Will I still be a Muslim today, if I were not born as a Malay?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini memandangkan hujung minggu, saya bagi sebuah post yang agak berat sedikit. Lama benar tidak mengemaskini Leokid’s Life dengan sebuah post yang sarat. Hehe. Saya jarang menulis sesuatu berkaitan hal bangsa. Mungkin kerana saya sedar, saya ini pun lahirnya dalam keluarga Melayu, belajar 5 tahun di MRSM yang tentunya tertubuh demi Melayu, datang ke luar negara pun di bawah tajaan MARA kerana saya seorang Melayu. Jadi seolah-olah sudah ada satu preemptive thinking yang menghalang saya dari mempersoalkan nilai keMelayuan ini. Seperti kata pepatah Inggeris,

“You don’t bite the hand that feeds you.”

Saya bukanlah anti-kebangsaan sangat pun, sebenarnya. Saya tetap berbangga memakai Baju Melayu pada bila-bila masa saya suka tanpa terhad kepada Hari Raya mahupun Hari Jumaat sahaja. Saya tetap berbangga memakai Baju Kemeja Batik pada majlis-majlis rasmi. Baru sebentar tadi, makan tengahari dengan Nasi Lemak, dan saya masih terkenang-kenang jurus-jurus silat yang dipelajari 6 tahun lalu meskipun saya yakin saya tidak selincah dulu (errr).

Tapi kesedaran ke atas apa yang diteladani didalam Islam, membuatkan saya jelik kepada orang yang mengaitkan bangsa dengan agama. Kerana ianya dua entiti yang berbeza. Saya jelik kepada orang yang menghadkan keluasan skop Islam kepada kesempitan bangsa sahaja. Ianya meletakkan batasan kepada ISLAM, sedangkan ISLAM yang diturunkan Allah kepada Muhammad adalah rahmatan lil ‘alamin, bukannya rahmat kepada bangsa tertentu sahaja atau kaum tertentu sahaja.

Tempoh hari, saya ada meletakkan satu status update yang agak “kritikal” di laman Facebook saya. Status tersebut berbunyi,

Will I still be a Muslim today, if I were not born as a Malay?

Hari ini saya terpanggil untuk mengulas sedikit berkenaan status update berkenaan. Saya bukannya nak highlight sangat pun sentimen kebangsaan dalam status ini, kerana status ini mengajak kita berfikir lebih mendalam, melangkaui rangka kebangsaan yang ada. Namun tentulah, ada yang menafsirkannya dari sudut kebangsaan semata.

Teruskan membaca

Advertisements

Memahami “Likes” dan “Comments” di Facebook

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Antara fungsi terbaru yang dikemukakan pihak Facebook tahun ini, adalah fungsi “Ticker” yang membangkitkan kekeliruan dan kebengangan (err) ramai pihak. Ini kerana segala aktiviti yang kita lakukan di Facebook, terpapar di situ dan dilihat oleh pelbagai pihak, termasuklah mereka yang bukan termasuk dalam friendlist kita. Saya cuba meluangkan masa memahami penjelasan yang diutarakan pihak Facebook di ruangan Help mereka, dan ini antara kesimpulan yang saya dapat dari kefahaman saya. Jika ianya tersilap, saya mohon diperbetulkan.

Pertama sekali, perlu difahami, persoalan siapa yang mengetahui/nampak aktiviti “like” dan “comment” anda bergantung kepada setting privasi POST/STATUS yang anda comment, bukannya setting privasi anda. Apabila seseorang mengepos sesuatu di laman profile/timeline Facebook mereka – status, gambar, link, question dsb – orang tersebut boleh meletakkan privasi setting terhadap post berkenaan. Selalunya kita menganggap privasi setting ini sebagai “siapa yang boleh melihat status/gambar/perkara” yang kita poskan tersebut, rupa-rupanya, ia memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada itu.

Kita boleh mengetahui setting privasi sesuatu post yang dibuat oleh seseorang, dengan menghalakan kursor tetikus ke ikon disebelah tanda masa post tersebut. Ikon tersebut kecil sahaja, biasanya berupa globe, orang, atau gear.

Teruskan membaca

Fungsi “Places” Di Facebook baru dilancarkan. Apa yang anda tahu mengenainya?

Semalam, pihak Facebook melancarkan sebuah lagi fungsi pengguna Facebook, iaitu Places. Fungsi ini sangat berkait dengan privasi anda, justeru pastikan anda mengetahuinya!

Apa itu Places?

Secara umumnya, Places membolehkan anda mengumumkan (atau diumumkan!) lokasi tempat anda berada sekarang. Bila anda berada di sesuatu tempat, anda boleh “check in” di Places menggunakan Facebook Mobile dan lokasi anda tersebut akan dipaparkan di Facebook.

Lebih membimbangkan, orang lain (rakan-rakan anda) boleh “check in” bagi pihak anda, di luar kawalan anda. Sama seperti fungsi tag gambar yang di luar kawalan anda.

Fungsi ini walaupun ada kebaikannya, namun adalah berbahaya jika disalahguna. Contohnya seperti penculik yang tahu anda berada di mana, atau perompak yang menunggu anda keluar dari rumah, atau cuma sekadar stalker sama ada sepenuh masa atau sambilan!

Apa yang perlu dibuat?

Teruskan membaca

Kaedah-Kaedah Melakukan Dosa

Trend-trend Dosa

Saya jarang pulang ke Malaysia, paling kerap pun setahun dua kali. Dan justeru itulah, tiap kali pulang saya dapat melihat perubahan yang bersifat “mikro” dalam kalangan masyarakat. Tahun ini contohnya, terkejut saya apabila melihat banyak “bonggol-bonggol unta” padahal tahun lepas saya tidak perasan pun. Begitu cepat perubahan yang ada. Tahun ini juga, saya menjadi tidak berminat untuk ke pasar malam dan bazar ramadhan, dek kerana “gangguan mata” yang tidak saya perasan pun wujud sebelum ini. Begitu juga, saya menjadi kurang gemar berjalan-jalan di pusat membeli belah terutamanya di hujung minggu, kerana peningkatan kuantiti belangkas yang ada.

Begitu juga dengan berita-berita di dada-dada akhbar. Setiap hari, ada sahaja kes buang bayi. Kes khalwat, dan kes rogol bawah umur. Saya tertanya-tanya, “sejak bila ia menjadi se-serius itu”. Semakin banyak membaca dan berbual dengan rakan-rakan di Malaysia, saya ditemukan lagi dengan statistik-statistik dan realiti-realiti yang menakutkan. Kurangnya ibadah solat fardu dilakukan. Wujudnya fenomena “mendedahkan dosa di facebook”. Malah ada yang sudah berani terang-terangan mengisytiharkan kemurtadan.

Saya juga remaja. Dan saya juga terasa panasnya telinga apabila remaja kita sering menjadi tumpuannya. Masalah gejala sosial, dalangnya remaja. Hiburan melampau, dalangnya remaja. Tidak menutup aurat, remaja. Tidak bersolat, remaja. Saya merasakan tanggungjawabnya untuk berusaha membetulkan keadaan ini, namun melihat kepada perkembangan kadar kerosakan akhlak yang ada, cukup membimbangkan saya.

Sepanjang pengamatan saya, umat sekarang terutamanya pada generasi saya para remaja, wujudnya trend-trend dalam melakukan dosa. Mungkin ia sebahagian dari tipudaya syaitan, dalam usaha menyesatkan manusian, namun selaku remaja jua, saya tidak dapat menafikan bahawa trend-trend ini memainkan peranan yang cukup penting ke arah peningkatan dan menularnya gejala kemungkaran dan kemaksiatan dalam generasi remaja tanah air.

Dari sebesar-besar dosa meninggalkan solat, sehinggalah kepada besarnya dosa zina dan membunuh anak yang dilahirkan, dihiasi lagi dengan budaya hedonisma serta hilang tujuan hidup, bagi saya sangat-sangat berkait rapat dengan trend-trend ini. Justeru saya percaya, membasmi trend-trend ini merupakan antara langkah awal dan vital yang perlu diambil!

Apakah trend dosa yang saya maksudkan itu?

Teruskan membaca

Menangkis Tohmahan Anti-Evolutionist

Assalamualaikum. Lama rasanya tidak mengemaskini blog ini. Justeru itu, mari saya sajikan suatu hidangan yang agak berat namun mengenyangkan.

Saya jamin,golongan ateis takkan dapat menandingi Al-Qur’an dari segi pencapaian..

Walaupun mereka menggelarkan diri merka berada dalam kelompok yang benar (yakni percaya manusia datang dari evolusi Homo Erectus,Australipithecus,dsb.),namun,jika ditanyakan lima soalan ini,mereka pasti buntu dalam menjawapnya;

1.Mengapa masih ada primat di hutan2?Mengapa mereka tidak mengikut aliran Evolusi?

2.Evolusi memainkan peranan dalam menjadikan sesuatu hidupan lebih baik dari leluhurnya.Persoalannya,dari mana manusia mendapatkan naluri beragamanya?Mengapa naluri ii penting dalam menjadikan manusia hidupan ‘yang lebih baik’?

3.Evolusi manusia telah berkurang,malah tidak kelihatan dalam masyarakat kita hari ini.Jadi,mengapa evolusi terhenti?

4.Katakanlah,mereka (golongan finalism)manusia telah menjadi penamat Evolusi,kerana manusia adalah hasil terbaik dalam roses Evolusi”..ganjil,kan?Golongan saintifik ini..kalaupun manusia ini hasil terbaik alam semulajadi,mengapa kita masih dihidapi penyakit,mati,dsb?

5.’Natural selection’..ah,yes.idea yang amat pelik,bertentangan sepenuhnya dengan disiplin saintologi…tidak dapat dibuktikan,hipotesis paling lemah dalam tamadun manusia,tidak berbukti,songsang dengan penemuan2 terkini,kurang efisien..teruk.Namun,persoalan terbesar ialah,bagaimana ‘nature’ memilih beberapa gen tertentu untuk mengevolusikannya?

Golongan saintifik Barat hanya ada 2 pilihan;
a)Mengakui kejahilan mereka dan mengakui kebenaran Al-Qur’an
b)Meneruskan penyelidikan mereka untuk membuktikan kesahihan Evolusi,lantas akhirnya memperlihatkan kebodohan mereka (kerana akhirnya hasilnya tetap sama-kegagalan).

Saya menjumpai pernyataan di atas di sebuah forum tempatan. Pernyataan tersebut, walaupun pro-Islamik, mempunyai kepincangan dari sudut ilmu serta rendah mutunya. Pernyataan yang dibuat tanpa asas ilmu biologi dan genetik ini, tentu sekali mengundang aib dan memalukan. Ianya tidak wajar keluar dari mulut seorang Islam yang menghargai ilmu dan sentiasa mengamalkan apa yang Allah sebutkan dalam surah An-Nahl ayat 16 “Tanyalah orang-orang yang berpengetahuan jika kamu tidak mengetahui”.

Berikut adalah jawapan saya terhadap serangan tersebut:

Teruskan membaca

7 Syarat

Assalamualaikum.

Melihat pada tajuk ini, pasti membuahkan tanda tanya pada diri anda, bukan? 7 Syarat? Syarat apakah itu? Kenapa tujuh? Pentingkah?

Artikel ini melunaskan janji saya pada artikel yang diterbitkan beberapa mingu (bulan?) lepas, iaitu artikel ini : Zina Hati? Tangan? Kaki? Mulut? Mata?. Dalam artikel tersebut, saya ada menyatakan ingin mengulas mengenai sekurang-kurangnya tujuh batasan antara lelaki dan perempuan.

Terdapat sekurang-kurangnya tujuh panduan/larangan dari Quran dan Sunnah mengenai perhubungan lelaki perempuan, iaitu

– Tidak mendedahkan aurat (QS Nur 31)
– Menundukkan pandangan (QS Nur 30-31)
– Berurusan hanya sekadar keperluan (QS Al-Ahzaab 53)
– Tidak melunakkan suara bagi wanita (QS Al-Ahzaab 32)
– Tidak bertabarruj/bersolek untuk menarik perhatian
– Tidak boleh berdua-duaan tanpa mahram (Hadis)
– Tidak boleh bersentuhan (Hadis)

Perkara-perkara di atas adalah wajib dipatuhi, sama ada oleh pasangan bercinta mahupun muamalah biasa antara lelaki dan wanita. InshaAllah, saya akan cuba kupas dalam artikel yang akan datang.

Teruskan membaca

PENTING Kepada Semua Pengguna Facebook – OpenGraph

UPDATED 28 MAY 2010

Facebook sedang mengimplementasikan Privacy Setting yang baru. Sila concern dengan perubahan yang ada ini. Walaupun berubah, asasnya tetap sama seperti yang saya ceritakan di bawah. Untuk makluman lanjut, boleh rujuk:

http://lifehacker.com/5549394/how-to-return-facebook-privacy-settings-to-what-you-signed-up-for

Awal minggu ini, dalam conference f8 Facebook (Conference antara Facebook dengan para developer application nya) Facebook telah melancarkan perkhidmatan OpenGraph API yang membolehkan data-data anda disalurkan (propagate) kepada pihak ketiga secara terbuka. Awasi data anda. Sila ketatkan “Privacy Setting” anda, dan buang mana-mana data yang tidak perlu dihebahkan dari profile Facebook anda.

(Selingan – Apa itu API? API adalah satu interface/perantaraan yang disediakan oleh Facebook. Perantaraan ini bermaksud “orang tengah” dalam komunikasi. Maksudnya Facebook tidak perlu lagi memproses semua permintaan secara manual, tapi ianya boleh diproses secara automatik melalui API. Maklumat lanjut – http://en.wikipedia.org/wiki/API )

Buktinya, contoh data profile facebook yang disalurkan melalui API tersebut. (Anda boleh klik pada mana-mana gambar di dalam post ini untuk membesarkannya) :

Teruskan membaca