Pasca Duabelas Bulan

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Terlalu lama rasanya saya meninggalkan laman Leokid’s Life ini, sudah hampir mencecah genap setahun. Terlalu banyak perkara berkaitan kehidupan saya yang telah berlalu. Tamat pengajian dan bergraduasi, pulang ke tanah air dan membina rumahtangga, memasuki alam kerjaya, sehinggalah yang terbaru penglibatan dalam kegiatan politik negara.


Menyoroti perkembangan Leokid’s Life semenjak kewujudannya lapan tahun lalu, bermula dengan hanya sebuah kertas conteng seorang remaja calon SPM untuknya mencoretkan liku-liku kehidupannya, kini saya di persimpangan menentukan hala tuju Leokid’s Life. Perlukah saya terus mencoretkan mengenai kehidupan peribadi saya? Ups and downs in life, personal moments? Atau memfokuskan laman ini kepada fokus tertentu? Adakah ia akan menjadi sarat dengan perbincangan dan idea semata? Atau menjadi ensiklopedia perubatan mencoretkan pengalaman dan cabaran kerjaya seharian?


Sedangkan namanya pun sudah tidak relevan. Leokid, nama yang dikenali rakan-rakan maya, berasaskan panggilan sebenar saya di alam nyata – “Kid”. Tetapi itu dahulu. Sekarang, orang sudah tidak kenal siapa “Kid”. Orang hanya kenal “Dr. Syamirul”.


We’ll wait and see.


Hari ini, genap 7 bulan saya berkhidmat sebagai pegawai perubatan siswazah di sebuah hospital di utara tanah air. Alhamdulillah, saya telah menamatkan satu posting, dan inshaAllah dalam tempoh sebulan lagi tanpa aral melintang, saya bakal menamatkan posting saya yang kedua.


Pengalaman di posting perubatan sebelum ini merupakan pengalaman yang sangat berharga. “Aku rasa, aku belajar lebih banyak dalam tempoh 4 bulan di medical posting berbanding 6 tahun di medical school,” luah hati saya ketika berbual dengan seorang rakan. Proses perubahan antara kehidupan seorang pelajar perubatan dengan kehidupan seorang pengamal perubatan, adalah sangat drastik dan mematangkan.


Yang paling ketara, adalah peranan tanggungjawab. Dahulu ketika masih seorang pelajar, segalanya berkisah mengenai buku. Buku dan teori. Menghadam apa yang diberikan oleh pensyarah, amat berbeza dengan kehidupan sekarang mengaplikasikan apa yang diajar tersebut. “Dr. Syamirul, blood pressure patient bed 501 high, 180/120″. Ini bukan lagi soalan zachot ketika zaman sekolah dahulu. Apa yang ada sekarang, adalah bebanan tanggungjawab ke atas seorang pesakit yang berada di katil bernombor 501. Kalau mengikut buku, saya mengetahui, tekanan darah setinggi itu bermaksud pesakit sedang menghadapi hypertensive episodes. Cumanya, urgency atau emergency? Ubat apa perlu saya mulakan? Kalau mengikut buku, saya patut bermula dengan short-acting antihypertensive. Ok, perlu mula dengan apa. Cukupkah dengan Captopril? Atau nak bagi Nifedipine? Macam mana kalau tekanan darahnya turun mendadak pula? Ah, soalan terpenting, perlukah saya mula memberi ubat? Atau mungkin saya patut tunggu sejam dahulu dan ulang kembali bacaan tekanan darah, dengan harapan ia akan kembali normal? Macam mana kalau dalam tempoh saya menunggu tersebut, pesakit diserang sakit jantung? Atau angin ahmar? Apa perlu saya buat?


Di peringkat awal sebagai pegawai perubatan siswazah, saya cukup takut apabila dimaklumkan sesuatu oleh jururawat bertugas mengenai keadaan pesakit. “Dr, patient SOB (shortness of breath)”. “Dr, Dxt (dextrose level) patient low, 1.5”. “Dr, patient complaint of pain, pain score 7”. “Dr ini, dr itu…”
 
Up to the point that saya rasa macam nak menjerkah kembali. “SAYA BARU TAK SAMPAI SEBULAN JADI DOKTOR, MANA SAYA TAHU NAK BUAT APA!”. Tapi tak jerkah pun la, saja je nak gempak dalam hati. The truth is, bukannya tak tahu langsung. Hatta orang yang menghafal buku teks perubatan dari kulit ke kulit sekalipun, tahu apa yang sepatutnya dilakukan. Namun, tekanan terbesar, adalah tanggungjawab ke atas kesihatan pesakit tersebut, ke atas nyawanya, hidup matinya. Itu stress terbesar saya ketika mula-mula menjejakkan kaki ke bidang ini. Orang lain mengadu stress yang berbeza. Stress sibuk dan masa bekerja yang panjang, ah, itu klise kalau dah namanya doktor perubatan. Saya boleh cope with that kind of stress. Tapi yang ini, menatang nyawa pesakit di tangan saya, perubahan terbesar dari mentaliti seorang pelajar perubatan ke pengamal perubatan, inilah stress yang terbesar.


Di peringkat awal lah, chuak sebegitu. Sekarang sudah tidak sangat. Setidak-tidaknya saya dah tahu apa yang perlu dilakukan. “Dr, BP patient high.” Attended stat. Patient comfortable, no sign/symptoms of urgencies/emergencies. ECG done, normal. KIV to start/increase antihypertensive agents if BP persistently high.
 
Beban tugas dan masa kerja yang panjang, adalah rungutan tipikal pegawai perubatan. Bagi mereka yang ikhlas bekerja, ianya satu dilema sebenarnya. Tambah-tambah setelah sistem on-call ditamatkan diganti dengan sistem flexi hours. Empat bulan di sesebuah jabatan, wallahi, tidak cukup. Bermula dengan tagging yang ketika itu tak tahu apa-apa. Bulan pertama, baru dapat get the idea. Masuk bulan kedua, sudah perlu mengajar taggers baru pula. Before you realize it, you’re already left with another month in the department. Dah nak bye-bye, masuk jabatan baru.


Maka dilema yang ada, mudah. Kerja banyak banyak banyak sampai stress, tapi anda akan jadi pegawai perubatan yang cekap apabila tamat latihan nanti. Atau anda boleh bekerja dengan rileks seperti pegawai kerajaan lain,  in the end, becoming an under-par medical officer. We trade time of training with time of pleasure. Is it a good thing? I dont know. Ditambah dengan situasi lambakan pegawai perubatan latihan siswazah sekarang ini.


Ketika di perubatan dahulu, saya berpeluang ditugaskan menjaga wad seorang diri. Seorang diri menjaga wad periferi, menguruskan sehingga 32 orang pesakit serentak. Berlari-lari dari satu wad ke satu wad yang lain untuk memasang branulla, endorse medications, spike blood transfusion, insert CBD. Stress memang stress. Tapi at that time jelah. Sekarang, houseman sudah ramai. Hari minggu pun boleh ada up to 5 housemen per ward. Daripada 32 pesakit, sekarang, saya review patient seorang atau dua orang sahaja setiap pagi. Better for the patiet, at least he/she get the undivided (less-divided?) attention from the doctor, kan?
 
Orang kata, doktor kerja banyak tak apa sebab gaji banyak. Hmmmm… Well, it’s their opinion. Taktau nak kata juga. Banyak ke? Banyak la kot sebab at least saya sekarang sudah mampu menyewa sebuah rumah Semi-D seorang diri, meskipun most of the time saya ada di hospital. Membayar bulan-bulan untuk kereta sendiri, motosikal sendiri, tapi guna untuk pergi balik kerja sahaja. Atau membayar duit Astro dan TV tiap-tiap bulan, tapi tonton nya tidak. Internet ambil pakej yang kuota tinggi, tapi tak pernah habis guna. Tak apalah, setidak-tidaknya dapat makan sedap tiap-tiap hari, kalau sempat.


Gaji banyak, ya. Happy, belum tentu. Tapi macam mana pun, seperti yang mereka kata – money cannot buy happiness. Tapi dengan duit, saya boleh beli cheesecake di Secret Recipe, and that’s quite the same i guess.
 
(Badan makin tembun).


InshaAllah, saya akan cuba untuk update Leokid’s Life dari masa ke semasa.


“The greatest disease in the West today is not TB or leprosy; it is being unwanted, unloved, and uncared for. 
We can cure physical diseases with medicine, but the only cure for loneliness, despair, and hopelessness is love. 
There are many in the world who are dying for a piece of bread but there are many more dying for a little love. 
 
The poverty in the West is a different kind of poverty — it is not only a poverty of loneliness but also of spirituality. 
There’s a hunger for love, as there is a hunger for God.” 
 
– “I guess I can vouch the same too for the rest of the world, Mother Teresa.”

 

Sakit Perut!

(Apsal rajin benar Kid update Leokid’s Life ni ek?)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Nak cerita lagi pasal situasi di kelas. Aku tahu, ramai yang menjadi pembaca tetap blog ini terdiri daripada mereka yang berminat dengan kehidupan pelajar perubatan. Kalau nak baca tazkirah, banyak blog-blog Islam yang ada, kan? Port kegemaran aku, termasuklah seperti blog Ustaz Hasrizal, kalau nak yang lebih teknikal boleh cuba lepak di blog Ustaz Zaharudin, atau kalau nak yang lebih menyentuh hati boleh cuba Genta Rasa Ustaz Pahrol, atau kalau nak yang lain dari yang lain, cubalah Minda Tajdid.

Eheh promote blog orang lain pulak. Heee. Kehidupan aku kat sini, sengaja aku coretkan, bukanlah untuk ditayang atau dimegah pun. Cumanya ianya hanyalah skadar menjadi satu nukilan, sisipan hidup aku untuk aku selak dan nilai kembali di masa akan datang, lantas diperah jus nilai-nilai pengajaran dan iktibar yang diperoleh darinya..

So hari ni, pergi kelas surgery lagi, macam biasa. Tiba agak lewat, tapi nasib baiklah hari ini Dr. Mironov tidak membawa kami menonton pembedahan. Justeru beliau masuk agak lewat, lantas memulakan kelas seperti biasa untuk tajuk hari ini, iaitu penyakit-penyakit kelenjar parathyroid.

Teruskan membaca

Aside

Masih sengal-sengal badan, kesan motorsikal yang aku tunggangi tergolek dihadapan HSJ semalam. Huhu. Brek terlalu mengejut. Nasib baik tiada apa-apa kecederaan, kalau tidak alamatnya aku pergi Jabatan Kecemasan selaku pesakit lah. =.=

Lewat malam semalam, sempat menempah tiket menonton filem Harry Potter terbaru, Deathly Hallows bahagian kedua. Aku tidak pernah membaca mahupun menonton bahagian pertama, cuma sempat menjenguk sekali imbas artikel mengenainya di Wikipedia beberapa minit sebelum tayangan bermula. Agak blur jugalah pada awalnya, tapi selepas beberapa adegan, dah boleh catch-up kembali. Hee.

Scene yang paling digemari, adalah scene ketika Voldemort mula melancarkan serangan keatas Hogwarts. Tatkala para guru Hogwarts bersatu-padu bergabung tenaga, berganding bahu mempertahankan Hogwarts. Terkenang mungkin sebegitu jugalah saspen-nya di Perang Ahzab, tatkala umat Islam bergabung tenaga mempertahankan bandar Madinah dari serangan kafir Quraisy.

Oh sungguh tidak kena, membandingkan sebuah filem yang penuh tahyul, syirik dan khurafat, dengan peperangan agung Islam yang diabadikan namanya didalam alQuran. Ngee. XD

Pulang ke rumah lewat malam, tidur lambat, justeru pagi tadi agak mamai. Dah sampai hospital baru tersedar, tak bawa beg! Terpaksa pulang ke rumah terlebih dahulu mengambil beg yang berisi jubah putih, stetoskop dan keperluan-keperluan lain.

Hari ini, hari yang agak membosankan agaknya. Tiada banyak kes yang menarik pun. Terkesan dengan seorang pesakit, seorang wanita melayu berusia 40-an, datang dengan lebam-lebam di seluruh badan. Tulang pergelangan tangannya disyaki retak, manakala tulang lehernya mungkin ada kecederaan. Menurutnya, ianya merupakan “hasil tangan” suaminya, yang memukulnya menggunakan besi buaian anak mereka.

Manusia, bila hilang pertimbangan. “Dayus” adalah gelaran yang diberikan kepada suami yang mengabaikan tanggungjawab dan membiarkan isteri dan anak-anak hilang pedoman. Dalam kes seperti ini, suami yang menzalimi isteri dan memilih keganasan dalam rumahtangga, patut diberi gelaran apa ya?

Imej

 

 

 

Bila kaki versus lori..

Kasihan pesakit ini. Umurnya masih muda, sekitar 20-an, dan bapa kepada 3 orang anak.

Semoga Allah segera menyembuhkannya dan memulihnya seperti sedia kala, agar beliau dapat segera kembali menunaikan tanggungjawabnya selaku hamba Allah dan ketua keluarga.

Kamus Bahasa Melayu Perubatan

Kamus Bahasa Melayu Perubatan
Istilah Orang Awam (Laymen’s Term) – Istilah Perubatan

Thread ini merupakan kesinambungan bagi thread lama di laman ILuvIslam yang asal.

Penyumbang Asal :
PrincessHikari, Leokidx, Gembala, Majdina, alonqexe, nick_name, HafizAdam, -Shafiq-, hawadah, khaleeda, efenem, postinga, ilhami, sara aminah, aspa, wann, kaklong_srikandi, dell, cahayapencinta_akira, cabai kering, lebah87, hikoseijuro, nur petunjuk, DeFat Fuhh, yuri shibuya XD, Ku-2

Laymen’s Term?

“To put something in layman’s terms is to describe a complex or technical issue using words and terms that the average individual (someone without professional training in the subject area) can understand, so that they may comprehend the issue to some degree.” – UrbanDictionary

Secara ringkasnya, Laymen’s Term merupakan istilah yang digunakan untuk menjelaskan/menerangkan sesuatu yang kompleks atau teknikal, supaya orang awam yang biasa (tanpa latihan/latar belakang pendidikan professional dalam bidang perubatan) dapat memahami isu tersebut pada tahap tertentu.

Untuk siapa thread ini dikhususkan?

1. Kepada Para Doktor – Kesukaran berkomunikasi dengan orang awam adalah antara masalah utama yang dihadapi sebagai seorang doktor. Tanpa kemahiran berkomunikasi yang baik, pasti sukar seorang doktor untuk mengambil sejarah pesakit, mendapatkan komplen pesakit, dan tentulah lebih sukar untuk menerangkan diagnos dan rawatan pula. Justeru itu, kemahiran berkomunikasi dalam istilah orang awam (Laymen’s) merupakan satu kemahiran yang vital, tidak boleh tidak dikuasai.

2. Kepada Pembaca Awam – Sesetengah doktor lebih suka menggunakan istilah-istilah yang jarang didengari, yang tentunya mengundang 1001 kekeliruan dalam diri pesakit terutamanya. Justeru itu, kamus ini memberi pengenalan asas kepada para orang awam, agar dapat memahami apa yang cuba disampaikan oleh doktor sedemikian.

Teruskan membaca

Beza MD dan MBBS (MBChB)

Penulisan ringkas ini penulisan yang lama sebenarnya. Jawapan saya pun bukannya jawapan yang detail dan complete sangat. Namun saya harap penulisan ini dapat menjelaskan salah faham yang selalu ada serta membantu para pelajar yang sedang bersedia untuk memilih karier mereka.

Penulisan ini menjawab persoalan-persoalan seperti:

– Benarkah MBBS itu lebih baik kerana termasuk surgery (pembedahan), manakala MD itu tidak termasuk surgery?
– Benarkah sukatan pembelajaran MBBS berbeza dengan MD?
– Benarkah kaedah pembelajaran MBBS berbeza dengan MD?
– Benarkah Malaysia hanya mengiktiraf graduan MBBS, bukan MD?
– Apa pula yang dimaksudkan dengan MBChB?
– Adakah graduan MBBS mendapat gaji lebih banyak berbanding graduan MD?
– Apa pula perbezaan MBBS dan MD di universiti-universiti Malaysia?

Berikut jawapan ringkas saya:
Teruskan membaca