Ala, benda kecik je tu!

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Jika kita membaca hadis-hadis yang menceritakan sifat-sifat Allah, Rasulullah shalla Allahu alayhi wasallam banyak “meletakkannya didalam konteks”. Contohnya hadis,

“Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada hamba yang berjalan di padang pasir, lalu ia kehilangan kenderaannya yang memuatkan makanan dan minumannya. Ia menyangka akan mati, lalu ia menggali lubang, dan tidur di dalamnya sambil berkata,’Aku akan tidur di dalam lubang ini sehinggalah kematian datang menjemput’

Tiba-tiba kenderaan dan makanan yang ia bawa berada di atasnya. Sampaikan ia berkata, ‘Ya Allah Kau hambaku, dan aku TuhanMu.(tersasul akibat terlalu gembira)

Maka Allah lebih gembira menerima taubat hambaNya daripada kegembiraan hamba tadi. (Muttafaqun ‘alaih)

Dalam hadis ini, Rasulullah tidak hanya menceritakan bahawa Allah itu Maha Penerima Taubat. Tapi Rasulullah meletakkannya didalam konteks agar pendengar/pembacanya dapat benar-benar merasakan betapa hebatnya sifat Allah itu.

Contoh kedua, dalam hadis,

Teruskan membaca

Advertisements

Tersilap Bas

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Pagi yang hening, aku keluar seawal jap 7 pagi kerana perlu menyelesaikan ujian saringan HIV. Ujian ini wajib dilaksanakan oleh setiap warganegara asing, setiap kali memasuki Bumi Salju ini. Memandangkan pagi ini kelas juga ada seperti biasa, aku membuat keputusan untuk keluar awal, agar tidak perlu beratur lama dan dapat segera ke kelas.

Setibanya di perhentian bas, terlihat adik-adik junior sedang menanti bas. Rasa seperti baru semalam, aku menyambut kedatangan mereka selaku pelajar tahun pertama. Tak sangka, setahun sudah berlalu, dan masing-masing sudah bergelar senior di tahun kedua.

Abang Kid,” sapa Engku apabila ternampak aku menghampiri. Salam ditukar, senyuman dibalas.

Ha, Engku. Selamat Hari Raya!” selorohku.

Teruskan membaca

Qiamullail?

Semalam (pagi ini) diadakan Qiamullail Perdana di Nizhny Novgorod.

Apa itu Qiamullail? Qiamullail adalah apabila Muslim bangun di awal-awal pagi (pengakhiran malam) ketika orang lain sedang tidur, untuk melakukan ibadah kepada Tuhan.

Istimewa ke qiamullail ini? Ya, sangat istimewa. Allah telah menjanjikan pelbagai ganjaran di syurga bagi mereka yang rajin Qiamullail. Mereka yang rajin Qiamullail juga akan lebih berdisiplin, rendah diri, serta menjadi penganut Islam yang lebih bersyukur dan berterima kasih.

Berbalik kepada Qiamullail semalam.

Oleh kerana mereka yang mendaftarkan diri terlalu ramai hinggakan tidak muat kawasan mini-dewan tersebut, Qiamullail terpaksa diadakan di dua tingkat serentak.

Sebuah webcam dan wireless microfon dipasang untuk synchronize pergerakan jemaah di atas, dengan imam dan jemaah di bawah.

Antara pengisian yang sempat diadakan adalah – solat sunat tahajjud, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir, solat subuh berjemaah, serta bacaan al-mathurat.

Teruskan membaca

Bala? Ujian? Kemurkaan? Balasan?

“camne nk tau yg kesukaran yg kite hadapi skng ni adalah ujian ataupun kemurkaanNya?”

Saya merenung lama-lama. Message archive Y! memaparkan soalan dari ilidash tu, membuatkan saya berfikir sejenak. Bukan sejenak sebenarnya, berjenak-jenak jugalah.

Saya percaya pasti di antara kita pernah menghadapi masalah. Tak kiralah masalah apa pun. Mungkin seorang calon SPM yang gagal mendapat keputusan yang cemerlang. Seorang fresh graduate yang gagal dalam temuduga kerja yang ke sekian kalinya. Mungkin juga kegagalan dua pihak mempertahankan perhubungan yang terbina. Ataupun kegagalan seorang co-worker memenuhi kehendak ketuanya.

Pelbagai bentuk masalah/ujian/dugaan mampu menimpa kita. Dan pada bila-bila masa sahaja, sebagaimana yang ditetapkan oleh Allah. Siapa tahu, di saat anda membaca tulisan ini, telefon anda berdering menyampaikan berita perginya seseorang yang amat bermakna dalam hidup anda? Pernahkah anda terfikir sedemikian?

Teruskan membaca