Mencari Iman Di Topkapi

Aside

“Mencari Iman di Topkapi”

Kita dahulunya dari kaum yang hina,  
Maka Allah muliakan kita dengan Islam.

Barangsiapa mencari kemuliaan selain dengan Islam,  
Nescaya akan dihina oleh Allah.

Kehijauan dataran Topkapi,  
Selat Bhosphorus disinari mentari,  
Tatkala silaunya mengenai mata sang Sultan,  
Alpa dan leka dek kurniaan Tuhan.

Utuh menara Galata,  
Tatkala Sultan memerhati wilayah jajahannya,  
Ke mana lagi harus dikerahkan bala tentera?  
Timur dikuasainya, Barat ditaklukinya  
Selatan, Mekkah dan Madinah yang barakah,  
Utara, gunung ganang dan kaum gasar yang tiada megah.

Khilafah tidak lagi terbenteng iman,  
Tatkala rakyat mula sinis terhadap Sultan,  
Megah tahtanya dihiasi permata, intan dan berlian,  
Tiada lagi yang bersimpuh di Masjid Sofia, bertemankan Tuhan.

Bangkitnya sekularisma membawa harapan,  
Kamal Attarturk diangkat, simbol perjuangan,  
Menundukkan hedonisma dan kemewahan Sultan,  
Menyanggah kesombongan dan totalitarian agamawan.

Khilafah lebur di tangan penjajah,  
Empayar Islamiyah habis dijarah,  
Tiada lagi mewah, tiada lagi megah,  
Apabila yang disangka penjajahan,  
Rupa-rupanya satu pengkhianatan.

Inni, mimma akhofu alaikum min ba’di,  
Ma yuftahu alaikum, min zahrati dunya..  
Wa zinatiha..

Tangisan Al-Fateh tenggelam dalam sorakan zaman,  
Keringatnya meruntuhkan Constantinople,  
kering sepertimana keringnya jiwa insan.

Ungkapan Umar Al-Khattab itu,  
Bergema merentasi zaman;  
Berdengung melangkaui sempadan;  
Berapa ramai yang –  
mahu mendengarnya,  
mahu membacanya,  
mahu melihatnya,  
mahu memikirkannya?

Mencari iman di Topkapi,  
Tidak kutemuinya di balik Aya Sofia,  
Mahupun indahnya kubah Sultanahmet,  
Walau ku selam ke dasar Bhosphorus,  
Atau ke puncak Pierre Lotti,  
Mahupun jauh ke selatan Faralya,  
Dicelahan butiran pasir Olúdeníz,  
Diufuk mentari senja Mediterranean,  
Atau meredah kesaljian Cappadocia,  
Tiada dijumpai iman itu.

Kerana iman itu,  
Terbit dari hati yang yakin denganNya,  
dan HanyaNya,  
Mencari iman;  
dalam diri sendiri, tempatnya.

Mohd Syamirullah Rahim.  
Topkapi Palace,  
4 Februari 2012  
12:48pm

 

 
 

Final Lap

Bismillahi tawakkaltu ala Allah.

Saat awal ketibaanku di bumi salju ini, aku sering mengira-ngira hari. Ketika di dua minggu pertama keberadaanku di sini, aku mengira aku sudah menghabiskan 0.5 peratus dari perjuanganku. Tinggal 99.5% peratus lagi yang berbaki. Hanya dengan nilai 0.5 peratus itu pun aku sudah cukup gembira.

Minggu lepas, Jumaat lepas setepatnya, merupakan hari terakhir aku bagi semester pertama tahun terakhir. Sepatutnya dijangkakan tamatnya kelas pada hujung minggu ini, namun memandangkan jabatan perubatan kanak-kanak perlu bersiap sedia untuk menguruskan sesi peperiksaan pelajar tahun kelima, maka kami diberi pelepasan awal. Syukur alhamdulillah, daripada 12 semester pengajianku di sini, aku telah lalui 11 dengan jayanya.

11 semester, 11/12 dari keseluruhan perjuanganku, hampir 92 peratus telah aku selesaikan. Subhanallah. Lucu terkenangkan tatkala aku baru sampai, mengira-ngira kalendar dan hari tersebut.

Rupanya sudah terlalu lama masa berlalu..terlalu cepat juga. Teruskan membaca

Unpredictable Spark

Terjaga aku dari tidur di pagi Selasa itu. Ketukan di pintu bilik bertubi-tubi mengejutkanku dari lamunan mimpi. Dilihat pada jam, baru pukul 6.30 pagi. Sedangkan subuh pun, pukul 8 baru masuk. Aku terpinga-pinga, mataku digosok-gosok. Pintu bilik dibuka.

“Abang Kid, abang Daus ada? Dia kata nak pergi Moscow kalau ada tempat kosong, ada satu tempat kosong ni!” Nasir bertanya kepadaku yang masih dalam keadaan mamai. Muizz pun ada sekali. Sebenarnya aku tidak pasti sama ada Muizz atau Nasir yang bertanya. Maklumlah blur di pagi hari. Daus pun terjaga dari tidurnya, dalam mamai juga menjawab, tidak.

“Daus kata dia tak mahu pergi, Muizz.”

Terngiang-ngiang hadis yang aku ucapkan kepada seseorang sebelum aku tidur malam tadi. Man salaka thoriqan yabtaghi fiihi ilmu, sahhalallahu lahu thoriqan ilal jannah. Berebut-rebut ke syurga, aku tidak mahu ketinggalan. Aku tahu aku perlukan ini.

“Abang jelah pergi, boleh?”

“Betul ni? Boleh, boleh, tapi kena bersiap cepat-cepat sedikit lah. Bas menunggu pukul 7 pagi.”

Aku mencapai tuala dan terus masuk ke bilik air, bersiap-siap. Aku kurang mengambil port mengenai program Konvensyen Pelajar Muslim Malaysia anjuran organisasi Azam Russia tersebut. Ada aku lihat posternya berulangkali melalui newsfeed rakan-rakanku. Khabarnya seorang pakar perbidanan dan sakit puan, konsultan dari Hospital KPJ akan datang menyampaikan perkongsian. Mungkin seperti biasa, mengenai perihal kerjaya, bagaimana hidup seorang doktor, fiqh perubatan, etika perubatan, benda-benda yang sememangnya biasa disampaikan oleh speaker-speaker jemputan ke bumi Salju ini. Sebab itu aku kurang ambil port agaknya.

Aku memasukkan iPad ke dalam beg sandang, dan iPhone ke dalam poket. Mujurlah kedua-duanya telah di-cas sempurna. Aku diberitahu yang kami akan pulang sejurus selepas program berakhir, maksudnya bermalam didalam perjalanan sahaja. Alhamdulillah. Lantas bertolak keluar bersama Muizz dan Nasir, dua orang juniorku.

Didalam bas, setelah mengambil tempat duduk, Ezwan pula duduk di hadapan. “Eh Kid, join jugak engkau?” “Two things come unexpected – Opportunity, or trouble” selorohku. Kami berdua sahajalah pelajar tahun akhir yang menyertai rombongan tersebut. Bas sudah dipenuhi dengan para pelajar. Hampir 3/5 bas dipenuhi pelajar wanita. Penuh. Semenjak dua hari lepas sudah ada sebilangan pelajar yang bertolak sendiri ke bandaraya Moscow tersebut menaiki keretapi. Ada yang bercadang untuk bersiar-siar di bandaraya besar tersebut sebelum program bermula, dan ada juga yang kerana tiada lagi tempat duduk kosong didalam bas tersebut.

Aku boleh dikatakan langkah kanan. Seorang juniorku tidak dapat menyertai rombongan pada minit terakhir, kerana itu ada kekosongan. Alhamdulillah.

“Man salaka thoriqan yabtaghi fiihi ilmu, sahhalallahu lahu thoriqan ilal jannah. Biiznillah.” Bisikku perlahan tatkala bas memulakan perjalanannya, memecah kegelapan pagi Nizhniy di hari itu.

Teruskan membaca

FIMA International Camp

FIMA Student Camp

FIMA Student Camp

Hmmm…menarik2!

Seperti tahun-tahun lepas, aku takkan biarkan cuti musim panas aku berlalu begitu sahaja tanpa sebarang aktiviti atau pengisian. Contoh macam tahun lepas, jadual aktiviti aku packed giler dengan aktiviti2! ahaha!

Untuk summer tahun ni, alhamdulillah tak packed sangat. Aku practical 2 minggu je, bermula 6 hingga 19 Julai, kemudian aku dah tak ada apa2 program. So since 2,3 minggu lepas aku survey2 jugak apa aktiviti aku nak buat cuti summer ni ek.

Kalau cuti summer masa aku first year dulu (2007), aku join Sunathon 07 di Endau-Mersing, Johor. Menarik sangat2, dan very balanced! Belajar pasal sunat-menyunat budak2, then dapat parents angkat, ada ceramah pasal tokoh sejarah, dan diakhiri dengan berehat2 di Pulau Tioman!

Kemudian cuti summer second year, 2008. Aku join Kem Eksplorasi Minda (KEM), anjuran satu group budak2 europe nih. Aku join sebab aku tertarik dengan idea diorg dan cara diorg buat kerja, smooth and kemas. 2 bulan sebelum program, semua benda dah setel dan finalize. Then bila aku join, personally aku seronok sangat berada dalam kelompok group tersebut. Kitorang gi wat motivational camp kat sekolah2 di Kuching dan Kota Kinabalu, and it’s really worth it! Sempat ada pengisian ISK, ada pengisian motivasi oleh Ustaz Hasrizal, jadi faci budak2, then jalan2 di Manukan. Sungguh seronok.

So tahun ni…ape nak buat ek. Hmm. Perasan gak IMAM-RSC ada anjurkan Rehlah Mahabbah 09 Summercamp kat Selangor, tetapi personally aku macam tak berapa berminat. Dah usha2 tentatif program, tema dsb, tapi honestly aku rasa macam program untuk enjoy, rehat2 dan main2 je. Tak nampak banyak input yang aku boleh dapat. Huhu. Tapi satu pilihan yang baik la kalau aku just nak rehat2, rilek2 je cuti summer ni. -_-”

So aku pun jadi blur, taktau nak join aktiviti apa cuti musim panas ni. Ingat nak join ESQ, tapi mahal sangat. Rasa macam nak masuk pondok Kuak Luar kejap dalam seminggu dua, tapi takut tak tahan lak. Haish2.

Then alhamdulillah, jumpa info pasal International Camp ni! First nampak da berminat dah, satu sebab program ni program antarabangsa. InshaAllah boleh dapat member2 baru from all over the world, dengan foreign guest speaker! Boleh dapat perspective baru, idea-idea baru dan semangat2 baru.

Tema dia pun best – Volunteerism. Macam2 boleh dibincangkan, dari sudut agama, sudut perubatan, mahupun sudut ethical. Tapi jarang dibincangkan. Hehe. Tengok macam Robo ade mention pasal bab2 ni kat blog dia – Sincerity Is Our Policy.

Meh aku tempek sket info pasal program ni kat sini:

THE 11TH FIMA INTERNATIONAL CAMP
FOR MEDICAL STUDENTS

24th – 31st July 2009 (2 – 9 Shaaban 1430H)

KAMPUNG TOK SENIK RESORT,
PULAU LANGKAWI, MALAYSIA

ORGANIZERS:
Islamic Medical Association in Kingdom of Saudi Arabia (IMAKSA)/ World Assembly of Muslim Youth (WAMY)

HOST & COLLABORATORS:
• Federation of Islamic Medical Associations (FIMA)
• Islamic Medical Association, Malaysia (IMAM)
• Cyberjaya University College of Medical Sciences (CUCMS)

VENUE:
• Kampung Tok Senik Resort, Pulau Langkawi, Malaysia

THEME:
“Medical Students and Volunteerism”

Ni yang aku jadi teruja nak join ni! So far, aku tengah tunggu beberapa maklumat je untuk make-up mind sama ada nak join ke tak.

– Tentatif penuh: nak tengok apa pengisian yang diorang sediakan. Khabarnya program adalah berbentuk “educational, cultural, social, sport, tourist and recreational activities.”

– Berapa kena bayar? Program ni program international, so aku x expect la murah sangat. Huhu. Maybe antara RM300-RM500 gak kot, tambah2 program seminggu, entah2 boleh sampai enam-tujuh ratus ape. -_-”

– Berapa limit participation? Kalau xde limit atau limit tinggi, boleh gak aku promote kat ILuvIslam. Kumpul ramai2 then hantar satu delegation from ILuvIslam, woh macho giler! Ahaha.

Sebut pasal ILuvIslam, Mr. Presiden ada mention aritu ILI nak anjurkan program FEWWIT – Fun and Exciting Week With iLuvislam Team, cuti summer ni gak. But so far takde official announcement, official date or official info pasal tu lagi. Huhu. Harap sangat2 x clash dengan kem FIMA ni, so that aku boleh gi dua-dua. Tapi kalau clash, terpaksa korbankan kem FIMA ini lah nampaknya.

Anywho, sape nak pegi ngan aku? Jommm!

Post Raya!

Adeh..demam raya tak habis lagi.

Kedatangan Junior Baru

Rasanya aku tak introduce lagi budak2 yang baru datang nih. Alhamdulillah, pada lebih kurang 3 minggu lepas, Nizhny Novgorod menerima kehadiran anggota baru seramai 39 orang tajaan untuk turut serta bergelumang dan bersengsara secara berjemaah dengan kami sepanjang 6 tahun di sini. Harharhar.

Malas nak komen byk2, berikut merupakan statistik ringkas aku:

  • Bdk2 MARA ramai giler. Batch kami dulu 6 orang je, tahun ni dah naik smpai 21 orang! @_@”
  • Comparatively, bilangan pelajar tajaan bukan bumiputra meningkat (berikutan keputusan meningkatkan kuota tajaan untuk bukan bumiputera) iaitu 9 orang out of 39
  • Dari 30 orang pelajar tajaan Melayu, 10 orang adalah lelaki
  • Bukan statistik rasmi, tapi aku perasan yang anak2 kedah ramai batch kali ni. Hehe. Hijau kuning!!
  • Terdapat tajaan baru, iaitu pelajar2 dari MINDEF (Ministry Of Defense). Anak2 tentera ini tinggi2 belaka!
  • Perang berebut ahli di kalangan ketua-ketua biro PPIM pun bermula. Hoho. BPI alhamdulillah, menerima 10 orang ahli baru yang mendaftar secara sukarela (atau paksarela? -_-“)
  • Macam-macam komen didengari mengenai fe’el budak2 baru ni. Hoho. As usual, banyak yang negatif la. Come on friends, cut em some slack! Everyone has their “first time”!
  • Oh ya, satu-satunya pelajar lelaki Melayu tajaan JPA menjadi roomate aku.
  • Secara tak langsung, Firdaus (maxpression) pindah sebelah bilik lalu menjadi blockmate aku -_-“
  • Tak tau nak expect macam mana mengenai prognosis budak2 baru ni. Tetapi menurut pendapat seorang pemerhati luar yang bagitau aku semasa kami giat bergossip beberapa hari lalu, budak2 yang “alim2” semua pi volgograd. budak2 yg “hantu2” semua pi moscow. yang mai nizhny ni “sedang-sedang saja”. Woahaha!

Sistem Akademik Baru!

Bermulanya tahun ketiga aku kat nizhny ni, menandakan sistem kelas secara cycle pun bermula. Kalau sebelum ni, kelas pembelajaran adalah berjadual, seperti time kita sekolah rendah/menengah dulu. Tapi, sekarang ni, sistem kelas pembelajaran bermula secara CYCLE.

Cycle ni mudah, setiap subjek diberi satu tempoh masa cycle. Contohnya, semester ni aku ada 6 subjek cycle. Pharmacology, Pathologic Anatomy, Medical Informatic, General Surgery, Pathologic Physiology dan Internal Medicine.

Setiap subjek merangkumi tempoh antara satu hingga tiga minggu. Semester aku bermula dengan cycle Pharmacology, iaitu bermula dari 1 September hingga 22 September. So sepanjang 3 minggu tu, aku belajar subjek Pharmacology je dari pukul 8 pagi hingga 12 tengahari. Selepas cycle Pharmacology, diikuti pula dengan cycle Pathologic Anatomy 2 minggu.

Bestnya cycle ni, aku tak perlu serabut2 kepala study benda lain untuk belajar esok. Bila cycle pharmaco, study pharmacooooo je. x perlu serabut2 study path.phys la, surgery la etc etc.

Tapi keburukan dia, bila exam hujung semester nanti, jenuh nak ulangkaji balik semua tu. tambah2 kalau macam exam pharmaco, bulan june nanti. mampus nak ulangkaji bulan september punya material. T__T

And satu lagi keburukan dia, belajar sangat la cepat. Huhu. Satu buku tebal tu (lebih kurang mcm tebal buku rujukan sains time spm), habis study dalam masa 2,3 minggu je. erk.

Ala kulli hal, aku semakin membiasakan diri sebagai seorang med.student. Alhamdulillah. Ada orang kata, med student ni susahnya peringkat awal je. As long u make it through ur third year, inshaAllah, u’ll make it through the whole course. =)

Subjek baru!

Haa..baru start hari ni, cycle Medical Informatic. Mula-mula ingatkan belajar ape la subjek ni. Rupenye starting2 belajar pasal Linux & Open Source Software! Huahuahua. MedInfo ni subjek yang memahirkan kitorg menggunakan software2 untuk menganalisis data untuk membantu diagnosis mahupun treatment. So tadi kitorg belajar guna software OpenOffice’s Calc (equiv to MS Office’s Excel). Buat2 jadual, rumus2, formula2, statistik2, graf2 etc etc.

Yang best – subjek ni menggabungkan kedua2 minat aku – numbers and computers! Too bad – subjek ni hanyalah seminggu cycle dia, dan terlalu unimportant hingga tak masuk exam pun T_T

Blog baru!

Leokid.com baru saja dilancarkan. So far takde nama lagi nak bagi kat Leokid.com ni, tgh fikir2 nak bagi nama apa. Kalau ada cadangan, bagi la dekat comment post ni. Tagline pun belum tentu lagi. Buat masa ni aku letak tagline “How To Save A Life”. Tapi rasa macam tak relevan lak. Teringat satu pepatah melayu lama, “ikan di laut, meskipun laut masin namun isinya tetap tawar”, ingat nak derive satu tagline dari pepatah ni. Tapi dah cik dHarajuku dah claim pepatah itu dia yg punya, so tak dapat lah. T_T

Leokid.com masih di peringkat biji benih, tujuannya terlalu jauh untuk aku capai dalam masa terdekat ni. Harapnya Leokid.com dapat berkembang menjadi weblog pembangun minda yang tersohor, seperti saifulislam.com dan lain-lainnya. Mungkin juga separa medic seperti ummusaif.com. Tinggi betul angan-angan, namun segalanya “begin with the end in mind”!

Oh ya, satu trivia untuk pengunjung setia Leokid’s Life kat sini. Nama-nama kategori di Leokid.com adalah diambil dari bahasa latin. Buat masa ni ada Carmen (Songs), Camena (Words), dan Memoria. Tunggu kemunculan post2 lain dalam kategori2 lain! =)

Back to Topic

Kembali ke tajuk asal post ni, Raya. Huahuahua. Tahun ni tahun ketiga aku beraya di perantauan. Aneh, tahun ni tetiba je aku rasa homesick, berbanding tahun2 lepas.

Mungkin agaknya kerana sudah 3 tahun tidak beraya dengan sanak saudara.

Kalau setahun, tak apa lagi. Tahun kedua, still biasa. Tahun ketiga, sudah rasa kehilangan sesuatu. Huhu. Teringat anak2 saudara di kampung. Teringat saudara mara di seluruh pelusuk tanahair. Teringat bonda dan ayahanda di rumah. Teringat juadah enak selera kampung di pagi raya. Teringat takbir meriah di laman rumah malam raya. Teringat “pakcik” yang bagi announcement raya kat TV. -_-”

Ah, lagi 3 kali raya. Kesian anak2 buah aku, tak kenal2 pakcik diorg yang satu ni T_T

Raya kat sini, meriahnya macam biasa. Lebih meriah agaknya, kerana makin ramai. Open house non-stop. Biasa la, raya kan sebulan. Elok2 berat aku turun beberapa kilo puasa aritu, da naik balik dah beberapa kilo balik. T_T

Dan..memandangkan winter bakal menjelma, so kurang (baca= tiada) aktiviti membakar lemak. Makan tido seja. Agaknya by the end of winter, aku dah transformed jd polarbear. Takpun jd Po. Po dalam Kungfu Panda tu. -_-”

Speaking of winter, cadangnya nak berjalan2 ke seluruh eropah. Cadangan asal – Dublin – Belfast – Edinburgh – Newcastle – Liverpool/Leeds/Sheffield – London – Paris. Itu yang bermain di fikiran aku 2,3 minggu yang lalu.

Sekarang? Entahla. Tak jadi pegi kot eurotrip. The reason has gone.

So..most probably aku balik malaysia lah winter ni. Cuti panjang, exam aku habis 25th december, dan cuti sehingga 1 february 2009. Lama kan? Cukup nak kawen tu! Harharhar.

Rumah baru!

Oh ya, terlupa satu benda. Pengumuman sebenarnya. Ayah aku telah diterima kenaikan pangkatnya, bermakna kami sekeluarga akan berpindah (lagi). Dahulu ayah aku di Padang Besar, dan dalam masa yang sama mak aku di Pengkalan Hulu. Dan kini..kami akan berpindah ke Juru, Pulau Pinang. Ayah aku jadi pegawai di pusat tahanan imigresen kat sana pulak. -_-”

siyesli, rasa sedih sangat nak pindah. walaupun aku dah banyak kali pindah rumah sebelum ni. dari kota bharu ke terengganu ke sandakan ke pengkalan hulu etc etc. Kehidupan nomad di zaman kanak2ku menyebabkan aku tak ramai childhood friends. ramai sangat sampai tak ingat dah (lost contact). Kehidupan sedemikian juga mendedahkan aku dengan pelbagai ragam manusia dari pelbagai latarbelakang – bandar vs kampung, social vs conservative, orang semenanjung vs orang borneo, banyak melayu vs kurang melayu, “hijau” vs “biru” dll.

tapi kali ini sedih sangat. aku tak ramai kawan pun kat pgkln hulu tu. practically, none. tapi pengkalan hulu sangat mendalam kesannya kat aku, sbb life kat situ sangat tenang. aman damai. sronok sangat berehat2 makan2 di restoran terapung tasik kroh. sronok sangat menunggu matahari terbenam di puncak gunung inas. sronok sangat naik motor ronda2 sekeliling kampung dan felda. sronok, dan kat sana tempat paling best untuk aku melarikan diri dari segala madness yang ada dalam hidup aku ni.

slalu aku ronda2 kat pondok kampung kuak luar. tengok2 dari luar. jauh di sudut hati aku, terasa kepingin nak tinggal kat pondok ni barang sebulan dua. T_T

bye2, pengkalan hulu. T_T

Biar Jauh Dipisah Benua, di Bumi Borneo Bertemu Jua!

DSC03006

Trip aku ke Borneo kali ini menemukan aku dengan beberapa orang insan yang sebelum ini hanya ku kenali melalui taipan kata-kata di Internet sahaja. Betapa cantiknya susunan takdir yang ditetapkan Allah, menemukan kami yang dipisahkan oleh benua, di bumi bertuah Borneo.

3 orang yang aku maksudkan itu adalah figure terkenal Ustaz Hasrizal, prominent blogger akhi Muhtar Suhaili serta bestfriend aku yg study kat France – Ilidash!

Abu Saif

Abu Saif (Ustaz Hasrizal Abd Jamil) merupakan tokoh terkenal di kalangan mahasiswa dan belia masa kini. Tambah-tambah sejak penulisan pertama beliau, Aku Terima Nikahnya berada di pasaran, beliau dikenali dengan jolokan “Ustaz Cinta” serta blognya tak putus-putus dikunjungi pelawat. Begitu juga jadual hariannya yang dipenuhi dengan sesi ceramah, perbincangan, forum dan sebagainya, sesuai dengan moto beliau “Erti Hidup Pada Memberi”

Kunjungan pertama aku ke Saifulislam.com aku tidak ingat bila. Rasanya artikel pertama beliau yang aku baca adalah “Biar mati anak jangan mati adat“, iaitu berkaitan dengan Hukum dan Adat, yang mengupas mengenai penerimaan adat-adat melayu dalam upacara perkahwinan dari perspektif Islam. Ketika tu aku tengah buat pasal research Hukum & Adat untuk subjek Undang-Undang Keluarga Islam di INTEC.

Dan artikel kedua beliau yang menarik aku ke blognya adalah artikel terkenal “Kenapa Mahu Jadi Doktor?” Sejak dari itulah aku menjadi pengunjung setia blognya. Sudah hampir 2 tahun rasanya.

Dan kira-kira beberapa bulan yang lalu, aku sering memberikan komentar2 di artikel2 beliau. Dari situlah Abu Saif mula mengenali aku, dan Leokid menjadi pengunjung yg biasa memberikan komen di Saifulislam.com.

Seterusnya ukhwah terjalin apabila kami mula berbalas email, apabila aku merujuk beliau mengenai beberapa masalah yang aku hadapi. Alhamdulillah.

Pertemuan kami di Kuching adalah tidak dirancang. Kebetulan aku baru memberi nama kepada akhi Azri, kulihat dalam tentatif program bahawa akhi Hasrizal juga akan turut serta di Kuching. Alhamdulillah, pertemuan yang diatur oleh Allah ini berlangsung dalam suasana yang baik.

Muhtar Suhaili

Nama Muhtar Suhaili mungkin tidak se-famous akhi Hasrizal, namun aku telah mengenalinya agak lama. Lebih lama dari akhi Hasrizal, rasanya. Kunjungan pertama aku ke blog beliau, ketika itu beliau sedang dicalonkan sebagai finalis Most Outstanding Youth of The Year 2007. Aku secara jujurnya kagum dengan biodata beliau – mantan Presiden MPP UIA, seorang engineer. Seterusnya Teori Mukhtar yang beliau usulkan menarik perhatian aku menjadikan aku sering berkunjung ke blognya sedari itu.

Post akhi Muhtar mengenai KEM2008

Namun yang paling aku kagumi adalah latar belakang beliau. Beliau bukanlah dari keluarga elite yang berjaya. Sungguh tersentuh apabila dia menyatakan zaman sekolah rendahnya adalah di sebuah sekolah luar bandar yang aneh namanya. Bagaimana dari seorang anak kampung totok, beliau timbul dan menyerlah menyinar di dalam masyarakat seterusnya menjadi antara tokoh remaja yang disegani kini.

Setelah mendengar akhi Muhtar menceritakan sejarah peribadinya secara personal, aku merasakan between aku dan dia ada satu persamaan. Iaitu kami sama-sama berasal dari sebuah zaman jahiliah. Menemui sinar hidayah yang akhirnya memandu diri ke jalan yang benar lagi diredhai Allah, inshaAllah.

Aku berharap dalam tempoh beberapa tahun akan datang, aku akan menuruti jejak langkah beliau. Malah menjadi lebih baik dari beliau. Satu angan-angan yang nampaknya terlalu tinggi, tetapi sekiranya seorang anak bugis kampung boleh mencapainya mengapa tidak aku! =)

Ilidash

Siti Ili-Zawani nama diberi. Jauh ke Perancis dia membawa diri. Heheh. Ilidash gelarannya, aku mula mengenalinya melalui laman web Iluvislam.com. Melalui sebuah artikel yang beliau tulis, iaitu mengenai suasana pembelajaran di France. Pada mulanya, aku just nak cari seorang kawan dari France. Ketika itu kan aku sedang berura-ura dan bersemangat nak pergi melawat Paris. Rentetan dari itulah yang membawa kepada perkenalan aku dengan gadis cantik manis ni. =)

Alhamdulillah, aku senang berkawan dengannya. Berkongsi masalah, berkongsi cerita dan pengalaman. Walaupun kami berbeza umur, tetapi tetap seronok bersembang2 di YM bagai rakan sebaya.

Satu persamaan yang aku kira kami sama-sama berkongsi minat adalah – minat terhadap haiwan. Huahuahua. Mungkin tak ramai yang tahu, aku ni suka kepada binatang2 yg comel2 ni. Tambah2 kuching. Serta binatang2 eksotik. Macam dia, dia suka btul dengan sun bear. Dan aku pula, suka betul dengan honey badger. =p

Syukur alhamdulillah, ukhwah yang terjalin secara jarak jauh ini dipertemukan Allah di bumi borneo. Mulanya tidak plan pun hendak bertemu dengan Ilidash. Kebetulan apabila Azri menyatakan perlunya kepada fasilitator2 dari seluruh pelusuk dunia, maka aku mencadangkan kepada ilidash untuk join KEM2008 bagi mewakili negara France. Walaupun cuma untuk sekejap di kuching, alhamdulillah dapat juga bersemuka dengannya buat kali pertama. Sempat bertukar buah tangan lagi. Dan alhamdulillah juga, pelajar2 borneo di 5 buah sekolah dapat maklumat dan mengetahui pengalaman kehidupan di France! (Serta mendengar lagu Mon Coeur Mon Amour yang comel itu, haha). Sungguh besar hikmah di sebalik ukhwah ini.

Bertemu Dan Berpisah Kerana Allah

Sabda Rasulullah “Tujuh golongan manusia yang akan dinaungi oleh Allah pada hari di mana tidak ada naungan kecuali naunganNya (iaitu) (salah satunya):

..dua orang yang berkasih sayang semata-mata kerana Allah iaitu bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah..”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Semoga ukhwah yang terjalin di antara kami kekal sehingga ke akhir hayat hendaknya. Dan semoga dengan bertambahnya semakin ramai sahabat2 baru, akan berkekalan! Alhamdulillah!