(akhirnya, ku update jua blogku ini)

Tertarik dengan satu topik perbincangan yang dimulakan oleh saudara Abdul_Jabbar di Forum ILuvIslam. Beliau membawakan satu artikel dari Utusan Malaysia (saya agak seksyen Kesihatan kot), menceritakan mengenai satu perkara yang menarik dan begitu asing dalam kalangan masyarakat kita – bersalin dalam air!

Bukan bersalin baju. Bukan bersalin kulit. Tapi bersalin anak. Proses melahirkan anak, di mana ibu akan berada di dalam sebuah kolam/tab khas lalu proses melahirkan anak tersebut dilakukan di dalam kolam/tab tersebut!

Untuk pengenalan, mari saya bawakan sedikit sedutan dari artikel Utusan tersebut. Sesiapa nak baca dengan lebih lanjut boleh click pada link tersebut ye:

Bersalin di dalam air kurang sakit

Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

Untuk bersalin di dalam air, seorang ibu perlukan kolam dengan air dengan suhu bilik 37 darjah Celsius, tidak terlalu sejuk dan tidak pula terlalu panas.

SECARA umumnya kita mengetahui tentang kelahiran di dalam air menerusi dokumentari yang disiarkan di kaca televisyen. Penulis juga pernah melihat satu dokumentari di mana seorang ibu yang memilih untuk bersalin di dalam air berkongsi pengalaman tersebut bersama sanak saudara dan jiran-jirannya, sungguh mengagumkan.

Apabila terbaca artikel Utusan ini, saya teringat kepada buku Survival of the Sickest karya Dr. Sharon Moalem yang telah saya habiskan beberapa ketika dahulu. Buku tersebut juga ada menceritakan serba sedikit mengenai kelahiran dalam air ini, serta mengulas mengenainya dari aspek genetik dan evolusi.

Mungkin ada di antara kita yang menolak teori evolusi, namun ingin jua saya ajukan pendapat dan kefahaman saya dari apa yang cuba disampaikan dalam buku tersebut. Betul atau tidak? Wallahua’lam. Tetapi ianya adalah sains, dan sains itu adalah sunnatullah, yang berlaku semuanya kerana keizinan Allah. Maka kesimpulannya, tiada yang mustahil bagi Allah, dan tiada yang mustahil dalam sains. =)

Paksi utama perbincangan ini adalah berkisar kepada proses kelahiran manusia. Sebenarnya, proses kelahiran manusia adalah satu proses yang berbahaya. Berbahaya as in comparison with mana2 hidupan yang genetically lebih kurang sama dengan manusia.

.

Proses Kelahiran Manusia Adalah Berbahaya

Ada 2 ciri manusia yang menjadikan kelahiran manusia ni berbahaya – “otak yang besar” dan “berjalan dengan dua kaki”.

Struktur tulang manusia, berubah menjadikan kita ni boleh berjalan dengan dua kaki. Antara struktur tulang yang berubah memainkan peranan penting adalah struktur tulang punggung/pelvis. Menurut Wenda Trevathan, seorang anthropologis biologi, pelvis manusia adalah terputar (“twisted”) di tengah. Pelvis manusia bermula dengan agar lebar, tetapi menjadi semakin sempit di hujungnya, dan di penghujungnya exit adalah agak sempit untuk kepala seorang bayi keluar.

Berjuta tahun selepas manusia mula berjalan atas dua kaki, kita mula develop otak yang lebih besar. Otak besar bermaksud kepala yang lebih besar. Akibatnya, manusia wanita yang mempunyai tulang pelvis yang kecil dan exit yang sempit, mula melahirkan bayi yang berkepala besar. Itulah antara sebab kenapa manusia ketika kecil, kepalanya lembut (kalau sape2 belajar medik pun tahu, bayi xde fully developed skull tapi ade fontanelle). Dan disebabkan pelvis exit yang sempit juga membuatkan saluran peranakan menjadi lebih sempit, maka bayi tidaklah dilahirkan secara terus direct tapi kena rotate/twist along the way. Sebab itu proses kelahiran manusia biasanya memerlukan pertolongan dari manusia lain, unlike mamalia2 lain yang boleh melahirkan anak secara berseorangan.

So ada beberapa evolutionist sibuk memikirkan, kenapa manusia berevolusi in such that way? Evolusi mengambil prinsip natural selection, di mana secara logiknya tentulah kelahiran yang lebih mudah itu lebih di-favourable berbanding kelahiran yang berbahaya. Kenapa evolusi kita memilih untuk proses kelahiran yang cukup berbahaya juga? Otak yang besar adalah baik, kerana ia memberi kita manusia intelek yang tinggi. Maka persoalan kenapa ini membawa kepada asalnya, iaitu faktor yang lagi satu itu – “Kenapa manusia berjalan dengan dua kaki, bukan empat?”

Ada banyak teori menjawab persoalan ini, salah satunya Savannah Theory. Saya taknak kupas panjang mengenai teori ini, apa yang di-postulate, sejarah history-nya dsb, kerana ianya hanya akan memanjangkan post saya saja. Sape nak tau bleh cari kat wikipedia ye. Hehe.

Adapun Savannah Theory itu adalah conventional, dan terdapat beberapa flaw dalam teori itu. Basically teori tu kata kita berjalan dengan dua kaki supaya lebih cepat dan mudah untuk mendapatkan makanan. Tapi kalau nak kira cepat, cheetah lagi cepat. Savannah Theory also kata, sebab itu jugalah manusia tidak banyak bulu, berbanding mamalia lain. The only type of mamalia that hairless is, aquatic mamalia.

.

Manusia sebenarnya hidupan akuatik?

Maka itu teori evolution yang baru – manusia sebenarnya bukan berasal dari primates, tetapi merupakan aquatic mamalia. Alister Hardy, seorang marine biologist, membuat kajian mengenai hypothesis ini, dan beliau mendapat banyak bukti2 yg compelling. Antaranya seperti

– Lemak badan manusia melekat dengan terus pada kulit. Lihat perbezaannya berbanding kucing. Cuba cubit kulit kucing, dan kita dapati seolah2 tertanggal antara kulit dan isinya, kerana loose fat yang memisahkannya. Mamalia aquatic yang lain seperti badak, singa laut, ikan paus, dolfin – semuanya mempunyai kulit yang melekat secara terus dengan lemak. Kenapa? Ia membolehkan hidupan ini bergerak di dalam air dengan menggunakan tenaga yang minima (kurang rintangan). Dan ia juga memudahkan untuk hidupan ini terapung.

– Manusia boleh makan ikan, serta boleh menahan nafas untuk satu tempoh yang relatively panjang di dalam air. Ianya cukup untuk manusia lari dari predator atas tanah (seperti leopard dsb) ke dalam air, serta boleh lari dari predator dalam air (seperti buaya dsb) ke atas tanah.

– Menunjukkan kenapa manusia tidak mempunyai bulu yang banyak, berbanding mamalia darat yang lain. Boleh tengok lah seperti primates, atau mamalia seperti kuda dsb. The only mamalia yg x ada @ x banyak bulu adalah mamalia akuatik – untuk memudahkan berenang (streamline arus air)

– Juga menjelaskan, kenapa hidung dan lubang hidung kita develop menghadap ke bawah (prominent nose). Untuk memudahkan kita berenang dan menyelam, tanpa air masuk ke paru2. Satu2nya primate yang ada hidung sebegini adalah proboscis monkey (monyet belanda), yang kebetulannya juga semi-aquatic.

So akhirnya, kembali kepada tajuk utama post ini. Atas sebab itu jugalah, dikaitkan dengan kelahiran manusia (part pertama post saya ini) dengan hypothesis bahawa manusia asalnya adalah hidupan mamalia akuatic, maka dicadangkan bahawa naturally proses kelahiran manusia berlaku di dalam air!

.

Melahirkan Anak Di Dalam Air Adalah Natural?

Maka dari teori di ataslah, dikatakan bahawa sebenarnya adalah natural bagi manusia untuk melahirkan anak di dalam air. Malah banyak kajian telah dilakukan mengenai proses kelahiran di dalam air ini. Namun terlebih dahulu, jom tengok sejarah kelahiran di dalam air:

Legenda menyatakan sejarah manusia melahirkan anak di dalam air telah berlaku seawal abad ke 19 di Perancis. Lagendanya, seorang bidan tengah berusaha memudahkan seorang ibu ini yang telah 48 jam bergelut dengan kesakitan untuk melahirkan anak, mencadangkan ibu tersebut untuk mandi dengan air suam supaya lebih bertenang. Akhirnya ibu tersebut melahirkan anak di dalam tab mandi tersebut :D

Father of modern water birthing, adalah seorang saintis Russia iaitu Igor Tjarkovsky, iaitu pada 1960 beliau mereka sebuah tangki khusus untuk melahirkan anak di dalam air. Tetapi trend tersebut hanya mula mendapat perhatian di barat sekitar tahun 1980. Namun hanya setelah tahun 1999, kajian lebih mendalam mengenai water birth ini mula mengambil tempat pada ramai saintis dan pusat penyelidikan dunia.

Rata-rata, kajian demi kajian menangkis banyak misconception terhadap proses melahirkan anak di dalam air ini. Persoalan-persoalan seperti – “tak lemas ke anak tu?”, “nanti penuh darah dalam kolam tu”, “bagaimana dengan jangkitan kuman, kan lagi senang dalam air?”

Jika persoalan2 tersebut berasal dari jiwa yang dipenuhi dengan semangat inkuiri dan sikap curious, maka alhamdulillah, penjelasan yang diberikan pasti dapat menjawab segenap persoalan2 tersebut.

Namun yang saya kesali adalah apabila persoalan-persoalan tersebut berasal dari sikap kejahilan/tidak tahu disertai bersama prejudis @ sangkaan, lantas berkembang menjadi hujah yang sentimental dan emosi dalam menolak konsep kelahiran air ini seperti “sapa yang tak sayang bini/anak”, “penat2 mengandung 9 bulan”, dsb. Betapa kejahilan boleh menjadi fitnah kepada sains itu sendiri!

.

Fakta Vs Misconceptions

Faktanya – Antara kelebihannya waterbirth:

Tidak ada peningkatan kepada risk of infection, malahan bayi yang dilahirkan secara waterbirth mendapat lebih protection terhadap “aspiration pneumonia”. Bayi yang dilahirkan tidak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada udara. So ada kes di mana apabila bayi dilahirkan, ia terus menyedut udara dengan kuat menyebabkan sisa-sisa amniotic fluid dan kotoran lain disedut oleh bayi menyebabkan terjadinya “aspiration pneumonia”. Tetapi kelahiran di dalam air, membolehkan bidan membersihkan muka bayi terlebih dahulu sebelum mengangkatnya keluar, sekaligus mengurangkan risiko aspiration pneumonia.

– Sepertimana yang dikatakan, bayi yang dilahirkan tidak bernafas dengan udara selagi dia belum terdedah kepada udara. Kronologinya adalah setelah bayi dilahirkan, attendan/ibu/suami membersihkan muka dan badan bayi lalu diangkat keluar dari air, seterusnya baru tali pusat dipotong. Justeru, tidak timbul persoalan “bayi lemas di dalam air”.

– Juga, first-time mother yang melahirkan anak di dalam air memerlukan masa yang lebih singkat. Mungkin air tersebut menenangkan fikiran yang cemas, atau mungkin menyegarkan badan yang penat, tidak diketahui, cumanya yang pastinya proses kelahiran lebih singkat.

Kurangnya keperluan pada episiotomy. User2 ibu yang pernah melahirkan anak tahu kot apa episiotomy nih. Hoho. Teorinya, air memudahkan otot dan kulit untuk stretch.

– Dan yang paling beneficial, adalah majority ibu yang melahirkan anak di dalam air ini tidak perlukan painkiller. Hanya 5 percent je yang meminta epidural, sedangkan dalam kelahiran biasa 66% ibu meminta diberi epidural.

Maka dari penjelasan dan kajian di ataslah, dapat dirumuskan bahawa sebenarnya kelahiran di dalam air itu lebih beneficial/baik bagi manusia! Teknik kelahiran yang unorthodox ini semakin mendapat tempat baik di luar negara, mahupun di dalam negara kita.

.

Risiko?

Menurut artikel dari utusan tersebut, antara pusat perubatan di Malaysia yang memperkenalkan teknik kelahiran dalam air ini adalah Pusat Perubatan Pantai di Bangsar, Kuala Lumpur. Sebanyak 2 kelahiran telah berjaya disambut setakat ini.

Pakar perbidanan dan kelahiran, Pusat Perubatan Pantai, Bangsar, Kuala Lumpur Dr. Choong Kuo Hsiang berkata, di Malaysia, kaedah ini tidak begitu diterima rakyat Malaysia memandangkan ia agak bertentangan dengan adat dan budaya sesetengah kaum di negara ini.

“Memang ada permintaan untuk kelahiran cara ini di Malaysia tetapi kebanyakan yang memilihnya adalah wanita Inggeris yang menetap di Malaysia kerana mengikut suami bertugas di sini,” jelasnya ketika ditemui di kliniknya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Justeru, katanya, Pusat Perubatan Pantai telah merasmikan pusat kelahiran air yang pertama di Lembah Klang awal tahun ini. Sejak dari tarikh tersebut sebanyak tiga percubaan melahirkan anak di dalam air, namun hanya dua yang berjaya dilahirkan dengan kaedah ini.

Pun begitu, segalanya terpulang kepada pilihan pasangan itu sendiri. Proses kelahiran, sama ada di dalam air mahupun di luar air masing-masing merupakan satu proses yang cukup kompleks. Pastinya terdapat kemungkinan berlakunya komplikasi, dalam mana-mana cara sekalipun.

Cuma pada hemat saya secara peribadi, memandangkan kelahiran konvensional secara biasa itu sudah lama established dan para attendan/doktor juga pastinya lebih berpengalaman menguruskannya, terutamanya jika berlakunya komplikasi. Adapun bagi kelahiran dalam air ini, ianya masih baru diperkenalkan dan kemungkinan terdapat beberapa lompang dan kekurangan yang belum dapat dikenalpasti.

Justeru, seriously, pemilihan untuk bersalin di dalam air atau kelahiran secara biasa, is really up to the choice. Kedua-duanya mempunyai pros dan kontras yang tersendiri. Bagi ibubapa/pasangan yang berkeinginan akan sesuatu “kelainan” yang pastinya akan diingati sepanjang hayat, maka kelahiran di dalam air merupakan satu cabaran yang menarik dan berbaloi untuk anda cuba!

Bak kata user ammcreative, “baby tu besar nanti jadi perenang handalan la!“. =)

.

Bacaan Lanjut:

Saya sertakan di bawah senarai jurnal-jurnal mengenai waterbirth ini, juga saya sertakan sinopsis salah satunya. Sila klik

– R.E Gilbert and P.A Tookey (1999) Perinatal mortality and morbidity among babies delivered in water: surveillance study and postal survey. (BMJ 319(7208):483-487)

– For a beautiful illustrated book with many photographs of mothers giving birth and swimming with their children, see J.Johnson and M.Odent : We Are All Water Babies (Berkeley, CA: Celestial Arts Publishing, 1995)

– E.R Cluett, R.M. Pickering, K. Getlife, and N.J St George Saunders (2004) Randomised controlled trial of labouring water compared with standard of augmentation for managemeng of dystocia in first stage labour (BMJ 328(7435):314

– E.R Cluett, V.C Nikodem, R.E.McCandlish, and E.E Burns (2004) Immersion in water in pregnancy, labour and birth (Cochrane Database Syst Rev (2): CD000111).

– For the Italian study mentioned in the text, see A. Thoeni, N.Zech, L.Moroder and P.Flooner (2005) Review of 1600 water births: does water birth increase the risk of neonatal infection? (J Matern Fetal Neonatal Med 17(5):357-361)

– Water birthing is not without controversy; to see a study that found no possitive correlation, see K.Eckert, D.Turnbull, and A.MacLennan (2001) Immersion in water in the first stage of labor: a randomized controlled trial (Birth 28(2):84-93)

A. Thoeni, N.Zech, L.Moroder and P.Flooner (2005)
Review of 1600 water births: does water birth increase the risk of neonatal infection?
J Matern Fetal Neonatal Med 17(5):357-361

Objectives.
We reviewed 1600 water births at a single institution over an 8-year period.

Methods.
We compared 737 primiparae deliveries in water with 407 primiparae deliveries in bed, and 142 primiparae on the delivery stool. We also evaluated the duration of labor, perineal trauma, arterial cord blood pH, postpartum maternal hemoglobin levels, and rates of neonatal infection. In 250 water deliveries we performed bacterial cultures of water samples obtained from the bath after filling and after delivery.

Results.
The duration of the first stage of labor was significantly shorter with a water birth than with a land delivery (380 vs. 468 minutes,). The episiotomy rate in all water births was lower with a water birth than with a delivery in bed or a delivery on the birthing stool (0.38%, 23%, and 8.4%, respectively). The rate of perineal tears was similar (23%, respectively). There were no differences in the duration of the second stage (34 vs. 37 minutes), arterial cord blood pH, or postpartum maternal hemoglobin levels. No woman using the water birth method required analgesics. The rate of neonatal infection was also not increased with a water birth (1.22% vs. 2.64%, respectively).

Conclusion.
Water birth appears to be associated with a significantly shorter first stage of labor, lower episiotomy rate and reduced analgesic requirements when compared with other delivery positions. If women are selected appropriately and hygiene rules are respected, water birth appears to be safe for both the mother and neonate.

Keywords:
Water birth; delivery methods; duration of birth; perineal trauma; shoulder dystocia; pool contamination; neonatal infections


13 responses to “Bersalin Dalam Air?”

  1. salam…

    suka artikel neh. Macam besh jek waterbirth. Tapi memikirkan ‘doktor Malaysia tak mahir lagi dengan unexpected complication’, mungkin sebab utama ia tidak menjadi pilihan para ibu. Tapi kan, bab memudahkan kelahiran…
    Kalau biasanya kita basuh gelas, kita akan tindihkan gelas tuh antara satu sama lain, kan? (imagine that- cannot show any pict) Kadang2, gelas tersebut saling ‘melekat’ antara satu sama lain dan sukar nak dipisahkan. Gelas2 akan direndam di dalam air, untuk melicinkan permukaannya. So, mudah sket nak dipisahkan… Agaknya waterbirth pn konsepnya camtuh… Baby main gelungsur dengan slumber jer, kuar dari perut ibu… ^^

    Bakal ibu.. ^^

    hehe, kena betulkan sket tu. “doktor Malaysia tak mahir lagi dengan unexpected complication melibatkan waterbirth”, sebab yg waterbirth ni masih baru lagi. itu pun based on assumption saya, melihatkan ianya masih baru.

    Kalau ada dalam kalangan para pelawat merupakan doktor yang pernah terlibat dalam prosedur waterbirth ini, mungkin boleh berkongsi dengan saya dan pelawat2 lain, serta menyangkal assumption saya tersebut.

    Apapun, mcm saya kata la, komplikasi itu boleh terjadi kepada mana2 kelahiran pun. Kadang2, mungkin disebabkan cuai, mungkin disebabkan sesuatu yang tak dapat dijangka, mungkin juga sebab dah nak jadi.. Saya percaya kakitangan yang handle kelahiran tidak kiralah waterbirth mahupun kelahiran biasa, pasti sudah bersedia dan yakin dengan kemampuan/kemahiran yang ada. =)

  2. Kau setuju tak kalau isteri kau nak bersalin dengan cara ni?

    Kena tanya tuan punya body lah. Yang bersalinnya dia, bukan aku. Ahaha. Tapi kalau dia nak, aku support jelah.

    :D

  3. MsHappy_ireland Avatar

    Assalamualaikum w.b.t

    interesting!! bole la kte try bila dh pregnant nnt… tu pn klu sume hosp kt msia dh introduce waterbirth…
    a new visitor for ur blog…i should say, this is a very nice n informative blog for med students + every1… keep up good job! bole la amik taw psl medic in russia… best gak klu dpt post article mcm ni kt iluvislam…kte agk jrg jmpe article about health kt iluvislam…

  4. Assalamualaikum Syamir,

    Well, I found it interesting since my good friend, Alicia had gone through these kind of experience herself back in the States. She appointed her midwife months before the actual day came and delivered her 2nd baby at home. Tu la, saya x pernah lagi dgr such procedure took place in any hospital di sini. Nak tahu juga bagaimana rasanya ye? Hehee.. Anyway, how’s your studies?

  5. post y menarek!!!!!!
    water birth ni mmg bnyak kat youtube…
    mmg mcm kebiasan dah di barat…
    ada yg boleh bersalin dlm air sorang2 jer plak tuh…tanpa bantuan sesiapa……
    huhuhuuhuhu….

  6. ade ke hospital kat sini bgi pakai cara nie?

    ada, rasanya. cuba rujuk link Utusan di atas tersebut.

  7. salam,
    sila layari bersama juga web saya..terima kasih

    Admin,
    http://NTVirus.wordpress.com

  8. salam…
    nice entries..
    n its da new inf0rmation 4 me..
    syukran.. :)

  9. info tentang bersalin dalam air di SIHAT SELALUBersalin Dalam Air Kurang Sakit

  10. i still a student
    agak seram citer pasal nie yer..

  11. Ah, lupa pula,
    ustaz saya kata, tidak sah memberi salam dengan hanya `salam’
    mestilah penuh dengan,… yg macam kita belajar tuh…
    apapun, pandangan orang ,…lain-lain..
    apamacam?

  12. lupa lagi..!
    dan mesti mengucapnya dengan mulut..
    baru betul !
    samalah macam dalam henset..

  13. tengok kat youtube<<<kalo x rse ngeri la

Leave a comment

Create a website or blog at WordPress.com