Imej

Huiyo. Gila kentang, sampai 200 lebih orang like comment? -_-“

Advertisements

Bye2 T_T

Image of a Western Digital 250Gb SATA Hard Dri...
Image via Wikipedia

Lama tak update. Mmg sangat2 bz semester ini. Plannya xnk update sampaila sem depan.

Tapi sesuatu yang sangat menyedihkan baru berlaku.

Setelah lebih 2 bulan nazak, akhirnya dia meninggalkanku. Teringat kali pertama bertemu dengannya, hampir 3 tahun lepas. Di celahan orang ramai, dia menyerlah. Memang aku telah research terlebih dahulu, dialah pilihan terbaikku.

Dua bulan lepas, dia mula meragam. Merengek2 bagaikan anak kecil. Bila dicucuk 2,3 kali, baru dia diam. Kusangkakan dia hanya mengada-ngada mahukan perhatian. Tidak kusangka dia semakin tenat.

Hinggalah pagi tadi. Aku cuba kejutkannya dari tidur. Dia merengek2 seketika, lalu terus terdiam. Ku kejutkan lagi. Dan lagi. Dan lagi. Dia diam terus.

Bye2..harddiskku, WD MyBook 500GB T_T

—————————————————————–

Harddisk tersebut aku beli hampir 3 tahun lepas, ketika PC Fair. Macam2 benda best aku letak dalam tu. Lebih 300GB mengandungi movie2, tv series yang latest2. Huaa..

Complete collection of grey’s anatomy, fringe n hustle. Then ade season latest house, scrubs, gossip girls…huhu

Tapi aku tidak kisah sangat akan movies+series. Benda2 tu sumer boleh didownload balik. No worries.

Kemudian lebih 15GB mengandungi mp3 aku. Lebih 4000 mp3s kesemuanya. Hilang. So aku terpaksa la menutup ruangan request mp3 di blog ini. Huhu. Syukur, 2-3 hari lepas aku sempat sync top-rated playlist aku ke dalam handset aku. Setidak2nya selamat la 600-700 lagu.

Tapi aku tidak kisah sangat akan mp3s. Mp3 yang ada pun semuanya da lapuk2.

Kemudian ada disimpan data-data penting sepanjang khidmat aku. Semua koleksi AsShams dan Risalah Mingguan sepanjang aku di dalam BPI. Semua salinan2 mesyuarat. Presentation-presentation. Nota-nota softcopy untuk semua subjek dari 1st year sampaila 6th year. Slide-slide motivasi, dsb. Lebih 10gb saiznya.

Tapi aku tidak kisah sangat akan fail2 itu. AsShams dan Risalah Mingguan ada di-backup di laman web Imamrsc. Nota-nota dan salinan mesyuarat boleh di-copy balik dari kawan2 dan senior2. Slide2 motivasi dan presentation2, boleh dibuat balik.

Kemudian ada disimpan dokumen2 ilmiah yang cukup berharga. Koleksi kitab2 dari ulama2 terkenal, koleksi kitab2 hadith. Presentation2 dan movie/videoclip best2 utk dakwah. ISK, Shift Your Paradigm, etc. Semua material pembentangan. Huhu.

Tapi aku pun tidak kisah sangat akan benda2 tu. Benda2 sedemikian ada banyak di web2 sekarang. Di youtube, scribd. Boleh je dicopy dari rakan2 yang lain.

Tetapi yang paling aku kisah, adalah simpanan photo-photo aku yang berjumlah lebih 5GB. Photo-photo aku sejak dari kali pertama aku menjejakkan kaki di bumi russia ini. Photo ke kelas, ke exam. Photo sepanjang 2 kali aku beraya di sini. Photo 4 musim. Photo ketika cuti summer di malaysia. Ketika di sunathon. Ketika di tioman. Ketika di KEM. Ketika di manukan. Huaaa..

Cari punya cari~alhamdulillah, aku teringat website Leokid’s Eyes yang aku sesaje buat lebih setahun lepas. Nasib baik photo2 kenanganku setidak-tidaknya ada aku backup di laman web tersebut. Walaupun tidak semuanya ada, sekurang2nya menawar duka di hatiku ini.

So sekarang, mana pergi harddisk aku? Aku sedang cuba sebuah cara yang agak ekstrim, untuk recover data yang mungkin masih ada. Harddisk aku sekarang telah dibalut dengan suratkhabar dan plastik lalu diletakkan di dalam freezer peti ais aku. Tiada kajian yang rasmi, namun mengikut testimoni ramai pengguna di internet, cara tersebut mungkin berkesan. Tengokla esok camne, jadi ke tak. Huhu.

Kalau tak jadi juga, mungkin cuti summer nanti aku akan bawa HDD ini ke mana2 data recovery center di KL/Penang. Dengar citer mahal. Kalau rosak system, boleh kena RM200-500 untuk recovery. Kalau rosak physical, mau rm1000-1500. Huhu. I’m pretty sure that this is physical damage.

And then? Time for a new harddisk. 1TB cam best, tapi ramai orang guna 1TB. Roomate aku pun da ade 1TB harddisk.

Nak cari superdisk lah, 5TB ke. Harharhar.

Tapi yang pastinya, taknak cari yang besar2 seketul terus. Nak cari yg combination punye. Maybe 250GB x 8 ke. Hmmmm….

Reblog this post [with Zemanta]

Fresh Start

Is there such thing as “Fresh Start”

Nope

There’s no such things as Fresh Start

To have a fresh start, it means
To undo everything you’ve done
To lose everything you have
To sacrifice everything you love
To let go of everything you own

However, can a fresh start really be a fresh start?

Nope

Things you do will still haunt you
Things you lose, you will gain back
Things you sacrifice will demand it’s pay
Things you let go will occasionally come back
There’s no such thing as “Fresh Start”

The only fresh start you have is if you’re dead
And you’re born again
But I, You, We all know that such thing is not true

So there’s no such thing as “Fresh Start”

You got one chance to live
One chance to make any decision
Live with it
Live with your decision
Learn from the consequences
Suffer from the catastrophes

Clocks are ticking clockwise
Nothing, nothing you can do to make it reversed

Live with the decision
Can I?

How to have a fresh start?
I really need to find the answer.

Reblog this post [with Zemanta]

Pencen!

Fuh, lama betul tak update blog ni, juga blog di Leokid.com tu.

Alhamdulillah, 28 Februari yang lalu, telah diadakan Mesyuarat Agung PPIM Nizhny. Sekaligus menandakan portfolio aku, Biro Penerbitan dan Informasi telahpun diserahkan kepada pengganti yang baru. Aku melaksanakan tugas terakhir aku, dengan mengacarakan mesyuarat tersebut.

(Isi dibawah adalah bersifat peribadi dan berbaur sedikit emosi serta teramatla panjang. Terus skip ke “Diri, Dakwah, Diri” sekiranya anda tidak mahu membuang masa)

Aku & BPI

Kenangan Raya BPI - Nasuha, KD, Shekin, Liz, Kid, Efenem

Kenangan Raya BPI - Nasuha, KD, Shekin, Liz, Kid, Efenem

Aku agak lama dah menyertai PPIM kat sini. Bermula dari awal 2007, kalau tak silap aku, di mana ketika itu ada berlaku sedikit “revolusi” dalam pimpinan PPIMNN. Aku diberi mandat memangku jawatan Ketua Biro Penerbitan, cadangnya untuk sementara waktu sahaja. Time tu Husni yang cadangkan, memandangkan time tu dia pemangku Presiden. Memikirkan yang aku juga punya pengalaman dalam bidang kepimpinan dan penerbitan ketika di MRSM dulu, so aku terima jelah.

Peringkat awal, mmg agak susah la. Sbb nak kena start from scratch. Rekrut ahli2 baru, yang rata2nya terdiri dari senior (sbb aku time tu baru 1st year 2nd sem ke, 2nd year 1st sem ntah. x ingt). Proses nk ‘revive’ balik buletin bulanan yang diberi nama AsShams, serta plan nak buat Risalah Mingguan. Alhamdulillah, ahli2 time tu very2 supportive! Ahli macam Kak Nik, Kak Adilah, Kak Ilya, Kak Farah dll (sori x ingt sgt da sape lagi)

Then, mesyuarat agung pertama selepas revolusi tersebut. Berpuas hati dengan cara aku, aku dipilih meneruskan lagi menggalas jawatan tersebut. BPI semakin stabil, justeru ahli-ahli veteran ramai yang mula mengundur diri untuk fokus kepada pembelajaran masing-masing. BPI mengalami krisis kekurangan tenaga kerja. Justeru banyaklah aktiviti yang direncanakan, nak menarik minat org lain join. Burden yang aku ada time tu pun memang agak berat la. Huhu. Tapi alhamdulillah, sedikit demi sedikit, bermula dengan Trio tiga orang tu Syikin, KD n Jamaliza, dibantu oleh Nasuha pemimpin yang setia, tak dilupakan Fitri yang banyak menolong pada awalnya. Juga setinggi penghargaan kepada Efenem yang menyertai untuk tempoh satu sem, kerana banyak memberikan idea2 bernas dan kritikan2 membina.

Alhamdulillah, awal tahun 2008, BPI semakin mengorak langkah. Penerbitan AsShams dan Risalah Mingguan steady, walaupun ada kalanya terputus sikit2. Sehingga kini, da ada lebih 12 edisi AsShams dan lebih 30 siri Risalah Mingguan telah berjaya diterbitkan. Aktiviti-aktiviti seperti Jamuan Makan Tahunan, jualan Kek Chocolat, jualan Kad Raya dan macam2 lagi berjaya dilaksanakan.

Tahun pengajian baru bermula, diiringi dengan kemasukan ramai ahli2 first year meringankan beban galas yang ditanggung oleh ahli terdahulu. Alhamdulillah, BPI semakin stabil, dan tatkala itu terdetik di mindaku – tugasku di BPI sudah semakin hampir ke penghujungnya, dan masa untuk aku menyerahkan portfolio kepada penggantiku semakin tiba. Lalu atas analisa yang aku buat, dibantu oleh pendapat ahli2 lain, aku memilih Syikin untuk menjadi Ketua BPI, dibantu oleh KD dan Jamaliza. Kenapa perempuan? Sebab terbukti Trio Tiga orang ni boleh bersinergi dalam melaksanakan tugas, serta saling menampung kelemahan masing-masing. (juga disebabkan BPI yg ketandusan ahli lelaki. hehe). Akhirnya pada 28 Februari lalu, aku menyerahkan BPI kepada Syikin dlm keadaan yg stabil, tip-top dan selesa.

Teruskan membaca

Suratan @ Kebetulan?

Sesuatu yang tak disangka
Seringkali mendatangi kita
Itukah suratan dalam kehidupan
Atau sekadar satu kebetulan

Kita asyik membicarakan
Persoalan hidup dan pilihan
Sedang kejujuran semakin berkurang
Masih tiada bertemu jawapan

Walau kita dihadapkan
Dengan berbagai pilihan
Mengapa sering terjadi
Pilihan tak menepati

Hingga amat menakutkan
Menghadapi masa depan
Seolah telah terhapus
Sebuah kehidupan yang kudus

Pertemuan sekali ini
Bagi diriku amat bererti
Tetapi ku bimbang untuk menyatakan
Bimbangkan berulang kesilapan

There are things you don’t want to happen but you have to accept, and there are things you don’t want to know but you have to learn, and there are people you can’t live without but you have to let go..

Sekilas

Lama betul aku tak update blog ini. Juga blog di Leokid.com itu. Kenapakah? Entahlah, aku pun tak tahu. Hilang mood. Takde idea.

Adapun 14 Januari haritu, setelah tamat exam Microb dengan markah yang memuaskan (alhamdulillah, terima kasih kepada yang mendoakan), aku pun berangkat pulang ke Malaysia.

Tak ramai orang tahu aku balik Malaysia cuti winter ni. Mmg sengaja aku balik senyap-senyap. Hasrat aku, cuti winter tersebut mmg aku nak rehat sepuasnya. Rehat setelah halfway through medical school.

Cadangan asalnya, aku ingat nak pegi jalan2 di Europe. Destinasi utama – Capri Island. Mmg port untuk rehat n relax yang paling best ah!

Tetapi arakian setelah tiba di pengetahuan ayahku bahawa aku akan bercuti lebih kurang sebulan lamanya, beliau dengan spontan dan pantasnya membalas msg aku ketika itu – “Abah dah book tiket balik msia” -_-”

so aku pun pulanglah ke malaysia..

Sebulan di Malaysia, tak banyak yang aku buat. Biasalah, nama pun cuti semata-mata nak berehat. Di Malaysia, aku banyak berulang-alik dari Juru, Pengkalan Hulu dan Alor Star. Kenapakah?

Terimakasih kepada kerenah birokrasi dan polisi KERAjaan, mak aku tak dapat-dapat lagi pindah ke Juru. So selalunya bila weekend, sama ada ayah aku balik ke Pengkalan Hulu, atau mak aku melawat ayah aku di Juru, atau masing2 bertemu di Alor Star T_T

Di Malaysia, aku banyak menghabiskan masa membela badan. Makaaaann je sepanjang masa. Huhu. Mak & ayah aku macam dah ada satu polisi untuk aku – apa saja aku nk makan, pasti akan dicarikan! Pendek kata, bukan soalan “hang nak makan apa lagi, syam?” yang ditanya, sebaliknya soalan “apa lagi yang hang belum makan, syam?” 0_o”

so kini berat aku agak bertambah dengan drastik lah. huhu.

juga di malaysia, aku agak loya bila melihat rancangan2 di televisyen, terutamanya berita-berita di channel2 utama. loya sangatlah. tengok raja lawak pun tak seloya tu.

11hb february (semalam), baru aku balik semula ke russia ni. alhamdulillah, sehari sebelum tu, sempat jua aku menghantar adik aku masuk mrsm. dapat pun, mrsm transkrian. dekat sgt ah dengan rumah tu. ape best duduk asrama dekat2 dengan rumah.

teringat kenangan masa aku 1st time masuk mrsm tingkatan 1, pada tahun 2001. rumah aku ketika itu di Kuala Terengganu, manakala aku diterima masuk ke mrsm kulim, kedah. aku ingat lagi time tu, ayah aku berkejar nak ke KL kerana mesyuarat. smpai2 je kat asrama, da setel sumer registration, dapat asrama etc, ayah aku chow trus gi kl. tinggal la aku sorg2 terkontang-kanting time tu.

dulu bukan macam sekarang. takde henfon. guna syiling je call umah malam2. ape benda yang tak cukup, sumer kena pandai2 cari sendiri. cuti hujung minggu, aku balik kampung di alor star. family jauh, nak buat camne.

dari situ aku mula belajar berdikari sedikit demi sedikit. cuti semester, aku pulang sendirian ke rumah. masa rumah di terengganu, pulang sendiri menaiki bas di butterworth, turun kat kuala terengganu sorg2. time tu form 1. masa rumah di sabah, pulang sendiri menaiki flight dari alor star, ke sandakan. tukar flight 2 kali. sorang2. masa tu form 3.

sekarang ni – balik malaysia untuk cuti winter ni pun, aku travel sorang2. member2 aku yg balik malaysia, rata2 postpone exam microb diorang (so that diorg boleh balik awal, cuti panjang sket). Tapi aku berkeras nk buat exam dulu baru balik. So baliklah aku sorang2. Tunggu train pukul 5 pagi kat Moskovskiy Vakzal. Lepak kat Bangkok 8 jam sorang2. rilek je. heheh.

so skrg aku pun balik ke nizhny novgorod. ketibaan disambut oleh serpihan salji-salji nipis yang putih. bermulanya sem baru. separuh masa kedua. di dalam perlawanan menentang medical school 6 tahun yang penuh dengan cabaran ini. alhamdulillah, separuh sudah selesai. lagi separuh. ayuh!

“Maka apabila engkau telah selesai (dari satu urusan), tetaplah bekerja keras (untuk urusan yang lain pula)” 94:7

*post ini di-update menggunakan internet broadband 3G Beeline.

What’s Your Move?

Lama tak buat tag. Although banyak je kena tag kat sana sini. Tapi ntah, rasa cam malas lak nak tag.

However, this tag from Infinity really turns me on! =)

Here’s what we should do. it’s simple: list down 5 of the products from the list that you are boycotting, and then list down 5 of the products that you will try your best to boycott, and finally list another 5 of the products that you find it hard to boycott, and tag 5 others.

This tag is to get everyone to read the list below carefully and identify which products affects your life and the lives of the Palestinians most! You can also compare your list with your friends and see: if they can boycott one product that you haven’t been boycotting, why can’t you start to boycott the product too?

Oh ya, i’m referring only to products in which have the direct connection of association with Israel. And I also modify my answers, including some alternatives i took in replacing the item boycotted.

5 of the products from the list that you are boycotting

  • No more McDonalds. Pilihan lain – KFC, Pizza Hut, Secret Recipe. Oh ya, here nearby the AutoCity da ade SushiKing! Yeah!!
  • No More Coca Cola. Only Pepsi. It’s hard to find pepsi, especially in certain2 part of the world. T_T
  • No More Nokia. Only sony ericsson. yang ni da memang dari dulu lagi. Usahkan sebab boikot, sbb kualiti & user-friendly pun.
  • 3 je dulu kot. Yang lain either mmg x guna, ataupun termasuk dalam list2 di bawah. -_-“

5 of the products that you will try your best to boycott

  • Nestle – as usual, produk2 yang da “sebati” macam Milo, KitKat dansebagainya. Tapi alhamdulillah skrg da banyak alternatives, so tak susah sangat pun nak boikot.
  • News Channel – BBC, CNN, National Geographic. Susah nak jumpa news channel yang betul2 high-kredibility skrg ni. News kat malaysia? Hampas.. Nasib bek la ada al-jazeera. Sedang menanti corp muslim terbitkan dokumentari2 sendiri setaraf dengan NG.
  • Intel – skrg ni AMD da semakin hebat, da setaraf dengan Intel da pun. Tunggu masa je laptop skrg ni meletup, before aku tukar amik laptop AMD.
  • Starbucks – aku ade gak la sometimes lepak2 minum kat starbucks. Suka chocolate frappucino diorg. But simply because susah nak jumpa alternative lain. Kat mana sangat yang ade, coffee house tempatan yang service tip-top macam kat starbucks tu? layanan yg bagus, kualiti yg mantap, customer-friendly. Tapi prefer secret recipe lagi. Hehe.
  • satu lagi..hmm..ntah.

5 of the products that you find it hard to boycott

  • Hollywood – HBO, SMV, Cinemax. + Disney. Why? Simple because susah nk jumpa alternative lain untuk hiburan2 sebegini. Nak harapkan muvie malaysia? memalukan. oh ya, perlu dibezakan antara hiburan dengan hiburan melampau (hedonism) ye. hiburan nasyid2 pun kalau da menggalakkan hedonism, wajar diboikot jugak.
  • yg lain..hmm..ntah.

tag 5 others

Hmm..lama tak mengetag2 orang ni. (usha2 blogroll). ok ni 5 orang yg dipilih. walaubagaimanapun, terpulanglah kepada anda nak buat ke tak.

Dan juga kepada sape2 nak buat tag ni, silalah buat.

Oh ya, aku ade idea best. Menggunakan kuasa veto di blog ini, aku mewajibkan sesiapa yang nak comment untuk post ini, agar membuat tag yang sama dalam tempoh 24 jam selepas comment anda! Harharhar. Kalau anda ada blog, buat tag ni kat blog anda. Kalau takde, tulis emel tag ini dan tag 5 orang melalui emel anda. Kalau takde emel, taip tag ini dan print, dan postkan ke 5 orang sahabat anda. Heaheahea. Kegagalan anda berbuat demikian menyebabkan comment anda akan digantung on moderation. Hehe. oh ya, sila notify saya sekiranya anda da buat tag tersebut melalui emel saya leokid[at]live[dot]com untuk saya approve comment anda.

(sure takde/xramai yg nk comment post ni punye. =p )