Ala, benda kecik je tu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jika kita membaca hadis-hadis yang menceritakan sifat-sifat Allah, Rasulullah shalla Allahu alayhi wasallam banyak “meletakkannya didalam konteks”. Contohnya hadis,

“Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada hamba yang berjalan di padang pasir, lalu ia kehilangan kenderaannya yang memuatkan makanan dan minumannya. Ia menyangka akan mati, lalu ia menggali lubang, dan tidur di dalamnya sambil berkata,’Aku akan tidur di dalam lubang ini sehinggalah kematian datang menjemput’

Tiba-tiba kenderaan dan makanan yang ia bawa berada di atasnya. Sampaikan ia berkata, ‘Ya Allah Kau hambaku, dan aku TuhanMu.(tersasul akibat terlalu gembira)

Maka Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada kegembiraan hamba tadi. (Muttafaqun ‘alaih)

Dalam hadis ini, Rasulullah tidak hanya menceritakan bahawa Allah itu Maha Penerima Taubat. Tapi Rasulullah meletakkannya didalam konteks agar pendengar/pembacanya dapat benar-benar merasakan betapa hebatnya sifat Allah itu.

Contoh kedua, dalam hadis,

Teruskan membaca

Will I still be a Muslim today, if I were not born as a Malay?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Hari ini memandangkan hujung minggu, saya bagi sebuah post yang agak berat sedikit. Lama benar tidak mengemaskini Leokid’s Life dengan sebuah post yang sarat. Hehe. Saya jarang menulis sesuatu berkaitan hal bangsa. Mungkin kerana saya sedar, saya ini pun lahirnya dalam keluarga Melayu, belajar 5 tahun di MRSM yang tentunya tertubuh demi Melayu, datang ke luar negara pun di bawah tajaan MARA kerana saya seorang Melayu. Jadi seolah-olah sudah ada satu preemptive thinking yang menghalang saya dari mempersoalkan nilai keMelayuan ini. Seperti kata pepatah Inggeris,

“You don’t bite the hand that feeds you.”

Saya bukanlah anti-kebangsaan sangat pun, sebenarnya. Saya tetap berbangga memakai Baju Melayu pada bila-bila masa saya suka tanpa terhad kepada Hari Raya mahupun Hari Jumaat sahaja. Saya tetap berbangga memakai Baju Kemeja Batik pada majlis-majlis rasmi. Baru sebentar tadi, makan tengahari dengan Nasi Lemak, dan saya masih terkenang-kenang jurus-jurus silat yang dipelajari 6 tahun lalu meskipun saya yakin saya tidak selincah dulu (errr).

Tapi kesedaran ke atas apa yang diteladani didalam Islam, membuatkan saya jelik kepada orang yang mengaitkan bangsa dengan agama. Kerana ianya dua entiti yang berbeza. Saya jelik kepada orang yang menghadkan keluasan skop Islam kepada kesempitan bangsa sahaja. Ianya meletakkan batasan kepada ISLAM, sedangkan ISLAM yang diturunkan Allah kepada Muhammad adalah rahmatan lil ‘alamin, bukannya rahmat kepada bangsa tertentu sahaja atau kaum tertentu sahaja.

Tempoh hari, saya ada meletakkan satu status update yang agak “kritikal” di laman Facebook saya. Status tersebut berbunyi,

Will I still be a Muslim today, if I were not born as a Malay?

Hari ini saya terpanggil untuk mengulas sedikit berkenaan status update berkenaan. Saya bukannya nak highlight sangat pun sentimen kebangsaan dalam status ini, kerana status ini mengajak kita berfikir lebih mendalam, melangkaui rangka kebangsaan yang ada. Namun tentulah, ada yang menafsirkannya dari sudut kebangsaan semata.

Teruskan membaca

Berbicara Dengan Manusia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pulang dari kelas di Hospital Semashka, saya sengaja memilih laluan bas yang agak jauh. Iaitu melalui pesisir pusat bandar Nizhniy Novgorod. Walaupun agak jauh, tetapi acapkali laluan ini lebih cepat berbanding laluan bas biasa yang merentasi pusat bandar, selalunya disebabkan ianya mengelak dari kesesakan lalulintas. Namun, laluan ini kurang digemari oleh para pelajar, kerana perlu transit bertukar bas di satu perhentian.

Dan seperti biasa, tatkala berseorangan didalam bas, saya mengelamun bersendirian. Kali ini, imbauan saya kembali ke zaman kanak-kanak saya. Iaitu di masa ketika saya tinggal di pekan Pengkalan Kubor, Kelantan, ketika saya berusia sekitar sepuluh tahun.

Saya teringat secara samar-samar, akan kehidupan sekolah rendah saya. Untuk artikel kali ini, suka saya ceritakan mengenai guru Bahasa Inggeris saya. Seorang lelaki yang sudah berusia, saya tidak ingat namanya, namun saya mengingati secara vague, suasana di kelas tersebut. Metodologi pengajarannya berbeza, unorthodox. Kami diajar mengenai grammar menggunakan apa yang beliau namakan sebagai “magic box”. Ianya hanyalah jadual biasa, yang membahagikan grammar Bahasa Ingeris kepada Past, Present, Future tense, serta singular dan plural. Dan kami menghafal “magic box” tersebut. Jika pelakunya seorang dan sekarang (single and present tense), maka guna “Box 1”. Begitulah juga lainnya.

Teruskan membaca

Siapa lagi, kalau bukan kita?

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Lama pula tak update Leokid’s Life. Semalam pun terlupa untuk post satu gambar, bagi meraikan tema Wordless Wednesday, dan rasanya janggal kot kalau nak buat Wordless Friday hari ini. Hee.

Bermula semalam, saya memulakan rotation baru, iaitu bagi subjek Gynaecology. Di universiti saya, subjek Obstetric & Gynaecology (OnG) datang dalam satu pakej, tetapi diajar dalam dua tahun berasingan yang sengaja dipisahkan. Obstetric adalah merangkumi bidang perbidanan, yang mana kami pelajari di tahun keempat, manakala Gynaecology adalah bidang sakit wanita yang kami pelajari di tahun akhir, iaitu saya sekarang ini.

Habis, korang tengok ke ibu-ibu bersalin tu? Korang kena sambut bayi?” merupakan antara soalan lazim yang sering ditanyakan oleh sanak saudara dan rakan-rakan.

Tak kurang juga saya pernah engage dengan perbincangan yang cukup panas dan hangat melibatkan soal hukum hakam dalam bab ini. Bukan sekali dua, sudah beberapa kali pun sebenarnya. Ditelan mati emak, diluah mati bapak!

P

Teruskan membaca

Memahami “Likes” dan “Comments” di Facebook

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Antara fungsi terbaru yang dikemukakan pihak Facebook tahun ini, adalah fungsi “Ticker” yang membangkitkan kekeliruan dan kebengangan (err) ramai pihak. Ini kerana segala aktiviti yang kita lakukan di Facebook, terpapar di situ dan dilihat oleh pelbagai pihak, termasuklah mereka yang bukan termasuk dalam friendlist kita. Saya cuba meluangkan masa memahami penjelasan yang diutarakan pihak Facebook di ruangan Help mereka, dan ini antara kesimpulan yang saya dapat dari kefahaman saya. Jika ianya tersilap, saya mohon diperbetulkan.

Pertama sekali, perlu difahami, persoalan siapa yang mengetahui/nampak aktiviti “like” dan “comment” anda bergantung kepada setting privasi POST/STATUS yang anda comment, bukannya setting privasi anda. Apabila seseorang mengepos sesuatu di laman profile/timeline Facebook mereka – status, gambar, link, question dsb – orang tersebut boleh meletakkan privasi setting terhadap post berkenaan. Selalunya kita menganggap privasi setting ini sebagai “siapa yang boleh melihat status/gambar/perkara” yang kita poskan tersebut, rupa-rupanya, ia memainkan peranan yang jauh lebih penting daripada itu.

Kita boleh mengetahui setting privasi sesuatu post yang dibuat oleh seseorang, dengan menghalakan kursor tetikus ke ikon disebelah tanda masa post tersebut. Ikon tersebut kecil sahaja, biasanya berupa globe, orang, atau gear.

Teruskan membaca

Gallery – Profail Facebook Baru

Galeri

This gallery contains 13 photos.

Hari ini, seperti tahun-tahun sebelumnya, pihak Facebook ada menganjurkan persidangan F8 untuk menampilkan “perkembangan terkini”. Ramai yang sudah tahu, mengenai “ticker”, tapi tak ramai yang tahu mengenai layout profail baru yang akan dilaksanakan oleh pihak Facebook. Buat masa ini, layout … Teruskan membaca

My Two Cents – Isu JAIS & DUMC

Seorang sahabat mengajukan soalan kepada saya, berkenaan isu “serbuan” pihak JAIS ke atas sebuah program yang diadakan di Damansara Utama Methodist Church. Beliau turut menyertakan sebuah video YouTube menunjukkan rakaman “serbuan” berkenaan. Soalan yang beliau ajukan, saya ubahsuai sedikit namun InshaAllah masih mengekalkan maksud yang sama:

Menurut berita yang dikeluarkan sebelum ini, kononnya program ini cuma majlis kesyukuran, tetapi lihatlah pada video ini, apa pandangan anda? Saya cuma risau, penilaian yang kita buat adalah disebabkan pengaruh faktor politik, kerana bagi saya, apapun yang bertentangan dengan Islam, tidak kisahlah pro kerajaan mahupun pembangkang, kita sepatutnya menilai dari pandangan agama, bukan pandangan politik.

Ini maklumbalas saya secara ringkas,

Teruskan membaca