh bekerja dengan rileks seperti pegawai kerajaan lain,  in the end, becoming an under-par medical officer. We trade time of training with time of pleasure. Is it a good thing? I dont know. Ditambah dengan situasi lambakan pegawai perubatan latihan siswazah sekarang ini.


Ketika di perubatan dahulu, saya berpeluang ditugaskan menjaga wad seorang diri. Seorang diri menjaga wad periferi, menguruskan sehingga 32 orang pesakit serentak. Berlari-lari dari satu wad ke satu wad yang lain untuk memasang branulla, endorse medications, spike blood transfusion, insert CBD. Stress memang stress. Tapi at that time jelah. Sekarang, houseman sudah ramai. Hari minggu pun boleh ada up to 5 housemen per ward. Daripada 32 pesakit, sekarang, saya review patient seorang atau dua orang sahaja setiap pagi. Better for the patiet, at least he/she get the undivided (less-divided?) attention from the doctor, kan?
 
Orang kata, doktor kerja banyak tak apa sebab gaji banyak. Hmmmm… Well, it’s their opinion. Taktau nak kata juga. Banyak ke? Banyak la kot sebab at least saya sekarang sudah mampu menyewa sebuah rumah Semi-D seorang diri, meskipun most of the time saya ada di hospital. Membayar bulan-bulan untuk kereta sendiri, motosikal sendiri, tapi guna untuk pergi balik kerja sahaja. Atau membayar duit Astro dan TV tiap-tiap bulan, tapi tonton nya tidak. Internet ambil pakej yang kuota tinggi, tapi tak pernah habis guna. Tak apalah, setidak-tidaknya dapat makan sedap tiap-tiap hari, kalau sempat.


Gaji banyak, ya. Happy, belum tentu. Tapi macam mana pun, seperti yang mereka kata – money cannot buy happiness. Tapi dengan duit, saya boleh beli cheesecake di Secret Recipe, and that’s quite the same i guess.
 
(Badan makin tembun).


InshaAllah, saya akan cuba untuk update Leokid’s Life dari masa ke semasa.


“The greatest disease in the West today is not TB or leprosy; it is being unwanted, unloved, and uncared for. 
We can cure physical diseases with medicine, but the only cure for loneliness, despair, and hopelessness is love. 
There are many in the world who are dying for a piece of bread but there are many more dying for a little love. 
 
The poverty in the West is a different kind of poverty — it is not only a poverty of loneliness but also of spirituality. 
There’s a hunger for love, as there is a hunger for God.” 
 
– “I guess I can vouch the same too for the rest of the world, Mother Teresa.”

 

Kembara Ilmu : Ibrah Perjuangan Enam Tahun

Artikel ini disumbangkan kepada sidang redaksi majalah The Letter of Avicenna terbitan Persatuan PERUBATAN Cawangan Iskandariah, Mesir. Makluman lanjut, boleh rujuk: http://wp.me/p1hsCR-1SJ

 

     “Anda ditawarkan menjalani Kursus Ijazah Perubatan di Nizhniy Novgorod State Medical Academy, Russia.”

Ayah saya terkebil-kebil menyebut nama universiti saya tersebut. Novgorod? Nizhniy? Terlalu aneh bunyinya, seaneh bayangan-bayangan yang menerpa ke dalam kepala tatkala nama negara terbesar di dunia itu dibaca.

Mungkin bagi ayah saya yang sudah hampir setengah abad umurnya itu, negara Russia masih berdaki dengan komunisma. Nama-nama dan istilah-istilah seperti Mikhail Gorbachev, perang dingin, Soviet Union, konflik Soviet-Afghanistan 1979 yang menyaksikan penentangan puak Mujahideen dan sebagainya masih menghantui minda. Juga terbayangkan Sputnik dan Yuri Gagarin dan mungkin senjata Kalashnikov dan pesawat Sukhoi.

Itulah agaknya yang bermain di fikiran ayah saya ketika mengetahui bahawa anak lelakinya ini akan dihantar ke negara tersebut.

Sedangkan saya ketika itu, apalah sangat yang diketahui mengenai negara ini. Sehabis mungkin pun, terbayangkan kenderaan artileri V2 dalam permainan terkenal zaman muda remaja, Red Alert. Juga bahasa mereka yang pelik, hatta accent mereka ketika bertutur bahasa Inggeris. Atau jelitanya Maria Sharapova jaguh tenis dunia.

Dengan keadaan jahil dan tidak tahu apa yang perlu dijangkakan tersebutlah, pada tahun 2006, saya menjejakkan kaki ke bumi Russia ini.

Teruskan membaca