Sejarah Palestin & Israel

Gambar Satelit
Gambar Satelit

Posting ini adalah bertujuan menyebarkan maklumat asas mengenai sejarah konflik Palestin-Israel yang telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu, sekaligus berlaku terus-terusan sehingga ke sekarang malah disusuli pula dengan keganasan dan kekejaman.

Posting ini adalah ditulis berdasarkan kefahaman saya, sebarang kesilapan terutamanya dari segi fakta, mohon diperbetulkan.

Posting dipetik dari Leokid.com

Tanah Rahmat

Bagi kedua-dua pihak Islam dan Yahudi, tanah yang didiami oleh Palestin dan Israel sekarang merupakan tanah yang istimewa, yang telah ditentukan oleh Allah sejak ribuan tahun lampau.

Bagi umat Islam, di tanah inilah terbinanya Masjidil Aqsa, iaitu masjid ketiga paling mulia di dunia ini, setelah Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.

Bagi penganut Yahudi pula, tanah tersebut merupakan “Tanah Yang Dijanjikan Tuhan” kepada mereka. Di situlah nenek moyang mereka berasal (Bani Israel), dan di situlah kampung halaman mereka. Mereka percaya, di tanah itulah terletaknya Bukit Zion, dan situlah tertanamnya Temple of Solomon, iaitu kuil suci mereka.

Atas kedua-dua sebab inilah, tanah tersebut menjadi rebutan antara Muslim dan Yahudi sejak dari dahulu, hinggalah membawa kepada pertumpahan darah sekarang.

Bagaimana dengan Kristian pula? Kristian juga, menganggap tanah tersebut sebagai tanah suci. Di Temple of Nazareth, yang terletak di tanah tersebut, merupakan tempat kelahiran Nabi Isa. Di tanah itulah Nabi Isa menyampaikan ajarannya, dan di tanah itu jugalah Nabi Isa disalib (mengikut kepercayaan kristian).

Sejarah Awal

Sebenarnya sejarah bani Israel wujud sedari zaman Nabi Ibrahim lagi. Namun, kita susuri sedari kependudukan Bani Israel itu di Mesir, sepertimana yang diutuskan Nabi Musa a.s kepada mereka.  Kita tahu melalui alQuran, bahawa Firaun dan tenteranya mengejar Nabi Musa dan kaumnya sehingga ke Laut Merah, di mana ketika itu Nabi Musa menggunakan mukjizatnya membelah dan menyeberangi lautan tersebut.

Setelah itulah Nabi Musa dan kaumnya Bani Israel mendiami tanah Palestin tersebut. Kita boleh baca sendiri dalam alQuran, betapa kaum ini semakin lama semakin “besar kepala”, meminta yang pelbagai dari Nabi Musa dan sebagainya. Kita juga boleh lihat kisah Talut dan Jalut yang berlaku setelah kewafatan Nabi Musa, sebagaimana yang diceritakan di dalam alQuran di surah alBaqarah.

Setelah Talut menawan kembali tanah palestin tersebut dari kekuasaan Jalut, tampuk pemerintahan Palestin disambung pula oleh Nabi Daud. Seterusnya disambung oleh Nabi Sulaiman, dengan bala tenteranya dan kegemilangan kerajaannya (termasuk haiwan, jin dan angin). Palestin dimiliki oleh Bani Israel, sehinggalah lebih kurang 60 tahun sebelum kelahiran Nabi Isa. Pada tempoh ini, kerajaan Rom menekan kependudukan Bani Israel di tanah Palestin tersebut, sehinggalah akhirnya tanah Palestin dijarah oleh tentera Rom dan kaum Bani Israel diusir keluar lalu. Lalu tersebarlah kaum Bani Israel, atau dikenali sekarang sebagai Yahudi, ke serata dunia.

Sejak dari itu, tanah Palestin menjadi milik kerajaan Rom. Sehinggalah setelah kelahiran Nabi Isa, seterusnya kewujudan agama Kristian. Lebih kurang pada tahun 300 Masihi, kerajaan Rom di bawah pemerintahan Raja Constantine yang menjadikan Constantinople sebagai pusat pemerintahan, mengalami Kristianisasi. Sejak dari tempoh tersebut, kerajaan Rom menguasai Palestin.

Kedatangan Islam

Palestin kekal di bawah milik kerajaan Rom sehinggalah kelahiran Nabi kita Muhammad s.a.w. Setelah Rasulullah berjaya menubuhkan Empayar Islam, beliau wafat pada 632 Masihi. Seterusnya empayar Islam semakin berkembang, dan Palestin berjaya ditawan dari kerajaan Rom pada tahun 638 Masihi. Maka sedari itulah Palestin menjadi milik Islam, sebagai tanah suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah.

Sepanjang dari tempoh tersebut, kerajaan Rom yang telah menjalani Kristianisasi, mengalami pelbagai perubahan dari sudut struktur pemerintahan. Bangsa-bangsa asal Eropah seperti Vikings, Magyar dan sebagainya dikristiankan, dan pemerintahan dikuasai oleh golongan Church.

Sejak dari 1000 Masihi, tentera Kristian telah melakukan pelbagai usaha menawan kembali Palestin. Pada tahun 1063, Pope Alexander II memberikan “fatwa” mengerahkan penganut Kristian untuk berjuang mendapatkan kembali Palestin, dan barangsiapa yang berjuang diberikan status kemuliaan dan pengampunan tertinggi. Itulah yang dikenali sebagai Perang Salib (Crusades)

Akhirnya pada tahun 1099, tentera Salib berjaya menawan Palestin, dan menguasai tanah suci tersebut selama hampir 200 tahun.

Menawan Semula

Setelah Palestin ditawan, kerajaan Islam yang sedia ada konflik dalaman pada ketika itu, semakin hilang semangat. Keadaan berlanjutan sehinggalah lahirnya seorang pemimpin agung, yang dikenali sebagai Salahuddin Al Ayyubi. Salahuddin Al Ayyubi, menyatukan masyarakat Arab yang ketika itu berpecah belah akibat perbezaan mazhab dan aliran, seterusnya membawa tentera Islam menyerang kembali Palestin. Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan.

Sejak itulah tanah suci Palestin kekal di bawah pemerintahan Islam dengan aman damai. Malahan, penduduk asal Palestin iaitu Yahudi/Bani Israel dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka, walaupun masih ramai yang bermastautin di luar. Kerajaan Islam berkembang meluas, hinggalah masuk ke era pemerintahan Turki Uthmaniyyah.

Zaman Turki Uthmaniyyah mengalami kejatuhan sejak dari abad ke-19 lagi. Proses modenisasi semakin berlaku, dan kebergantungan terhadap kuasa barat semakin wujud. Krisis-krisis dan konflik dalaman melemahkan lagi kekuasaan empayar Turki Uthmaniyyah. Khalifah pada masa tersebut hanyalah pada namaEmpayar Islam semakin lemah, di bawah kekuasaan barat seperti Britain dan Perancis.

Perang Dunia Pertama

Akhirnya, pada tahun 1914, tercetusnya perang dunia pertama. Perang dunia pertama terdiri daripada 2 kuasa besar, iaitu Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia menentang Pakatan Pusat iaitu Jerman dan Austria/Hungary. Setelah perang berterusan, negara-negara lain seperti Amerika Syarikat dan Italy menyertai Pakatan Bertiga, manakala Kerajaan Turki Uthmaniyah pula menyertai Pakatan Pusat.

Berada di bawah Pakatan Pusat, kerajaan Turki Uthmaniyyah diserang hebat oleh Pakatan Bertiga Britain-Perancis-Russia. Kerajaan Islam Timur  diserang dan ditawan oleh Britain. Kerajaan Islam Barat yang menjangkaui sehingga ke Algeria, Sudan dan negara-negara utara Afrika, dikuasai oleh Perancis. Kerajaan Islam juga diserang dari utara, oleh Russia, menyaksikan Russia menawan kawasan utara kerajaan Islam.

Perlu diberi perhatian, pada ketika ini, masih belum wujud negara bangsa, kerajaan Islam adalah disatukan di bawah satu pemerintahan khalifah, manakala setiap kawasan pula ditadbir oleh gabenor masing-masing.

Perpecahan Negara Arab

Pada ketika tempoh inilah, kerajaan Turki Uthmaniyyah mengalami konflik yang semakin hebat. Britain melalui perisiknya yang dikenali sebagai Lawrence of Arabia, menyuburkan semangat nasionalisma di negara-negara Arab. Pejuang kebangsaan/nasionalisma Arab pula menyerang kerajaan Turki Uthmaniyyah. Pemerintah Arab ketika itu, Emir Faisal 1, berpaling tadah dan memihak kepada Britain. Sejak dari itulah kerajaan Arab menjadi tali barut Britain.

Pada tahun 1915, Britain mula menduduki kawasan Iraq. Akhirnya pada 1917, Britain menduduki semula kawasan Palestin. Tentera Britain, diketuai General Allenby, memasuki Palestin pada 9 Disember 1917 lalu memberi ucapan – “hari ini, perang salib sudah berakhir”.

Pada 1917, Britain mengisytiharkan Deklarasi Balfour, iaitu perjanjian antara kerajaan Britain dengan ketua persatuan Yahudi Britain ketika itu, yang mana antaranya menjanjikan tanah Palestin kepada Yahudi. Penempatan Yahudi di Palestin meningkat, dari 50,000 sebelum itu kepada mencecah setengah juta, manakalan penduduk Islam Palestin ketika itu hampir mencecah 1.4 juta.

Wakil dari Yahudi ketika deklarasi tersebut, merupakan seorang Yahudi bernama Chaim Weizzmann. Weizzman juga merupakan seorang saintis, malahan saintis pertama yang menghasilkan bahan kimia acetone, seterusnya acetone digunakan sebagai cordite, iaitu sejenis bahan letupan yang menyumbang besar kepada kejayaan Britain dalam perang tersebut. Weizzman mendesak setiausaha luar Britain ketika itu, Arthur Balfour, supaya diadakan Deklarasi tersebut. Kerana terhutang budi ke atas sumbangan Weizzman, kerajaan Britain bersetuju. Pada mulanya, Britain menawarkan tanah di Uganda kepada Weizmann, namun Weizmann menolak dan mahukan Palestin. Dikatakan, Weizmann bertanya kepada Balfour,

“Encik Balfour, katakanlah saya menawarkan Paris dan London kepada encik, yang mana satukah yang encik mahukan?”

“Tetapi, kami sememangnya sudah memiliki London!”

“Betul itu, tetapi ketika London masih lagi sebuah kawasan paya, kami telahpun memiliki tanah Palestin!”

Akhirnya, British membenarkan kaum Yahudi berhijrah ke tanah Palestin.

Pada tahun 1919, Emir Faisal I ketika itu pula menandatangani perjanjian antara beliau dengan  Chaim Weizzmann, menyatakan sokongan sepenuhnya beliau dan kerajaan Arab kepada Deklarasi Balfour.

Akhirnya pada tahun 1919, berakhirnya Perang Dunia Pertama. Kerajaan Islam Turki Uthmaniyyah menerima tamparan hebat setelah kehilangan kawasan-kawasannya yang luas, termasuklah Palestin. British dan Perancis mula menjalankan kolonisasi di tanah-tanah jajahannya. Dari situ wujudlah negara bangsa, apabila sempadan-sempadan digariskan memisahkan sempadan agama.

Kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

Pada tahun 1918, tentera kolonial Britain menduduki pusat pemerintahan Turki Uthmaniyyah, iaitu Istanbul. Pada tahun 1922, setelah tamat Perang Dunia Pertama, sebuah Persidangan Lausanne diadakan, yang antaranya mempunyai beberapa tuntutan seperti – sistem khalifah ditamatkan, khalifah mestilah dibuang negeri, harta khalifah dirampas, dan kerajaan turki baru akan ditubuhkan atas dasar sekular. Ya, persidangan tersebut menjanjikan kemerdekaan ke atas negara Turki.

Seorang ahli Parlimen Turki pernah bertanya kepada Lord Curzon, ketua perunding pihak pakatan ketika itu – “Kenapa hanya Turki dimerdekakan, sedangkan negara-negara Arab yang lain masih di bawah pemerintahan kolonial?”

Lord Curzon menjawab – “Hakikatnya Turki telah dimusnahkan dan tidak akan bangkit lagi, kerana kita telah menghancurkan kekuatannya – Khalifah dan Islam.

Dalangnya utamanya, Mustafa Kamal Attartuk. Dia mengeluarkan ugutan ke atas kabinet turki ketika itu, lalu merombak parlimen sedia ada yang tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Parlimen kedua yang ditubuhkan juga tidak bersetuju dengan persidangan tersebut. Akhirnya, Mustafa Kamal Attartuk mengadakan konspirasi politik lalu merampas tampuk pemerintahan.

3 Mac 1924, kerajaan khalifah secara rasminya ditamatkan. Pada pagi hari tersebut juga, khalifah terakhir, khalifah Abdul Mejid II, diusir keluar dan dibuang negeri. Mustafa Kamal Attartuk mengambil mengambil takhta, dan proses pengsekularan bermula.

Holocaust

Keadaan berterusan, sehinggalah naiknya seorang pemerintah Jerman ketika itu, iaitu Adolf Hitler. Ketika tercetusnya perang dunia kedua oleh beberapa sebab, Hitler melaksanakan pelan pemusnahan kaum yang dikenali sebagai Action T4. Pelan ini merencanakan pembunuhan euthanasia beramai-ramai keatas golongan tertentu, majoritinya Yahudi.

Setelah tamat Perang Dunia Kedua, dianggarkan seramai hampir 6 juta Yahudi di seluruh Eropah mati dibunuh.

Setelah mengalami kerugian yang besar, Britain berundur dari Palestin dan tanah-tanah jajahannya yang lain pada 1948.

Penglibatan Amerika Syarikat

Amerika Syarikat, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memainkan peranan penting dalam penubuhan negara Israel. Pada asalnya, Israel tidaklah wujud sebagai sebuah negara yang hakiki. Setelah holocaust yang dilakukan oleh Hitler tamat, jumlah penduduk Yahudi yang ada adalah sedikit, serta mereka hidup dalam kesusahan dan ketakutan.

Pada ketika itulah, Persatuan Yahudi Amerika mengutuskan tuntutan kepada Presiden US ketika itu, Harry Truman. Pada November 1947, tuntutan tersebut dibawa ke persidangan PBB lalu PBB mendeklarasi pemisahan Palestin. Pada 16 May 1948, kerajaan sementara Israel ditubuhkan di Palestin, dengan sokongan dari PBB. Presiden Harry Truman menyokong sepenuhnya penubuhan Israel, maka wujudlah penempatan Israel di tanah Palestin sehingga kini. Presiden Israel yang pertama – Chaim Weizmann.

Palestin Sekarang

Sejak dari holocaust, ramai Yahudi berhijrah ke Amerika atas dasar terbuka negara tersebut terhadap mereka, serta ramai juga yang pulang ke tanah air di Israel. Yahudi di Amerika diterima dengan tangan terbuka, bantuan dan pekerjaan diberikan kepada mereka atas dasar belas kasihan akibat holocaust tersebut. Dari situlah, Yahudi di Amerika berkembang dan memegang tampuk ekonomi dan pentadbiran Amerika. Amerika, selaku kuasa besar dunia setelah Perang Dunia Kedua, memberikan sokongan tanpa putus-putus kepada negara Israel, yang didirikan di atas tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Sehingga kini, Israel terus-terusan menyerang Palestin dalam usaha meluaskan sempadannya. Palestin pula berjihad, dalam usaha menawan kembali Masjidil Aqsa. Sejak kerajaan khalifah Islam tumbang, tiada sesiapa lagi yang mahu menyokong Palestin. Negara-negara Islam yang lain tunduk takut dan akur kepada Amerika. Sampai bila keadaan ini akan berakhir? Hanya 2 – sama ada Palestin akan terus dihapuskan dan Masjidil Aqsa dimusnahkan dalam usaha mereka mencari Temple of Solomon, ataupun tertegaknya kembali kerajaan khalifah Islam menyokong perjuangan Palestin.

Di mana kita? Kita boleh berdiam diri tidak berbuat apa-apa, sekaligus menjadikan kesudahan yang pertama tadi sebagai realiti.

Ataupun, kita boleh berusaha melakukan sedaya upaya menyokong perjuangan Palestin, yang membawa kepada kesudahan yang kedua.

Fikir-fikirkan.


99 responses to “Sejarah Palestin & Israel”

  1. Betul ke Masjidil Aqsa ditahan sekarang ni?

    Masjidil Aqsa terletak di Jerusalem, ibu negara Israel. Justeru, ya, MasjidilAqsa berada di bawah pemerintahan Israel.

    Berkenaan hak sebenar Masjidil Aqsa, kedaulatan dan kebebasan di sekitar kawasan Masjidil Aqsa menjadi milik Israel. Manakala Masjidil Aqsa itu sendiri, hak penjagaan dan pentadbiran dimiliki oleh Palestin, dan dijaga melalui wakil Palestin di sana.

    Penduduk Israel sama ada Muslim atau tidak, dibenarkan untuk memasuki MasjidilAqsa dan bersolat di dalamnya.

    Namun bagi penduduk Palestin, terdapat pelbagai syarat yang dikenakan untuk masuk dan solat didalamnya, termasuklah seperti hanya lelaki berkahwin berusia lebih 50 tahun dsb.

    1. slm kak..kak blh tlng blh x?sy xfhm dlm soalan ni….sejarah diwjiabkan solat kepada semua umat lslam apa?

      err, bkn akak lah dik. -_-”

      sejarah diwajibkan solat kepada umat Islam? Maybe adik boleh cari kisah pasal isra’ dan mi’raj Rasulullah ye.

  2. Mengenai terowong yang di gali sekarang, Ustaz ada juga cerita kemungkinan mereka ingin mendapatkan harta karun yang ada di bawah masjid tersebut semasa peninggalan zaman Nabi Sulaiman. Semasa pemerintahan Khalifah Umar Abd Aziz, dan pada ketika itu juga beliau bersama tentera Islam berjaya mendapatkan semula Palestin khususnya pada Masjid Al-Aqsa. Khalifah mengarahkan agar harta karun itu di cari gali semula supaya tiada kesan langsung peninggalan Nabi Sulaiman..Wallahua’lam..

  3. fuuuh amat berguna… bagus beb… rajin…

    aduyai! =p

  4. Info yg sgt berguna

  5. betui3x..info yg b’guna..sbb sya pn tatau

  6. salam
    izin link post ini. :)

  7. Kisah sejarah beginilah yang harus diuar-uarkan. Jadi kita punya sebab untuk menyokong atau sebaliknya.

  8. amat berguna…thx bebs…

  9. Thanks bagi info yg sangat berguna!

  10. sejarah palestin dan israel membuka mata dan minda saya mengenai konflik mereka sekarang yang semakin berleluasa..Allah SWT Maha Adil..mungkin setiap apa yang berlaku ada hikmanye..kita sebagai org Islam seperti rakyat palestin hanya mampu berdoa kesejahteraan palestin semakin baik dan aman tanpa gangguan daripd org2 yahudi..Amin..sebelum ini saya kurang tahu secara umum konflik ini..terima kasih kepada leokid..semoga semua cerita2 anda dapat memberi kesedaran kepada umat islam tentang isu ini..

  11. “Kisah inilah yang menjadi sejarah kepada terbentuknya Bani Israel…”

    Assalamualaikum.
    Minta maaf.
    Sy kurang faham.
    Macam mana kisah Nabi Musa boleh menjadi sejarah terbentuknya Bani Israel?
    Up to my knowledge, asal usul bangsa Yahudi/Israel adalah drp Nabi Ibrahim.

    Terima kasih nash, kerana point-out. Benar, kisah Bani Israel wujud sejak dari zaman Nabi Ibrahim lagi. Sedikit pembetulan telah dibuat pada artikel, terima kasih kerana mengingatkan! =)

    1. Bani Israel ini adalah keturunan daripada Nabi Ya’kub. Nabi Ya’kub anak kepada nabi Ishaq, anak kepada Nabi Ibrahim.

      Israel itu adalah gelaran kepada Nabi Ya’kub. Oleh itu, Bani Israel ialah keturunan Nabi Ya’kub. Ramai rasul yang diutuskan kepada Bani Israel ni. Antaranya, Nabi Ya’kub, Nabi Yusuf, Nabi Musa, Nabi Harun, Nabi Ilyas, Nabi Ilyasa’, Nabi Daud, Nabi Sulaiman, Nabi Zakaria, Nabi Yahya dan Nabi Isa.

  12. Hmm tiba2 berminat nak belajar sejarah..

  13. Assalamualaykum.
    Sy suka baca entry pasal sejarah Palestin ni sebab maklumatnya tersusun mengikut kronologi.
    Tp, sy ada satu lagi soalan.

    Kat mana sy nak letak peranan Sultan Muhammad al-Fateh dalam pembukaan Kota Konstantin?

    p/s: maaf pengetahuan sy agak patchy. harap saudara boleh bantu sy memahami sejarah islam secara tersusun.

    Terima kasih.

    Em’m, baik saya cuba ceritakan. Pengetahuan saya juga masih samar-samar, justeru kalau ada yang silap di mana-mana harap diperbetulkan.

    Sultan Muhammad Al-Fateh membuka kota Konstantin di Rom pada tahun 1453. Kalau dalam kronologi penceritaan saya di atas, ianya berada di bawah topik “Menawan Semula”, dalam era antara selepas kejayaan Salahuddin Al-Ayyubi dengan kejatuhan Turki Uthmaniyyah.

    Palestin, ditawan semula oleh Islam sebanyak 2 kali. Pertama ketika di bawah pemerintahan khalifah Umar Al Khattab iaitu pada tahun 638, seterusnya ditawan kembali oleh tentera Salib pada tahun 1099. Setelah itu, Salahuddin Al-Ayyubi menawan kembali Palestin pada 1187, dan akhirnya menjadi milik kafir semula setelah Perang Dunia Pertama.

  14. salam..mnt izin copy diz writing 2 share wif my frenz..

  15. Thanks sgt2 bro kiD, sgt jelas dan tersusun!
    i’ll link ur post to my frens to read n understand.
    =]

  16. salam, juz nak share. penduduk mutlak palestin adalah kaum kan’an, yg merupakan antara golongan terawal menduduki bumi. dan keturunan kaum itulah yang kini terpaksa menjadi pelarian di negara sendiri. yahudi memang bermuka tembok apabila sendiri claim, tanah yang dirampas adalah hak mereka. FREE PALESTINE… wallahu’alam

    wsalam. benar, aya!

    Kalau kita tengok kembali dalam sejarah, sebenarnya Yahudi/Kafir menguasai Palestin hanya untuk beberapa ratus tahun sahaja.

    Setelah Palestin “diislamkan” ketika pemerintahan Umar Al Khattab, pada 638 masihi, Palestin aman di bawah pemerintahan Islam sehinggalah ditawan tentera Salib pada 1099. Kemudian, Salahuddin Al-Ayyubi menawan kembali Palestin pada 1187. Tempoh Yahudi/Kafir menguasai Palestin ketika itu hanyalah 88 tahun.

    Seterusnya Islam kembali menguasai Palestin hinggalah kedatangan Kafir/Yahudi menguasai Palestin kembali pada 1917. Dan dari tempoh 1917 hingga sekarang 2009, adalah 92 tahun.

    Maka jumlah tahun keseluruhannya Yahudi/Kafir menguasai Palestin, adalah 88 +92 = 180 tahun!

    Sedangkan, Palestin pernah berada di bawah Islam sedari zaman pemerintahan Umar Al-Khattab (638) sehingga penaklukan oleh tentera salib pada 1099, iaitu selama 460 tahun.

    Diikuti pula selepas Palestin dimiliki semula oleh Salahuddin Al-Ayyubi pada 1187, sehinggalah Palestin menjadi milik British pada 1917, iaitu selama 730 tahun!

    Justeru, Palestin pernah berada di bawah penguasaan Islam dengan aman-damai selama 730 + 460 = 1190 tahun!

    Maka, kita sendiri boleh tentukan, siapa yang lebih lama menduduki Palestin? Palestin pernah menjadi milik kita, dan akan selamanya menjadi hak kita!

    ps: adapun sebelum kedatangan Islam selepas era Muhammad ke tanah Palestin, nabi-nabi masih diutus kepada mereka bani Israel (Musa, Daud, Sulaiman ….Isa). Justeru untuk tempoh inipun, sebenarnya Islam iaitu ajaran yang dibawa oleh nabi-nabi ini telah lama bertapak di sana!

    1. Sebab Israel mahu tukar dengan 1 orang tenteranya(Gilad Shalit) yg ditawan Hamas.Cuba fikir israel cuma berhenti berperang seketika dan dia mahu askarnya dibebaskan dan selepas itu dia akan berperang semula.Cuba pikir pulak mcam mane tawanan Wira Palestin seramai 11000 orang…..?

      Kalu lah Israel cakap Palestin akan dimerdekakan sepenuhnya skiranya tenteranya dibebaskan,sememangya Hamas akan bersetuju.

  17. […] Bacaan Lanjut – Sejarah: Palestin – Israel […]

  18. […] Bacaan Lanjut – Sejarah: Palestin – Israel […]

  19. […] Bacaan Lanjut – Sejarah: Palestin – Israel […]

  20. […] Bacaan Lanjut – Sejarah: Palestin – Israel […]

  21. info yg sgt berguna.. syukran…
    erm..kt sama tarih n bulan lahir la.. 11hb Ogos.. cuma bz nya sy 1987

  22. nurazah fathirah Avatar

    Salam. Nak lihat gambar GAZA ON FIRE JAN 2009? post jadeed di http://recordeddays.wordpress.com/

  23. salam…

    mohon kebenaran pihak blogger utk saya copy artikel ini bagi tujuan memberi kefahaman & maklumat yg padat tapi ringkas utk masyarakat di tempat saya…

    …keizinan pihak saudara amatlah kami senangi…mudahan ia memberi manfaat bukan shj kepada kami di sini malah menjd ‘saham’ buat saudara insyaALLAH..

    silakan, inshaAllah ada manfaatnya. cuma kekalkan dalam format/keadaan asalnya, dan sertakan link balik ke sini supaya kalau ada kesilapan di mana-mana boleh ditegur terus kepada saya.

  24. Trims saya sgt tertarik,,ketika teman saya mengirim email mengenail palestina dan israel,,

  25. Siti Fatimah Ahmad Avatar
    Siti Fatimah Ahmad

    Saya telah membaca postingan saudara ini dan juga telah membaca sejarah kegemilangan zaman Bani Umaiyyah di Sepanyol serta sejarah sebelumnya. Sejarah perang salib yang saudara faktakan di atas mempunyai persamaan fakta yang saya baca dari banyak-banyak buku sejarah Islam. Makanya usaha saudara membuka ruang minda masyarakat dunia siber untuk menilai kembali sejarah adalah sangat wajar. Tahniah. Salam kenal.

    Laman Menulis Gaya Sendiri
    http://websitifatimah.wordpress.com/

  26. kagum post la lagi
    tgh mencari sbnrnye..
    alih2 jmpa yg ini
    good job

  27. artikel yg sgt bagus.jgn kita hanya sekadar berkempen untuk menyelamatkan Palestin.Seharusnya kita perlu tahu susur galur sejarah perang Israel Palestin.Melalui pembacaan ini,sy dapati bhwa Britain la dulu yg memporak perandakn Palestin bkn US spt yg kte dpt liht skrg.

  28. Assalamualaikum. Saya pun nak minta izin untuk copy info ni untuk tujuan assignment saya tentang Palestin. Semoga ia memberi kesedaran kepada umah Islam lain.

  29. salam wbt..
    jzkk for a very brief yet good history of palestine..
    just nak betulkan tempoh pemerintahan Kristian after the first Crusades war. Perang Salibb 1 1099, Salahuddin menawan kembali Palestin pada 1187. Jadi, Tentera Salib menawan Palestin dalam tempoh 88 tahun sahaja, which is less than a year

    yeap2 betul2!

    pastu tambah pula since Palestin jadi milik diorg sejak tahun 1917 sehingga sekarang, 92 tahun!

    So total, Palestin menjadi milik mereka, adalah 88 + 92 = 180 tahun!

  30. salam
    amazing history
    its more amazing how u manage to dig to find the whole complete history
    terima kasih banyak2 utk full info ni
    sgt berguna
    byk pahala!! huhuh

  31. salam…

    syukran jazilan kerana share maklumat yang berguna…
    mmg maklumat sebegini patut ‘disebarkan’ keran masih ramai yang tak tahu punca pergolakan di palestin.
    maklumlah, ramai antara kita yang tak suka baca buku sejarah..
    hehehe…

    boleh saya share dengan kawan2 sy dalam english class nanti, because on the last class, one of my chinese friend ask my friend who present about PALESTIN about what actually happen in PALESTIN…But, the presenter failed to explain details…
    So, I hope this info can help my friends….

    Once again… syukran jazilan..

  32. info yg sgt mantap…
    n dpt sy aplikasikan pd presentation tentang palestin sebelum 1900..
    alhamdulillah…
    amin…
    wassalam…

  33. assalamualaikum..Bagus la info2 tersebut..

  34. salam, leh x sy amek info2 dl blog awk ni utk ade program kat tempat sy nih? leh ek? copy n paste je.

    boleh2, silakan. alhamdulillah, moga banyak manfaatnya kepada org lain. =)

  35. […] Dan syukur alhamdulillah juga, aku ditawarkan menjadi penulis jemputan bagi Majalah Insight. Tak banyak info yang aku ada, cumanya setahu aku majalah tersebut diedarkan di universiti2 di Malaysia secara bulanan. Means, tanggungjawab aku semakin bertambah, dan penulisan aku akan membawa lebih kesan kepada lebih ramai orang. Semoga banyak manfaatnya, inshaAllah. Artikel pertama aku yang dimuatkan adalah artikel Sejarah Palestin & Israel. […]

  36. bro Syamirullah..senior sy di mrsm dlu..
    sgt berbangga dgn anda..troskan perjuangan suci anda,berdakwah..
    artikel yg sgt mantap!

  37. salam,,]
    info yg sgt brguna,,
    trima ksih (^_^)~

  38. salam….info yg sangat hebat utk dikongsikan bersama…terima kasih kerana berkongsi ilmu utk memberi new knowledge dan juga kesedaran tentang sejarah islam di sana….tahniah dan syabas sy ucapkan….

    p/s : izinkan sy link/copy kpd rakan2 seperjuangan utk mengembangkan pegetahuan ….

  39. ASSALAMUALAIKUM>>>>>>>>Pssst…kepada sesiapa yang minat movies,kalu tengok cerita Kingdom of Heaven lakonan Orlando Bloom.Jangan silap sangka yea,Raja Hebat Salahhudin bukan merampas Palestin(Jerusalem) dari tentera salib tetapi memulangkan kembali Palestin kepada Umat Islam.

    Mat Salleh kalu buat cerita mesti dia yang nak jadi Hero.Dalam cerita tu Hero dia adalah Raja Sallahudin al-yubbi.kebanyakkan orang kafir tengok cerita begini dia akan mengangap Palestin dirampas oleh Orang Islam sedangkan dia tidak tahu sejarah sebenar Palestin.Cerita ini pulak membakar semangat mereka terutama Kristian dan yahudi.

    Kalu saya pandai Inggeris saya akan tulis sejarah ni dalam inggeris tapi terus terang saya cakap saya tak pandai, kita tak boleh buat movie untuk seluruh dunia menonton tapi skurang-kurangnya kita ada info dalam bahasa english(seluruh dunia boleh baca bukannya orang melayu saje),dan kita boleh hebahkan dalam internet walaupun ianya sekecil perbuatan tapi adalah lebih baik darpda tidak berbuat apa2 atau melihat berita pembunuhan di Palestin sambil mengunyah kacang didepan TV.

  40. a’salamualaikum smua..

    betulkah islam akan menguasai dunia sebelum kiamat?

    wsalam. err tak pasti lak. saya pernah terdengar/terbaca hadis berkenaan, tapi saya tak tahu status kesahihan hadis tersebut. perkara kiamat merupakan perkara yang dirahsiakan Allah dan pasti ada hikmah dan sebab kenapa dirahsiakannya.

  41. terima ksih sahabat..
    apa pula pendapat bro tentang hadis ini?

    Dari Abi Hurairah ra. bahawa Nabi SAW bersabda,

    “Tidak akan terjadi hari kiamat hingga kalian (muslimin) memerangi Yahudi, kemudian batu berkata di belakang Yahudi, “Wahai muslim, inilah Yahudi di
    belakangku, bunuhlah!”

    (HR Bukhari dan Muslim dalam Shahih Jami’ Ash- Shaghir no. 7414)

    “Tidak akan terjadi hari kiamat, hingga muslimin memerangi Yahudi.
    Orang-orang Islam membunuh Yahudi sampai Yahudi bersembunyi di balik
    batu dan pohon. Namun batu atau pohon berkata, “Wahai muslim, wahai
    hamba Allah, inilah Yahudi di belakangku, kemarilah dan bunuh saja.
    Kecuali pohon Gharqad (yang tidak demikian), kerana termasuk pohon
    Yahudi.”
    (HR Muslim dalam Shahih Jami’ Ash-shaghir no. 7427)

    ahaha, akhi, saya ni bukan ahli dalam bab2 bidang hadis ni. sekadar yg dilihat, hadis tersebut diyakini sahih tsabit dari Rasulullah maka saya yakin dan beriman dengannya sahajalah. =)

  42. trima kasih bro
    moga kamu sukses slalu k..

  43. Saya terdelete satu komen dari seorang pengunjung sebentar tadi..huhu. Dah mengantuk punya pasal, tersalah tekan butang.

    Secara ringkas pemahaman saya dari yang sempat saya baca, komen tersebut membawakan fakta bahawa kaum Kan’an telahpun pupus, serta penduduk Muslim di Palestin adalah terdiri dari gabungan pelbagai etnik arab terutamanya dari negara sekitar. Justeru, menurut beliau, umat Islam juga tiada hak ke atas tanah Palestin, sebagaimana kaum Yahudi.

    Maka reply saya adalah, justeru itu kenapa perlu dihalau dan dirampas tanah dan kependudukan Islam di Palestin?

    Negara haram Israel adalah satu-satunya negara di dunia ini yang tidak mempunyai sempadan yang tetap. Kenapa? Kerana sempadannya semakin membesar, merampas tanah dan hak penduduk Palestin yang telah bermastautin di situ sejak dahulu lagi.

    Dan ianya tidak akan berhenti sehinggalah Yahudi berjaya mencapai impiannya mewujudkan “Israel-Raya” dari Nil di Mesir hingga Furat di Iraq!

    Keadaan ini sama sekali berlainan dengan ketika Palestin di bawah pemerintahan Islam, iaitu di era sejak penawanan oleh Khalifah Umar pada 638M. Setelah Umar menawan Palestin dari jajahan Rom, Umar secara literal membebaskan Palestin, malah membenarkan penduduk Yahudi kembali dan mempraktiskan tradisi dan agama mereka, sebagai kebebasan beragama. “After fall of Jerusalem, Umar permitted Jews to practice their religion freely and live in Jerusalem. (See: Covenant of Umar I)”

    Umar personally came to receive the key to the city by the Greek Orthodox patriarch, Sophronius, and invited to offer Muslims prays at the Church of the Holy Sepulchre. Umar chose to pray some distance from the Church, so as not to endanger its status as a Christian temple. Fifty-five years later, the Mosque of `Umar was constructed on the site where he prayed.[2] After fall of Jerusalem, Umar permitted Jews to practice their religion freely and live in Jerusalem. (See: Covenant of Umar I)

    Sedangkan apa yang dilakukan oleh Israel? Mereka melarang umat Islam berkunjung ke Masjidil Aqsa. Malah mereka menyerang, merampas tanah-tanah hak milik orang Islam. Orang Islam, Muslim di Palestin hanya memperjuangkan hak mereka. Hak mereka untuk bebas melawat Masjidil Aqsa. Hak mereka ke atas tanah-tanah mereka, rumah mereka. Hak mereka untuk mempertahankan diri,

    Wallahua’lam.

    1. Shalom,

      Anda tanya mengapa perlu dihalau? Tanah mana yang dihalau penduduknya? Negara Israel proper (tanpa memasukkan wilayah autonomi Tebing Barat, Bukit Golan dan Gaza) wujud secara sah dan diiktiraf dunia. Hanya kerana beberapa negara (termasuk Malaysia) tidak mengiktirafnya, ia tidak membatalkan kewujudan negara itu secara sah. Maka we have to stop calling it as Harem.

      Yang haramnya ialah apabila Negara Israel proper itu mula menjajah tanah di Tebing Barat, Gaza, Bukit Golan dan Sinai setelah memenangi perang 6 Hari (yang dimulakan bangsa Arab sendiri). Tapi kewujudan Israel sebelum perang itu tetap diiktiraf dan sah kerana ia memang wujud secara sah.

      Orang Malaysia tersilap faham sebenarnya apa yang berlaku di sana. Hal ini kerana sentimen anti-Yahudi (I dun wanna use “anti-Semitic” coz some haters dun even know what Semite is and they have no idea how it relates to either Jews or Arabs) yang menebal tanpa sebab dan sokongan yang diberikan secara membabi buta tuli terhadap orang Palestin tanpa mengetahui bahawa bangsa yang digelar Palestin itu hanya wujud secara rasmi sebagai Palestinian Arab in term of nation HANYA setelah Israel wujud

      Dan, ironinya penghormatan dan pengiktirafan ini menyaksikan penglibatan yang signifikan oleh Israel secara langsung sedangkan di zaman Khilafah Islamiyah, tiada seorangpun penduduk berketurunan Arab di tanah ini diiktiraf secara sah sebagai Palestinian as a nation, yakni sebagai penduduk yang berkebudayaan dan bertradisi yang distinctive daripada penduduk Arab lain seperti di Mesir, di Iraq, di Saudi atau di Yemen.

      Di zaman khalifah, mana ada orang Arab Muslim/Kristian digelar Arab Palestin sebagaimana hari ini. I hope u get it and please do search about it. Anda perlu kaji semula apakah tanah yang kononnya bernama Palestine itu dari awal sehingga sekarang. Ia tidak lain dan tidak bukan hanyalah sebuah wilayah yang sentiasa bertukar ganti dan bertukar milik dan penduduk yang menetap di sana had been remained as settlers (bukannya bangsa yang berdaulat macam rakyat Tanah Melayu yang walaupun dijajah British tapi kita semua tahu bangsa Melayu memang wujud dan telah mendirikan sendiri kerajaan mereka secara berdaulat dan bebas dengan budaya dan adat tersendiri ) until Modern State of Israel exists and declares these Arab settlers as a nation called Palestinian people

      Sebelum British mandate bermula (zaman Khilafah Uthmaniah) di tanah tersebut, orang-orang Yahudi telah lama membeli tanah-tanah yang termasuk dalam wilayah Israel proper ini dan semasa British menjajah pun usaha tersebut tetap dijalankan. Cumanya, tanah Yerusalem sahaja yang enggan diberikan oleh pihak Khalifah kerana kepentingan umat Islam di situ.

      Malah, orang yang kini menggelarkan diri mereka Arab Palestin itupun bekerja di tanah-tanah milik Yahudi dan Yahudi merupakan tuan di tanah yang dibeli oleh mereka secara sah dari orang Arab sendiri.

      Perlu diingat, tanah yang kononnya bernama Palestine (diberikan namanya oleh Rom sempena nama bangsa Philistin yang telah pupus) itu sangat besar asalnya. Di bawah Khilafah Islamiyah berkurun-kurun lamanya, ia dinamakan wilayah Syam yang meliputi juga negara moden hari ini yang bernama Jordan, Lebanon, Syria akan tetapi bahagian yang kini bernama Lebanon dan Syria telah diberikan kepada Perancis (Setelah WW I) yang kemudiaannya dimerdekakan as such names. Manakala bahagian Syam yang kini bergelar Israel, Tebing Barat, Jordan itu diletakkan di bawah pentadbiran British dengan nama British Mandate of Palestine.

      Jadi, mengapa ketika British memerdekakan sebahagian tanah syam itu yang kemudiannya dinamakan sebagai Jordan, bangsa Arab di tanah British Mandate of Palestine yang belum merdeka lagi, yang bersedara mara (Seperti Melayu Johor dan Melayu Singapore) dengan Arab Jordan tidak mengharamkan negara Jordan tersebut? Adakah kerana mereka bukan Yahudi?

      Akan tetapi apabila Israel didirikan di tanah yang dipecah belahkan ini hasil kepenjajahan British (and it happened to most of the 3rd countries that formerly colonized by the European colonizers including MALAYSIA), maka kamu semua mengatakan ia wujud secara haram?Wake up! You’re kidding and must be JOKING if you claim that such countries as Jordan, Syria, Lebanon exist by their own name even during Khilafah era way back yesteryears!!

      Mereka lupa bahawa tanah Israel proper yang diiktiraf dunia (lihat sendiri peta dunia, yang tiada satupun memasukkan Gaza, Tebing Barat dan Bukit Golan dalam sempadan Israel) ini merupakan tanah yang sama milik Yahudi sejak zaman British Mandate of Palestine lagi.

      Setelah berlakunya Great Arab Revolts akibat kematian Imam Ezzeddin al-Qassam, maka British telah memisahkan tanah saki baki Palestine (yang tidak termasuk negara Jordan sekarng ini) ini kepada dua bahagian iaitu bahagian yang tanahnya milik bangsa Arab (yakni di Tebing Barat dan Gaza) dan bahagian yang tanahnya milik orang Yahudi.

      Dan orang Yahudi yang mewarisi tanah yang diiktiraf sebagai kawasan Yahudi tersebut mendirikan negara yang dipanggil Israel setelah British meninggalkan tanah yang dipecah belahkan ini. Manakala Tebing Barat yang dinamakan Transjordan itu ditadbir oleh negara Jordan sehinggalah pada Perang 6 hari, ia dirampas oleh Israel dan bermulalah era petempatan Yahudi di sana. Dan petempatan inilah yang haram tapi bukan semuanya haram. Kerana Yahudi telah ada di Yerusalem semenjak zaman Khalifah Islamiyah lagi.

      Anda sendiri telah memberikan bukti bahawa Khilafah Islamiyah membenarkan orang-orang Yahudi menetap di Yerusalem dan beribadat secara bebas dan aman di Har HaBayit (al-Quds, the remnants of Heichal/Temple).

      Tapi anda tahu apa yang orang2 yang bersedara mara dengan Jordan (kemudiannya bernama Palestinian) ini dakwa terhadap Kotel HaMa’aravi aka Tembok Barat? Autoriti Arab di Yerusalem mendakwa tiada bukti yang sahpun Yahudi berhubung kait dengan Tembok Barat. Ia dipanggil Tembok Buraq dan tiada kena mengenan dengan kaum Yahudi.

      What an ignorant slanderous repudiation! Umat Yahudi berkurun-kurun lamanya bersembahyang di Tembok Barat semenjak Heichal HaMelech dihancurkan oleh Rom dan para Rabbi Muktabar dalam kitab-kitab mereka sendiri mencatatkan kisah pertualangan atau ziarah mereka di Yerusalem ini.

      Dan muslim seluruh dunia termasuklah orang Malaysia membuta tuli mengiyakan tuduhan yang tidak berasas ini dan mula memanggilnya Tembok Buraq justeru menafikan sendiri sejarah Khilafah Islamiyah yang menerima Yahudi di tanah suci itu. Seolah-olah di Yerusalem, tiada seorangpun Yahudi yang pernah existed sehinggalah British membawa mereka datang. OMG!!!

      Ini belum lagi menyentuh pasal Zionis, kitab Talmud, Khazar yang semuanya mengandungi tuduhan-tuduhan atau fitnah-fitnah yang tidak berasas secara melampaui batas terhadap Umat Yahudi.

      Pokok pangkalnya di sini, dunia sekarang ini sedang berusaha mewujudkan sebuah negara berdaulat yang bernama Palestin, yang meliputi Tebing Barat dan Gaza, yang mana ia tidak pernah diberikan kepada keturunan pendatang Arab inipun oleh KHILAFAH ISLAMIYAH dan Israel sedang berusaha ke arah itu

      Tolong berhenti daripada menyebut negara Israel haram kerana ia tidak haram. Anda semua ditipu oleh HAMAS yang melukis peta sebuah negara yang kononnya bernama Palestine (yang meliputi negara Israel Proper, Tebing Barat dan Gaza tetapi tidak memasukkan pula kawasan yang sekarang ini namanya Jordan, Syria dan Lebanon di dalam jata atau logonya).

      Malah, sebahagian besar orang Palestin awam sendiri mengakui bahawa apa yang mereka hendakkan ialah sebuah negara bernama Palestine yang meliputi Tebing Barat dan Gaza, tempat di mana mereka berada secara prominent. Anda yang tidak duduk di sana, jangan berlebih lebih pula cuba mengikuti ketamakan HAMAS yang inginkan wilayah Israel proper tetapi segan silu pula untuk mengambil Jordan, Syria dan Lebanon..

      Hairan, apabila lebih daripada separuh umat YAHUDI Israel menyokong the establishment of FREE Palestinian State dan bersimpati dengan rakyat Palestin yang dianiaya HAMAS yang mempergunakan mereka….akan tetapi majoriti umat Islam sedunia menggigit dengan lidah mereka sekuat hati terhadap fatwa Yusuf al-Qadrdhawi berkenaan setiap Yahudi di Israel adalah tentera dan WAJIB dibunuh

      Golongan seperti HAMAS lah kamu patut tentang, mereka mempergunakan Islam untuk mencapai cita cita politik mereka. Mereka menganiaya majoriti penduduk awam Palestin yang inginkan keamanan dengan memaksa mereka membunuh diri dengan bom, mendidik anak-anak kecil menjadi pembunuh sedari kecil. Adakah anda percaya terhadap dengan kepupusan Yahudi sajalah maka keamanan akan muncul di wilayah bergolak itu? I’m afraid MOST MOSLEMS agree with it…

      Ingatlah kata-kata mendiang Golda Meir, mantan Perdana Menteri Israel:

      “There will be PEACE, when the Arabs LOVE their CHILDREN more than they HATE the Jews”

      sila kaji kembali apa yang ak beritahu ini. Ak tahu perkara pertama yang muncul utk kebanyakan Muslims seperti kamu apabila berdepan dengan ini akan berkata tunjukkan sources. Benda ini basics dan jika kamu sememangnya tidak tahu maka the World is not wrong to call Moslems as terrorists coz YOU HATE PEOPLE WITH NO REASONS…Do your own research! Kamu sendiri membutakan mata untuk mengetahui kebenaran tentang Palestin dengan hanya membaca web sites pro-HAMAS dan anti-Zionis

      Most of you dun even know how so many Israelis back up the palestinians and love em as their own ppl despite of differences…hundreds of palestinian rights are established by Israelis to help the Palestinians. tapi anda hanya tahu membuta tuli menyokong HAMAS yang enggan mengakui Israel selain daripada menghancurkan Israel dari peta dunia dan menyembelih sekalian Yahudi.

      Anda semua tidak tahu, bangsa Arablah yang paling banyak membunuh umat Palestine. Kajilah apa kerajaan Jordan, Lebanon dan Syria lakukan terhadap orang2 Palestine yang cuba berlindung di negara mereka. Pembunuhan mereka jauh lebih tingg daripada apa yang berlaku di dalam krisis Tebing Barat

      Wassalaam

      Sebuah komen yang panjang lebar diberikan oleh saudara. Terima kasih. Saya tak berhasrat mengulas mengenai point anda, cukuplah sekadar saya menceritakan sejarahnya di sini dan biarkan pembaca2 saya yang nilaikannya. =)

      Pertamanya, kita lihat dari rentetan kejatuhan kerajaan khalifah Turki Uthmaniyyah, lalu empayar tersebut dijajah oleh barat (Britain, Perancis, Italy dll). Masalah ini timbul apabila para penjajah tersebut mula memecah-belahkan kesatuan empayar selama ini, dengan digariskan sempadan-sempadan bagi memisahkan, lantas membentuk apa diketahui sebagai negara.

      Bagaimana pula dengan Palestin? Palestin diletakkan di bawah mandat British, iaitu di antara tahun 1920 hingga 1948.

      Ketika di bawah mandat british, penempatan kaum Yahudi di tanah Palestin ketika itu berkembang dengan pesat. Ini disebabkan sentimen anti-Yahudi yang dibangkitkan di Eropah, menyebabkan semakin ramai kaum Yahudi yang berhijrah ke tanah Palestin. Jika anda perhatikan, keadaan kehidupan antara kaum Yahudi dan Arab di tanah Palestin tersebut sebelum itu adalah aman damai, tiada sebarang sentimen/ketegangan.

      Namun dalam tempoh mandat tersebut, populasi kaum Yahudi di tanah tersebut meningkat dengan mendadak sekali. Kaum Yahudi yang sebelum itu berjumlah 1/6 populasi, meningkat menjadi 1/3 populasi di tanah Palestin.

      Pada peringkat awalnya, penghijrahan kaum Yahudi tersebut mendapat tentangan yang sedikit dari kaum Arab, namun setelah semakin banyak yang berhijrah, kaum Arab semakin rasa tertekan. Kerajaan Mandat British telahpun menetapkan had penghijrahan, namun ianya tidak dipatuhi!

      Dan ketegangan tersebut meningkat, hinggalah terjadinya insiden pembunuhan Syeikh Izzudin Al-Qassam, di tanah Palestin. Insiden tersebut mencetuskan apa yang dikenali sebagai Great Arab Revolts, yang mana kaum arab membuat 3 tuntutan ke atas Kerajaan Mandat British ketika itu:

      1. Menghentikan penghijrahan kaum Yahudi
      2. Membuat larangan penjualan tanah kepada kaum Yahudi
      3. Kemerdekaan

      Kaum Arab di situ hanya mahu mempertahankan apa yang mereka miliki sejak dari dahulu, setelah kaum Yahudi meninggalkan tanah tersebut! Analoginya mudah sahaja – setelah kaum yahudi meninggalkan tanah palestin ketika di era pemerintahan Rom, kemudian Islam (Umar AlKhattab) membebaskan tanah tersebut lalu memberikan kemerdekaan dan kebebasan untuk yahudi pulang, tetapi yahudi tidak pulang. Maka kaum Arab mula menduduki tanah tersebut, membina penempatan, perkampungan dan sebagainya.

      Namun setelah sentimen anti-Yahudi meningkat di Eropah, Yahudi2 yang selama ini jauh dari tanah Palestin, mula pulang beramai-ramai (berhijrah), lalu mula menyesarkan penduduk Arab yang telah bermastautin beratus tahun di situ!

      So kembali kepada Great Arab Revolts tadi. Maka apa yang berlaku selepas itu? British menjadi sangsi bahawa kedua-dua kaum Yahudi dan Arab tidak dapat berasimilasi dalam sebuah masyarakat, maka dari situlah timbul idea pemisahan/partitioning. Dan dalam masa yang sama juga, British telah menggariskan apa yang dikenali sebagai “White Paper 1939” yang menyekat kemasukan pendatang Yahudi serta menyekat penjualan tanah kepada Yahudi.

      Namun, White Paper 1939 tidak sempat diaplikasikan, kerana tercetusnya perang dunia kedua. Sentimen anti-Yahudi di Eropah memuncak, hingga akhirnya terjadi Holocaust.

      Apa yang berlaku ketika Holocaust? Kaum Yahudi melarikan diri dari Eropah, lalu berhijrah secara illegal pula ke tanah Palestin. Kerajaan Mandat British masih lagi menguatkuasakan kekangan ke atas pendatang tanpa izin Yahudi ke tanah Palestin. Ketika itulah US mula memainkan peranan, dengan membenarkan Yahudi berhijrah ke negaranya. Kebangkitan US menekan pengaruh British yang ada, sehingga akhirnya British memutuskan untuk beredar dari tanah Palestin, dan membawa isu ketegangan Arab-Yahudi tersebut ke PBB.

      Lalu sebuah badan comitee bebas dihantar ke tanah Palestin tersebut selama 3 bulan untuk mengkaji keadaan dan situasi di sana. Setelah comittee tersebut membentangkan laporan di PBB, beberapa resolusi dicadangkan. Majoriti negara bersetuju, kaum Yahudi diberi sebuah negara yang tersendiri, kaum Arab diberi negara yang tersendiri, manakala Jerusalem diletakkan di bawah pemerintahan antarabangsa.

      Keputusan ini tentulah, tidak diterima oleh kaum Arab. Selama ratusan tahun sebelum itu, kaum Arab telahpun menduduki tanah palestin, berkeluarga, berkampung di sana. Ratusan tahun, tanah Palestin menjadi tanah tumpah darah mereka. Tiba-tiba pula Yahudi yang tidak lagi menetap di situ, yang dilahirkan di tempat lain, datang menduduki tanah palestin, malah meminta pula diberikan kerajaan!

      Dari segi UN pun tidak sah, sebenarnya. Kerajaan Mandat British hanya tamat tempoh pemerintahan pada 15 May 1948, tapi 14 May 1948 Yahudi sudah mengisytiharkan kemerdekaan? Penduduk Yahudi adalah minoriti, kenapa tidak ditubuhkan kerajaan demokrasi seperti yang dilakukan oleh penjajah ke atas negara2 jajahan yang lain? Ini tidak, kaum yahudi diberi 56% tanah Palestin! Majoriti penduduk Palestin (iaitu arab) tidak bersetuju dengan pelan pemisahan PBB, bagaimana boleh PBB membuat keputusan ke atas sesuatu kawasan tanpa persetujuan majoriti penduduk kawasan tersebut? Pengisytiharan kemerdekaan dan penubuhan negara Israel inilah yang mencetuskan perang Arab-Israel 1948. Sungguh pelik, kebiasaannya perang ditamatkan dengan kemerdekaan, tapi bagi Israel, perang dicetuskan dengan kemerdekaan?

      Justeru itu saya bertegas mengakui, bahawa bagi saya, Negara Israel yang tertubuh rentetan dari tersebut, adalah sebuah negara yang haram. Haram kerana negara tersebut dibina di atas tanah yang dimiliki oleh kaum Arab sebelumnya. Haram kerana negara tersebut diduduki oleh pendatang-pendatang Yahudi! Berapa kerat sangat Yahudi ketika negara tersebut ditubuhkan, yang benar-benar dilahirkan di tanah Palestin?

      Kenapa anda cuba mengaitkan Jordan pula dalam situasi ini? Jordan tidak menyerang dan membedil arab Palestin. Jordan tidak membesarkan sempadannya melebihi dari apa yang UN tetapkan, dengan cara merampas tanah orang lain. Jordan tidak merampas hak keamanan dan kebebasan penduduk arab Palestin. Jordan tidak menggunakan kekerasan dan keganasan ke atas penduduk Palestin.

      Sungguh betapa kesian pun masyarakat terhadap Yahudi, ia tidak menjadi alasan untuk kerajaan Israel menggunakan kekerasan dan keganasan ke atas penduduk arab Palestin. Ya, saya tahu tidak semua penduduk Israel menyokong keganasan ke atas penduduk Palestin, namun keganasan yang ditonjolkan oleh kerajaan Israel – itu yang umat Islam malah bangsa2 lain di seluruh dunia kecam.

      Yahudi nak hidup di tanah palestine? Fine, pulangkan semula hak-hak penduduk Arab yang telah bermastautin di sana sejak ratusan tahun lalu. Berikan kebebasan kepada umat Islam untuk mengunjungi masjidil aqsa. Cukup-cukuplah membesarkan sempadan, dengan cara merampas sempadan orang lain. Saya percaya Yahudi dan Arab di Palestin boleh hidup dengan aman, asalkan tuntutan2 sedemikian dilaksanakan!

      Ps: Saya tahu bro seorang Yahudi Levite yang alim serta berpegang teguh pada ajaran taurat. Mana-mana agama pun tidak mengajar penganutnya untuk bertelagah. Yang ditentang dan dikecam umat Islam ini adalah Yahudi Zionist yang menggunakan kekerasan, keganasan.

      Apa kata bro join forum di ILuvIslam.com? Perspective berbeza yang dibawa oleh anda pasti akan dihargai dan dialu-alukan di sana. =)

      1. Shalom,

        Pertama sekali I’m sorry if my words tersangat kasar dan mencacatkan blog anda yang harmoni. Cumanya agak hairan kenapa ramai sangat orang Muslim menyokong Palestin tanpa sebab yang kukuh sehingga mencipta hubungan yang buruk antara Islam dan Yahudi. Hubungan baik Yahudi-Islam di zaman Khilafah Islamiyah sewenang-wenangnya kamu nafikan kan? Boleh pula anda kata tidak ramai Yahudi yang sanggup datang ke Yerusalem.

        Apalah nak dihairankan, bila orang Arab sendiripun lupa kemurnian era Khilafah semasa mereka menghalau hampir 1 juta umat Yahudi Mizrachi (Yahudi Tanah Arab) sehingga menjadi pelarian sehelai sepinggang dari tanah air mereka sebagai balasan atas penubuhan Israel. Lebih besar al-Nakbah Yahudi Mizrachim daripada al-Nakbah orang Palestin. Tapi double standardya umat Islam (yang percaya kononnya media massa berpihak kepada Yahudi) langsung tidak tahu tentang penganiayaan Yahudi di negara2 Arab.

        Jika anda kata Ukhuwah Islamiyah adalah alasan bagi sokongan terhadap Palestin, kenapa negeri-negeri Melayu di Selatan Thai, pulau Mindanao di Filipina, wilayah Acheh di Indonesia tidak kamu semua bela? Anda tidak sedar umat Islam di sana sangat tertekan oleh pemerintah yang kejam? Tidak ada bezanya nasib mereka (dalam mendirikan negara merdeka) dengan umat Palestine, bezanya orang ”Palestin” adalah keturunan pendatang. Jadi kenapa anda tidak membela saudara yang terlebih dekat dengan anda? I think that’s what the Koran teaches, untuk menolong mereka yang lebih akrab hubungannya, bukan melebihkan orang yang jauh secara membabi buta. Itu tanggung jawab Muslims dan Arabs di Middle East tapi hakikatnya mereka belot terhadap saudara mereka sendiri.

        The whole Muslim and Arabs nations are somewhat corrupted. Anda perasan tak bangsa Arab sendiripun tidak mahu menerima umat Palestin yang laksana “kasta pariah” ini daripada hidup di negara-negara mereka yang luas wilayahnya secara sah. Tidak malu kah dengan Israel yang kecil, yang sanggup menerima pelarian sejuta Yahudi Mizrachim dari diaspora Arabia yang dipaksa meninggalkan tanah milik mereka di negara-negara Arab di mana jumlah keluasannya 4 kali ganda lebih besar daripada Israel.

        Memang benar, umat Islam menentang keganasan Israel yang anda gelarkan rejim Zionis. Tapi bagi Judaism (I speak in term of Torah Judaism, bukan Zionism atau Religious Zionism tapi Yahudi Ultra-Orthodoks), jika anda diserang oleh segolongan manusia yang mengiktiraf darah anda halal dibunuh, maka anda wajib pertahankan diri. Jika Israel meletakkan senjata, maka telah pupus Yahudi di sana akibat dibunuh kerana Mainstream Islam percaya terhadap penghapusan Israel dari peta dunia. Sad to say, itulah kenyataan untuk agama “keamanan” dan “tiada paksaan” ini. Lepas itu, anda cuba katakan umat Palestin pula yang cuba pertahankan diri.Aduhai…

        Umat Yahudi yang bukan Zionis, walaupun mereka tidak percaya terhadap negara moden Israel yang wujud tanpa Messiah, mereka tetap beriman terhadap:

        1) Ahavat Yisrael (Kecintaan terhadap umat Israel) – walaupun berbeza fahaman dan pendapat, wajib untuk mencintai sesama Yahudi sebagaimana suruhan Taurat.

        2) Sheleimut Ha’Aretz (Wholeness of the Land) – yakni tanah suci Israel Raya itu adalah milik umat Yahudi kesemuanya, diberikan oleh Tuhan sendiri kepada Avraham.

        3) Pikuach Nefesh (Life Saving) – Demi mempertahankan diri, wajib kita hapuskan orang yang cuba menghapuskan kita terlebih dahulu – merujuk kepada HAMAS dan pejuang terrorists lain

        Sebelum anda ingin mengatakan umat Palestin telah sekian lama diseksa dan dianiaya Israel, anda silap. Walaupun ada krisis2 yang teruk dan tidak dapat dimaafkan seperti pembakaran Masjid al-Aqsa, Sabra Shatilla Massacre, umat Palestin secara amnya telah dapat banyak keuntungan dari segi sosial, ekonomi dan politik dengan kewujudan Israel. Kehidupan diteruskan seperti biasa sebagaimana negara lain. Malah askar Israel sendiri mengawal kawasan al-Quds daripada kumpulan pelampau Yahudi (Tapi anda ditipu oleh orang Palestin yang mengatakan mereka dikawal daripada bersolat di Masjidil Aqsa pula).

        Akhirnya, semuanya berubah apabila Israel menjadi lebih strict akibat gerakan Intifadeh kedua pada tahun 2000 apabila Ariel Sharon menjejakkan kaki ke Har HaBayit aka al-Quds sehingga kononnya mencemarkan Masjidil Aqsa. Sungguh cetek fikiran mereka yang menjadikan alasan ini sebagai tunjang menentang Israel dan kemudiannya mewar-warkan ke seluruh dunia bahawa mereka diseksa dengan teruk selama ini (sejak Israel diwujudkan).

        Padahal mereka bertujuan membunuh beribu rakyat Israel hasil daripada mengebom diri sendiri itu. Sebab itulah tembok dibina sepanjang sempadan Green Line untuk menyekat kejahatan ini, dan mulalah kalian semua menyamakan ia dengan zaman ghetto dan Holocaust di Eropah. Walhal di zaman Holocaust, Yahudi diasingkan di sebalik tembok atas sebab mereka Yahudi, bukan kerana mereka mengebom diri.

        Personally I do feel pity for those kids who became suicide bombers demi Intifadeh yang menggunakan alasan kesucian al-Aqsa tercemar ini (tercemar akibat Sharon jejak kaki?Oh please!!). Tak tahulah, Allah terima atau tidak bunuh diri mereka yang hanya mengorbankan nyawa diri dan nyawa orang yang tidak berdosa atas alasan yang tidak munasabah. Kerana tidak bersyukur dan tamakkan kuasa, maka menggunakan pula alasan kesucian masjid tempat Allah disembah.

        Yang sukar dipercayainya, majoriti Muslim di Malaysia setuju dan memuji mereka yang mengebom diri itu malah memanggil mereka para Syuhada’. I dunno what’s going on with ur belief system. Anda semua tertipu dengan orang Palestin (Pejuang atas nama kebangsaan atau agama) yang dramatik dan melampaui batas dalam meraih simpati manusia. Ramai bangsa dan etnik yang pernah atau masih tidak terbela di muka bumi ini (like Kurds, Iraqis, Bosnians, Albanians, tribes in Darfur, Xinjiang ppl etc), tapi mereka semua tidaklah melampaui batas sepertimana umat Palestin yang menipu umat Islam dan seluruh Dunia supaya bersimpati dengannya (sehingga kalian lupa terhadap umat Islam yang lain)

        Sampai kan ramai Muslim yang kata acap kali, “ingatlah saudara kita di Palestin yang tak cukup makan.” Mereka tidak tahu, bangsa-bangsa di Afrika jauh lebih dahsyat kepapaan dan kelaparannya. Orang Palestin memang tidak bersyukur. Sekatan makanan dan ubatan hanya berlaku di Gaza baru-baru ini sahaja, itupun sebab perang yang dimulakan oleh mereka sendiri. Selama Israel wujud, tidak pernah pun umat Palestin mengalami kebuluran sepertimana negara-negara Afrika lain atau negara-negara yang mengalami krisis kemanusiaan yang sebenarnya.

        I believe that it’s hard for you to trust what have I said…tapi nasihatku ialah cubalah kaji dengan lebih mendalam akan hal ini tanpa dipengaruhi sentimen anti-Yahudi, anti-Zionis, pro-HAMAS dan yang sewaktu dengannya. Selagi mana umat Islam terperap dengan anasir di atas, selagi itulah Yahudi dan Muslim tidak akan berdamai.

        Berhentilah daripada ucapan retorik yang mendakwa “Kami hanya bencikan Zionis, kami tidak bencikan Yahudi sebenar, kami tidak bencikan Yahudi Orthodoks yang menurut Taurat, kami hanya bencikan Zionis”..even the statements are flawed dari awal lagi.

        Umat Yahudi majoritinya Zionis. Jika tidak Zionis pon mereka tetap kasihankan rakyat Israel dan saudara Yahudi mereka dan merekapun tidak bersetuju jika Yahudi dihalau daripada tanah suci itu.

        Yang ditentang oleh Yahudi non-Zionis ialah pendirian negara sekular yang tiada pimpinan Messiah. Akan tetapi dalam hal menentang musuh, mereka semua (Zionis dan non-Zionis) bersepakat bahawa umat yang cuba menyembelih umat Yahudi adalah musuh utama mereka. Bahkan jika Messiah telah tiba, maka bersiap sedialah mana-mana umat yang cuba menyembelih Yahudi ini.

        Ini terkecuali bagi Yahudi Neturei Karta yang berjumlah kurang 200 orang – the Black Sheep of Jewry yang ada masalah peribadi dan political interest. Jika anda ingin katakan mereka mewakili 14 juta Yahudi, maka bukanlah sesuatu yang hairan bin ajaib jika Yahudi dan Muslim tidak akan berbaik lagi..

        kerana apa?

        1) kerana anda sanggup menyatakan kebermusuhan terhadap majoriti Yahudi atas nama agama dan nama jihad demi umat “Palestin” yang kecil yang identiti mereka sendiripun tidak diketahui, yang telah mengelabui mata umat Islam dengan rintihan yang dibuat-buat terhadap kesucian syiar Islam di al-Quds.

        dan

        2) kerana anda menganggap Yahudi yang sebenarnya ialah Yahudi (Neturei Karta yang berjumlah <200 orang) yang sanggup menipu dunia demi wang yang disalurkan oleh Yasser Arafat dengan menyamar sebagai Rabbi, berucap di media massa semasa Shabbat, membakar tempat ibadat mereka sendiri untuk menuduh Zionis, menyelar para rabbi muktabar yang (walaupun bukan Zionis) ada hubungan dengan Israel, mendakwa diri mereka sebagai Yahudi sebenar dan pewakil umat Yahudi.

        Ps: Maaf banyak-banyak kerana kekasaran yang melampau dalam penulisanku. But I wonder how did you know about my identity. Mesti ko pernah masuk ke forum yang ak pernah join bukan. Ak tidak akan berforum lagi, malangnya.

        Terima kasih kepada anda kerana sudi berkunjung ke blog ku ini. Kunjunganmu membawa perspektif baru kepada pelawat2 lain. =)

        Sungguh, saya pun musykil juga, kenapa ramai orang Muslim yang membenci Yahudi?

        Yang lebih bermain di fikiran saya, kenapa di mana sahaja Yahudi berada, pasti ada orang yang membenci mereka? Yahudi di eropah, ditekan dengan sentimen anti-Yahudi sehingga memuncak kepada genocide. Kalau dahulu, sentimen anti-Yahudi menebal dalam kalangan orang Kristian. Dan sekarang, sentimen anti-Yahudi itu beralih kepada orang Muslim pula?

        Kenapa, ya?

        Maaflah jika saya terlalu direct, tetapi saya berpendapat semua itu adalah kerana perlakuan Yahudi itu keatas kaumnya sendiri. Kristian membenci yahudi kerana yahudi dikatakan membunuh Jesus Christ.

        Sebelum ini Yahudi dan Islam hidup dengan aman damai di bawah pemerintahan khalifah. Apa agaknya yang anda rasa, yang membawa kepada kemuncak sentimen anti-Yahudi dalam masyarakat Muslim? Ya, penubuhan negara Israel dengan rampasan tanah dari masyarakat arab yang mendiami tanah tersebut!

        Kenapa tidak Yahudi hidup seperti biasa dalam sebuah negara yang diperintah secara demokrasi (kalau tidak khilafah pun)? Kenapa mesti meniup bara anti-Yahudi dalam masyarakat Islam?

        Di sisi Islam, kedudukan yahudi dengan muslim adalah sama sahaja seperti kristian dengan muslim. Kedua2nya terbahagi kepada dua, zimmi dan harbi. Anda mungkin sebagai kafir zimmi, dibenarkan tinggal dengan aman di Malaysia ini. Anda tidak menyerang dan berperang dengan Islam. Tetapi yang diperangi Islam adalah kafir harbi, yahudi harbi yang terus-terusan merampas dan menyerang umat Islam di sana!

        Kerajaan Israel itu adalah yahudi harbi yang wajib diperang oleh umat Islam! Rakyat Israel yang menyokong tindakan kerajaannya adalah harbi yang wajib diperang!

        Saya percaya jika 60 tahun lalu di tanah Palestin itu dimerdekakan secara sah dan kerajaan diberikan kepada rakyat-rakyatnya yang meliputi Yahudi dan Arab secara adil, pasti masalah ini tidak akan timbul. Yahudi dan Arab boleh hidup dalam satu masyarakat, boleh berkomunikasi, berjual beli, bersahabat dan lain-lain lagi. Sedangkan di dalam era pemerintahan khilafah pun yahudi-islam boleh hidup aman damai, kenapa tidak hidup aman damai dalam sebuah negara majmuk, seperti Malaysia yang diduduki oleh Melayu, Cina, India dan lain2 etnik?

        Ini tidak, Yahudi nak jugak kerajaannya sendiri. Terlalu paranoid untuk hidup dalam masyarakat lain, nak demand yang terlalu eksklusif sedangkan kaum sendiri adalah minoriti.

        Maaflah jika ayat saya terlalu direct, tetapi dari pendapat saya, yahudi dibenci kerana perbuatan yahudi itu sendiri ke atas kaumnya. Kamu pernah menjadi bangsa terpilih, dianugerahkan Allah belasan (puluhan? ratusan?) nabi dan rasul yang kaum kamu sendiri khianati. Lalu apabila diutuskan penghulu segala rasul, dari kaum Arab, dan diutuskan lagi padanya kitab AlQuran yang memansuhkan semua kitab-kitab samawi sebelumnya, kamu enggan mengimani? Allah telah memberi peluang kepada yahudi untuk membangun bersama keimanan yang suci kepadaNya, tetapi nenek moyangmu itu telah mengkhianati peluang tersebut.

        Dua daripada 3 pegangan yang kamu beriman itu (1- kecintaan kepada bangsa. 2- hak milik eksklusif ke atas palestin.) telahpun termansuh dengan datangnya alQuran yang membawa hak kesama-rataan antara semua bangsa (yahudi dan arab) asalkan beriman kepada Allah, serta tanah palestin yang dikongsi bersama (hak bebas beragama)! Tetapi kamu enggan mengimani, apabila penghulu segala nabi itu dari Arab, apabila kitab segala kitab itu kepada nabi dari arab!

        Jawab dengan ikhlas kepada dirimu sendiri, tidakkan kamu terfikir jika 2 pegangan kamu diatas tersebut digantikan dengan hak kesamarataan antara bangsa serta hak kebebasan untuk beragama, situasi sebegini tidak akan terjadi!

        Disisi Islam, bukan asal usul atau kaum keturunan yang dipertanyakan. Sebaliknya yang membezakan antara seseorang dengan seseorang yang lain hanyalah akidahnya, sama ada Islam atau kafir, dan jika kafir sama ada zimmi ataupun harbi. Jangan ulangi kesilapan nenek moyangmu, pelajarilah kitab alQuran dan berimanlah dengannya dan isi kandungannya, lalu sucikanlah dirimu.

        Nevertheless, banyak point kamu yang saya juga bersetuju, terutamanya point-point yang menunjukkan kelemahan umat Islam itu sendiri. Contohnya mengenai isu-isu lain seperti pembunuhan muslim di selatan Thai, di Pakistan-India, di Morro dan sebagainya. Memang benar, Muslim kurang bereaksi terhadap isu-isu di atas, sebaliknya tumpuan diberikan kepada isu Palestin-Israel.

        Mungkin kerana isu Palestin-Israel ini antara isu tertua. Mungkin kerana ia melibatkan tempat ketiga tersuci bagi muslim. Mungkin kerana peranan media, blog dsb yang banyak memberi liputan dan tumpuan kepada situasi di sana, berbanding isu2 di tempat2 lain.

        Tetapi saya tidak menyalahkan itu semua. Islam yang sebenar mengajar muslim untuk prihatin sesama muslim, walau dimana pun berada. Sesuai dengan hadis nabi mafhumnya muslim sesama muslim itu laksana anggota badan, jika satu terasa sakit maka yang lain akan turut merasa sakitnya. Apabila saya menulis mengenai isu palestin-israel, tidak semestinya saya tidak prihatin kepada isu2 lain pula. Begitu juga dengan rakan2 seIslam saya yang lain. Ya, walaupun tidak ramai, tetapi percayalah kami sedang berusaha mengajak dan mempromosi sesama sendiri dan kepada muslim lain agar kemurnian Islam yang sejati dapat disemai.

        Anda berasa pelik kenapa ramai muslim yang menyokong penentangan ke atas yahudi tanpa sebab. Saya juga sedemikian, justeru itu saya tuliskan artikel di atas, memberikan sejarah dan fakta agar kebencian muslim terhadap Israel itu rasional. Agar boikot muslim terhadap Israel itu bersebab. Bukannya sekadar membuta tuli terikut-ikut emosi muslim yang lainnya. Agar muslim lebih rasional.

        Berkenaan ulasan anda mengenai suicide jihad tersebut, even dalam kalangan masyarakat muslim itu sendiri berbeza-beza pandangannya. Ada yang menganggap ia sebagai satu ibadah yang tinggi, dan ada juga yang menganggapnya sebagai satu perbuatan yang sia-sia. Bagi saya secara peribadi, saya tiada hak menjustifikasikan tindakan mereka tersebut. Saya percaya, tindakan mereka bersebab. Pasti ada sesuatu yang mem-provoke mereka sehingga mereka sanggup melakukan sedemikian. Mungkin kerana mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri, ahli keluarga dibunuh tentera Israel? Mungkin kerana mereka melihat dengan mata kepala sendiri, mayat anak-anak yang dibedil? Apa jua sebab yang mereka gunakan untuk justify tindakan suicide mereka, bagi saya yang tidak berada dalam situasi mereka, tidaklah saya berhak memandang sinis pada tindakan mereka tersebut.

        Anda membela Israel dengan menyatakan “selama Israel wujud, tiada arab palestin yang mati kebuluran”. Saya menyatakan “jika negara Israel tidak wujud, pasti konflik ini tidak berlaku, dan umat Islam boleh memfokus kepada isu2 lain yang berfaedah.”

        Berundurlah dari tanah Palestin, para Yahudi dan Zionis. Sertailah mana-mana negara Islam sebagai Islam ataupun kafir zimmi, nescaya hak anda untuk hidup, untuk aman, untuk mengamalkan agama akan terjaga. Zaman sekarang sudah ada banyak pertubuhan-pertubuhan neutral yang membela hak asasi manusia, sudah ada banyak undang-undang sivil yang tidak membeza-bezakan agama atau bangsa dalam perlaksanaannya. Anda tidak akan diburu, tidak akan disisih, tidak akan di-diskriminasi lagi. Berasimilasi lah dengan masyarakat yang sedia ada, saya percaya lama kelamaan sentimen anti-yahudi akan semakin terkikis dan hilang ditelan zaman. Kalau taknak join masyarakat Islam pun, banyak lagi negara barat berpolisi terbuka yang sudi menerima kamu.

        Maaflah jika artikel saya di atas bagi anda semakin menyemarakkan sentimen anti-Yahudi dalam masyarakat Islam. Artikel tersebut cuma memberi maklumat dan sebab kenapa perlu membenci Israel, kenapa perlu memboikot Israel dsb. Dan maaflah juga sekiranya anda rasa artikel tersebut berat sebelah, kerana saya cuma mengambil fakta yang ada kepentingan dengan umat Islam, kerana artikel ini sendiri memang bertujuan untuk kepentingan umat Islam. Saya tidak berhasrat memanjangkan perbincangan dengan anda (sama ada berkaitan dengan isi artikel atau aspek-aspek lain), kerana bagi saya point dan objektif saya menulis artikel tersebut telahpun tercapai. For what it’s worth, I’m glad to have this conversation with you, it’s really bringing me up a new perspective!

        Dan maaf juga, sekiranya kata-kata saya juga agak kasar dan mengguris perasaan kamu. Live well, visitor. =)

        1. Salam Damai,

          Baiklah, sebelum berundur diri, bolehkah anda, saudara Leokid beritahu bagaimana anda mengetahui about me being a Levite? Terasa seperti dicyber stalked pula…lol :p

          Inginku memohon maaf lagi sekali kerana tidak pandai menyusun kata-kata yang lebih komprehensif lagi indah untuk menyampaikan buah fikiranku. Terima kasih kerana memaparkan dan mereply komenku.

          Mungkin sebab itulah I’ve promised to myself not to join any forum. For I’ve somewhat bad-writing issues and I realize, my comments really distract your focus on examination, right?

          Sungguh kurang ajar diriku…apa-apapun, harap anda dipermudahkan Allah dalam menghadapi papers yang seterusnya, dan mendapat keputusan yang cemerlang nanti. Semoga anda berjaya dalam kursus perubatan ini Insya Allah.

          ps-Truthfully, I also read your other topics and I’ve been following your blogS, thank you very much for wishing me well. You too =)

          Salam

          ahaha, kehidupan di internet ini, segalanya ada di hujung jari. =p

          maaflah jika sekiranya ia dikategorikan sebagai cyber-stalker, but i did some research on the internet about you. dun worry, it doesn’t take much effort or time to get to know you, especially with the help of uncle google. =)

          my intention is truely pure, i just want to know with whom i’m dealing, so that i can avoid being prejudice about u. org kate ape ntah, “keep your friends close, keep your enemy closer”? ahaha jgn risau, kamu bukan my enemy.

          Agama kita bagaikan 2 sinar yang berlainan, tetapi berasal dari satu cahaya yang sama.

          Jangan risau, aku menghentikan perbincangan bukan kerana ayat2 dan perkataan2 yang kamu gunakan. Aku menghentikan perbincangan kerana setelah aku evaluate, aku rasa tidak banyak manfaat yang dapat diperoleh dari perbincangan kita, tambah2 kerana perbincangan kita memfokus kepada perbezaan, bukannya persamaan. Susah nak cari titik temu, apatah lagi nak mengkonklusikan perbincangan.

          Dan juga kerana aku tengah exam. Hehe.

          Ala join je forum kat iluvislam.com (ILI) tu, kat situ InshaAllah takde org nak bash kamu. even ada thread belajar bahasa ibrani di sana. hehe.

          di ILI meraikan perbezaan pegangan, pendapat dll, asalkan dengan disertai akhlak dan budi-bicara yang baik. ada je user atheis yang join, dan perbincangan banyak je yg berdasarkan dari aspek agama, aspek sains, falsafah dsb. kecuali aritu la ade satu insiden sorg ni agak celupar mulut dia, sampai sorg user atheis ni merajuk. huhu. tapi inshaAllah lepas insiden tu, user2 lain da dapat pengajarannya. =)

          Bagaimanapun harap kamu sudi terus melawat blog aku, serta memberi komen2 pada artikel2 aku yang lain. Banyak yang ingin aku ketahui dari seorang yahudi seperti kamu,

          Dan aku yakin user2 di ILI juga menghargai pendapat dan pandangan dari perspektif yang berbeza seperti kamu. Perlu ada check n balance, supaya tidaklah masing2 syok sendiri. Hehe. Jangan risau, xde org nk convert kamu kat sane (unless kamu sdiri nak) =p

        2. So I ain’t thy enemy then…hope so bro..btw, harap kamu mendelete mana-mana personal details of mine, coz on da Net, I’ve been harshly blackmailed by many forumners who wanna meet me in real life. It’s my faults tho, sapa suruh jahat mulut sangatkan =(

          Baru saja melawat forum yang anda syorkan itu, tapi masih belum mendaftar lagi. Menarik. Di Malaysia, memang ada Yahudi di KL dan JB tapi bukan semua reveal their identities. Kebanyakannya adalah expatriates dari US dan Europe.

          Since there’s no functioning synagogue at all (there was one in Penang with established Jewish community but it wilted as most of em emigrated to somewhere else), most Jews in Malaysia aren’t observant dalam kehidupan seharian (Jews are very encouraged to pray in Synagogue three times daily) . Hanya hari-hari kebesaran saja pergi ke negara jiran, either Singapore or Thailand untuk beribadat di Synagogue.

          Insya Allah, akanku sentiasa lawati blog anda dan pertimbangkan untuk ke laman forum yang dipelawakan itu. Terima kasih akhi.

          Salam

          Tiada masalah. Personal details yang mana tu. Perlukah aku tukar email, nickname kamu juga?

          Live well, sahabatku. Semoga hidayah dan rahmat Allah diberikan kepadamu.

          1. Salaam,

            Personal details like my nicks and all bout myself here…my e-mail?I tot it isn’t shown here rite?maybe only u could see it…tapi ak tak nampakpun e-mail ak dipaparkan…

            when I firstly wrote those comments, tak bermaksudpun hendak revealkan myself…tapi you’ve brought the idea of how to google one’s identity lol…so I guess it’s quite inappropriate to bash your post and then showing my identity whilst ak sudahpun banyak musuh on da net…

            Oh baik, akanku tukar semua maklumat itu, jangan bimbang. InshaAllah by esok aku akan edit dan cuba tukar personal detailsmu.

            Aku juga tidak suka idea bermusuhan di internet, walaupun kau dan aku ada banyak perkara yang tidak kita sama persetujui, aku anggap itu hanyalah sekadar perbezaan di antara kita.

            Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu). (Hujurat 13)

            Sesungguhnya Tuhan tidak menjadikan kita berbeza-beza untuk bermusuhan. Justeru aku sama sekali tidak menganggapmu sebagai musuh.

            1. lepas ni all da personal stuff kita ckp eitha dlm YM atau e-mail aja la k

              1. “Pasti ada sesuatu yang mem-provoke mereka sehingga mereka sanggup melakukan sedemikian. Mungkin kerana mereka melihat dengan mata kepala mereka sendiri, ahli keluarga dibunuh tentera Israel? Mungkin kerana mereka melihat dengan mata kepala sendiri, mayat anak-anak yang dibedil? ”

                yalah, cara dan persekitaran hidup kita tidak mendidik kita untuk belajar memahami situasi dan rasionalnya tindakan begitu.
                rasa selesa dengan keamanan yang dikecapi sedikit sebanyak menutup pandangan …huuu
                Ayah saya pernah cakap, (bila sy teragak2 nak sambung study di luar negara) “Umat Islam sekarang tak berani ‘menjajah’ tempat orang kafir sedangkan tempat sendiri ‘dijajah’ hari demi hari….semua nak hidup selesa, macam mana nak berdepan dengan cabaran hidup?”
                huhu, lebih kurangla bunyinya. Apapun, dia berjaya buat sy berfikir.
                Ya, artikel yang bermanfaat …tahniah ya;)

                1. ye doOH oOr………….i am agree with u.

            2. SALAM…so,mengikut sejarah dah brp kali bumi palestin bertukar pemerintahan…harap saudara dpt terangkan…thanks

  44. Lu' Lu' al-Jannah Avatar
    Lu’ Lu’ al-Jannah

    Let us fight against them!!!!
    Islam should be on the top of the world once again….

  45. hahahaha……ko tiru kat buku tangisan gaza “one man dollar to save palestin”

    Err..buku apa tu? Wallahi saya tak pernah dengar nama buku tu. -_-“

  46. boleh ikuti tak lagi pendapat dari ‘visitor’ tentang isu pelestin dan yahudi…agak menarik dan banyak info yang dapat diketahui

    Sedikit perbincangan dengan user visitor tersebut boleh didapati di sini:

    http://www.iluvislam.com/v1/forum/viewthread.php?forum_id=2&thread_id=19102&pid=309598#post_309598

  47. ramai yang masih tertanya2 tentang siapa yang sebenarnya dijanjikan tanah pelestin itu oleh allah

  48. nice conservation between visitors n leokid..
    slama niey dngar dri sblh pihak je psal isu palestine..
    skunk, tahu la cket2 opinion from others side..

  49. Sgt menarik dan tersusun info berkaitan sejarah palestin& Israel di atas.Terima kasih.
    Perbincangan di antara leokid dgn visitor pun best .mintak izin untuk share info di blog sy untuk kawan-kawan yg lain. tq

  50. insanIngintahu Avatar
    insanIngintahu

    Assalamualaikum..

    Mohon untk mengcopy and mengpastekan artikal anda untuk disebarkan kepada orang ramai isu palestin dan israel nie…

    wassalam..

  51. Salam..

    terima kasih kerana berkongsi ilmu ni.
    x ramai yg tau psl sejarah palestin sbnrnye.
    so do i..
    minta izin utk share artikel ni ngan kwn2 yg laen ya.. :)

  52. want to share this info..
    thanks..

  53. “akan tetapi majoriti umat Islam sedunia menggigit dengan lidah mereka sekuat hati terhadap fatwa Yusuf al-Qadrdhawi berkenaan setiap Yahudi di Israel adalah tentera dan WAJIB dibunuh”

    Kaum yahudi dilaknak Allah sampai hari kiamat. tak perlu fatwa pn takpe..

    1. terlupa pula, terdapat pelbagai rujukan di dunia ni dan semuanya hasil karya penulisan manusia. mereka ini terdiri dari Pro-Yahudi or Anti-Yahudi. Sekiranya penulisan pro-yahudi, anda jgn terkejut sekiranya fakta2 yg diberikan sedikit tersasar (mungkin tersasar terus) dari apa yg anda sepatutnya tahu. sy sedang mencari sumber2 rujukan ini buat masa ini. mereka ini kadang2 berselindung dengan nama pengarang Islam seolah2 mereka orang Islam yg menyokong tindakan Laknatullah Yahudi ini. Diharap pembaca2 sekalian tidak mudah terpengaruh dengan apa yg anda baca. Kaji dan selidiki dahulu.. Wallahualam.

      KEpada pro-yahudi dan kepada semua, anda pasti tidak dapat merasa perasaan saudara2 kita di sana kerana ianya tidak terjadi kepada sanak saudara kita. Cuba bayangkan kalau adik perempuan kita dirogol di depan mata kita, abang kita di tembak terlentang di sebelah kita tanpa sebarang amaran atau perktaan utk mempertahankan diri, tangisan kita yg tak dipedulikan.. dan negara2 Islam hanya mampu “kita mengecam keras tindakan mereka”..:kita mengutuk dasar penindasan mereka”.. apa perasaan anda.. renungkan lah utk seketika.. bermuhasabah lah utk seketika.. kita pasti tidak mampu merasai nya sehinggalah kita sendiri yg ‘terhantuk’.. nauzubillah.

  54. persoalannya….? bilakah perkara ini akan berakhir………sejarah tetap sejarah
    adakah israel terus merampas tanah palestine? kita sebagai umat islam hanya lihat kesensaraan saudara kita…..APA YG HARUS KITA LAKUKAN?

  55. farahiyah fadzil Avatar
    farahiyah fadzil

    Salam.. tahniah diatas usaha murni anda di dalam berkongsi ilmu dgn semua. Cuma, terdpat sedikit kekeliruan fakta (tarikh) di dalam artikel saudara ini. Pada ayat saudara yang berbunyi “…Akhirnya, pada sekitar tahun 1187, ibunegara Palestin berjaya ditawan, dan pada tahun 1291 kubu terakhir tentera Salib di tanah suci tersebut berjaya dimusnahkan…”. Jika tidak silap saya, tahun ibunegara palestin berjaya ditawan adalah pada tahun 1192 dan bukannya 1291. wallahualam.

    Wsalam, terima kasih atas keprihatinan saudari. Perang Hittin yang menyaksikan kejatuhan Baitulmaqdis milik Rom kepada tentera Salahuddin al-Ayyubi berlaku pada tahun 1187. Setelah kejatuhan BaitulMaqdis inilah, Pope mengisytiharkan The Third Crusade, yang berlangsung antara 1189 hingga 1192.

    Dalam tempoh the third crusade inilah, tentera-tentera salib eropah datang mengepung dan menyerang BaitulMaqdis yang ketika itu sudahpun berada di milik tentera Islam Salahuddin Al-Ayyubi. Hanya pada tahun 1192, barulah termeterai perjanjian antara Salahuddin Al-Ayyubi dengan Richard the Lionheart, menyaksikan Richard pulang ke negara asalnya meninggalkan BaitulMaqdis menjadi milik Islam, dan para penganut agama kristian dibenarkan berkunjung/berziarah ke tempat-tempat suci mereka di tanah tersebut.

    Tapi tak lama, perjanjian itu. 10 tahun kemudian, pada 1202, Pope mengisytiharkan perang sekali lagi, the Fourth Crusades. Tapi kali ini, Tentera Salib sudah berputus asa untuk menyerang BaitulMaqdis, sebaliknya menyerang Constantinople (Istanbul) terus. Akibatnya, pada 1204, kota Constantinople jatuh ke tangan tentera salib.

    Begitu juga seterusnya, pada 1213 – 1221, tentera Salib melancarkan lagi the Fifth Crusade, kali ini bercadang menakluk BaitulMaqdis melalui Mesir terlebih dahulu. Namun mereka kalah teruk ditewaskan oleh Sultan al-Kamil, pemerintah Mesir ketika itu.

    Begitulah seterusnya sehinggalah pada tahun 1291, sebanyak 9 kali perang salib telah dilancarkan, yang terakhir adalah the Ninth Crusade pada 1272. Pada 1291, kubu terakhir (Crusader State) di tanah palestin tersebut, iaitu di Acre, dikalahkan oleh Tentera Mamluk, Sultan Ashraf Khalil.

    Hanya setelah itulah barulah terbentuk “Levant” iaitu tanah besar Palestin dan sekitarnya dikuasai sepenuhnya oleh tentera Islam. Kubu tentera Salib yang masih ada berpindah ke Cyprus, hinggalah akhirnya pada 1303 barulah tentera salib benar-benar dihalau ke negara masing-masing apabila kubu mereka di Arwad dimusnahkan. Pope ketika itu cuba membangkitkan lagi the Tenth Crusader, namun tidak mendapat sambutan raja-raja eropah.

    Wallahua’lam.

    http://en.wikipedia.org/wiki/Battle_of_Hattin
    http://en.wikipedia.org/wiki/Siege_of_Acre
    etc.

  56. tolong betulkan statement you boleh tak wahai tuan punya blog. di bawah tajuk >>Tanah Rahmat
    ada tertulis – si ditulah Nabi Isa disalib. bukan Nabi Isa la, tapi orang yahudi yang menyerupai Nabi Isa. Allah telah mengaburi mata-mata Yahudi, lalu mereka tersalib kaum mereka sendiri.
    sekian terima kasih.

    Terima kasih atas saranan. Pernyataan saya tersebut merujuk kepada kepercayaan kristian. Mereka mempercayai Nabi Isa disalib, manakala bagi kita, tentulah kita mempercayai Nabi Isa diselamatkan oleh Allah. Baca dengan tenang, jangan keliru.

  57. terima kasih dgn lu punya maklumat,kita semuanya tidak terhenti sampai disini saja kita semua patut bersatu atas nama islam utk nyahkan israel dari peta dunia.

  58. […] kalau korang rajin bacalah.. tp serius aku cakap mmg menarik.. artikel nih aku amik dari blog leokid… thanx leokid, very interesting […]

  59. aku baru masuk blog ni.. bagus….
    mengenai bantuan ke gaza baru2 ni (3 kapal bantuan yg diserang), kenapa tentera israel bersungguh menghalang? semata2 nak tunjuk angkuh ke?? atau apa sebabnya??…
    bagaimana cara nak menghalang?
    dan cara menghalang amerika dari menyokong israel…..
    or ape yg diaorang buat tu memang tak melanggar undang2???
    rgds..
    tq.

  60. Fakta sejarah yg amat menarik! Ia adalah sejarah yg mempengaruhi perjalanan politik dan tamadun seluruh dunia.
    Saya sedikit keliru mengenai Palestin dgn kaum kan’an. Ada yg mengatakan org palestine ni berasal dr kaum kan’an. Tp bkn ke kaum kan’an telah pupus? Boleh saudara jelaskan x?

  61. alhamdulillah….
    terima kasih untuk info ini…
    info yang berguna n important to know about these..
    teruskan usaha anda…
    smoga terus berjaya…
    ameen…

  62. assssalam.
    kak” q mou tanya!!!!!!!!!!
    ka,sampai kapan kah palestina dan israel berhenti bermusuhan??????????????

    wassalam.

    Waalaikumsalam.

    Kalau berdasarkan jawapan Rasulullah dalam sebuah hadis, “sehingga tiba ketentuan Allah”

    لا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنْ أُمَّتِي
    عَلَى الْحَقِّ ظَاهِرِينَ
    لِعَدُوِّهِمْ قَاهِرِينَ
    لا يَضُرُّهُمْ مَنْ خَالَفَهُمْ
    إِلَّا مَا أَصَابَهُمْ مِنْ لَأْوَاءَ حَتَّى يَأْتِيَهُمْ أَمْرُ اللَّهِ
    وَهُمْ كَذَلِكَ
    قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ
    وَأَيْنَ هُمْ
    قَالَ ‏ ‏بِبَيْتِ الْمَقْدِسِ ‏ ‏وَأَكْنَافِ ‏ ‏بَيْتِ الْمَقْدِسِ

    Maksud hadis:

    Akan sentiasa ada wujud sekumpulan dari umatku yang terus menegakkan kebenaran dan tegas mendepani musuh. Tidak memudaratkan perjuangan mereka walau dipinggirkan dan dirintangi kesusahan kecuali ujian (Ilahi) sehinggalah datang ketentuan Allah. Mereka akan tetap sedemikian.

    Sahabat bertanya “Di mana mereka itu?”
    Baginda menjawab “Mereka berada di Baitul Maqdis dan di kawasan sekitarnya” (Hadis Riwayat Ahmad)

    Manakala dalam hadis riwayat Abu Daud, ada tambahan,

    “Sehingga pejuang terakhir diantara mereka akan berjuang menentang Al-Masih Ad-Dajjal”

  63. tahniah saudara.
    saya kagum dgn segala info2 yg diberi.
    saya skrg ni sedang mencari point2 bg assignment saya yg bertajuk ‘kenapa palestin penting bagi umat islam’
    boleh tak saudara memberi contoh2 buku yg boleh saya jadikan sumber rujukan.
    selain i2 boleh tak saudara bg pandangan ape lg point yg bernas boleh saya ambil.
    sekian.wasalam..

    Berikut antara info-info asas yang menarik yang patut dibaca:

    Tafsir Fi Zilalil Quran – Surah Baqarah Ayat 104-123

    Sering kita lihat adanya sesetengah orang memetik ayat-ayat tertentu menunjukkan permusuhan Yahudi terhadap Islam, sebagai alasan untuk kita pula bermusuhan dengan mereka. Saya membawakan terjemahan bahasa inggeris tafsir fi zilalil quran karya Syed Qutb ini bagi menjelaskan mengenai asal-usul kebencian dan permusuhan yahudi terhadap Nabi Muhammad s.a.w. Ini penting, sebagaimana yang saya selalu sebut – “Syed Qutb sendiri menghabiskan berbelas mukasurat untuk menceritakan tafsir mengenainya, tetapi kita sekarang cukup membaca sepotong dua ayat sahaja untuk membenci Yahudi!”

    The Origin of Palestine-Israel Conflict

    Booklet ini diedarkan oleh website IfAmericansKnew.org, sebuah website bebas yang mempromosi realiti mengenai konflik Israel-Palestin ini. Booklet ini disediakan oleh sebuah organisasi “Jews For Justice in the Middle East” iaitu masyarakat Yahudi sendiri yang membenci kependudukan haram Israel terhadap Palestin.

    The History of Palestine

    Ebook ini pula disediakan oleh laman web PalestineHistory.com. Ebook ini menyenaraikan sejarah ringkas palestin dalam bentuk timeline/milestone, bermula sejak 3000 tahun sebelum masihi, sehinggalah tahun 2000. Website tersebut juga, ada menyediakan ala “Hari Ini Dalam Sejarah” berkaitan Palestin, sesuatu yang cukup menarik untuk kita ketahui.

    Apapun, sumber mengenai isu Palestin cukup banyak di Internet. Atas kerana itulah, walau sehebat manapun Israel atau media kawalan mereka (termasuklah sesetengah media Malaysia!) menyebarkan propaganda memutarbelit keadaan di sana, kita boleh menyelidikinya. Dengan syarat, kita tidak menelan bulat-bulat dan sentiasa menyelidik/mengkaji kesahihan berita yang kita dengari. Laman-laman web pro Palestin yang disediakan oleh organisasi-organisasi Islam tempatan, merupakan antara sumber yang baik, seperti Palestinkini, Lifeline4Gaza, HaluanPalestin dsb.

    Wallahua’lam, wassalam.

  64. sejarah kau ni salah palestin islam punya

  65. salam terima kasih atas penerangan tuan, mohon share artikel tuan ini. wassalam

  66. ana kagum ngan ilmu yg mencuurahh2 kt blog niee……..

  67. PERANAN SEBENAR MENGAMBIL KEMBALI PALESTINE IALAH KHILAFAH ISLAM.TIADA JALAN LAIN MELAINKAN DARAH MUJAHIDIN ISLAM.TELAH TERBUKTI…SALADIN!!!!
    YG JADI MASALAH……… PEMIMPIN ARAB KELILING TU TAK MAHU PADA ISLAM.PEJUANG ISLAM PUN GELAR TERORIS MACAM KAFIR AMERIKA.semuanya cinta dunia.bergelumang dengan duit dan takut mati.kebanyakan negeri arab pun setongkol dgn KAFIR.

  68. hebat la….mmang dunia prlu tau bnde2 cmni especially budak2 bru nk besar…ni tk,dari kcik da diasuh pjuang islam cm osama bin ladin tu terrorist

  69. saya minta keizinan untuk copy artikel ini dan post dalam facebook untuk berkongsi dengan sahabat2 yang lain supaya mereka lebih jelas dengan isu palestin. diharap sudi memberi kebenaran. terima kasih di atas info yang berguna ini.

  70. post yang bagus.senang dibaca n difahami.
    cuma saya sebenarnya nak cari pandangan yang tidak memihak kepada palestin or israel.pandangan yang neutral.

    anyone boleh bantu?

  71. thanks. byk info yg saya dapat dr sini.

  72. Assalamualaikum ya akhi,
    Izinkan saya meminta izin untuk menggunakan petikan anda agar dapat meningkatkan kesedaran di antar saudara seislam saya, agar mereka sedar akan penindasan yang berlaku teratas saudara kita di Palestin. Saya gunakan post ni hanya sebagai flier untuk didistributekan untuk program Kesedaran Palestin di UiTM esok, jka diizinkan Allah s.w.t.. Harap encik mengizinkannya. Jazakallahu’ bi khair.

  73. sebenarnya pada pendapat saya kaum bani israel itu ialAH ORANGISLAM YANG MASIH duduk di palestian dan israel yang menyerang itu bukan bani israel tetapi mengaku bahawa mereka dari bani israel.
    itu pada pendapat saya terserah kalau nak percaya
    mereka mengaku begitu sebab mereka nakkan tanah tersebut bukan temple of sulaiman atau apa pun tapi dibawah masjid aqsa tersebut sekrang ni ada sebuah tempat buku seperti perpustakaan ya memeng depa cari templeof sulaiman tapi mereka bukan sekadar cari temple tersebut tapi juga buku2 tersebut mempunyai rahsia2 yang penting dan ia tertanam di bawah tanah dan dijaga oleh dua orang manusia yang ditugaskan ,menjaganya dan ia tertanam dibawah masjidil aqsa

  74. SAYA SUKA INFORMASI YANG DIBERIKAN! I LIKE IT SO MUCH! TERUSKAN! TERUSKAN! DAN TERUSKAN! GOOD JOB! THUMBS UP! BAGUS!

  75. memang menambahkan ilmu la…Ya Allah, Kau selamatkan penduduk Palestin dari Kezaliman Yahudi…

  76. salam.. ble x awak ceritakan tentang perjuangan hamas dari aspek politik dan sosial dalam menentang yahudi?

  77. salam..
    nice entry, and nice conversation here…
    lepas saya banyak membuat bacaan dan komen dari serta forum, akhirnya ada baiknya kita kembali pada Al Quran sebagai bahan rujukan yang tiada tolok bandingnya cuma saya tertanya2 mengenai kandungan Al Quran Surah Al Maidah [5:21]
    yang mana Allah mengarahkan Nabi Musa untuk membawa kaumnya ke tanah yang telah dijanjikan yakni Canaan (jerusalam)..siapakah sebenarnya kaum nabi Musa tersebut?? adakah Yahudi skrg bersabit sebagai kaum nabi Musa? ini yang menjadi persoalan dlm harti saya..harap ada pembaca blog ini yang sudi berkongsi secara ilmiah tentang ini..

  78. alhamdulillah..page ni m’bntu utk saya jwb final sem nti..dan skligus membuka minda sya utk terus mengkaji mengenai isu palestin..sama2 kita berdoa untk palestine ;)

  79. boleh saya tau di bukit manakah laungan takbir pembukaan palestin diadakan??..

  80. berdoa……*-*

Leave a comment

Create a website or blog at WordPress.com