Aside

Assalamualaikum.

Kemaskini terbaru saya boleh didapati di laman rasmi saya,

http://me.leokid.my

Laman web Leokid’s Life ini akan tetap dikemaskini sebagai laman simpanan (backup and archive).

Terima kasih atas sokongan anda. Kita jumpa di sana.

Mencari Iman Di Topkapi

Aside

“Mencari Iman di Topkapi”

Kita dahulunya dari kaum yang hina,  
Maka Allah muliakan kita dengan Islam.

Barangsiapa mencari kemuliaan selain dengan Islam,  
Nescaya akan dihina oleh Allah.

Kehijauan dataran Topkapi,  
Selat Bhosphorus disinari mentari,  
Tatkala silaunya mengenai mata sang Sultan,  
Alpa dan leka dek kurniaan Tuhan.

Utuh menara Galata,  
Tatkala Sultan memerhati wilayah jajahannya,  
Ke mana lagi harus dikerahkan bala tentera?  
Timur dikuasainya, Barat ditaklukinya  
Selatan, Mekkah dan Madinah yang barakah,  
Utara, gunung ganang dan kaum gasar yang tiada megah.

Khilafah tidak lagi terbenteng iman,  
Tatkala rakyat mula sinis terhadap Sultan,  
Megah tahtanya dihiasi permata, intan dan berlian,  
Tiada lagi yang bersimpuh di Masjid Sofia, bertemankan Tuhan.

Bangkitnya sekularisma membawa harapan,  
Kamal Attarturk diangkat, simbol perjuangan,  
Menundukkan hedonisma dan kemewahan Sultan,  
Menyanggah kesombongan dan totalitarian agamawan.

Khilafah lebur di tangan penjajah,  
Empayar Islamiyah habis dijarah,  
Tiada lagi mewah, tiada lagi megah,  
Apabila yang disangka penjajahan,  
Rupa-rupanya satu pengkhianatan.

Inni, mimma akhofu alaikum min ba’di,  
Ma yuftahu alaikum, min zahrati dunya..  
Wa zinatiha..

Tangisan Al-Fateh tenggelam dalam sorakan zaman,  
Keringatnya meruntuhkan Constantinople,  
kering sepertimana keringnya jiwa insan.

Ungkapan Umar Al-Khattab itu,  
Bergema merentasi zaman;  
Berdengung melangkaui sempadan;  
Berapa ramai yang –  
mahu mendengarnya,  
mahu membacanya,  
mahu melihatnya,  
mahu memikirkannya?

Mencari iman di Topkapi,  
Tidak kutemuinya di balik Aya Sofia,  
Mahupun indahnya kubah Sultanahmet,  
Walau ku selam ke dasar Bhosphorus,  
Atau ke puncak Pierre Lotti,  
Mahupun jauh ke selatan Faralya,  
Dicelahan butiran pasir Olúdeníz,  
Diufuk mentari senja Mediterranean,  
Atau meredah kesaljian Cappadocia,  
Tiada dijumpai iman itu.

Kerana iman itu,  
Terbit dari hati yang yakin denganNya,  
dan HanyaNya,  
Mencari iman;  
dalam diri sendiri, tempatnya.

Mohd Syamirullah Rahim.  
Topkapi Palace,  
4 Februari 2012  
12:48pm

 

 
 

Aside

Masih sengal-sengal badan, kesan motorsikal yang aku tunggangi tergolek dihadapan HSJ semalam. Huhu. Brek terlalu mengejut. Nasib baik tiada apa-apa kecederaan, kalau tidak alamatnya aku pergi Jabatan Kecemasan selaku pesakit lah. =.=

Lewat malam semalam, sempat menempah tiket menonton filem Harry Potter terbaru, Deathly Hallows bahagian kedua. Aku tidak pernah membaca mahupun menonton bahagian pertama, cuma sempat menjenguk sekali imbas artikel mengenainya di Wikipedia beberapa minit sebelum tayangan bermula. Agak blur jugalah pada awalnya, tapi selepas beberapa adegan, dah boleh catch-up kembali. Hee.

Scene yang paling digemari, adalah scene ketika Voldemort mula melancarkan serangan keatas Hogwarts. Tatkala para guru Hogwarts bersatu-padu bergabung tenaga, berganding bahu mempertahankan Hogwarts. Terkenang mungkin sebegitu jugalah saspen-nya di Perang Ahzab, tatkala umat Islam bergabung tenaga mempertahankan bandar Madinah dari serangan kafir Quraisy.

Oh sungguh tidak kena, membandingkan sebuah filem yang penuh tahyul, syirik dan khurafat, dengan peperangan agung Islam yang diabadikan namanya didalam alQuran. Ngee. XD

Pulang ke rumah lewat malam, tidur lambat, justeru pagi tadi agak mamai. Dah sampai hospital baru tersedar, tak bawa beg! Terpaksa pulang ke rumah terlebih dahulu mengambil beg yang berisi jubah putih, stetoskop dan keperluan-keperluan lain.

Hari ini, hari yang agak membosankan agaknya. Tiada banyak kes yang menarik pun. Terkesan dengan seorang pesakit, seorang wanita melayu berusia 40-an, datang dengan lebam-lebam di seluruh badan. Tulang pergelangan tangannya disyaki retak, manakala tulang lehernya mungkin ada kecederaan. Menurutnya, ianya merupakan “hasil tangan” suaminya, yang memukulnya menggunakan besi buaian anak mereka.

Manusia, bila hilang pertimbangan. “Dayus” adalah gelaran yang diberikan kepada suami yang mengabaikan tanggungjawab dan membiarkan isteri dan anak-anak hilang pedoman. Dalam kes seperti ini, suami yang menzalimi isteri dan memilih keganasan dalam rumahtangga, patut diberi gelaran apa ya?

Aside

Fuh, kepenatan. Baru pulang daripada kampung halaman, di Pokok Sena, Kedah. Bulan ini, boleh dikatakan hampir setiap minggu terpaksa pulang ke kampung. Rumah di kampung sedang diubahsuai, justeru itu perlu diperiksa dan diikut perkembangan terkini agar tiada masalah yang timbul.

Sabtu tempoh hari, berkunjung ke rumah bakal mertua di Ipoh. Maklumlah, cuti setahun sekali, aku dan dia saling berbeza. Dia cuti hujung tahun, aku cuti di pertengahan tahun. Memang tidak bersua bertemu lah. Bila dia cuti, dia datang berkunjung ke rumahku. Bila aku bercuti, aku berkunjung ke rumahnya. Huhu. Itu sahajalah kesempatan yang ada untuk kami saling mengenali keluarga masing-masing.

Balik sahaja dari Ipoh petang tersebut, terus ke Alor Setar. Tiba di sana tatkala sudah agak lewat malam. Pagi Ahad, sempat menziarahi nenek dan sanak saudara, sebelum petangnya bertolak pulang ke Pulau Pinang.

Disebabkan hujung minggu ini banyak berperjalanan, kebetulan pula malam tadi merupakan malam pertengahan bulan Syaaban, bonda mengeluh kerana tidak dapat menyertai masjid/surau untuk ritual membaca yassin tiga kali. Katanya, seolah-olah sudah kerugian pahala nisfu syaaban, kerana tidak dapat menyertai.

Selalunya jika dalam keluargaku, aku lebih gemar mendiamkan diri dan berlapang dada. Maklumlah orang tuaku bukannya orang yang berpelajaran mengenai agama, hanya kuliah-kuliah di radio dan televisyen sahajalah yang menjadi sumber fardhu ain mereka. Tambahan pula sepanjang perjalanan semalam, DJ Radio berulang-ulang menyebut mengenai ritual sambutan Nisfu Syaaban yang entah siapa yang mula-mula mensyaratkannya.

Aku sendiri pun menjadi hairan. Kuasa apakah yang dipegang oleh para ustaz ulama’ ini, menetapkan bacaan yassin tiga kali di masjid. Itulah yang aku perjelaskan kepada bonda. Hadis mengenai nisfu syaaban adalah hadis umum. Tidak terdapat sebarang amalan khusus yang ditetapkan oleh Nabi shalla Allahu alayhi wa sallam. Beribadahlah seperti biasa, tingkatkanlah ibadah kerana terdapat hadis shahih riwayat Ibnu Hibban yang dishahihkan Syeikh Al-Albanii, menyebut bahawa Allah memandang kepada hamba-hambaNya di malam tersebut. 

Tetapi tidak ada, ritual jadi-jadian seperti membaca yassin tiga kali. Sungguh, insan yang menetapkan ritual tersebutlah yang sebenarnya menghadkan malam nisfu syaaban dan menghilangkan nilai malam ini yang sebenarnya.

Bagaimana dengan orang yang tidak dapat berkunjung ke masjid? Adakah mereka terlepas pahala malam nisfu syaaban? Bagaimana dengan wanita keuzuran yang tidak dapat membaca surah-surah alQuran? Adakah mereka terlepas pahala malam nisfu syaaban? Bagaimana dengan warga tua yang semput lenguh nak habiskan tiga kali bacaan yassin? Mereka juga, terlepas pahala nisfu syaaban?

Rosak dan alangkah buruk agama, ditangan mereka yang cuba mengekslusifkannya.

Ok, cukup membebel bab ini. Malam ini perlu tidur awal. Esok perlu kembali bertugas. Sudah dua minggu aku ditempatkan di Jabatan Kecemasan. Pelbagai kes-kes menarik yang aku lalui, namun belum sempat aku ceritakan. Tengoklah jika rajin, esok atau dalam minggu ini, aku cuba kemaskini lagi Leokid’s Life.

Oh ya, aku mula menggunakan nama berunsurkan Arab. “Abu Suhayl Muhammad An-Nawawi”. Abu Suhayl, kuniyahku. Muhammad, namaku. An-Nawawi, berdasarkan tempat kelahiranku, Kampung Nawa, Pokok Sena, Kedah. Semoga ianya menjadi satu usaha kearah mematangkan peribadi serta sedikit sebanyak menitip sunnah Rasulullah shalla Allahu alayhi wa sallam.

Wallahua’lam, wassalam.

Aside

Where is the moment we needed the most?
You kick up the leaves and the magic is lost;
They tell me your blue skies fade to grey..
They tell me your passion’s gone away..

And I don’t need no carryin’ on?

You stand in the line just to hit a new low;
You’re faking a smile with the coffee to go..
You tell me your life’s been way off line,
You’re falling to pieces everytime,

And I don’t need no carryin’ on.. =.=

Aside

Cantik juga tema baru yang disediakan WordPress ini. Saya sukakannya kerana ia menawarkan font yang besar dan mudah dibaca, selain warnanya yang lembut. Susunaturnya juga kemas.

Diharapkan tema baru ini turut sama mencetuskan semangat untuk terus mengemaskini Leokid’s Life. Hehe.

Jika para pembaca ada feedback mengenai tema baru ini, sila kemukakan di ruangan komen, ya?

Wassalam.